You are on page 1of 6

LATIHAN TING 1 - BAB 6

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

1. Kesultanan Melaka mengalami zaman kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud


Shah kerana?

A. Kelemahan kepimpinan pemerintahan


B. Persaingan di kalangan pembesar daerah
C. Perebutan menguasai kawasan pegangan
D. Persengketaan antara kelompok pedagang (T1 / MS
91)

2. Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah setelah menyedari kesilapan
beliau ?

A. Mengambil tindakan tegas ke atas pengkhianat


B. Menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya
C. Melantik puteranya sebagai pengganti Tun Mutahir
D. Menyusun semula sistem perlantikan pembesar (T1 /MS 92)

3. Bendahara Tun Mutahir tidak disenangi oleh pembesar lain kerana ?

A. Beliau bersikap pilih kasih dalam menjalankan tugasnya


B. Beliau memiliki kekayaan yang melebihi pembesar lain
C. Beliau gagal berperanan dalam menasihati sultan
D. Beliau tidak disenangi oleh kerabat istana (T1/ MS 91)

4. Selepas Sultan Ahmad menggantikan bapanya Sultan Mahmud, pentadbiran Melaka menjadi
semakin lemah disebabkan?

A. Tiadanya sokongan daripada rakyat


B. Pembesar utama tidak memberi kerjasama
C. Ramai pedagang meninggalkan Melaka
D. Tiadanya kepimpinan berwibawa (T1/ MS 92)

5. Dialog berikut mungkin berlaku pada zaman kemerosotan Melaka.

Pedagang Gujerat : Hamba tidak lagi berhasrat membawa hasil dagangan ke


Melaka, apa pandangan tuan hamba ?

Pedagang Pasai : Hamba juga sependapat dengan tuan hamba, tambahan


pula sistem cukai di pelabuhan tidak seperti dulu.

Mengapakah timbulnya dialog berkenaan ?

Panitia Sejarah
SMK Kamil
LATIHAN TING 1 - BAB 6

I Kadar cukai yang tinggi dikenakan


II Masalah perebutan takhta
III Perbalahan sesama pembesar Melaka
IV Sistem cukai sedia ada tidak lagi diamalkan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (T1/ MS 92)

6. Slogan berikut merujuk kepada kedatangan orang Portugis ke Timur.

‘’Gospel ,Gold , and Glory

Apakah faktor utama kedatangan Portugis ke Melaka ?

A. Rakyat Portugis berani menempuh lautan


B. Jemputan daripada pihak istana
C. Meneruskan Perang Salib di Timur
D. Kelemahan askar Melaka (T1/ MS 94)

7. Maklumat berikut berkait dengan kedatangan orang Portugis ke Timur.

Tahun Lokasi ketibaan


1488 Bartholomew Diaz tiba di Tanjung Pengharapan
1498 Vasco da Gama tiba di India
1509 Lopez de Sequeira tiba di Melaka
1511 Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka

Apakah nilai yang boleh diambil dari kejayaan mereka ?

A. Kegigihan
B. Kesetiaan
C. Sedia berkhidmat
D. Sedia berkorban (T1/ MS 94)

8. Selain galakan dari pemerintah, kedatangan Portugis juga bertujuan menguasai perdagangan
rempah di Selat Melaka.
Apakah kepentingan perdagangan rempah kepada mereka ?

A. Mengaut kekayaan yang terdapat di Timur


B. Memberi saingan kepada pedagang Islam di Melaka
C. Menandingi kuasa-kuasa besar yang lain

Panitia Sejarah
SMK Kamil
LATIHAN TING 1 - BAB 6

D. Menjadi negara pengeluar rempah yang utama


(T1 /MS 95)
9. Maklumat berikut berkaitan dengan kemerosotan Melaka.

Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat kedatangan


Portugis ke Melaka adalah untuk menguasai perdagangan dan menentang
Islam.

Apakah kesannya ?

A. Bendahara Tun Mutahair mengarahkan orang-orang Portugis ditangkap


B. Pedagang Islam mula melarikan diri ke Jawa dan Gujerat
C. Sultan Mahmud mengarahkan Bendahara Tun Mutahir dibunuh
D. Lopez de Sequeira menyerang pedagang Islam
( T1 /MS
96)

10 . Rajah berikut menunjukkan tuntutan Alfonso de Albuquerque kepada Sultan Melaka .


Membebaskan tawanan

Tuntutan Portugis Menuntut ganti rugi

Apakah X ?

A. Mendirikan gereja
B. Membina kubu
C. Meluaskan pelabuhan
D. Memperbanyak gudang (T1/ MS 96)

11. Apakah iktibar dari peristiwa berikut ?

* Portugis berjaya menguasai jambatan penting di Melaka

* Pedagang asing menyediakan tongkang untuk tentera Portugis mendarat

A. Rakyat perlu bekerjasama untuk perpaduan


B. Jangan terlalu berharap kepada bantuan asing
C. Keselamatan negara adalah tanggung jawab tentera
D. Pedagang asing tidak harus memihak kepoada musuh (T1/ MS 96)

Panitia Sejarah
SMK Kamil
LATIHAN TING 1 - BAB 6

12. Selain dari mempunyai kelengkapan perang yang lebih baik kejayaan Portugis menawan
Melaka juga disebabkan oleh faktor ?

I. Keteguhan kubu pertahanan


II. Bantuan penduduk setempat
III. Memiliki tentera yang lebih ramai
IV Sokongan askar upahan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (T1/ MS 96)

13. Mengapakah buku Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dijadikan bahan cerita semasa Portugis
menyerang Melaka ?

A. Mendapatkan sokongan rakyat


B. Mengambil iktibar kisah silam
C. Menaikkan semangat juang askar
D. Memperbaiki strategi peperangan (T1/ MS 98)

14. Apakah pengajaran daripada peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis ?

A. Berusaha gigih memajukan negara


B. Bekerjasama mempertahankan negara
C. Bersatu meningkatkan taraf ekonomi
D. Berwaspada dengan ancaman dari luar (T1 /MS 98)

15. Berdasarkan maklumat berikut, kejayaan Portugis adalah disebabkan oleh ?

Tahun Peristiwa
1511 Portugis berjaya menawan Melaka

I Kelemahan askar Melaka


II Bantuan daripada pedagang Islam
III Slogan yang dilancarkan
IV Portugis memiliki peralatan perang lebih baik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (T1/ MS 92)

Panitia Sejarah
SMK Kamil
LATIHAN TING 1 - BAB 6

16. Masalah perpaduan di Melaka pada kurun ke 16 berpunca daripada?

I Persaingan antara pedagang


II Perpecahan di kalangan rakyat
III Persengketaan pembesar
IV Perbezaan amalan keagamaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (T1 /MS 92)

17. Jadual berikut merujuk kepada kronologi kejatuhan Melaka kepada Portugis .

Tahun Tokoh Peristiwa


1509 Lopez de Sequeira Orang Portugis dibenarkan berdagang di Melaka

1511 Alfonso de Albuquerque Tentera Portugis menyerang dan menawan Melaka

Apakah faktor yang membawa kepada kejatuhan tersebut ?

I Kelemahan kepimpinan
II Tentera upahan Melaka berpaling tadah
III Pembunuhan Tun Mutahir
IV Melaka tidak dibantu oleh wilayah naungan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (T1 /MS 93)

18. Kerajaan Melaka mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah di
sebabkan oleh perebutan kuasa di kalangan pembesar.
Selain itu faktor yang turut menyumbang ke arah kemerosotan Melaka ialah?

A.Masalah perpaduan
B.Kelemahan peribadi Sultan Mahmud
C.Ancaman dari pedagang asing
D.Kedatangan orang-orang Bugis (T1 / MS
92)

Panitia Sejarah
SMK Kamil
LATIHAN TING 1 - BAB 6

19 Kedatangan Portugis ke Timur sehingga membawa kepada kejatuhan Melaka disebabkan


oleh?

I Keinginan meneroka laluan perdagangan baru


II Galakan dari pemerintah Portugal
III Semangat untuk menghancukan kerajaan Islam
IV Persaingan dengan kuasa perdagangan lain

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV (T1 /MS 90)

20 Apakah iktibar yang dapat diperolehi daripada kejatuhan Melaka ke tangan Portugis?

A. Kedaulatan negara amat berharga dan harus dipertahankan


B. Pengorbanan askar upahan penting dalam menjaga negara
C. Berbangga dijajah oleh kuasa asing
D. Maruah negara yang jatuh tidak perlu ditebus kembali (T1 / MS
98)

Panitia Sejarah
SMK Kamil

You might also like