You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN KEPADA WACANA

Wacana merupakan terjemahan daripada perkataan Inggeris iaitu discourse.


Kata discourse pula berasal daripada bahasa Latin iaitu discursus yang bermaksud lari
kian-kemari. Selain itu, Wacana juga berasal daripada perkataan bahasa Jawa iaitu
wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Kamus Webster(1983)
pula mendifinisikan wacana kepada tiga maksud, maksud yang pertama ialah
hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau
percakapan. Maksud yang kedua pula ialah hubungan secara umum, terutama sebagai
suatu subjek kajian atau pokok telahan dan maksud yang ketiga pula ialah Risalah tulis;
disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah. Kamus Dewan edisi keempat pula
mendefinisikan kepada dua makna. Pertama, wacana ialah keseluruhan tutur yang
merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan dan yang kedua ialah
kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau
tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen). Daripada segi hierarki tatabahasa ,
menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin(2002), wacana terletak dalam
hierarki tertinggi selepas ayat.

Terdapat juga tokoh-tokoh yang memberikan definisi wacana seperti menurut


Asmah Haji Omar(1982), Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di
dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen,
cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Sebagai contoh, novel dan cerpen
merupakan contoh-contoh wacana. Malah beliau juga memberikan satu lagi definisi
wacana iaitu keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran
sistem bahasa dan unsur-unsur luar pada sistem bahasa yang menyumbang ke arah
menjadikan petuturan atau tulisan itu sebagai yang bermakna dalam berkomunikasi.
Kehadiran wacana penulisan dalam sesuatu karya akan membolehkan para pembaca
memahami apa yang ingin disampaikan oleh si penulis. Justeru, wacana merupakan
aspek yang sangat penting dalam suatu karya penulisan ataupun penuturan yang
dihasilkan.

1
Wacana akan membolehkan sesuatu karya penulisan atau penuturan dapat
difahami oleh para pembaca atau pendengar dan merupakan suatu alat untuk
mengukur kualiti sesuatu karya yang dihasilkan. Malahan, kehadiran wacana dalam
suatu karya penulisan atau penuturan akan dapat menarik minat para pembaca. Hal ini
sangat bertepatan dengan pendapat Raminah Haji Sabran(1984), wacana dapat
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.
Sebagai contoh, suatu penulisan ataupun penuturan yang mempunyai hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran oleh penulis dan penutur akan membolehkan
sesuatu maklumat atau informasi yang ingin disampaikan akan dapat difahami oleh
para pembaca dan pendengar. Hal ini sangat penting kerana sesuatu maklumat akan
dapat disampaikan secara berkesan dan dapat mengelakkan para pembaca dan
pendengar menerima maklumat yang tidak jelas ataupun maklumat yang palsu. Malah,
mereka juga akan dapat membuat penafsiran yang bernas dan berkualiti tentang
maklumat yang mereka perolehi.

Kesimpulannya, wacana adalah sangat penting dalam suatu penulisan ataupun


karya sama ada dalam bidang akademik, sukan atau pendidikan untuk membolehkan
para pembaca memahami isi yang terkandung dan mesej yang ingin disampaikan oleh
para penulis dan pendengar. Malahan, menurut P. Sivarajan dan S. Malar Arasi(2013),
interpretasi yang baik merupakan kayu ukur kualiti suatu hasil penulisan.

2.0 CIRI-CIRI WACANA

Suatu penulisan karya ataupun penuturan dikategorikan sebagai wacana jika


mengandungi unsur-unsur wacana seperti mempunyai ayat yang berhubung dengan
ayat yang lain. Keutuhan wacana merupakan aspek yang sangat penting kerana kita
akan dapat membuat penilain terhadap suatu hasil penulisan ataupun penuturan
dikategorikan sebagai wacana atupun hanya ayat-ayat yang tidak tersusun. Terdapat
beberapa aspek perlu yang perlu diberikan perhatian yang penuh oleh para penulis dan
pendengar untuk menghasilkan wacana yang utuh. Menurut Beaugrande dan
Dressler(1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan
wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan
interfeks. Aspek yang pertama iaitu tautan ataupun kohesi. Menurut Nik Safiah Karim

2
dan Norliza Jamaluddin(2002), tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara
satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana yang
mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dapat dilihat melalui hubungan antara
sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang
terdapat dalam wacana tersebut. Tautan sangat penting dalam sesuatu penulisan
kerana ianya akan dapat menunjukkan kesinambungan ataubun hubungan antara
sebahagian teks dengan teks yang lain sehingga dapat membentuk suatu kesatuan.

Aspek yang kedua pula ialah runtutan ataupun koheren yang akan menunjukkan
kesinambungan idea yang terdapat dalam suatu penuturan atau penulisan yang akan
menjadikannya bermakna dan dapat difahami oleh individu yang lain. Kewujudan aspek
runtutan ini akan menjadikan suatu penulisan atau penuturan tersebut dikategorikan
sebagai wacana. Aspek yang ketiga ialah tujuan penutur atau penulis menyampaikan
percakapan atau penulisan. Hal ini dapat dibuktikan menurut Nik Safiah Karim dan
Norliza Jamaluddin(2002) yang menyatakan setiap wacana yang diujarkan perlu
mempunyai tujuan dan ianya ditentukan oleh penutur atau pembicara itu sendiri. Aspek
tujuan sangat penting kerana keutuhan suatu wacana yang dihasilkan bergantung
kepada aspek ini. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat
yang sering digunakan ialah ayat Tanya dan jika seseorang itu ingin menerangkan atau
menyatakan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Antara contoh aspek
tujuan yang terdapat di dalam rencana yang saya kaji ialah "Kami telah merancang
program yang bersesuaian dari aspek psikologi dan motivasi mengikut kumpulan sukan
bagi membantu atlet meningkatkan prestasi mereka semasa latihan dan ketika
pertandingan".

Aspek yang keempat ialah penerimaan. Aspek ini lebih kepada para pendengar
dan pembaca suatu wacana yang dihasilkan. Tahap penerimaan sesorang itu tinggi jika
dia memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk penulisan
ataupun dalam bentuk penuturan. Aspek yang kelima ialah maklumat. Setiap wacana
yang dihasilakn mengandungi maklumat sama ada maklumat tersebut maklumat yang
lama ataupun maklumat yang baharu. Maklumat yang lama adalah maklumat yang
telah dinyatakan dalam ayat yang pertama dan maklumat baharu ialah maklumat yang

3
belum dinatakan dalam ayat yang pertama..seterusnya ialah aspek yang keenam iaitu
keadaan. Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin(2002), keadaan berkaitan
dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran.
Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, sesuatu
wacana itu perlilah sesuai dengan keadaan, pemilihan perkataan, frasa atau ayat
adalah penting. Aspek yang terakhir ialah interfeks yang bermaksud sesuatu wacana itu
bergantung kepada wacana yang lain. Ini bererti wacana-wacana yang lain juga
memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana
yang sedang dibaca atau didengarinya denagn mudah. Oleh itu kefahaman seseorang
individu terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap
perkara yang sedang dibaca atatu didengarnya. Dengan ini seseorang individu yang
membaca ataupun mendengar wacana yang dihasilkan oleh penulis dan penutur akan
memahami maklumat yang disampaikan.

3.0 ASPEK-ASPEK KEUTUHAN WACANA

Keutuhan wacana merupakan kualiti suatu wacana yang dihasilkan dan


mempunyai hubungan-hubungan antara frasa, ayat dan teks. Malahan, keutuhan
wacana sangat penting kerana ianya akan menentukan suatu wacana yang dihasilkan
dikategorikan sebagai wacana ataupun hanya sekadar penulisan atau penuturan yang
tidak teratur semata-mata. Wacana dikatakan mempunyai keutuhan jika mempunyai
beberapa aspek iaitu hubungan daripada segi semantik. Hubungan ini dapat dilihat
melalui kesepaduan makna yang wujud dalam suatu wacana yang dihasilkan. Hal ini
akan dapat membolehkan suatu wacana yang dihasilkan samada dalam bentuk
penulisan ataupun penuturan dapat difahami oleh para pendengar dan pembaca.
Hubungan daripada segi semantik dapat dilihat daripada dua segi iaitu Hubungan
semantik di antara bahagian-bahagian wacana dan hubungan semantik yang dilihat dari
segi konteks atau latar wacana.

Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana pula dapat dilihat


daripada hubungan sebab dan akibat. Hubungan ini dapat dilihat dalam suatu wacana
yang mempunyai keutuhan daripada penulisan atau penuturannya. Contoh yang
terdapat di dalam dalam rencana yang telah saya kaji ialah hubungan sebab dan akibat

4
antara ayat “Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini mungkin memahami
perkataan 'psikologi' berkait dengan emosi dan tingkah laku manusia” dengan ayat
“namun tidak ramai yang mengetahui tentang pertalian antara psikologi dan sukan”.
Ayat yang pertama merupakan sebab dan ayat yang kedua pula ialah akibat. Hubungan
semantik juga dapat dilihat melalui hubungan sebab dan tujuan. Hubungan ini dapat
dilihat di dalam suatu wacana yang dihasilkan. Sebagai contoh, ayat “Mohd Nizar
berkata kewujudan psikologi sukan di kalangan atlet amat penting” dengan ayat “untuk
memupuk sikap atlet yang matang dan professional”. Ayat yang pertama merupakan
sebab dan ayat yang kedua merupakan tujuan. Selain itu, hubungan semantik juga
dapat dilihat daripada segi hubungan antara sebab dan hasil. Sebab merupakan faktor
penutur atau penulis melakukan penuturan atau penulisan dan hasil merupakan kesan
daripada faktor tersebut. Hal ini akan dapat membuktikan terdapat hubungan semantik
sama ada antara kata, frasa, klausa, ataupun ayat. Contoh yang terdapat dalam
rencana yang telah saya kaji ialah hubungan sebab dan hasil antara ayat “membuat
latihan berulang kali semasa latihan” dengan ayat “agar menjadi satu rutin dan akan
bertindak secara automatik apabila diperlukan”.

Keutuhan wacana juga dapat disingkapi dengan menganalisis hubungan


semantik daripada segi konteks atau latar wacana. Kesatuan tajuk atau topik
merupakan hubungan semantik daripada segi konteks atau latar wacana. Keutuhan
suatu wacana seperti hasil penulisan penyelidikan dapat dianalisis keutuhannya dengan
merujuk kepada kesatuan topik penulisan tersebut. Hal ini penting kerana dengan
menganalisis penulisan tersebut, kita akan dapat mengetahui sama ada wacana
tersebut mempunyai aspek keutuhan wacana. Hal ini bertepatan dengan pendapat
tokoh iaitu Beaugrande dan Dressler(1981) yang menyatakan tautan ataupun kohesi
merupakan salah satu aspek keutuhan wacana yang dihasilkan. Tambahan lagi,
terdapat contoh hubungan daripada segi konteks atau latar wacana di dalam rencana
yang telah saya analisis iaitu ayat “kesedaran mereka dalam psikologi sukan
menunjukkan peningkatan berbanding lima tahun lepas” dengan ayat “apabila pada
waktu itu psikologi sukan kurang diberi penekanan”. Melalui ayat di atas, kita dapat
mengetahui perubahan yang berlaku yang ingin disampaikan oleh penulis atau penutur.

5
Seterusnya, hubungan antara penutur dan pendengar atau hubungan antara
penulis dan pembaca merupakan hubungan komunikasi antara mereka. Hubungan ini
dapat kita perhatikan di sekeliling kita yang mana ianya sering berlaku antara pihak
yang sudah mengenali antara satu sama lain. Pendengar biasanya sudah mengetahui
perkara apa yang diajukan oleh penutur kepada mereka. Sebagai contoh kepada
hubungan ini ialah penutur mengajukan soalan seperti “sudah siap” kepada pendengar
dan mendengar akan menjawab pertanyaan tersebut dengan jawapan “sudah siap”
atau “belum siap”. Hal ini kerana, pendengar dan penutur sudah mengetahui perkara
yang mereka bicarakan. Merujuk kepada rencana yang telah saya kaji, terdapat
hubungan antara penulis dan pembaca dalam ayat "Masyarakat juga dengan
sewenang-wenangnya melabelkan atlet itu kurang bermotivasi dan menuding jari
kepada psikologi sukan yang dikatakan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku".
Hubungan yang terbina ini akan dapat menjadikan sesebuah wacana itu menjadi utuh
serta mesej yang ingin disampaikan oleh penulis ataupun penutur dapat diterima dan
difahami.

Aspek yang selanjutnya ialah laras bahasa yang digunakan oleh individu penutur
ataupun penulis yang akan dapat memberi kefahaman kepada individu yang membaca
hasil penulisan mereka ataupun mendengar percakapan mereka. Penggunaan laras
bahasa yang betul oleh penutur atau penulis akan dapat mewujudkan komunikasi yang
berkesan dan bersifat interaktif. Hal ini bertepatan menurut Za’ba(1950) yang
menyatakan perlakuan yang tertib dapat dilihat dalam hubungan sosial. Penulis atau
penutur yang baik akan dapat mewujudkan hubungan antara pembaca atau pendengar.
Malahan, suatu wacana yang dihasilkan dikatakan mempunyai keutuhan jika dapat
memberi kefahaman kepada pembaca atau pendengar. Hubungan aspek fonologi
merupakan salah satu aspek keutuhan suatu wacana yang dihasilkan dan hubungan ini
berdasarka intonasi ataupun nada suara. Hubungan ini akan dapat membezakan
ataupun mengkelaskan suatau wacana yang dihasilkan.sebagai contoh, hubungan
aspek fonologi ini akan dapat membezakan antara ayat penyata dan ayat tanya. Dalam
wacana penulisan pula, aspek fonologi dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda yang
digunakan oleh penulis iaitu tanda noktah, tanda soal dan koma. Merujuk kepada
rencana yang saya kaji, contoh ayat yang menggunakan tanda noktah iailah ayat

6
“Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini mungkin memahami perkataan
'psikologi' berkait dengan emosi dan tingkah laku manusia, namun tidak ramai yang
mengetahui tentang pertalian antara psikologi dan sukan.”.

4.0 PENANDA WACANA

Menurut Nik Safiah Karim(2003), Penanda wacana ialah perkataan atau


rangkaian perkataan yang menunjukkan pertalian antara suatu idea dengan idea yang
lain dalam ucapan atau karangan. Manakala menurut Awang Sariyan(1980), Penanda
wacana ialah kata atau frasa perangkai ayat. Sementara itu menghubungkan dua ayat
lalu membentuk satu ayat dan antara perenggan. Harimurti Kridalaksana(1982) turut
mendefinisikan penanda wacana sebagai perkataan ataupun rangkaian perkataan yang
berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa
menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai
penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan tidak
mempunyai kesatuan dan pertautan yang lengkap. Tegasnya, penanda wacana
merupakan alat penghubung untuk mempertautkan antara suatu idea dalam suatu
penulisan ataupun penuturan agar idea tersebut dapat difahami oleh pembaca dan
pendengar.

Dalam bahasa Melayu lama, satu ciri yang menonjol ialah penggunaan penanda
wacana dengan banyaknya. Contohnya ialah maka, syahdan, sebermula, arakian,
hatta, kata sahibul hikayat, dan lain-lain lagi. Penanda-penanda wacana sebegini
jarang-jarang digunakan lagi pada masa ini, kecuali maka dan hatta. Tetapi ini tidak
bererti sudah tidak ada penanda wacana dalam bahasa melayu. Kini timbul penanda-
penanda wacana baharu pula, sesuai dengan perkembangan yang berlaku kepada
bahasa kita. Penanda Wacana digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan suatu
wacana dan menghubungkan perenggan dengan perenggan. Selain itu, penanda
wacana juga digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa
dalam sesuatu wacana. Aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,
struktur ayat, dalam perenggan, kosa kata, dan bahasa. Penanda wacana sangat
diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan atau ucapan yang baik.
Penggunaan penanda wacana yang sesuai sangat penting supaya huraian pada isi

7
pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. Tegasnya, penanda wacana
menyempurnakan tautan isi-isi di dalam suatu ucapan atau penulisan. Penanda wacana
terbahagi kepada lima iaitu penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung,
penanda penggantian, dan elipsis.

Penanda leksikal melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara


semantik dalam sesebuah wacana yang dihasilkan. Penanda leksikal ini melibatkan
unsur pengulangan kata. Pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang
sama, pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi. Menurut Nik Safiah Karim dan
Norliza Abdullah(2002), pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang
secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Pengulangan sinonim pula
merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang sama ataupun makna
yang hampir sama. Manakala pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang
melibatkan hubungan anatar makna khusus dan makna yang umum, iaitu makna yang
umum merangkumi makna yang khusus. Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza
Abdullah(2002), makna yang umum ini disebut sebagai superkordinat, manakala yang
khusus disebut sebagai hiponim. Seterusnya, pengulangan kolokasi melibatkan
kehadiran sekumpulan kata yang salin berkait dengan suatu idea topic, situasi atau
konteks. Antara contoh penggunaan penanda leksikal di dalam rencana yang telah
saya analisis ialah dalam ayat “para atlet akan didedahkan dengan teknik mengawal
rasa kebimbangan dan kebangkitan pada diri mereka tetapi ia bergantung kepada atlet
itu sendiri sama ada mahu mengaplikasikannya semasa latihan dan pertandingan”.
Perkataan “atlet” diulang semula tanpa melakukan sebarang perubahan terhadapnya.

Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama
tunjuk untuk menghasilkan perkaitanan antara kata, frasa, klausa, ayat, atau wacana.
Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang dalam wacana yang telah saya analisis
ialah penggunaan perkataan “beliau” untuk menggantikan nama orang. Penanda
penggantian pula bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan unsur yang
lain. Contoh yang terdapat dalam rencana yang telah saya kaji ialah “Kebanyakan
anggota masyarakat di negara ini mungkin memahami perkataan 'psikologi' berkait
dengan emosi dan tingkah laku manusia, namun tidak ramai yang mengetahui tentang

8
pertalian antara psikologi dan sukan”. Dalam ayat di atas perkataan “memahami”
digantikan dengan perkataan “mengetahui”. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai
unsur yang serupa. Penanda penggantian pula terdiri daripada penanda penggantian
nominal, verbal dan klausal. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan
terhadap kata nama atau frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan
penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan
penggantian sebahagian daripada ayat. Contoh penggunaan penanda penggantian di
dalam rencana yang telah saya analisis ialah ayat “Beliau berpendapat adalah tidak
wajar melabelkan pengamal sukan melalui pemerhatian semata-mata kerana para
penyelidik atau saintis sukan lebih minat mencari teknik atau kaedah yang dapat
memberikan impak positif dalam prestasi atlet berbanding mencari kelemahan atau
kekurangan seseorang individu tersebut”. perkataan “pengamal sukan” telah digantikan
dengan perkataan “penyelidik atau saintis”

Penanda penghubung digunakan bertujuan menghubungkan kata dengan kata,


frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat. Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza
Abdullah(2002), penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik
seperti perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda
penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab, dan tempoh.
Contoh penggunaan penanda penghubung dalam rencana yang saya analisis ialah
penggunaan penanda penghubung “sehubungan itu”. Elipsis pula ialah pengguguran
kata, frasa, dan klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran
dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah memahami maklumat tersebut.
Merujuk kepada rencana yang telah saya kaji, terdapat pengguguran dalam ayat
“Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini mungkin memahami perkataan
'psikologi' berkait dengan emosi dan tingkah laku manusia, namun tidak ramai yang
mengetahui tentang pertalian antara psikologi dan sukan”. Dalam ayat yang kedua, ayat
“Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini” telah digugurkan kerana ayat tersebut
telah disebut dalam ayat yang pertama.

9
REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Generik Wacana


Penulisan(GWP1092) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik
untuk diri saya sebagai seorang bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan
perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami
tentang elemen-elemen yang ada dalam Subjek ini. Malah saya juga dapat menentukan
sama ada sesuatu wacana yang dihasilkan mempunyai keutuhan ataupun sekadar ayat
yang tidak mempunyai susunan yang betul.

Saya juga mula merasai kepentingan mata pelajaran Generik Wacana Penulisan
ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar untuk menentukan sama ada suatu
penulisan ataupun penuturan yang dihasilkan oleh penulis ataupun pembaca
dikategorikan sebagai wacana ataupun sekadar ayat yang tidak mempunayai susunan
yang betul. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,
dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikkan sebaik mungkin dan akan saya turunkan
ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat,
saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Selain itu, melalui
proses membuat tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan
telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi,
bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di
tingkatkan melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini. Saya mula lebih
mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini
sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan


bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan
cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi
dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan
tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat
pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Bukan itu
sahaja, melalui kerja kursus ini juga saya mememahami apa yang dimaksudkan dengan

10
wacana penulisan mengikut beberapa tokoh-tokoh temapatan di negara kita. Para
tokoh-tokoh ini mempunyai definisi mereka yang tersendiri dalam menghuraikan
maksud wacana penulisan

Antara kesukaran yang saya hadapi dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini
ialah untuk memahami definisi wacana yang dihuraikan oleh beberapa tokoh tempatan
seperti Asmah Haji Omar dan Awang Sariyan. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya
telah membuat rujukan dengan bertanyakan soalan kepada pensyarah pembimbing
iaitu Puan Norhayati dan saya juga pergi ke perpustakaan untuk membuat rujukan
dengan menelaah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk ini. Selain itu, saya juga
menghadapi kesukaran untuk membuat susun atur tajuk ataupun isi kandungan kerja
kursus ni. Oleh yang demikian, saya telah bertanyakan soalan kepada Puan Norhayati
dan rakan-rakan yang arif dalam hai ini.

Hasil penulisan yang telah saya laksanakan ini mempunyai penerangan yang
mudah difahami kerana saya telah menggunakan ayat-ayat yang yang mudah sahaja
dan sering kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Malah saya juga telah merujuk
beberapa buah buku dan mengambil pendapat penulis buku tersebut untuk
menguatkan hujah yang saya ketengahkan. Kelemahan yang terdapat dalam penulisan
ini pula ialah saya kurang memasukkan pendapat tokoh dalam hasil penulisan saya ini.
Justeru, saya akan memperbanyakkan merujuk buku rujukan dan mengambil seberapa
banyak yang boleh pendapat tokoh untuk mengukuhkan lagi hujah saya.

Tuntasnya, subjek ini banyak mendidik saya tentang kepentingan wacana sama
ada wacana penulisan ataupun wacana penuturan dalam sesebuah karya yang
dihasilkan. Hal ini demikian kerana, tanpa kehadiran wacana, sesebuah karya itu tidak
dianggap berkualiti dan hanya dikategorikan sebagai ayat yang tidak mempunyai susun
atur yang betul.

11
BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1989) . Bahasa Melayu Stpm Kertas 1 & 2 . Petalin Jaya, Selangor

Darul Ehsan . Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar (1980) . “Analisis Wacana” . Jurnal Dewan Bahasa . Mac dan april

Asmah Haji Omar (1993) . Susur Galur Bahasa Melayu . Kuala Lumpur . Dewan Bhasa

Dan Pustaka.

Awang Sariyan (1982) . Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia . Kuala

Lumpur . Sarjana Enterprise.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) . Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad et al. (2012) . Bahasa Melayu Kontekstual . Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan . Oxford FajarSdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (1989) . Laras Bahasa . Kuala Lumpur . Nurin Enterprise.

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2004) . Bahasa Melayu Stpm Kertas 1 dan

2 . Shah Alam, Sekangor Darul Ehsan . Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid (2007) . Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan .


Tanjong Malim, Perak . Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sinar Harian (2013) .Masyarakat perlu dideah psikologi sukan . diakses pada 16/2/2015

Daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/masyarakat-perlu-didedah-

psikologi-sukan-1.173242.

12
13
14
15
Rajah 1 : Awang Sariyan

16
Rajah 2 : Asmah Haji Omar

17
Rajah 3 : Nota rujukan

18
Rajah 4 : Nota rujukan

19
Rajah 5 : Nota rujukan

20
Rajah 6 : Nota rujukan

21
Rajah 7 : Nota rujukan

22

You might also like