You are on page 1of 7

AKTIVITI HANDS ON

Definisi Hands On
Strategi pengajaran Hands On merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang
melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika proses pengajaran
dan pembelajaran. Prinsip yang diterapkan di dalam strategi pengajaran Hands On ini
ialah murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan
mencari penyelesaian berbanding hanya membaca daripada buku atau mendengar
kuliah guru sahaja.
Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands
on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat meningkatkan
keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal.
Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School,
Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar
pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai
individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran
untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.
Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on mengikut
pandangan dan pendapat masing-masing.
Pembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan. Ia melibatkan
penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami
sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut.
(Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton, MA)

Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan


jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti
yang dijalankan secara amali.
(Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at
Animals, Bronx, New York)
Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang
mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar
mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk
tujuan penyiasatan.
Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On
Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on.
Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah
difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami
sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran
pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan. Bagi
meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih
aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu
peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains yang
menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal
murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan
arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu
dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan
seperti ingin menerangkan konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir
menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan
peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan
sepanjang masa

Kelebihan Aktiviti Hands-On


Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya
ialah dapat memingkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan
melibatkan dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk
melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.
Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang
dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama.
Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan
lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika
mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari
dalam situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan
pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru
terbaik.
Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan
menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan
dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut
meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan
keupayaan untuk menginterpretasi data.
Contoh Strategi Pengajaran Hands On dalam Matapelajaran Sains
Strategi pengajaran ini adalah paling sesuai diterapkan kepada murid di peringkat awal
di mana ketika mereka berada di tahun satu lagi, mereka sudah mengenal beberapa
alat dan fungsi alat tersebut. Contohnya, dalam topik Conductivity of Electric, murid

tahun 3 dikehendaki mengenalpasti beberapa bahan yang boleh mengkonduksikan


elektrik. Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan
murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat objek-objek
tersebut. Oleh itu, guru akan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan
sekolah dan setiap murid dikehendaki mencari objek yang mereka fikir boleh
mengkonduksikan elektrik.
Pada peringkat ini, murid akan membuat ramalan dan pemerhatian (prediction and
observation). Kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains. Setelah
mereka mendapat objek-objek tersebut, tugas guru adalah memantau mereka supaya
tidak membawa sebarang objek yang berbahaya. Guru perlu sedar bahawa aspek
keselamatan adalah keutamaan dalam sesuatu proses pengajaran yang memerlukan
penglibatan murid secara aktif. Seterusnya, murid akan mula menguji bahan-bahan
yang mereka dapati itu dengan menggunakan papan litar. Peringkat ini dikenali sebagai
uji kaji (experimentation).

AKTIVITI MERENTAS KURIKULUM


Tahap kecerdasan seseorang murid amat berperanan dalam menentukan keberhasilan
pembelajarannya. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang
tergolong dalam kategori murid pintar atau pintar cerdas dan ada juga golongan murid
yang tergolong dalam kategori lemah. Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan
merasa mereka tidak diberi perhatian yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran
yang senang bagi mereka. Manakala pelajar lemah pula akan merasa tertekan kerana
sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-dua golongan ini akan merasa
bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini sama ada
berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepada
pelajar lemah.
Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang
berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi
perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan
rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor
persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah
tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak
dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat
baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan,
walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanakkanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh
kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan
kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan
tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda
hidup hingga ke akhir hayatnya.

Aktiviti merentas kurikulum boleh dijalankan dengan mengambil kira beberapa


aspek seperti ;
Penggabungjalinan
Kemahiran

satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu


pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif
dan menyeluruh.

Penyerapan Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan


pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke
dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.

Penerapan Nilai Murni

Penerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam


pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Pendekatan ini boleh
berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat,
bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa
dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.

Pemulihan

Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi
membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M.
Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia
bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.

Pengayaan

Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi


sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur
untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran
yang sedang dipelajari oleh murid

You might also like