You are on page 1of 2

KELAS : 4 Zamrud

MASA : 9:00 - 10:00 pagi


MATE PELAJARAN : Matematik
STANDARD PEMBELAJARAN : 16.1.(i) Mengenal paksi x, paksi y dan asalan
(0).
16.1.(ii)Menentukan koordinat bagi sesuatu
titik pada sukuan pertama.
16.i.(iii)Menanda titik pada sukuan pertama
diberi koordinatnya.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir PdP murid boleh :


1. Mengenal paksi x, paksi y dan asalan
2. Membaca koordinat titik dan menanda titik
diberi koordinat pada sukuan pertama.

AKTIVITI

Set Induksi

1. Murid melihat video yang dipancarkan di hadapan kelas


2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang video yang dilihat
3. Murid dibimbing oleh guru tentang konsep koordinat berdasarkan video yang dilihat.

Langkah 1 (Aktiviti Kumpulan)

1. Murid diminta melukis paksi x dan paksi y pada papan putih.


2. Wakil daripada setiap kumpulan diminta menunjukkan hasil lukisan masing-masing.

Langkah 2

1. Murid diminta melihat kertas gred yang ditampal di papan tulis


2. Murid diminta membaca koordinat titik dengan betul.

Langkah 3 (Aktiviti Kumpulan)

1. Setiap kumpulan diberi kertas grid.


2. Setiap kumpulan diminta menandakan titik koodinat di atas kertas grid tersebut.
3. Wakil kumpulan diminta menunjukkan hasil kerja di hadapan kelas.
Langkah 4 (Aktiviti kumpulan)

1. Murid diberi kertas gred


2. Murid diminta menandakan titik koordinat pada kertas gred tersebut berdasar kad
tugasan yang diberi.
3. Murid diminta menyambungkan semua titik koordinat dan menyatakan objek apakah
yang terhasil.

Penutup

1. Murid secara berkumpulan diminta menghasilkan satu objek daripada titik-titik


koordinat yang dicipta hasil dari perbincangan ahli setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan
kelas.

BBB : Kertas gred, LCD


EMK : Kreatif dan inovatif
Refleksi :

You might also like