You are on page 1of 2

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN : MASALAH KETIDAKHADIRAN SESI PdPR

DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH X

1.NAMA SEKOLAH DAN ALAMAT


SK X

2.0 KUMPULAN PENYELIDIK


Penasihat : Pn X
Pengetua SMK X
Pengerusi : Pn Y
PK Akademik SMK Y
Naib Pengerusi : Pn Z
PK Hal Ehwal Murid
Penyelaras : En A
Setiausaha : Pn. N
Naib Setiausaha : Pn. L

3.0 TAJUK KAJIAN

MASALAH KETIDAKHADIRAN SESI PdPR DALAM


KALANGAN MURID SEKOLAH X 2021

4.0 REFLEKSI KAJIAN

Ketidakhadiran sesi PdPR tanpa sebab kepada guru adalah ditakrifkan sebagai
murid cicir. Apabila murid-murid berkenaan tidak turut serta dalam tempoh sebulan
sepanjang PdPR, murid tesebut akan dikategorikan sebagai murid cicir dan perlu
diambil tindakan susulan oleh guru bimbingan sekolah selaras dengan arahan
terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.0 Isu Keperihatinan


Isu ketidakhadiran murid dalam sesi PdPR semakin meningkat, walaupun pihak
sekolah telah menjalankan konsultasi keibubapaan.

6.0. Objektif Kajian


6.1 Objektif Umum
                    Menangani masalah ketidakhadiran murid dalam sesi PdPR

 6.2. Objektif Khusus


6.2.1. Mengesan punca ketidakhadiran murid dalam sesi PdPR
6.2.2 Membantu kehadiran murid dalam sesi PdPR melalui pengisian motivasi /
intervensi tertentu

7.0 Kumpulan Sasaran


 Murid cicir berdasarkan verifikasi kehadiran dalam (SDPDPR)
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
8.1 Tinjauan masalah
Daripada analisis ketidakhadiran murid dalam sesi PdPR bagi bulan Ogos, didapati
bilangan kes tidak hadir sesi PdPR tanpa sebab adalah tinggi. Saya membuat
semakan kehadiran bagi kelas-kelas berkenaan, didapati sebanyak 10 orang murid
yang tidak pernah mengikuti sesi PdPR dalam tempoh tersebut.

8.2. Cara Pelaksanaan


1. Pemilihan responden
2. Pengedaran soal selidik kajian
3. Melaksanakan program iaitu:
a) Konsultasi
b) Reward
c) Morning Call
4. Kutipan data
5. Analisis

9.0 Jadual Pelaksanaan


Pelaksanaan kajian dimulakan pada bulan Ogos dan hasilnya akan dilaporkan pada
bulan September.

10.0 Kos Kajian


Kos kajian dianggarkan RM150

11.0. Kesimpulan
Program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pentadbir terutama guru
besar dan diharapkan akan dapat membantu menangani ketidakhadiran murid
dalam sesi PdPR.

Sekian, Terima Kasih

Disediakan oleh:

Setiausaha Kajian Tindakan

You might also like