You are on page 1of 1

Nama: Siti Aisyah Binti Sufian

Tarikh: 9 Jun 2020


Soalan:
Jelaskan dua jati diri Sultan Mansur Syah.
Antara jati diri yang ada pada watak Sultan Mansur Syah ialah berpandangan jauh.
Berwawasan dalam kehidupan yang melibatkan jaminan untuk mengekalkan kedudukan
dengan melakukan perancangan bagi mengukuhkan lagi status dalam institusi diraja.
Buktinya, keputusan beliau meninggalkan wasiat kepada anakandanya Raja Husin merupakan
satu tindakan yang membuktikan beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh.
Tuntasnya, sikap tersebut perlu ada pada setiap individu agar dapat merancang masa yang
depan yang lebih terancang dan dapat mencapai kejayaan.
Seterusnya, jati diri yang ada pada watak Sultan Mansur Syah ialah beliau merupakan
seorang yang prihatin dalam pemerintahannya. Sikap mengambilberat serta peka dengan
persekitaran dan kejadian yang berlaku disekeliling serta bertindak dengan bersungguh-
sungguh bagi mengelak dari berlaku perkara yang tidak diingini. Contohnya, tindakan Sultan
Mansur menghantar anaknya Raja Muhammad ke Pahang setelah melakukan pembunuhan ke
atas Tun Besar anak kepada Tun Perak membuktikan keprihatinan beliau terhadap kehendak
rakyat yang tidak mahu berajakan Raja Muhammad. Tindakan keprihatinan yang ditunjukkan
membuktikan beliau seorang yang tidak mementingkan diri.

You might also like