You are on page 1of 33

UUUK6065

UNDANG-UNDANG KELUARGA PERBANDINGAN

PEMBENTANGAN KAJIAN KES


DISEDIAKAN UNTUK :
DR FATIMAH YUSRO HASHIM
DR MUHAMMAD HELMI MD SAID
DR NURUL HIDAYAT AB RAHMAN

1 DISEDIAKAN OLEH :
NORMAWADDAH BINTI RAMLI
(MATRIC NO: P111020)

 
FACULTY OF LAW
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
2

1.DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN , RAYUAN NO: 14000-0112-


2017 DI ANTARA NATASHA ALIA BINTI ISKANDAR ZULKARNAIN LWN ELINA CHANG BINTI
ABDULLAH [2020] JH EDISI KHAS (119);

KES-KES 2.DI DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG RAYUAN NO: 07000-041-
0006-2018
KAJIAN DI ANTARA SHAH MAHAL KHAN BIN JAMAL DIN -LWN- JALAL DIN BIN NAJAR DIN & 18 YANG LAIN
[2020] JH EDISI KHAS (131)

3.DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUL SALAM PERMOHONAN NO :
BM/MTS/MAL-D/POO1B/313/06-2017 DI ANTARA MOHAMMAD HUSHAINI BIN HAJI ABDUL
HALIM & HONEYMASYUSSNETA BINTI SISA LWN SURAYAH BINTI ABDUL RAZAK[2020] JH EDISI
KHAS (329);
3 Isi Kandungan

PENGENALAN

FAKTA KES

ISU DALAM KES

ULASAN KES

KESIMPULAN
 PENGENALAN
DALAM MAHKAMAH RAYUAN  KES INI ADALAH BERKENAAN TUNTUTAN HUTANG DALAM
SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN , PERKAHWINAN
RAYUAN NO: 14000-0112-2017 DI  Pihak – pihak yang terlibat
ANTARA NATASHA ALIA BINTI
ISKANDAR ZULKARNAIN LWN ELINA PERAYU : NATASHA ALIA BINTI ISKANDAR DZULKARNAIN
CHANG BINTI ABDULLAH RESPONDEN : ELENA CHANG BINTI ABDULLAH
[2020] JH EDISI KHAS (119);  Hakim – Hakim Mahkamah Rayuan : YAA DATO DR HJ NAIM BIN
MOKHTAR, YA TUAN HJ AMRAN BIN MAT ZAIN DAN YA DATO HJ
MOHD SHUKOR BIN SABUDIN
4
 MAHKAMAH : MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH WP KUALA LUMPUR
 TARIKH PENGHAKIMAN : 10HB SEPTEMBER 2019
 UNDANG-UNDANG YANG DIRUJUK :- (I) S46(2)(B)(i) dan (ii), Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam WP 1993
(II) Arahan Amalan JKSM no.2 Tahun 2006
5 FAKTA KES
 Kes ini merupakan rayuan kes mal di antara Perayu; Natasha Alia Binti
Iskandar Zulkarnain dengan Responden; Elina Chang Binti Abdullah yang
menuntut hutang dalam perkahwinan arwah bapa beliau iaitu dengan
Responden.
 Perayu dan Responden merupakan anak tiri dan ibu tiri yang mana
bapa Perayu iaitu Allahyarham Iskandar Dzulkarnain bin Badaruddin. Arwah
telah berkahwin dengan Responden pada 3hb Julai 1988 dan bercerai pada
25hb Januari 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kluang, Johor.
Hasil perkahwinan tersebut, Arwah dan Responden dikurniakan dua orang
anak lelaki iaitu Ian Adly Iskandar dan Shane Shukri Iskandar.
 Perayu telah memfailkan tuntutan ini pada 24/6/2011 dengan
mendakwa bahawa semasa arwah bapanya masih hidup dan ketika masih
lagi suami kepada Responden telah memberi wang / meminjamkan wang
(hutang) kepada Responden melalui lapan transaksi yang dimasukkan ke
akaun Responden bermula 19 September 2006 sehingga 20 September
2007 yang berjumlah sebanyak RM2.8 Juta.
 Perbicaraan kes ini berlangsung secara ‘video conference’
kerana Perayu berada di Australia sepanjang kes ini berjalan.
Perayu telah mengemukakan empat orang saksi iaitu ibu
kandung Perayu, seorang kenalan kepada Arwah bapa Perayu,
saudara lelaki kepada Arwah dan seorang saksi pakar dari
Jabatan Kimia Malaysia.
 Responden tidak mengemukakan sebarang saksi sepanjang
6 perbicaraan kes ini dan menafikan sepenuhnya dakwaan perayu
bahawa wang sebanyak RM2.8 Juta tersebut sebagai hutang.
Responden menegaskan bahawa wang yang diterima tersebut
adalah nafkah untuk dirinya yang pada ketika itu masih lagi
isteri kepada arwah dan juga sebagai nafkah kepada dua orang
yang telah ditinggalkan oleh arwah sejak beberapa tahun tanpa
sebarang khabar.
Pada 24hb Oktober 2017, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan telah
mengeluarkan perintah seperti berikut :-

1. Mahkamah perintahkan Defendan bersumpah nafi, mengatakan wang berjumlah


RM2,080,000.00 pemberian arwah suaminya dalam tempoh suami isteri adalah sebagai
nafkah untuk dirinya dan dua (2) orang anak yang berada bersamanya hasil
perkahwinan dengan arwah si mati.
2. Jika Defendan bersumpah, maka kes tuntutan Plaintif di tolak.
3. Jika Defendan enggan bersumpah, maka sumpah dikembalikan kepada Plaintif
mengatakan bahawa pemberian arwah bapanya kepada Defendan sebanyak
KEPUTUSAN RM2,080,000.00 adalah sebagai hutang dan hendaklah dibayar kepada balik kepada
Defendan.
4. Jika Plaintif bersumpah, tuntutan Plaintif disabitkan.
7 MAHKAMAH 5. Oleh kerana perkara sumpah dengan nama Allah ini adalah suatu perkara yang berat,
maka Mahkamah tangguhkan perlaksanaan sumpah ini selepas tempoh 14 hari, dan
pihak-pihak juga tidak berpuas hati dengan keputusan ini boleh mengemukakan Rayuan
TINGGI WP- dalam tempoh 14 hari mulai hari ini. Tarikh perlaksanaan sumpah akan ditetapkan
selepas 14 hari jika tiada Rayuan dari pihak-pihak

Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah tersebut dan telah
memfailkan Notis Rayuan pada 2hb November 2017. Responden tidak bersetuju
dengan rayuan ini dan memohon supaya rayuan ini ditolak dengan kos.
 
8 ISU DALAM KES

samaada YA Hakim Bicara telah terkhilaf apabila memerintahkan Perayu bersumpah nafi,
mengatakan bahawa wang berjumlah RM2.8 Juta tersebut adalah sebagai nafkah untuk dirinya dan
dua orang anak yang berada bersamanya.

Walaubagaimanapun pelaksanan sumpah nafi tersebut tertangguh kerana Perayu telah memfailkan
rayuan. Perayu telah berjaya membuktikan bahawa wujudnya pemberian wang sebanyak RM2.8
Juta kepada Responden akan tetapi gagal membuktikan pemberian tersebut adalah hutang kepada
Responden.

Dalam konteks ini, beban pembuktian bukanlah terletak pada Responden dan adalah menjadi
tanggungjawab Perayu membuktikan dakwaannya.
9 KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA 10.9.2019

Mahkamah Rayuan telah sebulat suara


memutuskan bahawa Perintah Mahkamah Tinggi
Syariah bertarikh pada 24 Oktober 2017 adalah
dibatalkan dan kes ini dikembalikan ke
Mahkamah Tinggi Syariah untuk diteruskan
prosiding.
ULASAN KES
 Rayuan terhadap suatu Tuntutan Hutang dalam Perkahwinan yang dituntut oleh Perayu (anak tiri)
10
kepada Responden (ibu tirinya) yang mendakwa bahawa arwah bapanya telah memberi pinjam
sejumlah wang kepada Responden dalam tempoh perkahwinan. Perayu mendakwa arwah bapanya
semasa hidup dan ketika masih suami kepada Responden telah memberikan sejumlah RM2.8 Juta
bermula pada 19/9/2006 sehingga 20/9/2007 ke dalam akaun Responden. Berdasarkan keterangan
Responden, beliau menegaskan bahawa wang tersebut adalah nafkah kepada dirinya dan dua orang
anaknya
 Seksyen 46 (2)(b)(i) dan (ii) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan)1993 [Akta 505] Mahkamah Syariah ada bidangkuasa mendengar dan memutuskan
tuntutan Perayu
 Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa walaupun ada saksi-saksi yang mendengar tentang
kenyataan daripada arwah berkaitan dengan keperluan wang tersebut, namun pernyataan tersebut
perlulah disokong dengan qarinah-qarinah yang lebih jelas dan menyakinkan dalam soal hutang.
Tidak dinyatakan bilakah tempoh hutang yang perlu diperjelaskan jika benar wang tersebut, diberi
pinjam kepada Responden, tidak ada catitan dsb.
 Mahkamah juga menolak keterangan Perayu dan berpendapat keterangan yang lemah dimana
mendakwa arwah bapanya ada memaklumkan kepada beliau berkenaan dengan transaksi wang
tersebut ketika Perayu menjaga Arwah bapanya di Australia, malahan Perayu juga mendakwa arwah
bapanya dipaksa oleh Responden untuk meminjamkan wang tersebut tidak berasas sama sekali.
11
 Perayu telah gagal dalam pembuktian kerana tiada langsung keterangan yang
menyokong bahwa wujudnya hutang. Tidak pula dinyatakan bilakah tempoh
masa bayaran hutang perlu dijelaskan dan tiada perjanjian bertulis atau catatan
berkenaan hutang.
 Mahkamah merujuk kepada Firman Allah SWT ; Surah Al Baqarah, ayat 282-
berkenaan hutang “…..Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan
hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka
hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)
 Responden dalam pembelaan telah menyatakan bahawa wang tersebut adalah
sandaran nafkah perbelanjaan bulanan, rumah dan kos sara hidup, kos
perubatan psikologi untuk anak-anak, kos pembelajaran anak-anak malah
pemberian tersebut merupakan dalam tempoh perkahwinan, dalam hal ini
Mahkamah berpendapat , bukanlah tanggungjawab Responden untuk
menbuktikan penyataan ini. Mahkamah juga menolak Hujah Perayu yang
meminta Responden mengemukakan bukti yang sewajarnya.
KESIMPULAN

Kes ini agak menarik dan sedikit janggal kerana kebiasaan kes tuntutan hutang dalam
perkahwinan ini melibatkan suami- isteri, tetapi kes ini berbeza kerana melibatkan seorang anak tiri
menuntut ibu tirinya mejelaskan wang pinjaman yang diberikan oleh arwah bapanya dalam tempoh
perkahwinan ibu tirinya. Ibu tirinya menafikan dan menyatakan bahawa sejumlah wang tersebut
adalah nafkah kepada dirinya dan dua orang anaknya.

Dari segi logiknya, adakah seorang suami boleh memberikan hutang kepada isterinya
12 sedangkan kewajipan suami menanggung nafkah isteri dan anak-anaknya. Sungguhpun ulasan kes
ini melibatkan aspek pembuktian dan sumpah untuk mensabitkan dakwaan, namun Mahkamah
telah menekankan panduan dalam menguruskan hutang bersandarkan Firmah Allah SWT dalam
Surah Al Baqarah, ayat 282.

Adalah sangat penting dalam rumahtangga terutamanya dalam hal melibatkan hal-hal
hutang hendaklah disempurnakan dengan catatan / perjanjian supaya tidak akan menjadi konflik
dalam rumah tangga sekiranya berlaku perceraian atau kematian kelak.

  
 PENGENALAN
 KES INI ADALAH BERKENAAN RAYUAN PENGESAHAN
13 HIBAH
 Pihak – pihak yang terlibat
2.DI DALAM MAHKAMAH
RAYUAN SYARIAH NEGERI PERAYU : SHAH MAHAL KHAN BIN JAMAL DIN
PULAU PINANG RAYUAN RESPONDEN: JALAL DIN BIN NAJAR DIN & 18 YANG
NO: 07000-041-0006-2018 LAIN
DI ANTARA SHAH MAHAL  Hakim – Hakim Mahkamah Rayuan : YAA DATO DR HJ
KHAN BIN JAMAL DIN - NAIM BIN MOKHTAR, YA TUAN HJ AMRAN BIN MAT
LWN- JALAL DIN BIN NAJAR ZAIN DAN YA DATO HJ MOHD SHUKOR BIN SABUDIN
DIN & 18 YANG LAIN [2020]  MAHKAMAH : MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH PULAU
JH EDISI KHAS (131) PINANG
 TARIKH PENGHAKIMAN : 13HB NOVEMBER 2019
 UNDANG-UNDANG YANG DIRUJUK :- Seksyen 61
subsekyen (3)(b)Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau
Pinang.
14 FAKTA KES
1. Kes ini merupakan kes rayuan bagi pengesahan hibah terhadap harta-harta
siMati melalui tiga dokumen utama iaitu Surat Kuasa Wakil bertarikh pada
17/10/1996 (“PA”), Surat Ikatan Penyerahhakkan bertarikh pada
11/6/2002(“DOA1”) dan Surat Ikatan Penyerahhakkan bertarikh pada
12/10/2003 (“DOA2”). Pihak -pihak yang terlibat dalam kes ini mempunyai
hubungan kekeluargaan di antara satu sama lain. Kes ini dibicarakan dan
diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang

2. Di dalam kes ini, Simati (1) adalah Haji Nadah@ Haji Nadar Din b Chattra telah
meninggal dunia pada 18/12/2003- (DATUK KEPADA PERAYU). Simati(2)
adalah Rahmtah bt Karim Baksh yang meninggal dunia pada 10/7/2007 –
(NENEK KEPADA PERAYU). Manakala bapa Perayu, Jamal Din b Najar Din telah
meninggal dunia pada 26/10/1999.
3.Perayu mendakwa semasa kematian bapanya, beliau telah memohon
15 untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Pejabat Tanah Kota Setar
Kedah, namun sebelum sempat proses pembahagian dijalankan, salah
seorang adik beradik Perayu , Shah Feroz Khan B Jamal Din telah meninggal
dunia pada 17/6/2000.
4.Pertikaian mulai timbul di antara Perayu dan Responden 1 serta waris-
waris simati(1) dan simati(2), dimana Perayu mendakwa bahawa bahagian -
bahagian pusaka dari Simati(1), Simati (2) , ayah Perayu ( Jamal Din) dan adik
Perayu( Shah Feroz Khan) telah pun diserahkan bahagian mereka kepada
Responden 1 sebagai Hibah.
5. Pemberian hibah tersebut didakwa berlaku melalui dokumen surat kuasa
wakil bertarikh pada 17/10/1996 daripada simati (2) kepada simati (1).
Berdasarkan Surat Kuasa Wakil tersebut pula, si mati (1) telah membuat dan
menandatangani Surat Ikatan Penyerahhakkan bertarikh 11/6/202 dan Surat
Ikatan Penyerahhakkan bertarikh pada 12/10/2003 kepada Responden 1.
16

6.Responden 1- Jalal Din b Najar Din, Responden 3- Latifa Begum b Najar


Din dan Responden 6-Hanifah bt Najar Din telah menentang tuntutan
Perayu dan memfailkan Pernyataan Pembelaan serta tuntutan balas
bertarikh 6/10/2010.

7.Perbicaraan telah dijalankan dengan Perayu memberi keterangan


bersama 4 orang saksi , manakala Responden 1 memberi keterangan
sendirian tanpa membawa mana-mana saksi
17 KEPUTUSAN KES di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di George Town
bertarikh pada 25hb Mei 2015 memerintahkan seperti berikut:
i. Mahkamah memperakui dan mengiktiraf surat kuasa wakil yang telah dibuat oleh si
mati Bersama Rahmatah Binti Karim Baksh kepada Haji Nadah@Haji Najardin bin
Chattra bertarikh 17hb Oktober 1996; dan
ii. Mahkamah mengesahkan pemberian dan penyerahan serta perletakhakkan yang dibuat
oleh si mati bernama haji Nadah@Haji Najardin Bin Chattra bertarikh pada 11hb Jun
2002 dan 12hb Oktober 2003 sebagai pemberian Hibah yang sah di sisi syarak dan
undang-undang seperti mana yang dinyatakan di dalam peruntukkan Seksyen 61
subseksyen 3 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah tersebut dan telah
memfailkan Notis Rayuan pada 1/6/2015.
18 ISU -ISU KES
 isu-isu utama yang dikenal pasti dalam Ulasan Kes ini adalah seperti berikut :-

1. Siapakah yang menanggung beban pembuktian di dalam sesuatu kes pengesahan


hibah?

2. Apakah status kesahan dokumen Surat Kuasa Wakil, Surat Ikatan Penyerahhakkan
bertarikh pada 11/6/2002 dan Surat Ikatan Penyerahhakkan bertarikh pada
12/10/2003?

3. Sama ada dokumen-dokumen yang tersebut di atas dianggap sebagai Hibah ataupun
tidak?

4. Sama ada rukun-rukun Hibah telah dipenuhi ataupun tidak di dalam kes ini?
 Pada 13hb November 2019, panel rayuan telah memutuskan
19 KEPUTUSAN seperti berikut :-

MAHKAMAH 1. Rayuan Perayu diterima;

RAYUAN 2. Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang


bertarikh 20hb Mei 2015 dalam kes No 07200-044-0277-
SYARIAH 2010 adalah dibatalkan;
3. Kos prosiding ditanggung oleh masing-masing pihak.
NEGERI PULAU
PINANG
 
20 ULASAN KES

Perayu merayu supaya Mahkamah Rayuan ini mengesahkan tidak berlakunya Hibah harta-
harta simati (1) dan simati(2) kepada Responden 1 melalui dokumen-dokumen seperti Surat
Kuasa Wakil dan Surat Ikatan Penyerahhakkan (1) dan (2).

Isu pertama yang perlu dikenalpasti dalam kes ini adalah siapakah yang bertangungjawab dalam
beban pembuktian? Mahkamah telah berpendapat Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah Pulau Pinang 2004 ( EKMSPP2004 ) telah menetapkan beban untuk kemukakan keterangan
adalah ke atas orang yang menegaskan sesuatu keterangan

Dalam kes ini, Responden-Responden merupakan orang yang mendakwa tentang fakta wujud dan
sahnya hibah tersebut melalui dokumen Surat Kuasa Wakil dan Surat Ikatan Penyerahhakkan (1) dan
(2) iaitu suatu fakta yang asalnya tidak wujud. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Responden
untuk membuktikan sah Hibah ini menurut Hukum Syarak.
21 Isu yang kedua berkaitan dengan sejauhmana kesahan dokumen
Surat Kuasa Wakil dan Surat Ikatan Penyerahhakkan (1) dan (2)
dalam kes ini?

Telah timbul isu sama ada Mahkamah Syariah ini mempunyai


Mahkamah berpendapat bahawa bidangkuasa untuk membicarakan kesahihan kandungan dan
dokumen-dokumen tersebut sebarang ketidakaturan dokumen Surat Kuasa Wakil tersebut
adalah sah dengan merujuk sedangkan dokumen tersebut telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi
kepada Seksyen 67 Sivil? Dalam hal ini Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa dan
EKMSPP2004 berkenaan dengan dokumen tersebut telah dibuat secara sah mengikut undang-undang,
surat Kuasa Wakil dan Akta Surat maka tidaklah perlu dibangkitkan dan sewajarnya diterima oleh
Kuasa Wakil 1949. mahkamah bicara.
22 isu ketiga pula sama ada dokumen Surat Ikatan Penyerahkkan (1)
dan (2)boleh diterima sebagai dokumen hibah atau tidak di
Mahkamah Syariah?

Mahkamah melihat isu ini adalah penting dan perlu diperhalusi ini kerana Hibah ini mempunyai rukun-rukun dan syarat sah yang tertentu bagi
menyempurnakan Hibah.

Hibah mengikut Hukum Syarak berbeza sekali dengan pemberian gift inter vivos yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Sivil, yang
mana dilihat dari sudut konsep pemberian kasih sayang di bawah Seksyen 26(a) Akta Kontrak 1950 hanya diakui sah sekiranya memenuhi
syarat-syarat iaitu (i)Perjanjian dibuat secara bertulis; (ii) perjanjian didaftarkan menurut undang-undang(jika ada) yang ada pada masa itu
berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumen sedemikian; dan (iii) dibuat atas dasar kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak yang
mempunyai hubungan karib.

Mahkamah berpendapat bahawa Surat Ikatan Penyerahkkan (Deed Of Assigment) dan juga Borang 14A KTN adalah bukan merupakan hibah
tetapi hanya satu instrument atau disebut juga sebagai Qarinah bagi membuktikan sesuatu transaksi hibah.
 Elemen yang paling penting dalam menjadikan sahnya Hibah itu
perlu dipastikan kesemua rukun dan syarat-syarat sah telah
dipenuhi. Rukun-rukun hibah adalah (i) pemberi hibah; (ii)
Isu penerima hibah; (iii) barang yang dihibahkan; (iv) Sighah Ijab
dan Qabul.
keempat :Sama  Perayu telah menghujahkan bahawa syarat al–qabd tidak
ada rukun- diperincikan dalam perbicaraan ini. Sesuatu Hibah itu tidak
dianggap sempurna apabila tiada pemilikan / penguasaan ke
rukun Hibah atas harta yang dihibahkan tersebut- fakta ini tidak dibuktikan
dalam kes ini.

23
telah dipenuhi  Jadi panel hakim Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa YA
ataupun tidak Hakim Bicara tidak menyentuh langsung berkenaan syarat
AlQabd ini dalam penghakimannya sedangkan ia merupakan
di dalam kes syarat lazim bagi menjadikan sesuatu hibah itu sah dan
sempurna.
ini?  Oleh yang demikian , dapatan yang dibuat oleh panel rayuan
  bahawa Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf apabila
mensabitkan hibah sedangkan rukun-rukun dan syarat sah
hibah gagal diulaskan dan dipenuhi, maka Mahkamah Rayuan
telah memutuskan Hibah melalui Surat Kuasa Wakil, Surat
Ikatan Penyerahhakkan 1 dan 2 tidak memenuhi rukun-rukun
dan syarat sah hibah.
24 KESIMPULAN

Dapat diperhatikan juga


Sebagai cadangan bahawa qarinah memainkan
Mahkamah Syariah peranan penting dalam
perlu kepada undang- mensabitkan kes hibah ini.
Berdasarkan kes hibah Rujukan sewajarnyalah
undang khusus untuk
tersebut apa yang paling dapat dibuat kepada
penting bagi hibah yg merangkumi peruntukan undang-undang
memastikan Hibah prinsip umum, yang terpakai di samping
dapat disahkan di pengecualian hibah, Hukum Syarak yang
Mahkamah , rukun- syarat bertulis, muktabar. Secara
rukun dan syarat – budibicara mahkamah keseluruhannya, YA Hakim
syarat sah Hibah perlu sahkan hibah, termasuk dan YAA Hakim-hakim
diteliti dalam prosedur dan tatacara mahkamah rayuan syariah
penyediaan apa-apa dalam kes ini telah berjaya
dokumen berkaitan
hibah yang lengkap mengaplikasikan aspek
Hibah. supaya pengesahan kes- pembuktian dengan jelas dan
kes hibah dapat dibuat mantap dan secara zahirnya
dengan lebih keadilan dapat dicapai
menyeluruh. melalui keputusan kes
berkenaan.
 PENGENALAN
 KES INI ADALAH BERKENAAN PERMOHONAN
PENGANGKATAN KANAK-KANAK ISLAM
 Pihak – pihak yang terlibat
 DALAM PERKARA SEORANG KANAK –KANAK PEREMPUAN :
NURUL HAZIQAH HUMAIRA BINTI ABDULLAH
 PEMOHON 1: MOHAMAD HUSHAINI BIN HAJI ABDUL HALIM
3.DI DALAM MAHKAMAH  PEMOHON 2: HONEYMASYUSSNETA BINTI SISA
25 TINGGI SYARIAH NEGARA
BRUNEI DARUL SALAM  RESPONDEN: SURAYAH BINTI ABDUL AZIZ
PERMOHONAN NO :
BM/MTS/MAL-D/POO1B/31  Hakim Mahkamah Tinggi Syariah : PG DATO SERI SETIA HJ MOHD
3/06-2017 DI ANTARA
TASHIM PG HJ HASSAN
MOHAMMAD HUSHAINI BIN
HAJI ABDUL HALIM &  TARIKH PENGHAKIMAN : 10HB SEPTEMBER 2019
HONEYMASYUSSNETA BINTI
SISA LWN SURAYAH BINTI  UNDANG-UNDANG YANG DIRUJUK :- Akta Pengangkatan Kanak-
ABDUL RAZAK[2020] JH
EDISI KHAS (329);
kanak dalam Islam (Penggal 206), Akta Mahkamah – Mahkamah
Syariah(Penggal 184)
Fakta kes

 Kes ini adalah berkaitan dengan permohonan pengangkatan kanak-kanak yang mana
pada awalnya dibenarkan akan tetapi diambil semula kanak-kanak tersebut oleh ibu
kandung. Pemohon 1 dan Pemohon 2 dalam kes ini telah memohon bagi
mendapatkan kebenaran pengangkatan seorang kanak-kanak
 Pada 31hb Disember 2015, wujud perjanjian persetujuan di antara Pemohon dengan
26 ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut yang mana dalam perjanjian tersebut, ibu
kandung bersetuju menyerahkan kanak-kanak tersebut dibawah penjagaan
Pemohon 1 dan Pemohon 2. Umur kanak-kanak tersebut pada ketika itu berumur 6
tahun. Bagaimanapun lebih kurang setahun setengah berada dalam jagaan Pemohon
1 dan 2, kanak-kanak tersebut Kembali semula ke pangkuan ibunya dan dikatakan
atas permintaan ibu beliau sendiri serta kemahuan kanak-kanak tersebut.
 Pemohon 1 dan Pemohon 2 memohon suatu perintah dari mahkamah
memandangkan telah ada persetujuan oleh Responden dan telah menandantangani
surat akuan bersetuju menyerahkan kanak-kanak tersebut.
27 ISU KES

Isu utama dalam kes ini ialah sama ada keizinan Respondenmunasabah
untuk diketepikan sebagaimana kehendak undang-undang

Yang kedua adalah berkenaan kemaslahatan kanak-kanak tersebut harus menjadi


keutamaan yang mana kemahuan kanak-kanak tersebut menjadi pertimbangan dan asas
dalam membuat keputusan yang betul.
28 ULASAN KES
(1)Mahkamah Syariah Brunei berbidangkuasa dalam membuat perintah pengangkatan kanak-kanak di
bawah Akta Pengangkatan Kanak-Kanak Dalam Islam ( Penggal 206), kuasa untuk membuat perintah
pengangkatan kanak-kanak diberikan kepada Hakim Syarie yang dilantik di bawah bab-bab 9(1),10(1) dan
11 Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (Penggal 184) Bab 7 (1) Penggal 206 memperuntukkan – 7(1) ‘
Setelah permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berhasrat mendapatkan kebenaran untuk
mengangkat kanak-kanak dengan cara yang ditetapkan, Hakim Syarie boleh, setelah berpuas hati, membuat
perintah pengangkatan kanak-kanak dengan memberi kebenaran kepada pemohon untuk mengangkat kanak-
kanak dan memelihara kanak-kanak itu di dalam jagaannya’.

(2) Dalam kes ini, Pemohon 1 dan Pemohon 2 berhasrat untuk terus membuat pengangkatan ke atas kanak-kanak
tersebut dengan alasan kemaslahan kanak-kanak yang mana keadaan kewangan mereka yang kukuh lebih
menjamin maslahah Pendidikan kanak-kanak tersebut yang mana telah terbukti kanak-kanak mendapat keputusan
yang cemerlang malahan kanak-kanak tersebut di hantar ke sekolah yang lebih baik.
29

(3) Responden telah mengambil semula kanak-kanak tersebut dengan alasan selalu dipukul oleh Pemohon 1
dan 2, namun tiada bukti yang dikemukakan.Responden juga enggan menyerahkan Kanak-kanak tersebut
kerana telah hilang keyakinan terhadap Pemohon 1 dan 2.

(4)Mahkamah telah mengambil pendekatan yang berhemah dengan meletakkan kebajikan dan kemaslahatan
dalam menentukan keputusan kes ini. Faktor kedudukan dan masa depan kanak-kanak dipertimbangkan
selain dari faktor kemahuan kanak-kanak itu menjadi asas dan diambil kira oleh Mahkamah.

(5)Bagi faktor Pendidikan ,mahkamah berpendapat walaupun kurang berkemampuan, semasa dalam jagaan
Responden, kanak-kanak tersebut bersekolah di Sekolah Melayu Jasin, Cuma apabila dalam jagaan
Pemohon 1 dan Pemohon 2, kanak-kanak tersebut mendapat Pendidikan yang lebih baik berbanding
bersama Responden.
30

(6) Mengenai isu pemilihan oleh kanak-


kanak,mahkamah telah mengambil
pendekatan dengan mengadakan sessi (7) Hasil kedua-dua sessi temuduga tersebut,
temuduga dengan kanak-kanak tersebut mahkamah mendapati bahawa kanak-kanak
tanpa kehadiran kedua-dua pihak. Dan tersebut tetap konsisten memilih untuk
sessi kedua pula dihadiri oleh kedua-dua bersama ibu kandungnya iaitu Responden.
pihak .
 HAKIM MENOLAK DAN MENGENEPIKAN

31
KEPUTUSAN PERMOHONAN PEMOHON 1 DAN PEMOHON 2 BAGI
MENDAPATKAN PERINTAH PENGANGKATAN
MAHKAMAH KANAK-KANAK INI.
KESIMPULAN

 Dalam kes ini faktor pemilihan dan kehendak kanak-kanak tersebut diraikan oleh
Hakim Yang Bijaksana ini kerana YA Hakim berpendapat perasaan menebal kasih
sayang dan rindu kepada ibu kandungnya tetap mekar berbanding kepada
Pemohon 1 dan 2, kanak-kanak ini sejak dari kecil sehinggalah berumur 6 tahun
berada Bersama ibu kandung maka sudah tentu agak sukar untuk menerima
32 kehadiran ibu bapa angkat tersebut.
 Responden sebagai ibu kandung juga mempunyai hak untuk mengambil kanak-
kanak tersebut Kembali walaupun persetujuan pada awalnya.
 Apa yang penting adalah kebajikan kanak-kanak yang dibawah jagaan harus
dijadikan keutamaan semua pihak.
33

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like