You are on page 1of 19

BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG II (BMU553)

TAJUK TUGASAN:

TUGASAN INDIVIDU I

_____________________________________________

NAMA: MUHAMMAD IMRAN SHAH BIN MISMAN

NO ID PELAJAR: 2016239762

PENSYARAH: PUAN ZURAIDAH BINTI JANTAN


PENGENALAN

Kesalahan bahasa merupakan kesalahan yang kerap dilakukan dalam membina sesuatu

ayat. Kesalahan ini biasa dilihat dalam penulisan dari pelbagai julat umur tidak kira murid

sekolah rendah mahupun golongan yang sudah bekerja. Kesalahan dari segi tatabahasa ini

termasuklah kesalahan penyusunan ayat, penggabungan kata,ejaan dan dan kesalahan-kesalahan

lain seperti penggunaan kata pemeri, kata kerja dan yang seumpamanya.

Objektif mengenalpasti kesalahan bahasa adalah untuk membaiki dan menambahbaik

penguasaan bahasa melayu dalam penulisan. Selain itu, hal ini supaya kesalahan tatabahasa dapat

diminimumkan agar para pelajar dapat menguasai cara penulisan yang betul. Apabila sesuatu

penulisan dapat dihasilkan tanpa sebarang kesalahan bahasa, mesej ataupun input yang ingin

disampaikan oleh penulis mudah diterima dan difahami oleh para pembaca.

Jurnal yang dipilih sebagai subjek tugasan pertama ini adalah hasil tulisan Faridah Saleh

dan Zurina Ahmad Saidi yang dipaut dari laman Proceeding: 7th International Seminar on

Regional Education. Tajuk artikel jurnal ini adalah Faktor dan Peranan Institusi Keluarga dalam

Mencegah Salahlaku dan Devian Kalangan Remaja. Artikel ini secara ringkasnya

membincangkan beberapa isu penting berkaitan dengan faktor berlakunya salah laku devian

dalam kalangan remaja dan peranan keluarga untuk mencegahnya.


Hasil kajian yang akan disenaraikan di bawah adalah hasil analisis artikel melalui proses

identifikasi dan klasifikasi secara sistematis kesalahan-kesalahan tatabahasa. Proses mengenali

dan memilih kesalahan dari artikel di atas dilakukan berdasarkan kategori kebahasaan yang telah

ditetapkan oleh pensyarah dan ditambah dengan kesalahan-kesalahan lain yang terdapat dalam

artikel tersebut.
1.1 KATA NAMA KHAS

Secara asasnya, kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus.

Kesalahan kata nama khas yang terdapat dalam muka surat 147 adalah seperti berikut.

(i) “Remaja hari ini merupakan salah satu asset kepada pentas pembangunan Negara iaitu

penentu kepada jatuh bangunnya generasi dan pentadbiran masa hadapan.”

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, huruf yang berukuran dan berbentuk khusus

biasanya digunakan sebagai huruf pertama bagi perkataan dalam ayat atau huruf pertama pada

kata nama khas seperti nama orang, nama tempat. Oleh itu, ayat di atas sepatutnya ditukar

kepada:

“Remaja hari ini merupakan salah satu asset kepada pentas pembangunan negara iaitu penentu

kepada jatuh bangunnya generasi dan pentadbiran masa hadapan.”

Kesalahan seterusnya dapat dikenalpasti dalam muka surat 149.

(ii) “Kini, media Massa mahupun media elektronik seringkali memaparkan dan

menggambarkan keruntuhan moral dalam kalangan remaja di semua peringkat menerusi

tingkahlaku-tingkahlaku negative seperti perlakuan seks bebas.”

Ayat di atas sepatutnya di ubah kepada:

“Kini, media massa mahupun media elektronik seringkali memaparkan dan menggambarkan

keruntuhan moral dalam kalangan remaja di semua peringkat menerusi tingkahlaku-tingkahlaku

negative seperti perlakuan seks bebas.”


Kesalahan ketiga bagi kata nama khas adalah pada muka surat 151.

(iii) Menurut azizi et al (t.t) menjelaskan nilai kekeluargaan yang semakin pudar dan rapuh

dalam kalangan masyarakat.

Azizi merupakan nama sesorang maka huruf pertama di hadapannya perlu berbentuk khusus.

Ayat yang betul adalah seperti berikut.

“Menurut Azizi et al (t.t) menjelaskan nilai kekeluargaan yang semakin pudar dan rapuh dalam

kalangan masyarakat.”

1.2 PENGGUNAAN IMBUHAN

Kesalahan penggunaan imbuhan dalam sesuatu ayat boleh mengubah maksud yang ingin

disampaikan. Kesalahan pertama dapat dikenal pasti dalam muka surat 150.

(i) “Adalah tidak wajar bagi seorang guru mengenakan tindakan tata tertib kepada pelajar

yang merokok sedangkan guru tersebut merokok dan mengamalkan.”

Ayat di atas perlu diubah kepada:

“Adalah tidak wajar bagi seorang guru mengenakan tindakan tata tertib kepada pelajar yang

merokok sedangkan guru tersebut merokok dan mengamalkannya.”

Kesalahan penggunaan imbuhan yang kedua dapat dikenal pasti dalam muka surat 151.
(ii) “Antara yang dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah salahlaku dan disiplin dalam

kalangan pelajar sekolah adalah dengan membuat permerhatian ke atas tingkahlaku pelajar di

dalam kelas, persekitakan sekolah, proses pembelajaran dan pengajaran serta selepas waktu

persekolahan.”

Penggunaan imbuhan yang betul ialah pemerhatian dan bukanlah permerhatian. Ayat yang betul

adalah seperti di bawah.

“Antara yang dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah salahlaku dan disiplin dalam kalangan

pelajar sekolah adalah dengan membuat permerhatian ke atas tingkahlaku pelajar di dalam kelas,

persekitakan sekolah, proses pembelajaran dan pengajaran serta selepas waktu persekolahan.”

Kesalahan penggunaan imbuhan yang seterusnya adalah dalam muka surat 153.

(iii) “Keluarga yang bercerai berai juga punca mencetus kepada remaja yang beremosi,

bertingkahlaku devian malah sentiasa menbuat masalah.”

Ayat di atas perlu dibetulkan kepada:

“Keluarga yang bercerai berai juga punca mencetus kepada remaja yang beremosi,

bertingkahlaku devian malah sentiasa membuat masalah.”

Kesalahan seterusnya turut dikenalpasti dalam muka surat 153.

(iv) Komunikasi tidak berkesan terjadi punca daripada ibu bapa yang tidak meluangkan masa

dengan anak-anak.

Ayat yang perlu digunakan adalah seperti berikut:


“Komunikasi tidak berkesan terjadi berpunca daripada ibu bapa yang tidak meluangkan masa

dengan anak-anak.”

1.3 KATA GANTI DIRI NAMA DIRI

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau Dewan Bahasa dan Pustaka, kata ganti nama diri

mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang

kedua dan diri orang ketiga. Kesalahan kata ganti diri terdapat dalam muka surat 148.

(i) “Menurut Haslina (2002) menyatakan ia merupakan tindakan-tindakan ganas yang

dilakukan oleh remaja dan diwarisi dari remaja lebih tua kepada remaja yang lebih muda.”

Kata ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Maka ayat yang betul adalah:

“Menurut Haslina (2002) menyatakan ini merupakan tindakan-tindakan ganas yang dilakukan

oleh remaja dan diwarisi dari remaja lebih tua kepada remaja yang lebih muda.”

Kesalahan seterusnya terdapat dalam muka surat 153.

(ii) “Oleh hal yang demikian, anak-anak lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan

dan ia boleh mendorong kepada kemerosotan akhlak sekiranya mempunyai rakan-rakan yang

bersosial.”

Ayat yang betul adalah seperti berikut:

“Oleh hal yang demikian, anak-anak lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan ini

boleh mendorong kepada kemerosotan akhlak sekiranya mempunyai rakan-rakan yang

bersosial.”
Kesalahan ketiga dikenalpasti dalam muka surat 155.

(iii) “Oleh hal yang demikian, interaksi berkesan sentiasa dimainkan kerana aplikasi begini, ia

akan membolehkan anak-anak khususnya remaja merasakan kasih sayang ibu bapa dan sekaligus

membentuk emosi yang sihat (Mohamad Faizal et al. 2014).”

Ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Maka penggunaan ia dalam ayat di atas

adalah salah. Ayat yang betul adalah:

“Oleh hal yang demikian, interaksi berkesan sentiasa dimainkan kerana aplikasi begini, ini akan

membolehkan anak-anak khususnya remaja merasakan kasih sayang ibu bapa dan sekaligus

membentuk emosi yang sihat (Mohamad Faizal et al. 2014).”

1.4 KATA SENDI NAMA

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau Dewan Bahasa dan Pustaka, kata sendi

digunakan untuk menerangkan asal, sumber atau bahan sesuatu benda. Antara kata sendi yang

lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi,

demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk,

dengan, dalam, dan sebagainya. Kesalahan pertama dapat dikenalpasti dalam ayat di muka surat

147.

(i) “WHO mendefinisikan remaja (adolescent) dari umur 10 tahun sehingga 19 tahun,

manakala masa muda (youth) di takrifkan berumur dari 15 tahun sehingga 14 tahun.”

Dari hanya digunakan untuk tempat, arah atau masa. Maka ayat yang betul adalah seperti

berikut.
“WHO mendefinisikan remaja (adolescent) daripada umur 10 tahun sehingga 19 tahun, manakala

masa muda (youth) di takrifkan berumur dari 15 tahun sehingga 14 tahun.”

Kesalahan kedua adalah dalam muka surat 148.

(ii) “M. Jamsiah dan H.Hazlinda (2009) menyatakan 1.2 billion remaja di dunia yang mana

seorang dari 5 orang di dunia terdiri daripada remaja.”

Perkataan dari seharusnya ditukarkan kepada daripada. Ayat yang betul adalah:

“M. Jamsiah dan H.Hazlinda (2009) menyatakan 1.2 billion remaja di dunia yang mana seorang

daripada 5 orang di dunia terdiri daripada remaja.”

Kesalahan seterusnya terdapat dalam muka surat 148.

(iii) “Menurut Haslina (2002) menyatakan ia merupakan tindakan-tindakan ganas yang

dilakukan oleh remaja dan diwarisi dari remaja lebih tua kepada remaja yang lebih muda.”

Penggunaan dari perlu ditukarkan kepada daripada. Ini adalah kerana daripada digunakan untuk

orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan untuk menunjukkan

keanggotaan.

“Menurut Haslina (2002) menyatakan ia merupakan tindakan-tindakan ganas yang dilakukan

oleh remaja dan diwarisi daripada remaja lebih tua kepada remaja yang lebih muda.”
1.5 STRUKTUR AYAT

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang

membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

(i) “Kini, guru mempunyai pelbagai tanggungjawab pelajar bukan sahaja dengan mengajar,

malahan begitu banyak tugasan yang diberikan kepada guru sehingga mengabaikan aspek-aspek

lain.”

Pembetulan struktur ayat.

“Kini, guru mempunyai pelbagai tanggungjawab terhadap pelajar bukan sahaja mengajar, malah

banyak tugasan lain sehingga mengabaikan aspek-aspek lain.”

Kesalahan kedua dikenalpasti dalam muka surat 151.

(ii) “Penyataan ini disokong oleh Azyyati (2013) menyatakan remaja yang berpotensi dalam

salah laku remaja dan devian adalah daripada berlatar belakangkan sistem keluarga yang tidak

berfungsi.”

Pembetulan struktur ayat.

“Penyataan ini disokong oleh Azyyati (2013) yang menyatakan remaja yang berpotensi dalam

salah laku remaja dan devian berlatar belakangkan sistem keluarga yang tidak berfungsi.”
Kesalahan ketiga terdapat dalam muka surat 154.

(iii) Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap

aspek keagamaan kerana dengan itu membentuk kepada nilai-nilai murni, motivasi, melatih

anak-anak remaja cara bersopan, prinsip-prinsip seperti menepati masa, berketrampilan serta

menunjukkan keperibadian yang mulia.”

Pembetulan struktur ayat.

“Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap aspek

keagamaan kerana itu dapat membentuk nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak-anak remaja

cara bersopan, prinsip-prinsip seperti menepati masa, berketrampilan serta menunjukkan

keperibadian yang mulia.”


2.0 KESIMPULAN

Daripada kajian diatas, kita dapat disimpulkan bawaha penulis mahir boleh juga

melakukan kesalahan tatabahasa. Dalam artikel ini, kesalahan tatabahasa yang kerap kali muncul

adalah kesalahan morfologi. Kesalahan sebegini mungkin berlaku akibat sifat kecuaian ataupun

terbiasa dengan kesalahan tersebut. Mungkin juga disebabkan oleh kurang pengetahuan dalam

Bahasa Melayu.

Artikel ini membincangkan dengan jelas faktor dan peranan institusi keluarga dalam

mencegah salahlaku devian dalam kalangan remaja. Artikel ini berjaya menyampaikan pelbagai

jenis fakta dan maklumat dengan baik dan jelas kepada pembaca melalui susunan yang ayat padu

melalui struktur perbincangan penulis yang kemas. Namun begitu, daripada aspek penggunaan

dan penguasaan bahasa, penulis bersikap sedikit cuai. Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa,

ejaan dan struktur ayat yang boleh mengganggu fokus dan konsentrasi pembaca artikel ini.

Walaupun isi kandungan artikel ini begitu terperinci dan teliti, masih terdapat kesalahan yang

sebenarnya dapat dielakkan. Penggunaan kata dan ejaan yang betul seharusnya diberi perhatian

oleh penulis agar fokus pembaca tidak beralih kepada kesalahan-kesalahan tersebut yang

akhirnya akan menjejaskan kredibiliti penulis tersebut.

Kesalahan penggunaan tatabahasa khususnya dalam penulisan dokumen perundangan

haruslah dielakkan kerana dokumen perundangan merupakan bahan rujukan yang sangat penting.

Selain itu, kesalahan tatabahasa perlu dielakkan demi menjaga institusi Bahasa Melayu. Oleh

yang demikian, Perubahan serta pembangunan dari segi kemahiran penggunaan Bahasa Melayu

perlu ada bagi memastikan kesalahan tatabahasa dapat dikurangkan. Antaranya adalah dengan
menambah bahan-bahan rujukan Bahasa Melayu agar dapat menyelaras penggunaan Bahasa

Melayu itu sendiri. Seterusnya, satu badan perlu ditubuhkan bagi memastikan dokumen

perundangan menggunakan tatabahasa yang betul. Badan yang bertanggungjawab perlu

menyemak mana-mana dokumen perundangan agar tidak mempunyai kesalahan tatabahasa

sebelum memberi kelulusan. Cadangan ini diharapkan dapat menangani masalah kesalahan

tatabahasa dalam dokumen perundangan.


LAMPIRAN

Bil Kesalahan Pembetulan Muka Surat

KATA NAMA KHAS


1. “Remaja hari ini merupakan “Remaja hari ini merupakan Muka surat 147
salah satu asset kepada salah satu asset kepada pentas
pentas pembangunan pembangunan negara iaitu
Negara iaitu penentu kepada penentu kepada jatuh
jatuh bangunnya generasi bangunnya generasi dan
dan pentadbiran masa pentadbiran masa hadapan.”
hadapan.”

2. “Kini, media Massa “Kini, media massa mahupun Muka surat 149
mahupun media elektronik media elektronik seringkali
seringkali memaparkan dan memaparkan dan
menggambarkan keruntuhan menggambarkan keruntuhan
moral dalam kalangan moral dalam kalangan remaja
remaja di semua peringkat di semua peringkat menerusi
menerusi tingkahlaku- tingkahlaku-tingkahlaku
tingkahlaku negative seperti negative seperti perlakuan seks
perlakuan seks bebas.” bebas.”

3. Menurut azizi et al (t.t) “Menurut Azizi et al (t.t) Muka surat 151


menjelaskan nilai menjelaskan nilai kekeluargaan
kekeluargaan yang semakin yang semakin pudar dan rapuh
pudar dan rapuh dalam dalam kalangan masyarakat.”
kalangan masyarakat.

PENGGUNAAN IMBUHAN
1. “Adalah tidak wajar bagi “Adalah tidak wajar bagi Muka surat 150
seorang guru mengenakan seorang guru mengenakan
tindakan tata tertib kepada tindakan tata tertib kepada
pelajar yang merokok pelajar yang merokok
sedangkan guru tersebut sedangkan guru tersebut
merokok dan merokok dan
mengamalkan.” mengamalkannya.”

2. “Antara yang dilaksanakan “Antara yang dilaksanakan Muka surat 151


untuk mengenalpasti untuk mengenalpasti masalah
masalah salahlaku dan salahlaku dan disiplin dalam
disiplin dalam kalangan kalangan pelajar sekolah adalah
pelajar sekolah adalah dengan membuat permerhatian
dengan membuat ke atas tingkahlaku pelajar di
permerhatian ke atas dalam kelas, persekitakan
tingkahlaku pelajar di dalam sekolah, proses pembelajaran
kelas, persekitakan sekolah, dan pengajaran serta selepas
proses pembelajaran dan waktu persekolahan.”
pengajaran serta selepas
waktu persekolahan.”

3. “Keluarga yang bercerai “Keluarga yang bercerai berai Muka surat 153
berai juga punca mencetus juga punca mencetus kepada
kepada remaja yang remaja yang beremosi,
beremosi, bertingkahlaku bertingkahlaku devian malah
devian malah sentiasa sentiasa membuat masalah.”
menbuat masalah.”

4. Komunikasi tidak berkesan “Komunikasi tidak berkesan Muka surat 153


terjadi punca daripada ibu terjadi berpunca daripada ibu
bapa yang tidak bapa yang tidak meluangkan
meluangkan masa dengan masa dengan anak-anak.”
anak-anak.

KATA GANTI NAMA DIRI


1. “Menurut Haslina (2002) “Menurut Haslina (2002) Muka surat 148
menyatakan ia merupakan menyatakan ini merupakan
tindakan-tindakan ganas tindakan-tindakan ganas yang
yang dilakukan oleh remaja dilakukan oleh remaja dan
dan diwarisi dari remaja diwarisi dari remaja lebih tua
lebih tua kepada remaja kepada remaja yang lebih
yang lebih muda.” muda.”
2. “Oleh hal yang demikian, “Oleh hal yang demikian, anak- Muka Surat 153
anak-anak lebih suka anak lebih suka menghabiskan
menghabiskan masa masa bersama rakan-rakan dan
bersama rakan-rakan dan ia ini boleh mendorong kepada
boleh mendorong kepada kemerosotan akhlak sekiranya
kemerosotan akhlak mempunyai rakan-rakan yang
sekiranya mempunyai bersosial.”
rakan-rakan yang
bersosial.”
3. “Oleh hal yang demikian, “Oleh hal yang demikian, Muka surat 155
interaksi berkesan sentiasa interaksi berkesan sentiasa
dimainkan kerana aplikasi dimainkan kerana aplikasi
begini, ia akan begini, ini akan membolehkan
membolehkan anak-anak anak-anak khususnya remaja
khususnya remaja merasakan kasih sayang ibu
merasakan kasih sayang ibu bapa dan sekaligus membentuk
bapa dan sekaligus emosi yang sihat (Mohamad
membentuk emosi yang Faizal et al. 2014).”
sihat (Mohamad Faizal et al.
2014).”
KATA SENDI NAMA
1. “WHO mendefinisikan “WHO mendefinisikan remaja Muka Surat 147
remaja (adolescent) dari (adolescent) daripada umur 10
umur 10 tahun sehingga 19 tahun sehingga 19 tahun,
tahun, manakala masa muda manakala masa muda (youth)
(youth) di takrifkan di takrifkan berumur dari 15
berumur dari 15 tahun tahun sehingga 14 tahun.”
sehingga 14 tahun.”
2. “M. Jamsiah dan “M. Jamsiah dan H.Hazlinda Muka Surat 148
H.Hazlinda (2009) (2009) menyatakan 1.2 billion
menyatakan 1.2 billion remaja di dunia yang mana
remaja di dunia yang mana seorang daripada 5 orang di
seorang dari 5 orang di dunia terdiri daripada remaja.”
dunia terdiri daripada
remaja.”
3. “Menurut Haslina (2002) “Menurut Haslina (2002) Muka Surat 148
menyatakan ia merupakan menyatakan ia merupakan
tindakan-tindakan ganas tindakan-tindakan ganas yang
yang dilakukan oleh remaja dilakukan oleh remaja dan
dan diwarisi dari remaja diwarisi daripada remaja lebih
lebih tua kepada remaja tua kepada remaja yang lebih
yang lebih muda.” muda.”
STRUKTUR AYAT
1. “Kini, guru mempunyai “Kini, guru mempunyai Muka Surat 150
pelbagai tanggungjawab pelbagai tanggungjawab
pelajar bukan sahaja dengan terhadap pelajar bukan sahaja
mengajar, malahan begitu mengajar, malah banyak
banyak tugasan yang tugasan lain sehingga
diberikan kepada guru mengabaikan aspek-aspek
sehingga mengabaikan lain.”
aspek-aspek lain.”
2. “Penyataan ini disokong “Penyataan ini disokong oleh Muka surat 151
oleh Azyyati (2013) Azyyati (2013) yang
menyatakan remaja yang menyatakan remaja yang
berpotensi dalam salah laku berpotensi dalam salah laku
remaja dan devian adalah remaja dan devian berlatar
daripada berlatar belakangkan sistem keluarga
belakangkan sistem yang tidak berfungsi.”
keluarga yang tidak
berfungsi.”
3. Oleh hal yang demikian, ibu “Oleh hal yang demikian, ibu Muka Surat 154
bapa perlu meningkatkan bapa perlu meningkatkan
penghayatan anak-anak penghayatan anak-anak
terhadap aspek keagamaan terhadap aspek keagamaan
kerana dengan itu kerana itu dapat membentuk
membentuk kepada nilai- nilai-nilai murni, motivasi,
nilai murni, motivasi, melatih anak-anak remaja cara
melatih anak-anak remaja bersopan, prinsip-prinsip
cara bersopan, prinsip- seperti menepati masa,
prinsip seperti menepati berketrampilan serta
masa, berketrampilan serta menunjukkan keperibadian
menunjukkan keperibadian yang mulia.”
yang mulia.”
3.0 RUJUKAN

1) Gerbang Maya Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia: Pusat Perujukan Persuratan

Melayu. Dewan Bhasa dan Pustaka. Dipaut dari http://prpm.dbp.gov.my/

You might also like