You are on page 1of 26

MASALAH MINDA DAN JASAD

SKPD1043
PENGANTAR FALSAFAH

DR. AZMI AZIZ

1 12/09/21
IBNU SINA
ZHAFARINA BINTI HAPIS A120376
WAN KHALIJAH BINTI MAHAR A
NORSHARILLA BINTI HAMDAN

2 12/09/21
SKOP PEMBENTANGAN
1. PENGENALAN
2. TEORI DUALISME
3. TEORI MATERIALISME
4. CABARAN KECERDIKAN TIRUAN
(ARTIFICIAL INTELLIGENCE) KEPADA
MATERIALISME
5. PENUTUP

3 12/09/21
Definisi minda
1) Menurut Bechtel (1988), minda melibatkan keseluruhan daripada
fikiran, tanggapan, persepsi, memori, mimpi dan sebagainya. Minda
juga dapat ditakrifkan sebagai keupayaan kognitif seperti kebolehan
berfikir dan menaakul. Menaakul ialah kebolehan seseorang
membuat pertimbangan ataupun keputusan dalam keadaan tertentu.
Minda juga adalah pusat kawalan bagi emosi seperti risau,
marah,takut dan sedia.

2) Menurut Betts (1971), minda adalah gabungan antara perlakuan


yang meningkatkan pengetahuan iaitu ingatan, imaginasi,
diskriminasi, perbandingan dan alasan dengan perlakuan yang
melibatkan perasaan iaitu takut, sayang, sedih dan seronak serta
melibatkan perlakuaan yang menunjukkan kehendak iaitu memilih.
Proses-proses itu menjadi satu aliran perlakuan yang dilakukan oleh
minda dalam menjalankan tugasnya. Kejayaan minda terhasil apabila
4 semua aktivti mental itu bekerjasama bersama secara harmoni. 12/09/21
Thomas Szasz dalam bukunya yang berjudul The Meaning of Mind:
Language, Morality and Neuroscience telah mengatakan bahawa,
Menurut The Encyclopedia of Philosophy:
“The fact of the matter is that there does not as yet exist a very
satisfactory account of our concept of the mind”

Menurut Rene Descartes (1596-1650):


Minda dianggap menjadi pemangkin jiwa(soul) yang membezakan
manusia daripada benda hidup yang lain.

Menurut Sigmund Freud (1856-1939):


Telah memberi terma ‘mental apparatus’ kepada minda dan melihat
minda sebagai manifestasi aktiviti otak.

Ahli falsafah baru dan saintis neuro pula mengklasifikasikan minda


sebagai otak, manakala pakar matematik dan fizik mengkaitkan minda
dengan Tuhan.

5 12/09/21
Definisi jasad
• Dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Alcibiades
(mungkin ditulis oleh Plato) Socrates berdebat bahawa
jasad tidak menjadikan seseorang individu tetapi hanya
digunakan sebagai alat atau objek oleh individu
tersebut.
• Dalam karya Aristotle yang berjudul On The Soul
pula Plato berdebat bahawa jasad bukan sebahagian
daripada individu tetapi hanya alat atau objek
perantaraan yang digunakan oleh roh.

6 12/09/21
Minda-jasad
• Dalam karya On the Soul, Aristotle menegaskan bahawa minda
dan jasad tidak boleh dipisahkan.
• “The body, the physical stuff, was potentially a person, but it was
only when that material took the shape of a human, the actuality
of a human, that a person existed.”
• Menurut Alfred Adler (1931) dalam bukunya berjudul What Life
Should Mean To You, minda dan jasad saling berkait rapat dan
minda membantu jasad menjalankan tanggungjawabnya. Beliau
telah memberi contoh bagaimana jasad memberi reaksi apabila
mengahadapi sesuatu keadaan atau situasi merbahaya. Minda
memberi amaran kepada jasad untuk beralih dari tempat tersebut
lalu jasad bertindak di atas amaran tersebut. Ini menjelaskan
hubungan antara minda dan jasad menurut Alfred Adler.

7 12/09/21
PERSOALAN
Bagaimanakah berlaku hubungan antara
mental/akal/minda dan jasad?
Adakah minda dan otak merupakan
benda/zat yang sama?atau sebaliknya?

8 12/09/21
Teori Dualisme
Cartesian Dualisme
 Tokoh : Rene Descartes
 menyatakan bahawa terdapat dua jenis objek atau zat; objek fizikal
dan objek mental.
 terdapat tindak balas atau saling bergantungan antara mental/minda
dan fizikal;
 mengambil ubat akan menyembuhkan rasa sakit atau mendengar bunyi
yang harmoni akan memberikan perasaan selesa atau gembira.
 Walaupunbegitu, sukar untuk memahami jasad dengan hanya melalui
pancaindera atau imaginasi sahaja, melainkan dengan menggunakan
akal fikiran.
 Menurut Descartes, minda lebih mudah difahami dengan mengatakan
 “I exist, I’m not a body, I do not have a body. In other words it is
possible that I’m nothing but a mind existing without a body”
‘Pengenalan kepada Sejarah Falsafah Moden’

9 12/09/21
Ciri dualisme oleh Descartes
1) ‘Indubitable Existence’
Menyatakan bahawa kita tidak boleh meragui
kewujudan minda
 Descartes mengakui ianya tidak mustahil untuk kita meragui
bahawa kita mempunyai jasad/tubuh badan.
 Kewujudan minda tidak boleh dipertikaikan kerana ia wujud
secara semulajadi ‘natural’.
 Kewujudan jasad pula boleh diragui dan dipersoalkan kerana
mengikut Descartes, jasad dan minda mempunyai status
yang berlainan.

10 12/09/21
2) ‘Divisibility And Extension’
 Descartes menegaskan dalam the Sixth Meditation
bahawa objek fizikal/jasad mesti mempunyai ruang .
 Selain itu, jasad boleh berkembang dan dibahagi
kepada beberapa bahagian manakala minda adalah
sebaliknya.
 Erti kata lain, jasad mempunyai ruang fizikal di antara
ruang.

11 12/09/21
Leibnez’s Law
Tokoh : G. W. Leibniz
menyokong teori dualism dengan mengatakan jika m dan
b ialah zat/objek yang sama, maka kedua-duanya mesti
mempunyai sifat yang sama.
Menurut Leibnez’s Law, jika m dan b mempunyai 1
perbezaan maka kedua-duanya merupakan entiti yang
berbeza.(jasad – minda)

12 12/09/21
MATERIALISME
HUGH ELLIOT
 DEFINISI :
Falsafah
 materialisme terbentuk oleh fizikalisme yang mana berpegang pada
satu perkara yang dikatakan wujud adalah benda (material).
 asasnya, semua benda adalah tercipta daripada benda (material) dan
semua fenomena adalah hasil interaksi benda (material interaction).
 setiap perkara yang berlaku dijelaskan tanpa melibatkan andaian
tentang kewujudan atau ketidakwujudan supernatural.

Realiti
- Pegangan materialisme adalah bertentangan dengan idealisme.

13 12/09/21
Reductive Physicalism
 Doktrin yang menyatakan semua benda dalam dunia boleh berkurang
kepada asas fizikalnya, atau bahan yang asal (material).
 Perkataan “fizikalisme” selalu digunakan silih berganti dengan
perkataan “materialisme”.
 Kedua-dua istilah menegaskan bahawa dunia hanya mengandungi
unsur benda dan tenaga (matter and energy).

Doktrin Materialisme
Keseragaman undang-undang – contoh : jika oksigen dan hidrogen
bergabung, lalu percikan elektrik melalui gabungan atom itu, maka
akan terbentuk air. (laws of nature)
Penolakan teleologi – tiada tujuan atau matlamat dalam alam semesta,
menolak idea yang mengatakan manusia adalah pusat alam semesta.
Hanya percaya pada benda atau pergerakan yang boleh dilihat.

14 12/09/21
Penolakan apa-apa bentuk kewujudan selain benda yang wujud
daripada asas fizik dan kimia –menolak idea tentang kewujudan
spiritual yang sepatutnya perlu bebas daripada kewujudan bahan (material
existences). Semua kewujudan adalah kepunyaan sama ada benda dan
tenaga, jadi “minda, kesedaran, harapan” menyebabkan setiap perkara
yang berlaku dikenali sebagai proses mental dan semua jenis tindakan
manusia, selagi ianya dalam tema benda dan tenaga (matter and energy).

*MINDA ADALAH PRODUK DARIPADA PROSES SEREBRAL


DALAM OTAK MANUSIA. – minda bukan apa-apa cuma sebagai
produk daripada sesetengah proses serebral dalam otak manusia.

15 12/09/21
OCKHAM’S RAZOR
“ A rule in science and philosophy stating that entities should not be multiplied
needlessly.”
- Pemilihan terhadap teori yang lebih mudah dan jawapan yang paling mudah
adalah kebiasaannya jawapan yang betul.

* Minda sebagai physico-chemical process.


- Mempercayai minda ialah produk daripada jasad manusia yang tidak boleh
terungkai, maka tidak wujud dualistik tetapi monistik.

DIALEKTIKAL MATERIALISME
KARL MARX
- Hakikat adalah material yang bersifat konkrit dan objektif, bukan ideal dan
subjektif.
- Menurut Karl Marx, dialektikal sebenarnya bukan idea kerana bahan-bahan dunia
ini bukan idea tetapi benda (matter).
- Oleh itu, dengan menjalani pelbagai urusan dalam kehidupan, maka manusia akan
dapat mengenali hakikat dunia ini secara objektif.
16 12/09/21
Kecerdikan Tiruan (Artificial
Intelligence)

• Artificial intelligence ialah satu konsep dan usaha


untuk menghasilkan sebuah mesin yang mampu
berfikir seperti manuasia.
• Konsep ini tercetus pada pertengahan tahun 1950’an

17 12/09/21
Cabaran kepada materialisme
 Ahli falsafah materialisme menyatakan minda hanyalah satu istilah
bagi pemprosesan maklumat otak.
 Mereka cuba mencipta berbagai-bagai mesin yang dapat memproses
maklumat di luar otak manusia.
 Namun materialisme berdepan dengan masalah iaitu
“Can machines think?
“Can machines behave intelligently?”
“can machine be consciousness?”

18 12/09/21
Persoalan –persoalan ini hadir apabila ciptaan demi
ciptaan lahir dalam membuktikan adanya mesin yang
mampu untuk bertindak dan berfikir seperti manusia.
Persoalan-persoalan inilah yang merupakan antara
cabaran kepada aliran materialisme

19 12/09/21
Tokoh AI
Alan M. Turing(1912-1954)
Ahli falsafah dan matematik Inggeris
Tokoh AI yang berfahaman materialisme.
Mencipta “Machine Turing”

20 12/09/21
Kegagalan Turing
Turing Test tidak berkembang, tidak membina dan
tidak menurut kepada sistem analisis matematik

21 12/09/21
Alan Newell dan Herbert Simon

 “akal hanyalah minda, dan minda manusia pada asasnya ialah mesin
logik”.
 Mencipta Logic Theory Machine(LTM) awal tahun 1956
 Dapat membuktikan teorem geometri lebih tepat berbanding manusia
 LTM jelas dapat menyelesaikan masalah matematik dan numerik yang
tinggi namun tidak dapat berbuat lebih daripada itu.

22 12/09/21
PERBANDINGAN
Materialism:
• Melihat dunia sebagai terdiri hanya daripada benda fizikal.
• Tidak boleh menerangkan atau membezakan manusia dengan organisma
lain.

Dualism:
• Mempercayai bahawa segala benda di dunia ini terdiri daripada unsur
fizikal dan bukan fizikal.
• Menegaskan bahawa minda dan jasad adalah berasingan.
• Lebih jelas menerangkan perbezaan antara manusia dengan organisma
lain.

Artificial Intelligence:
• Komputer yang diolah dan diubah suai supaya bertindak seperti manusia.
• Tidak berjaya 100%

23 12/09/21
PERSAMAAN
• Ketiga-tiga teori ini cuba mendalami dan memahami
sifat manusia dan kehidupan dengan lebih mendalam
lagi.
• Materialism cuba menerokai sifat manusia dalam bentuk
fizikal.
• Dualism menerokai sifat manusia dengan dua aspek iaitu
fizikal dan bukan fizikal.
• Artificial Intelligence cuba menjadikan atau memberikan
sifat manusia kepada benda bukan hidup, iaitu komputer
dan mesin.
• Hubungan di antara jasad dan minda dipertikaikan di
dalam ketiga-tiga teori dengan caranya tersendiri.

24 12/09/21
Kesimpulan

Minda dan jasad sememangnya terdiri daripada


elemen-elemen fizikal dan bukan fizikal yang memberi
suatu spesifikasi yang unik kepada manusia.

25 12/09/21
RUJUKAN
1. Azizi Yahaya.Asmah Suboh. Zurihanmi Zakariya. Fawziah Yahya.
(2006). Aplikasi Kognitif dalam pendidikan. PTS professional.(ms
254)
2. Mohamed Yusoff Hussain. 2002. Pengenalan kepada Sejarah Barat
Moden. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
3. Sober, Elliott. 2001. Core Questions in Philosophy, A text with
readings. USA : RR Donelly & Sons Company

26 12/09/21

You might also like