You are on page 1of 58

LOGIK

Salah satu cabang falsafah Sains penaakulan (science of reasoning) logik deduktif dan logik induktif pemikiran kritis F fungsi utama logik - menilai hujah dari sudut: - kesahihan (validity) - kebenaran (truth) - kemunasaban dan kebernasan (sound)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

berkaitrapat dengan fungsi analitikal falsafah iaitu : - a priori, necessary truth (depend purely upon the analysis of the meanings of the terms involved, not upon anything that lies outside of language) Membina hujah rasional yang a priori dan mempunyai nilai kebenaran bersifat mesti (necessary truth). Cth. 2+2 semestinya 4
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Logik peraturan yang membolehkan seseorang mengemukakan usul/proposisi yang yang dinilai dari sudut truth value atau nilai kebenaran ( sama ada proposisi adalah BENAR atau TIDAK BENAR)

Logik mengikut struktur tertentu iaitu: - ada premis (mukadim) dan kesimpulan
- Logik terbahagi kpd 2:

Logik deduktif Logik induktif


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Hukum logik mengikut struktur tertentu iaitu: (i) ada premis (mukadim) dan (ii) kesimpulan Logik tidak dapat membuktikan perkara yang berkait dengan:

nilai keimanan/keagamaan perasaan dalaman atau emosi intuisi citarasa


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Logik deduktif/deduksi
Penaakulan yang bermula drp pernyataan umum/am yang mengarah kepada kesimpulan yang merupakan pernyataan khusus Logik deduktif digunakan utk membezakan hujah yang baik dan hujah yang berfalasi (lemah). Logik menentukan hujah yang sahih (valid) dan hujah yang tidak sahih (invalid reasoning/argument)
Penaakulan diperlukan dalam falsafah untuk berhujah secara sistematis
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

HUJAH Hujah adalah rangkaian proposisi yang kebenaran kesimpulannya bergantung kepada kebenaran premisnya. Premis atau premis-premis dalam hujah mengarah, menyokong, meyakinkan dan menentukan kebenaran kesimpulan hujah tersebut. Oleh itu, pemikiran kritis diperlukan untuk menilai sama ada sesuatu hujah itu baik atau pun mempunyai falasi (fallacy)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Fungsi logik dalam hujah ialah menentukan benar atau tidak benarnya sesuatu proposisi yang BUKAN bergantung kepada fikiran, perasaan atau kepercayaan seseorang yang bersifat subjektif.
Kebenaran logik deduktif hanya dari sudut analisis makna istilah dan proposisi dari aspek a priori (Benar atau Tidak Benar)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Logik tidak dapat menilai kebenaran sesuatu dakwaan (claim) hujah yang berasaskan pernyataan moral dan etika kerana tidak dapat dianalisis dari segi truth value a priori.
Hujah moral bersifat subjektif

Ciri hujah baik atau sahih dari sudut logik


tidak kabur tidak ada falasi definisi tepat dari segi semantik dan sintak sahih dari sudut deduktif ( sekiranya premis benar, kesimpulan mesti benar)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Ciri hujah lemah berfalasi berkemungkinan bagi premisnya untuk benar tetapi kesimpulannya salah (pada masa yang sama)

Yang membezakan hujah yang rasional drp hujah yang tidak rasional atau berfalasi ialah alasan yang munasabah (ground,warrant) dikemukakan untuk menyokong atau menolak hujah tersebut

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Oleh itu, logik merupakan peraturan yang membolehkan seseorang membuat usul/dakwaan atau cadangan serta hujah perbincangan munasabah mengikut cara dan kaedah/struktur betul. Ciri utama logik ialah meneliti ayat/pernyataan/proposisi yang merupakan bahan dalam proses taakulan deduktif
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

P1: Semua ahli falsafah ialah manusia P2: Socrates ialah ahli falsafah K: Oleh itu/maka/jadi, Socrates ialah manusia (Kebenaran kesimpulan hanya melalui taakulan bukan pengesahan secara empiris; hujah di atas dikenali sbg silogisme 2 premis dan 1 kesimpulan) Sekiranya premis atau premis-premis dalam sesuatu hujah adalah benar, maka kesimpulannya semestinya benar (necessarily true)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Cth hujah sahih kedua:


P1: Seekor kucing telah membunuh anak ayam yang

selalu berada di padang itu

P2: kucing itu mungkin kucing Si Ali atau pun kucing jiran sebelah atau pun kucing liar
P3: Ali mengatakan bahawa kucingnya tidak membunuh anak ayam itu
P4: Ali mengatakan demikian kerana kucingnya tidak

keluar sepanjang hari daripada rumah P5: JIran sebelah juga mengatakan bahawa kucingnya tidak pernah dikeluarkan daripada rumah
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

K:

Jadi/maka/oleh itu, kucing yang membunuh mestilah kucing liar

anak ayam itu

(Drp P3 dan P4 kucing Ali tidak membunuh anak ayam itu (a) (Drp. P5 kucing jiran sebelah tidak membunuh anak ayam itu (b) Peraturan/struktur betul dari segi logik P1: Semua ahli falsafah ialah manusia P2: Socrates ialah manusia K: Maka/jadi/oleh itu, Socrates ialah ahli falsafah Fungsi utama logik dalam falsafah ialah membina hujah sahih dan bernas serta tidak bercanggah

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Istilah -istilah asas dalam logik


- hujah - konjungsi (^) - premis - disjungsi (v) - kesimpulan - taakulan - pernyataan/proposisi - negasi (~)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Istilah istilah dalam logik


Atau (disjungsi; v): 1. inclusive 2. exclusive

Bentuk inclusive bermaksud boleh memilih salah satu daripada dua pilihan
Cth.

Anda boleh memancing sama ada di Tasik Kenyir ATAU di Tasik Merah jika di Malaysia (either one or the other of both)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Cth. Bentuk exclusive Mereka yang dikehendaki polis disyaki berada sama ada di kawasan tapak perumahan itu atau di tepi sungai (either one or the other but not both)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Cth lain bentuk exclusive

Mengambil EDU 3004 akan menaikkan atau menurunkan CGPA saya


Negasi (Penafian; negation;~) Adalah tidak benar bahawa Q ; it is not the case that Q; it is not true that Q
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Cth: Kucing suka makan ikan Adalah tidak benar bahawa kucing suka makan ikan Adalah tidak benar bahawa kucing tidak suka makan ikan Pernyataan Bersyarat (Conditional) Satu pernyataan di mana kebenaran kesimpulannya bergantung kepada kebenaran premisnya
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Jika anda lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Akhir kursus EDU3004, maka anda akan diberi gred A bagi kursus ini Pernyataan di atas TIDAK bermaksud:

1. Anda akan lulus dengan cemerlang 2. Anda akan diberi gred A Kebenaran dalam 2 ditentukan oleh kebenaran dalam 1. (Jika.maka.; ifthen.)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Cth hujah yang menggunakan pernyataan bersyarat: P1: Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya Jam loceng berbunyi Jadi, Siti dijagakan dari tidurnya (Hujah sahih)

P2: K:

Jika jam loceng berbunyi, A maka Siti akan dijagakan dari tidurnya B Jam loceng berbunyi A Jadi, Siti dijagakan dari tidurnya B
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Jika A, maka B A Jadi, B

Hujah yang sahih w/pun tidak semestinya baik kerana premisnya mungkin tidak benar
Hujah di atas dikenali sbg modus ponens (dlm Latin method of putting; affirming the antecedent; mengesahkan anteseden; hujah yang direct) Hujah di atas yang berbentuk indirect yang sahih.

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

P1: P2: K:

Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya (B) Siti tidak dijagakan dari tidurnya (~B) Jadi, jam loceng tidak berbunyi (~A)

Jika A, maka B (~B) Jadi, (~A)

Hujah di atas dalam bentuk modus tollens yang bermaksud dalam Latin method of taking away; denying the consequent; menafikan konsekuen
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

HUJAH BERFALASI Hujah yang mengesahkan konsekuen (affirming the consequent) Hujah lemah/tidak sahih P1: P2: K: Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya (B) Siti dijagakan dari tidurnya (B) Jadi, jam loceng berbunyi (A)

Jika A, maka B B Jadi, A Mengapa lemah?


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

1.

Banyak cara yang menyebabkan Siti boleh dijagakan.

2. Jika ia tidak jaga, maka dapat diandaikan bahawa jam loceng tidak berbunyi atau sebab-sebab lain yang tidak berlaku 3. Tetapi, adalah SALAH untuk membuat andaian/menaakul bahawa jika Siti terjaga (mengesahkan konsekuen), maka jam loceng telah berbunyi. Mungkin ada sebab lain seperti panggilan talipon dari kawan yang menybbkan Siti terjaga
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Hujah yang tidak sahih yang menafikan anteseden (denying the antecedent Cth. P1: Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya (B) P2: Jam loceng tidak berbunyi (~A) K: Jadi, Siti tidak dijagakan dari tidurnya (~B) Jika A, maka B (~A) Jadi, (~B) Mengapa hujah lemah? Siti mungkin terjaga jika ada panggilan dari kawannya atau disebabkan oleh perkara lain

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Syarat Perlu dan syarat mencukupi (necessary and sufficient conditions)


Cth:

Prof. M: Anda akan lulus peperiksaan ini jika anda hadir

setiap kuliah Amin: Baiklah

Amin: (kemudian) macam mana ni Prof. M? Saya hadir setiap kuliah tetapi mendapat F dalam peperiksaan?

Prof. M: Saya katakan bahawa anda akan lulus jika anda hadir setiap kuliah. Tetapi, kehadiran anda ke kuliah sekadar mencukupi syarat untuk anda lulus tetapi tidak semestinya anda akan lulus. Anda perlu mendapat markah 40% ke atas untuk lulus di samping hadir kuliah.
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Jika anda tidak hadir, anda tidak akan lulus. Bagaimanapun, anda perlu juga mendapat 40% dalam peperiksaan untuk lulus.
Cth. Syarat perlu untuk mendapatkan lesen memandu 1. lulus ujian memandu ATAU

2.

Anda tidak akan dapat lesen memandu jika anda tidak ujian memandu

lulus

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

3. Anda hanya akan dapat lesen memandu jika anda lulus ujian memandu Cth. Syarat mencukupi untuk mendapatkan wang dari bank 1. Pengeluaran wang melalui ATM 2. Pengeluaran wang melalui menunaikan cek

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Cth. Lain: Jika hujan turun, maka jalan raya menjadi basah Jika binatang itu serangga, maka ia ada 6 kaki

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Jadual Kebenaran (Truth Table)


Dan (^) Atau (v) Tidak (~) JikaA, maka. B (AB)

Melihat Benar atau Tidak Benar dalam pernyataan yang menggunakan simbol-simbol ini. Cth.
1. Bush ialah monyet (A) dan Saddam ialah harimau (B) (A ^B)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Bilakah pernyataan ini menjadi benar? Bila keduadua pernyataan Bush ialah monyet benar dan Saddam ialah harimau benar. Hanya dengan cara ini sahaja pernyataan Bush ialah monyet dan Saddam ialah harimau menjadi benar A B A^B B B B B TB TB TB B TB TB TB TB

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Konjungsi (^) usul adalah benar (B) jika kedua-dua bahagian dalam pernyataan Bush ialah monyet dan Saddam ialah harimau adalah benar. Jika tidak, pernyataan ini adalah tidak benar.

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

A B

~A TB

TB

Negasi (~) Bush bukan monyet ( ~A) Adalah TIDAK BENAR jika Bush bukan monyet tidak benar, dan adalah BENAR jika Bush adalah monyet adalah benar.

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Disjungsi (v)
Adalah TIDAK BENAR jika kedua-dua bahagian sesuatu pernyataan adalah TIDAK BENAR. Jika sebaliknya, ia adalah BENAR Cth. Amin atau Aziz akan hadir di mesyuarat itu Amin akan hadir di mesyuarat itu (P) (Benar) Aziz akan hadir di mesyuarat itu (Q) (TB)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

PvQ

B B
TB TB

B TB
B TB
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

B B
B TB

Pernyataan yang menggunakan Jika..maka. Adalah TIDAK BENAR sekiranya antesedennya benar dan konsekuennya tidak benar. Jika tidak, pernyataan ini adalah BENAR P Q PQ

B B TB TB

B TB B TB

B TB B B

Baris pertama: Jika P maka Q, P, jadi, Q Jika P Q benar, dan P benar, maka Q benar Baris kedua: Andaikan P benar dan Q tidak benar. Dari struktur kesahihan, kesimpulan yang tidak benar tidak boleh berikutan premis yang benar. Oleh kerana hanya Copyright (C) 2004 Dr. Habsah adalah tidak benar ada 2 premis, semestinya P QIsmail

Cth. Mengapa P Q BENAR dalam baris ketiga dan keempat? Cth. Sekiranya Salmah mewarisi harta pusaka itu (P), maka dia akan belikan sahabatnya sebuah kereta (Q) Dapatkah dikatakan bahawa Salmah memungkiri janjinya (tidak membelikan kereta utk sahabatnya) sekiranya dia tidak mewarisi harta pusaka? Jawapan ialah Tidak. Jadi, pernyataan ini masih BENAR, walaupun antesedennya TIDAK BENAR dan konsekuennya juga TIDAK BENAR

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

LOGIK KELAS/KATEGORI
Hujah sahih disebabkan kaitan formal antara bahagianbahagian dalam pernyataan Hujah juga adalah sahih kerana perkaitan antara istilah yang terdapat dalam sesuatu pernyataan atau proposisi yang membentuk hujah. Logik kelas/kategori berdiri pada konsep:

- semua - beberapa - ada - tiada


Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

A: Semua A ialah B (universal affirmative proposition) bermaksud proposisi yang meletakkan ahli/benda/elemen dalam kategori/kelas yang sama. Cth. Semua professor bijak; Semua kerapu adalah ikan; Semua lelaki jujur. Cth. Semua professor bijak menunjukkan semua ahli yang dikategorikan/kelaskan sebagai professor juga termasuk di dalam kategori bijak
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

E: Tiada A yang B ( universal negative proposition) Cth. Tiada professor yang bijak; Tiada kucing yang reptilia; Tiada professor yang bijak menunjukkan pengasingan setiap ahli dari kategori/kelas professor daripada kelas/kategori bijak I: Ada A yang B ( particular affirmative proposition; khusus) Cth. Sesetengah nombor adalah genap; Comel ialah kucing; Beberapa wanita merokok; Sesetengah nombor adalah genap bermaksud sesetengah ahli dari kategori nombor juga ahli kategori/kelas genap
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Dalam logik, sesetengah/ada/sebahagian/beberapa bermaksud sekurang-kurangnya satu. Cth. dalam logik, pernyataan berikut adalah BENAR dalam keadaan: Jika seorang atau, beberapa orang atau semua daripada 500 orang pelajar lulus dalam peperiksaan. Pernyataan menjadi TIDAK BENAR hanya jika tidak ada seorang pun pelajar daripada 500 orang yang lulus O: Ada A yang bukan B (particular negative proposition) Cth. Ada professor yang tidak bijak; Sesetengah binatang bukan mamalia; sesetengah lelaki tidak jujur
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

AEIO Cara paling mudah untuk menunjukkan kesahihan atau ketidaksahihan dalam penaakulan/logik kelas ialah melalui gambarajah VENN (dicipta oleh ahli falsafah British, JOHN VENN-1824-1923) Cth. Pernyataan semua kerapu ialah ikan diwakili oleh gambarajah berikut:
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

K= kerapu

M Bulatan mewakili kerapu ialah ikan

M=ikan

Bulatan mewakili ikan

Kerapu ialah ikan kerapu adalah ahli khusus bagi mewakili kelas ikan dalam set semesta
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

k=kerapu

Gambarajah mewakili pernyataan: kerapu bukan ikan

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Untuk menunjukkan pertalian antara kerapu dan ikan, kedua-dua bulatan perlu dikaitkan

1= kawasan yang mewakili kerapu tetapi tidak mewakili ikan= meliputi semua benda yang dikelaskan sebagai kerapu tetapi bukan ikan(benda-benda k yang bukan M)
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

3= kawasan yang mewakili ikan sahaja =meliputi semua benda yang dikelaskan sebagai ikan tetapi bukan kerapu (benda M yang bukan K) 2=kawasan yang meliputi hanya semua benda yang mewakili kedua-dua benda kerapu dan benda ikan (benda-benda yang sekaligus K dan M)

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

M= ikan
M

k= kerapu

k
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Kerapu bukan ikan

M = ikan
* = sekurang-kurangnya satu

M = ikan Tidak ada ikan= tidak ada ahli untuk mewakili kelas ini

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Pernyataan, Semua kerapu adalah ikan


A: Semua K ialah M K

M E: Tiada K yang M Semua kerapu bukan ikan; tiada kerapu yang ikan Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

I: Ada M yang K; ada K yang M

O: Ada K yang bukan M Beberapa ahli dari kelas kerapu tidak mewakili kelas ikan

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

LOGIK INDUKTIF
Analisis dan penilaian hujah dari sudut kekuatan induktif menghasilkan satu kesimpulan umum dari pemerhatian khusus (sampel yang mewakili populasi) Kesimpulan logik induktif berasaskan pemerhatian dan penyelidikan dan tidak bersifat perlu (necessary) Kaedah induktif banyak dalam sains fizikal dan sosial yang bersifat empiris; data.fakta dijadikan hukum atau teori (C) 2004 Dr. Habsah Ismail Copyright

Dalam hujah induktif maklumat/fakta diperoleh mempengaruhi kesimpulan; berdasarkan faktor kemungkinan/keberangkalian (chance factor) Soal selidik penting sebagai instrumen kajian utama Pemerhatian bahawa wanita Jepun 1 lemah lembut wanita Jepun 2 lemah lembut wanita Jepun 3 lemah lembut wanita Jepun 4 lemah lembut wanita Jepun 5 lemah lembut wanita Jepun n lemah lembut Jadi, semua wanita Jepun lemah
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Kesimpulan semua wanita Jepun lemah lembut mempunyai maksud yang melebihi premis hujah (pemerhatian hanya wanita Jepun yang sedia ada tetapi kesimpulan merujuk kepada semua wanita Jepun yang sedia ada; yang akan wujud dan yang telah wujud Tahap kebenaran kesimpulan bergantung kepada bilangan sampel yang wajar dikaji untuk mewakili populasi
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Bentuk logik induktif


Silogisme Statistik Kesimpulan hujah menggunakan kebanyakan daripada; hampir semua.. (persampelan; populasi, alpha error) Hujah melalui analogi A adalah sama dengan B kerana memiliki ciriciri persamaan1, 2, 3 ..
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Tetapi, A juga memiliki ciri N Jadi, B juga dianggap memeliki ciri N Analogi hujah moral Digunakan dalam hujah moral yang preskriptif; berasaskan prinisp moral seperti keadilan dan kesaksamaan Cth. A dan B memiliki ciri 1, 2 ,3,4 A mendapat layanan T Tetapi, B tidak mendapat layanan T B sepatutunya mendapat juga layanan T
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Penaakulan berasaskan analogi diwakili bentuk model yang mewakili hujah subjektif; pengertian dan tafsiran berbeza mengikut individu

Bentuk model (1) model formal model teori sains tulen; (2) model bersifat material- kesan dadah ke atas binatang

Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

Masalah logik induktif


1) kesimpulan yang lebih luas daripada premis/premispremis (kesimpulan sesuatu hujah induktif boleh menjadi benar atau tidak benar walaupun premispremisnya tidak benar). Cth: P1: K: Pemuda itu berdiri di sisi mayat wanita itu dengan memegang pisau berdarah Jadi, pemuda itulah yang membunuh wanita itu

2)
3)

Pendapat berbeza tentang sumber maklumat atau data kajian (latar belakang; pengalaman; kepakaran)
Sampel kajian mesti mewakili populasi
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

MASALAH LOGIK DEDUKTIF Hanya meneliti kebenaran dari sudut STRUKTUR logik (proposisi yang mempunyai nilai kebenaran) Tidak menambah maklumat/fakta; tidak merujuk kepada dunia fizikal; konsep diaplikasi dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Copyright (C) 2004 Dr. Habsah Ismail

You might also like