You are on page 1of 5

LAPORAN PELAKSANAAN PDPR

Nama Pendidik : Sh. Marisa Fabrina Syed Ali


Pagn : Pusat Anak Genius Negara Batu Sapi
Umur Anak : 4 Tahun
Bilangan Anak : 7 orang
Minggu Aktiviti : 08 Februari 2021 – 12 Februari 2021/Minggu ke-5 PKP
Nama Aktiviti : Tulang Tangan Saya

PELAKSANAAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI

1. AKTIVITI YANG DIRANCANG

SEBELUM a) Pendidik memilih untuk membuat aktiviti bersama ibu bapa dan kanak-kanak bagi aktiviti mingguan
PELAKSANAAN sepanjang bulan Februari 2021 (PKP)
(PERANCANGAN) b) Pendidik memilih Tulang Tangan Saya sebagai tajuk aktiviti pada minggu ini.

1. KEPERLUAN PELAKSANAAN AKTIVITI

a) Pendidik merangka tajuk ini sebagai tajuk utama kerana pendidik mahu memberikan penerangan jelas
kepada kanak-kanak melalui aktiviti yang ringkas dan santai.
b) Pendidik juga mahu menggalakkan penglibatan yang penuh dalam kalangan ibu bapa bersama kanak-kanak
untuk turut serta menjalankan aktiviti ini kerana kebersamaan dalam melaksanakan aktiviti itu sendiri akan
menentukan kemenjadian anak ketika berada di rumah.

2. OBJEKTIF AKTIVITI

a) Menggerakkan jari jemari dan tangan (Perkembangan Fizikal)


b) Melekatkan putih kapas untuk dijadikan sebagai tulang tangan (Perkembangan Kreativiti dan Estetika)
c) Mendengar arahan mudah (Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran)

3. BAHAN AKTIVITI

SEMASA Kertas, Pen marker, Pen, Pensil, Putik kapas, gam air untuk melekatkan putik kapas
PELAKSANAAN

1. KAEDAH PENYAMPAIAN AKTIVITI

a) Pendidik merakam video dan menyiarkan rakaman tersebut di aplikasi Whatsapp group bagi memberikan
pemahaman kepada kanak-kanak dan ibu bapa berkenaan cara melaksanakan aktiviti.
b) Selepas ibu bapa menonton video tersebut, pendidik memberikan tugasan kepada ibu bapa dan kanak-
kanak.

2. KAEDAH PEMBAHAGIAN TUGASAN

a) Daripada video yang telah dirakam dan ditonton, kanak-kanak digalakkan untuk melaksanakan aktiviti
mengikut langkah-langkah yang diberikan oleh pendidik.
b) Berikut adalah langkah-langkah dan kaedah tugasan yang diberikan:
i. Ibu bapa mengajak anak untuk melaksanakan aktiviti bersama dan memperkenalkan bahan aktiviti
ii. Ibu membimbing anak membuat aktiviti dengan melakar tapak tangan pada kertas
iii. Ibu menggalakkan anak melekatkan putik kapas dan melekatkannya pada kertas yang telah dilakarkan
tapak tangan tadi.
iv. Anak digalakkan untuk mempamerkan hasil lakaran tapak tangan masing-masing.
v. Tingkah laku setiap anak diperhatikan.
vi. Berikan galakan kepada anak untuk cuba mengira bilangan putik kapas yang digunakan.
vii. Pujian diberikan kepada anak yang berjaya menghasilkan kerja dengan baik.
viii. Ibu merekodkan video dan gambar semasa melaksanakan aktiviti bersama-sama

SH MARISA FABRINA SYED ALI 1


3. CARA PEMANTAUAN DAN PENGUKUHAN AKTIVITI

a) Pendidik menjalankan sesi secara “video call” semasa kebersediaan ibu bapa bersama kanak-kanak.
b) Pendidik menggalakkan kanak-kanak untuk melaksanakan aktiviti sambil dibimbing oleh pendidik dan ibu
bapa.
c) Pendidik menggalakkan kanak-kanak untuk melekatkan putik kapas pada lakaran tapak tangan mereka
dengan betul.

1. KESIMPULAN

a) Aktiviti ini dilaksanakan melalui rakaman video dan gambar yang disiarkan kepada ibu bapa dan kanak-
kanak sebagai kaedah permulaan pembelajaran.
b) Pendidik meminta rakaman video kanak-kanak untuk melihat kefahaman kanak-kanak tentang aktiviti yang
diberikan.
c) Pendidik menggabungkan video dan gambar yang dihantar oleh ibu bapa bagi memberi gambaran lengkap
tentang cara membuat “Tulang Tangan Saya”.

2. REFLEKSI HASIL AKTIVITI KEPADA KANAK-KANAK

Berikut adalah objektif yang cuba dicapai oleh pendidik sepanjang aktiviti ini:
Kanak-kanak boleh:

a) Melahirkan anak yang lebih kreatif melakarkan lakaran tapak tangan (Perkembangan Kreativiti dan Estetika)
b) Melekatkan putik kapas (Perkembangan Fizikal)
c) Membilang jumlah putik kapas yang digunakan (Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik)

BIL NAMA ANAK HASIL PEMBELAJARAN

1) Zawawi berasa seronok dapat melaksanakan aktiviti


pada hari ini.
1. Saifuddin Zawawi b. 2) Zawawi boleh melakarkan tapak tangan dengan
Muhammad Indera Putera bimbingan ibunya.
Zubair 3) Zawawi boleh membilang angka di dalam Bahasa
SELEPAS Inggeris
PELAKSANAAN
(REFLEKSI)
1) Aktiviti tidak dapat dilaksanakan bersama Zia kerana ibu
2. Putri Al Razziah bte Zia memaklumkan Zia berada di kampung bersama
Nedzuan neneknya sepanjang tempoh PKP dan sukar untuk
dihubungi pada masa ini.

1) Ibu Aisy memaklumkan bahawa keadaan anak tidak sihat


dan demam serta tidak membolehkan Aisy untuk turut
serta dalam melaksanakan aktiviti yang diberikan.
2) Selain itu juga, terdapat kekangan lain yang mana ibu
3. M. Aisy Aryan bin Marsidik Aisy memaklumkan tidak mempunyai telefon lain untuk
merekodkan sebarang aktiviti kerana telefon sedia ada
sebelum ini telah rosak dan hanya boleh menerima
panggilan sahaja.

1) Kedua ibu bapa Laila tidak memberikan respond dan


maklum balas berkenaan aktiviti yang telah diberikan
4. Nurlaila Shahira bte walaupun telah dihubungi secara peribadi.
Lawrence 2) Ibu Laila merupakan seorang petugas barisan hadapan
dan perlu bekerja, berkemungkinan ini menjadi salah
satu kekangan yang dihadapi oleh keluaraga Laila.

5. Putri Hanna Khaliesya binti 1) Echa berasa seronok dapat melakukan aktiviti yang telah
Kenhal diberikan.

SH MARISA FABRINA SYED ALI 2


2) Echa dibimbing oleh ibunya untuk membuat lakaran
tapak tangan.
3) Echa boleh melekatkan putik kapas sendiri pada lakaran
tapak tangannya.
4) Echa juga boleh membilang jumlah putik kapas yang
digunakan untuk dijadikan tulang tangan.

1) Ziyad berasa seronok dapat melaksanakan aktiviti yang


diberikan.
6. Muhammad Ziyad Arshad 2) Ziyad dibantu dan dipimpin oleh ibunya untuk
bin Sabturain melakarkan tapak tangannya.
3) Ziyad boleh membilang jumlah putik kapas yang
digunakannya iaitu sebanyak 7 putik kapas semuanya.

1) Yayang berasa seronok dapat melaksanakan aktiviti yang


diberikan.
7. Nurrahmadani binti 2) Yayang boleh melekatkan dan mencantumkan sendiri
Abdullah putik kapas pada lakaran tapak tangan.
3) Dia juga boleh membilang jumlah putik kapas yang
digunakannya untuk aktivti kali ini.

3. REFLEKSI TUGASAN DAN AKTIVITI DARIPADA IBU BAPA (TUGASAN DAN CADANGAN)

a) Aktiviti dapat dijalankan seperti yang dirancang.


b) Ibu bapa memberikan maklum balas yang positif dalam usaha membuat aktiviti bersama anak-anak di
rumah.
c) Terdapat seorang anak yang tidak dapat melaksanakan aktiviti kerana terdapat kekangan yang tidak dapat
dielakkan kerana ibu serta seluruh keluarga anak telah disahkan positif covid.
d) Dua orang anak lagi belum memberikan sebarang respond dan maklum balas walaupun telah dihubungi
melalui telefon dan juga whatapps.

4. REFLEKSI DARIPADA PENDIDIK (PENAMBAHBAIKAN DAN CADANGAN)

a) Aktiviti dapat dijalankan seperti yang dirancang.


b) Pendidik boleh memberikan tugasan yang memerlukan bahan yang sangat minimum bagi mengurangkan
beban ibu bapa dalam penyediaan bahan aktiviti.
c) Pendidik juga perlu menilai faktor masa dan keadaan ibu bapa yang perlu bekerja dalam tempoh masa
yang sama.

1) Saifuddin Zawawi

LAMPIRAN DAN
LINK TAMBAHAN

https://drive.google.com/drive/folders/1uqeKct6eZ725_xZy54n8xDZjbIGH-23E?usp=sharing

SH MARISA FABRINA SYED ALI 3


2) Muhammad Ziyad Arshad bin Sabturain

LAMPIRAN DAN https://drive.google.com/drive/folders/1vz_9DKli7aezNKXXwcyLqUPvA71seSpW?usp=sharing


LINK TAMBAHAN

3) Putri Hanna Khaliesya binti Kenhal

https://drive.google.com/drive/folders/11Yg17GspkRpBwgjqC4zZwBWwvoy78vmg?usp=sharing

SH MARISA FABRINA SYED ALI 4


4) Nurrahmadani binti Abdullah

https://drive.google.com/drive/folders/1935YBdXL_zxKMFFwklbIgueRW93Fkmm8?usp=sharing

5) M. Aisy Aryan bin Marsidik

SH MARISA FABRINA SYED ALI 5

You might also like