You are on page 1of 12

FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Forum Remaja telah dimulakan pada tahun 1989 sebagai menyahut seruan
kerajaan supaya sebutan baku digunakan sepenuhnya di sekolah selaras dengan
pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988. Selaras dengan hasrat
kerajaan untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam terutama
daripada aspek sebutan baku dalam kalangan pelajar, maka Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Pertandingan Forum Remaja
yang melibatkan semua sekolah menengah atas ( Tingkatan 4 hingga 6) seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF

2.1. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan


pelajar sekolah, yang akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa
baku yang baik dan berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.
2.2. menjadi gelanggang untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan berhujah dan
mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.
2.3. menggalakkan penglibatan semua pelajar dengan bimbingan guru dalam mencari
idea dan fakta yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan. Secara tidak langsung
pertandingan ini membina hubungan baik antara sesama pelajar dan pelajar
dengan guru
2.4. Meningkatkan imej dan sinergi DBP melalui kerjasama dengan pelbagai pihak
terutamanya pihak penaja, penganjur bersama, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah yang bertanding.

3.0 SYARAT PENYERTAAN

3.1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 4 hingga 6 daripada Sekolah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan kecuali MRSM.

3.2. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli


- 3 ahli panel
- 1 pengerusi
- 1 peserta simpanan

3.3. Peserta bagi setiap pasukan hendaklah daripada sekolah yang sama. Penyertaan
pasukan yang menggambarkan kumpulan etnik di Malaysia amat digalakkan.
3.4. Setiap pasukan perlu membincangkan tajuk yang ditentukan oleh pasukan masing-
masing berdasarkan skop yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

4.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

4.1. PERINGKAT DAERAH

4.1.1. Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat


Pendidikan Daerah SEKIRANYA PERLU.
4.1.2. Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk
kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri
4.1.3. Pasukan yang menjadi juara pertandingan di peringkat ini akan
mewakili daerah ke pertandingan di peringkat negeri

4.2. PERINGKAT NEGERI

4.2.1. Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan


Pendidikan Negeri dan DBP Ibu Pejabat
4.2.2. Satu Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.
4.2.3. Pasukan yang akan menjadi juara pertandingan di peringkat negeri
akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.
4.2.4. Jawatankuasa Pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan
tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya
kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
4.2.5. Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri juga hendaklah
memaklumkan kepada urus setia pertandingan peringkat kebangsaan
nama pasukan/peserta yang mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
4.2.6. Pasukan yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberi
sijil penyertaan oleh pihak DBP
4.2.7. Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan kos perjalanan
pergi dan balik peserta guru pengiring ke tempat pertandingan,
perbelanjaan makan minum, sagu hati hakim dan hadiah akan
diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri ( sekiranya ada )

4.3. PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1. Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa


Pertandingan Peringkat Kebangsaan iaitu DBP Ibu Pejabat.
4.3.2. Enam belas (16 ) pasukan yang merupakan juara peringkat negeri
akan bertanding mewakili negeri tersebut pada pertandingan
peringkat kebangsaan.
4.3.3. Setiap pasukan hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing
yang turut merangkap sebagai guru pengiring.
4.3.4. Sekiranya pasukan yang menjuari pertandingan peringkat negeri
menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan,
peluang boleh diberikan kepada naib juara, seterusnya pemenang
tempat ketiga dengan syarat penarikan diri pasukan dimaklumkan

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan


akhir.
4.3.5. Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu
hati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan
diuruskan oleh DBP Ibu Pejabat.
4.3.6. Kos perjalanan peserta dan guru pengiring dari Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan ( sekiranya ada ) sahaja akan diuruskan
oleh DBP Ibu Pejabat.

5.0. SKOP TAJUK FORUM

Skop tajuk forum adalah seperti yang berikut :

 Politik
 Sosial
 Budaya
 Ekonomi
 Keusahawanan
 Pendidikan
 Alam Sekitar
 Bahasa dan Sastera
 Sains dan Teknologi.

Setiap pasukan diberikan kebebaskan membina tajuk forum masing-masing


berdasarkan skop di atas. Tajuk forum peringkat negeri boleh dibawa untuk pertandingan
peringkat kebangsaan.

6.0. FORMAT PERTANDINGAN

6.1. Pertandingan ini dipersembahkan dalam bentuk perbincangan. Setiap


pasukan akan diwakili oleh lima peserta yang terdiri daripada seorang
pengerusi dan tiga ahli panel yang akan mengupas suatu topik perbincangan
manakala seorang lagi merupakan peserta simpanan.
6.2. Bagi pusingan pertama, setiap ahl panel akan berforum mengikut urutan
bermula daripada ahli panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan
pertama sahaja, ahli panel tidak boleh diganggu atau menyampuk semasa
rakannya sedang menyampaikan hujah.
6.3. Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan
mestilah disampaikan dalam bahasa Melayu.
6.4. Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan
dibunyikan sekali, 3 minit sebelum tamat dan2 kali apabila masa tamat.
6.5. Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan
memberikan ruang kepada Ketua Hakim untuk mengemukakan soalan.
102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

Ketua Hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang


bertanding. Masa tatkala Ketua Hakim mengajukan soalan tidak akan dikira.
Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab
soalan tersebut.
6.6. Ketiga-tiga ahli panel mestilah menjawab soalan yang diajukan secara
bergilir-gilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam
pemberian markah bonus kepada pasukan.
6.7. Jika berlaku gangguan kepada ahli panel semasa pertandingan, pengerusi
pasukan boleh menangguhkan pertandingan selama 5 minit untuk
membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan.
6.8. Panel hakim berhak membuat keputusan yang difkirkan wajar dan
munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada
satu-satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, peserta
pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan.

7.0. HADIAH

7.1. PERINGKAT DAERAH / NEGERI

7.1.1. Hadiah di peringkat daerah / negeri akan ditentukan oleh


Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri
(sekiranya ada)
7.1.2. Semua peserta pertandingan di peringkat negeri akan
menerima sijil penyertaan daripada Dewan Bahasa dan
Pustaka.

7.2. PERINGKAT KEBANGSAAN

7.2.1. Jumlah hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan di


peringkat kebangsaan adalah seperti yang berikut:
JOHAN : Wang tunai RM500.00 seorang, piala pusingan
sumbangan KGMMB, sijil penyertaan dan penghargaan, plak
dan hadiah iringan berupa buku terbitan DBP

NAIB JOHAN : Wang tunai RM400.00 seorang, sijil penyertaan


dan penghargaan , plak dan hadiah iringan berupaka buku
terbitan DBP.

TEMPAT KETIGA : Wang tunai RM300.00 seorang, sijil


penyertaan dan penghargaan , plak dan hadiah iringan berupa
buku terbitan DBP.

AHLI FORUM TERBAIK : Wang tunai RM200.00, sijil


penyertaan dan penghargaan, plak dan hadiah iringan berupa
buku terbitan DBP

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

PENGERUSI FORUM TERBAIK : Wang tunai RM200.00, sijil


penyertaan dan penghargaan, plak dan hadiah iringan berupa
buku terbitan DBP.

8.0. ASPEK PEMARKAHAN.

8.1. Penilaian markah bagi pertandingan di semua peringkat akan dinilai secara
keseluruhan dari semua aspek.

8.2. Penilaian markah daripada aspek bahasa, isi, penyampaian dan


pengendalian forum akan diberikan.

8.3. Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira / akan
menjejaskan markah penyampaian.

8.4. Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum 5 isi. Markah penuh bagi
setiap isi ialah 8 markah, iaitu

a) penyataan isi : 3
b) huraian / penjelasan : 3
c) contoh : 2

Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40 adalah
untuk prestasi pasukan.

8.5. Bahasa dikira daripada markah penuh (40) dan merangkumi empat aspek
seperti yang berikut :

a) sebutan baku : 20 markah


b) tatabahasa : 10 markah
c) diksi : 05 markah
d) pertautan : 05 markah

Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh
dan pertambahan markah dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku
( struktur dan sebutan ), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud
yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas.

8.6 Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 20 markah dengan pecahan
seperi yang berikut :

a) memulakan perbincangan (05 markah)


b) menggendalikan perbincangan (10 markah)
c) menggulung perbincangan (05 markah)

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

8.7. Hanya pengerusi sahaja dinilai daripada aspek pengendalian forum.

8.8. Markah penuh bagi penyampaian forum ialah 30 markah dengan


pecahan seperti yang berikut:

a) Adab dan kesantunan bahasa (10 markah)


b) gaya perlakuan (10 markah)
c) kelancaran tutur kata (10 markah)

8.9 Markah penuh bagi soalan spontan ialah 1 markah (Pengerusi) dan
3 markah (Ahli Panel). Jumlah ialah 10 markah.

8.10 Markah maksimum bagi setiap ahli forum ialah 73 markah, manakala
markah maksimum bagi pengerusi pula ialah 91 markah.

8.11. Ahli forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim


berpendapat ada peserta yang merujuk teks melebihi daripada
yang sepatutnya, (5 kali) markah maksimum yang boleh dipotong
ialah 5 markah daripada keseluruhan markah penyampaian.

8.12. Apa-apa yang disampaikan oleh ahli panel setelah loceng penamat
dibunyikan tidak akan diberikan markah.

8.13. Peserta tidak dibenarkan sama sekali menimbulkan isu yang bertentangan
dengan undang-undang, perpaduan kaum, tatasusila dan kepentingan
negara.

8.14. Perlakuan atau adab yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah
dilarang. Penganjur berhak menegur peserta atau sebarang perlakuan yang
dianggap kurang sopan semasa di atas pentas.

9.0. PENGHAKIMAN

9.1. Lima orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah, negeri
dan peringkat kebangsaan, termasuk Ketua Hakim.

9.2. Hakim pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan boleh terdiri
daripada guru-guru dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah /
Jabatan Pendidikan Negeri , Munsyi Dewan (Bahasa), pensyarah, pegawai
Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai DBP atau individu yang
difikirkan layak.

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

9.3. Penentuan pasukan yang menjadi Johan, Naib Johan, tempat ketiga,
pemenang sagu hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan akan ditentukan dengan menggunakan
sistem juri. Pada peringkat awal, keputusan hakim akan diambil kira dengan
sistem juri dan jika keputusan seri, akan diambil secara agregat. Jika masih
seri, ketua hakim akan membuat keputusan.

9.4. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

10.0. JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN FORUM REMAJA

11.1. Jawatankuasa Induk Pertandingan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan


Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahli
Jawatankuasa terdiri daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia
Barat (KGMMB), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Jabatan Pendidikan
Negeri(JPN) seluruh negara, DBP Cawangan dan Wilayah dan urus setia
pusat, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

11.2. Jawatankuasa Induk Pertandingan berhak membuat keputusan yang


difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-
satu masa.

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

11.0. PEMBAHAGIAN TUGAS

Oleh sebab penganjuran pertandingan ini merupakan program anjuran bersama


maka pelaksanaannya akan melibatkan pembahagian tugas tertentu bagi membolehkan
pertandinan ini dapat dijalankan dengan lancar. Pembahagian tugas pelaksanaan
pertandingan adalah seperti berikut :

Tugas Dewan Bahasa dan Pustaka Tugas Kementerian Pendidikan


Malaysia /Jabatan Pendidikan Negeri
1) Menyediakan skop tajuk forum untuk 1) Mengelolakan pertandingan peringkat
pertandingan pada semua peringkat daerah/negeri
pertandingan. 2) Menguruskan penyertaan peserta pada
2) Mengelolakan pertandingan di peringkat setiap peringkat pertandingan.
kebangsaan
3) Menguruskan pelantikan hakim di 3) menyediakan tempat pertandingan di
peringkat negeri dan kebangsaan. peringkat daerah/negeri.
4) Menguruskan penyediaan hadiah 4) menguruskan pelantikan hakim di
pertandingan di peringkat kebangsaan peringkat daerah/negeri.
5) Menguruskan penyediaan sijl penyertaan 5) Menguruskan persiapan logistik di
untuk peserta di semua peringkat tempat pertandingan peringjat daerah/
pertandingan. negeri.
6) Menguruskan bayaran kepada pemenang 6) Membiayai kos perjalanan peserta dan
dan sagu hati kepada hakim di peringkat guru pengiring ke tempat pertandingan
kebangsaan peringkat daerah/negeri dan
7) Membiayai kos makan/minum semasa kebangsaan kecuali Sabah dan
pertandingan di peringkat kebangsaan Sarawak.
8) Menyediakan tempat pertandingan di 7) Membiayai kos makan minum peserta
peringkat kebangsaan. dan guru pengiring semasa dalam
9) Membiayai kos penginapan peserta dan perjalanan pergi dan balik dari/ke tempat
guru pengiring di peringkat kebangsaan. pertandingan di peringkat daerah/negeri
10) Membiayai kos perjalanan melalui udara dan kebangsaan.
bagi peserta dan guru pengiring dari
Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan.

12.0. AM

13.1. Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini


tertakluk kepada pertimbangan DBP.
13.2. Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk
kepada pihak penganjur.

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

PETA KEDUDUKAN PASUKAN


PERTANDINGAN FORUM REMAJA

AHLI FORUM
2

PENGERUSI

AHLI FORUM AHLI FORUM


1 3

MEJA

HAKIM 1
(KETUA) HAKIM 2 HAKIM 3 HAKIM 4 HAKIM 5

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG MARKAH FORUM REMAJA


PERINGKAT KEBANGSAAN

NEGERI MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM

1/2/3/4/5

Tandatangan Hakim;

………………………………………
( )

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN FORUM REMAJA


PERINGKAT KEBANGSAAN

NEGERI HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM JUMLAH KEDUDUKAN


1 2 3 4 5

Pengesahan oleh Ketua Hakim;

………………………………………
( )

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

KEPUTUSAN AKHIR
PERTANDINGAN FORUM REMAJA
PERINGKAT KEBANGSAAN

JOHAN

SEKOLAH : …………………………………………………….
NEGERI : ……………………………………………………

NAIB JOHAN

SEKOLAH : …………………………………………………..
NEGERI : .............................................................................

TEMPAT KETIGA

SEKOLAH : ……………………………………………………….
NEGERI : ....................................................................................

PENGERUSI FORUM TERBAIK : ……………………………………………


NEGERI : ……………………………………………

AHLI FORUM TERBAIK : ……………………………………………


NEGERI : ……………………………………………

Tandatangan Ketua Hakim

………………………………………
( )

102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like