You are on page 1of 56

1

KUANTITI ELEKTRIK

Unit bagi Kuantiti Elektrik boleh di bahagikan


kepada beberapa bahagian, diantaranya ialah:
1. Arus.
2. Rintangan.
3. Beza keupayaan ( Voltan ).
4. Kuasa elektrik dan tenaga elektrik
5. Tenaga ( Joule ).

2
Kuantiti Elektrik ( sambungan )

Arus.
Arus merupakan pengaliran elektron pada satu
litar / pengalir yang lengkap.
Unit = AMPERE
Simbol = (I)
Meter penyukat = Meter Amp.
Di dalam litar elektrik, meter ampere
disambungkan sesiri dengan beban.
3
Formula Arus

I = V
Di mana:
R I - Arus
I = P V – Voltan
R – Rintangan
V P – Kuasa

I= √P 4
Kuantiti Elektrik ( sambungan )

Rintangan.
Rintangan ialah tentangan ataupun halangan
terhadap pengaliran arus elektrik / elektron di
dalam sesuatu pengalir.
Unit = Ohm.
Simbol = ()
Meter penyukat = Meter ohm.

5
Formula Rintangan

R = V
Di mana:
I R – Rintangan
R = V² I - Arus
V – Voltan
P P – Kuasa

R= P 6
Kuantiti Elektrik ( sambungan )

Beza keupayaan ( Voltan ).


Daya / tekanan yang menyebabkan pengaliran arus
berlaku dalam satu litar.
Unit asas = VOLT
Simbol = (V)
Meter penyukat = Meter volt.
Meter volt disambung secara selari dengan beban
yang hendak diketahui voltannya ( tekanan ).

7
Formula Voltan ( Beza Keupayaan)

V = IR
Di mana:
V = P V – Voltan
I I - Arus
R – Rintangan
P – Kuasa

V = √ PR
8
Kuantiti Elektrik ( sambungan )

Kuasa elektrik.
Kuasa merupakan kadar ataupun banyaknya kerja
yang dilakukan dalam satu unit masa.
Unit = WATT
Simbol = ‘P’
Meter penyukat = Meter Watt
Kuasa disukat dalam unit; watt (W), kilowatt (kW)
dan megawatt (MW).
9
Formula Kuasa

P = IV
Di mana:
P = V² P – Kuasa
R V – Voltan
I - Arus
R – Rintangan

P = I² R
10
Kuantiti Elektrik ( sambungan )

Tenaga elektrik.
Joule adalah kerja yang dihasilkan oleh tenaga elektrik
pada satu coulomb aliran arus elektrik
Formula pengiraan untuk mencari hasil kerja (Joule):
W = QV atau W = VIt
di mana: W = kerja yang dihasilkan dalam unit joule
Q = kuantiti cas elektrik dalam unit coulomb
V = voltan bekalan dalam unit volt
t = masa dalam unit saat

11
Hukum Ohm
Hukum ohm menyatakan bahawa Arus (I) pada satu
litar yang lengkap adalah berkadar terus dengan
voltan (V) dan berkadar songsang kepada
Rintangan (R) litar tersebut

Maksud bagi pernyataan di atas ialah,


nilai arus (I) yang mengalir dalam litar
tersebut adalah bergantung kepada nilai
voltan (V) litar DENGAN SYARAT
RINTANGAN (R) DALAM LITAR
ITU DIBIARKAN TETAP.

12
FORMULA HUKUM OHM

V = IR
I = V/R
R = V/I
Di mana:
V = Voltan
I = Arus
R = Rintangan
13
Bagaimanakah cara untuk menggunakan
formula Hukum Ohm bagi menyelesaikan
pengiraan mencari nilai arus (I), Voltan (V)
dan rintangan (R) dalam litar elektrik?
Lihat contoh di bawah!

Contoh soalan 1
Kirakan nilai arus yang mengalir dalam satu litar yang
voltan bekalannya ialah 25 volt dan rintangan litar 5.

Jawapan Kaedah penyelesaian


1) Kenalpasti formula yang hendak digunakan
2) Dapatkan data yang diberi oleh soalan bagi
Voltan [V] & Rintangan [R]
I = V/R 3) Pastikan TAHU GUNA formula!

= 25/5
= 5 Ampere
14
Contoh soalan 2
Apakah kesan kepada nilai arus jika voltan 25 volt
DIUBAH kepada 50 volt dengan membiarkan rintangan
tetap pada nilai 5?

Pada nilai Pada nilai


25 volt, 50 volt,

I = V/R I = V/R
= 25/5 = 50/5
= 5 Ampere = 10 Ampere

Inilah yang dikatakan “Arus (I) berkadar terus dengan


voltan” pada kadar rintangan litar yang tetap!
15
Contoh soalan 3
Apakah pula kesan kepada nilai arus jika voltan 25 volt
DIGANDAKAN 500 KALI dengan membiarkan rintangan
tetap pada nilai 5?

Pada nilai Pada gandaan


25 volt, 500 kali,

I = V/R I = (Vx500)/R
= 25/5 = (25x500)/5
= 5 Ampere = 12,500/5
= 2500 Ampere

Perhatikan nilai arus turut berganda


sebanyak 500 kali
16
Contoh soalan 4
Kirakan berapakah nilai arus jika nilai rintangan ditambah
dari 5 kepada 10 dengan nilai voltan 25V dibiarkan
tetap.

Pada nilai Pada nilai


5 (ohm), 10 (ohm),

I = V/R I = V/R
= 25/5 = 25/10
= 5 Ampere = 2.5 Ampere

Nilai arus akan berkurangan dengan pertambahan


nilai rintangan litar! Atau dalam erti kata lain,
“Arus berkadar songsang dengan rintangan”
pada kadar voltan yang tetap.
17
Contoh soalan 5
Apakah pula kesan kepada nilai arus jika nilai rintangan 5
DIGANDAKAN 500 KALI dengan membiarkan voltan tetap
pada nilai 250 volt?

Pada nilai Pada gandaan


Kenapalah
nasibku
5 (ohm), 500 kali,
sebegini
rupa..
I = V/R I = V/(Rx500)
= 250/5 = 250/(5x500)
= 50 Ampere = 250/2500
= 0.1 Ampere

Nilai arus menjadi semakin kecil setelah nilai


rintangan digandakan 500 kali pada kadar voltan
bekalan yang tetap
18
Contoh soalan 6
Satu pembakar roti yang disambungkan kepada bekalan
240V mengambil arus 6 ampere. Kirakan nilai rintangan
pemanas pembakar roti tersebut.

Jawapan

R = V/I
= 240/6
= 40

19
Contoh soalan 7
Kira nilai voltan yang dapat mengalirkan arus sebanyak 32
ampere melalui perintang 3.5

Penyelesaian :

V = IR
= 32 x 3.5
= 112 volt

20
Contoh soalan 8
Satu janakuasa mengeluarkan voltan sebanyak 240V. Berapakah nilai
arus yang mengalir jika janakuasa tersebut disambungkan pada satu
litar yang mengandungi beban 20?

Penyelesaian :

I = V/R
= 240/20
= 12 ampere

21
Contoh soalan 9
Kirakan nilai arus yang mengalir dalam litar dalam rajah di bawah :

Penyelesaian :

I = V/R
= 240/55
= 4.36 ampere
22
Contoh soalan 10
Kirakan nilai voltan yang susut merentangi perintang R dalam rajah
di bawah :

Penyelesaian :

V = IR
= 46 x 0.078
= 3.58 volt
23
Contoh soalan 11
Kirakan nilai perintang R dalam rajah di bawah :

Penyelesaian :

R = V/I
= 600/9.9
= 60.6
24
LITAR ELEKTRIK

Terdapat beberapa jenis litar elektrik yang sering


digunakan, iaitu:

i). Litar siri ( lampu krismas, lampu kelip-kelip )


ii). Litar selari ( lampu rumah kediaman)
iii). Litar Siri-Selari - gabungan litar siri dan selari.

25
(1). LITAR SIRI

Definasi:
• Litar siri terdiri daripada dua atau lebih komponen yang
disambungkan dari hujung ke hujung secara berturutan.

Rajah : Litar Siri.

26
Litar Siri ( sambungan )

Contoh Kegunaan – Lampu kelip-kelip / lampu krismas.


Keburukan – Sekiranya satu lampu / beban yang
disambung sesiri rosak, ianya akan
memberikan kesan kepada lampu &
beban yang lain. ( lampu tidak hidup ).

Ciri-ciri Litar Siri:


1. Nilai arus yang mengalir pada setiap beban adalah
sama pada semua cabang litar
2. Nilai voltan yang susut merentangi beban adalah
sama dengan nilai voltan bekalan.

27
Litar Siri ( sambungan )

(i). ARUS ( I ).
• Nilai arus adalah sama pada semua perintang walaupun
nilai rintangan perintang adalah berbeza :

Ij I1
R1 Ij = E / Rj
E R2
Ij = I1 = I2 = I3…In
I3 I2
R3
28
Litar Siri ( sambungan )

(ii). RINTANGAN ( R ).
• Jumlah rintangan litar adalah hasil tambah ke semua
rintangan dalam litar :
Rj = R1+ R2 + R3…Rn
Ij
R1

E R2

R3
29
Litar Siri ( sambungan )

(iii). VOLTAN BEKALAN (E)


• Jumlah voltan bekalan adalah hasil tambah ke semua nilai
susutan voltan pada setiap perintang dalam litar:

Ij V1 E = V1+ V2 + V3…Vn
R1

E = IRj
E R 2 V2

R3
V3 30
Litar Siri ( sambungan )

(iv). VOLTAN SUSUT (V)


• Susutan voltan adalah nilai voltan yang merentangi
perintang dalam litar (voltan yang diresap) :

Ij V1
R1 V1 = IjR1

E R 2 V2 V2 = IjR2
V3 = IjR3
R3
V3 31
(2). LITAR SELARI

Definasi
• Litar selari terdiri daripada dua atau lebih komponen yang
disambungkan kepada dua punca titik yang sama secara
selari diantara satu sama lain.

Rajah : Litar Selari


32
Litar Selari ( sambungan )

Contoh kegunaan - Pendawaian di rumah kita.

Keistimewaan – Litar ini dapat mengawal beban yang


disambungkan kepadanya secara berasingan jika ada
alat kawalan seperti suis disambungkan sesiri dengan
litar tersebut.

Ciri-ciri Litar: 1. Nilai voltan yang merentangi setiap


beban adalah sama
2. Nilai arus yang mengalir melalui beban
adalah bergantung kepada nilai rintangan beban tersebut

33
Litar Selari ( sambungan )

(i). ARUS (I)


• Hasil tambah nilai arus pada semua cabang litar adalah
bersamaan dengan jumlah arus yang mengalir dalam litar
Ij
Ij = I1 + I 2
I1 I2

E R1 R2 I1 = E/R1
I2 = E/R2
34
Litar Selari ( sambungan )

(ii). RINTANGAN (R):


• Jumlah rintangan dalam litar selari diperolehi dengan
menggunakan kaedah berikut :
Ij

E V1 R1 V2 R 2

1/Rj = 1/R1 + 1/R2


35
Litar Selari ( sambungan )

(iii). VOLTAN BEKALAN / PUNCA (E):


• Voltan yang merentangi setiap beban / perintang adalah
bersamaan dengan nilai voltan bekalan

Ij

E = IjRj
E V1 R1 V2 R 2

36
Litar Selari ( sambungan )

(iv.) VOLTAN SUSUT (V):


• Voltan yang susut / merentangi setiap cabang litar adalah
bersamaan dengan nilai voltan bekalan

Ij
E = V1=V2

E V1 R1 V2 R 2
V1 = I 1 R 1
V2 = I2R2
37
(3). LITAR SIRI-SELARI

DEFINISI
• Litar siri-selari merupakan satu litar yang terdiri daripada
gabungan litar siri dan litar selari

CIRI
• Mempunyai dua kumpulan beban iaitu :
a) Kumpulan beban sesiri
b) Kumpulan beban selari

38
Litar Siri-Selari ( sambungan )
• Terdapat 2 jenis litar siri-selari iaitu :
1) Kumpulan beban selari disambung secara siri
Hasil tambah voltan merentangi
kedua-dua kumpulan beban
adalah sama dengan nilai voltan
Bekalan

E = V 1 + V2

Hasil tambah arus dari cabang


litar adalah sama dengan jumlah
arus dalam litar

Ij = I1 + I2 + I3 + I4 = I5 + I6 + I7
39
Litar Siri-Selari ( sambungan )

2) Kumpulan beban siri disambung secara selari


Hasil tambah voltan merentangi
setiap beban adalah sama dengan
nilai voltan bekalan

E = V 1 + V 2 + V3
E = V4 + V5
Hasil tambah arus dari cabang
litar adalah sama dengan jumlah
arus dalam litar

Ij = I1 + I2
40
HUKUM KIRCHOFF

Hukum Kirchoff digunakan bagi menyelesaikan


masalah pengiraan dalam litar yang kompleks.
Terdapat dua jenis Hukum Kirchoff, iaitu:
(1). Hukum Kirchoff Arus.
(2). Hukum Kirchoff Voltan.

41
Hukum Kirchoff ( sambungan )

1. Hukum Kirchoff Arus ( pertama )

Jumlah arus yang masuk


ke satu titik persimpangan
dalam satu litar adalah
sama dengan jumlah arus
yang mengalir keluar dari
titik persimpangan itu.

42
Hukum Kirchoff Arus ( sambungan )

Hukum kirchoff arus digunakan bagi


menyelesaikan masalah pengiraan ARUS dalam
litar SELARI.
Definasi Algebra – Arus pada mana-mana
persimpangan dalam litar adalah sifar.

43
Hukum Kirchoff Arus ( sambungan )

Contoh:
I1=18A
I2=15A

I3=24A o I5=16A
o

I4=5A

Dalam pengiraan algebra, arus pada titik O adalah sifar:


I1 + I4 + I5 - I2 - I3 = 0
( 18 + 5 + 16 ) – 15 – 24 = 0
44
Hukum Kirchoff Arus ( sambungan )

Latihan 1:
Cari nilai I1? I2=8A
I1= ?

o I3=6A

I4=2A

45
Hukum Kirchoff Arus ( sambungan )

Latihan 2:
I3= 8A I 2= ?

I1= 5A
I4= 6A o
I6= 4A

I5= 30A

46
Hukum Kirchoff ( sambungan )

2. Hukum Kirchoff Voltan ( kedua ).

Jumlah Voltan yang susut pada litar


bersiri yang tertutup adalah sama
dengan voltan yang dibekalkan.

47
Hukum Kirchoff Voltan ( sambungan )

Hukum Kirchoff voltan digunakan bagi


menyelesaikan masalah VOLTAN SUSUT di
dalam litar SIRI.

Definasi Algebra - Jumlah voltan yang


dibekalkan dan voltan yang susut dalam litar yang
tertutup adalah sifar.

48
Hukum kirchoff voltan (sambungan )

Contoh:
Ij
R1
V1 = 10V
E = 60V R 2 V2= 20V
V3 = 30V

R3
Jumlah voltan yang susut adalah bersamaan voltan bekalan:

E = V1 + V2 + V3
60V = 10V + 20V + 30V
49
Hukum kirchoff voltan (sambungan )

Latihan 1:
• Kirakan vs ? V1
Ij
R1

200

E=525V 150 R2 V
2

50 350

R4 R3
V4 V3

50
RENUNGAN

51
Litar Siri ( Ulangkaji )

FORMULA – Mencari nilai RINTANGAN (R):

Rj = R1 + R2 + R3 + R4 …………
Rn

52
Litar Siri ( Ulangkaji )

FORMULA - Mencari nilai ARUS (I):

Ij = I1 = I2 = I3 = I4 …………In
Ij = E / Rj

53
Litar Siri ( Ulangkaji )

FORMULA – Mencari nilai VOLTAN PUNCA BEKALAN (E)

E = V1 + V2 + V3 + V4 …………Vn

Hasil tambah nilai voltan yang susut merentangi setiap


perintang dalam litar siri adalah sama nilainya dengan
nilai voltan bekalan

54
Litar Siri ( Ulangkaji )

FORMULA – Mencari nilai VOLTAN SUSUT (V)

V1=IR1 , V2=IR2, V3=IR3, Vn=IRn

Nilai I digunakan dalam mencari nilai V1,V2,V3 dan Vn


kerana nilai arus yang merentangi semua perintang /
beban dalam litar siri adalah sama

55
Litar Siri ( Ulangkaji )

FORMULA – Mencari nilai KUASA LITAR (P)

P=IV atau P=I2R atau P=V2/R

• Nilai arus dan voltan yang digunakan ialah jumlah


arus dan voltan litar

56

You might also like