You are on page 1of 1

Ruj. Kami: JPK.

03-08/2851/103/(56)
Tarikh
: 24 Oktober 2011
Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Kedah.
Tuan,
PENYEDIAAN KONTRAK LATIHAN MURID BAGI TAHUN 2012
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Dimaklumkan bahawa Pemantauan Kurikulum Berkualiti yang dilaksanakan di sekolahsekolah negeri Kedah pada tahun 2011 mendapati Kontrak Latihan Murid yang merupakan
sebahagian daripada elemen di dalam program berkenaan tidak disediakan oleh sebilangan sekolah.
Terdapat pula sekolah-sekolah yang menyediakan kontak latihan tetapi dengan bilangan latihan yang
kecil dan kurang mencukupi.
3.
Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Peningkatan Prestasi Akademik
(PPPA) Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Kali Kedua pada 19 hingga 21 Julai 2011 memutuskan
bahawa Kontrak Latihan Murid perlu disediakan oleh semua sekolah rendah dan menengah di
negeri Kedah mulai tahun 2012. Penyediaan Kontrak Latihan Murid ini perlu disediakan mengikut
tahap dan kemampuan setiap sekolah dan bilangannya hendaklah sesuai bagi murid-murid yang
terlibat.
4.
Bersama-sama ini diserta contoh-contoh Kontrak Latihan Murid bagi setiap subjek untuk
semua tahap/ tingkatan, rendah dan menengah untuk rujukan pihak sekolah. Sekolah-sekolah
perlulah menyediakan Kontrak Latihan Murid yang serupa atau yang lebih baik mengikut
kesesuaian tahap masing-masing.
Perhatian dan kerjasama yang tuan berikan dalam penyediaan Kontrak Latihan Murid bagi tahun
2012 amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG
Saya yang menurut perintah,
(MANSOR BIN LAT)
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
s.k

i.
ii.
iii.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman


Ketua-Ketua Sektor
Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah

You might also like