Professional Documents
Culture Documents
6 - Contoh Jurnal
6 - Contoh Jurnal
Minggu Praktikum : 1
Tarikh : 9.7.2013
Tajuk Jurnal : Murid Tidak Memberi Tumpuan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2 Dedikasi. Saya mendapati ketika set
induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah memuaskan, namun setelah sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan selama 15 minit, saya mendapati murid mulai hilang tumpuan dan berasa bosan terhadap pengajaran
yang saya sampaikan. Terdapat seramai hampir 10 orang murid telah dikenal pasti tidak dapat memberi
tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pengajaran saya pada hari tersebut.
Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran hasil daripada
analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak dapat
menarik perhatian, selain itu, gaya pengajaran yang digunakan kurang menarik serta pengajaran terlalu
berfokuskan kepada guru. Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid hilang tumpuan pada pengajaran
dan pembelajaran akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara
sempurna, justeru, menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari ilmu baru, selain itu, ia turut akan
memberi kesan terhadap keputusan ujian dan peperiksaan.
3.Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke 21 adalah merupakan pengajaran yang
berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru dalam sistem lama perlu dikurangkan.
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
1 Minggu
6.Tindakan Susulan :
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video yang berkaitan dengan
pengajaran topik yang saya ingin ajar, kemudian menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi
video tersebut.
Muka Surat 1
CONTOH JURNAL PRAKTIKUM
16.7.2013
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti
telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang memberi
tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu, didapati seramai 90% murid dapat menjawab
dengan betul semua latihan yang diberikan.
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini mampu
menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan.
Rujukan
Lahkar Labanya (2013). Use of the Information and Communication Technology (ICT) in teaching
learning process (Availability and non availability of ICT related teaching aids in tenth standard in
schools of Gossaigaon Sub-Division), Global Research Methodology Journal, V0l-II, 7th issue,
Nov-Dec-Jan, 2012-13
Muka Surat 2