You are on page 1of 17

Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

PBL 1113 Variasi Bahasa Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia
Sarawak Semester 1, Sesi 2020/2021

TUGASAN 2 (30%) Berkumpulan – 5 orang

No. Kump: Kumpulan 6

Bil. No. Matrik Nama


1. 74097 Anastasia Aivie Gani
2. 74139 Angelyna Luwa Anak Jana
3. 75075 Ivy Hon Man Wei
4. 75252 Katherine Tuh Qian Yee
5. 77431 Nur Afiqah Mohamad Jasni Binti Abdullah

Jumlah
Markah Pembentangan (A)

Isi Bahasa Kualiti 10m


(6m) (2m) (2m)

Markah Penulisan Kertas Kerja

Pengenalan Dapatan Dapatan Bahasa Rujukan Kesimpulan Jumlah


Isi Contoh (B)

(3m) (3m) (30m) (2m) (1m) (1m) 40m

Jumlah Keseluruhan (A + B)

Pengiraan Markah Penulisan Kertas Kerja : (x/40 x 20)


Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang digunakan oleh


masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain. Perkembangan zaman dan
teknologi pada hari ini menyebabkan kebanyakan pengguna bahasa bukan sahaja
menyampaikan mesej atau maklumat secara lisan, tetapi juga mengiklankan sesuatu
melalui media massa bercetak atau elektronik melalui bentuk bahasa dan tulisan.
Kebanyakan iklan menggunakan makna tersirat dan tersurat untuk menarik perhatian
khalayak bagi membeli sesuatu barangan. Menurut Arbak Othman (1999), iklan
merujuk kepada sebuah kenyataan yang ditulis dan dibuat bertujuan untuk
memberitahu khalayak tentang sesuatu maklumat. Iklan berfungsi untuk
mempengaruhi pengguna dan menimbulkan tanggapan tentang sesuatu barangan yang
hendak diperkenalkan kepada khalayak. Menurut Kamus Dewan (2007:564), iklan
merupakan pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dan
lain-lain. Menurut Kamus Am (1995:371) pula, iklan ialah maklumat sebagai
pemberitahuan.

Menurut Kamaruddin Husin (1995), gaya penyampaian dan penggunaan


bahasa yang baik, sesuai dan berkesan bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada
pengguna. Iklan yang baik mampu mengubah sikap atau cita rasa seseorang pengguna
dan mampu mempengaruhi mereka untuk membeli atau melanggan barangan yang
diperkenalkan. Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej dalam iklan
hendaklah mempunyai pelbagai strategi yang membawa ke arah pengaruh yang positif
(Asmah Omar, 1982). Sesuatu iklan yang dianggap baik haruslah memaparkan produk
yang ditawarkan atau dipromosikan. Kedua ialah sebuah iklan tersebut haruslah
disasarkan kepada golongan yang sesuai dan betul. Ketiga, bahasa yang digunakan
dalam iklan haruslah menarik dan indah. Keempat, sebuah iklan yang jelas hendaklah
mempunyai slogan, produk, logo dan nama perusahaan serta gambar produk. Akhir
sekali, iklan yang berbentuk video perlu disediakan dengan dialog dan gambar serta
muzik latar agar lebih menarik.

Selain itu, retorik merujuk kepada seni menggunakan bahasa yang indah dan
menarik untuk memujuk dan mempengaruhi pemikiran khalayak. Retorik juga
ditafsirkan sebagai satu kajian tentang teknik pemakaian bahasa yang berkesan dalam
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

penulisan atau pertuturan. Menurut Hashim Abdullah (1995:76), retorik merupakan


kebolehan seseorang atau pihak menyatakan sesuatu dengan berkesan.

Bagi menjalankan kajian ini, retorik peyakinan telah dipilih dan digunakan
untuk mengkaji pengaruh dan kesannya dalam iklan tertentu. Kaedah peyakinan
bermaksud satu kaedah untuk memupuk rasa yakin dalam kalangan pelanggan sama
ada memiliki keyakinan pada diri sendiri, barangan yang diiklankan serta syarikat
yang mengeluarkan barangan tersebut. Keyakinan yang ditunjukan oleh sesebuah
syarikat boleh mempengaruhi minda dan fikiran pelanggan dan secara tidak langsung
pelanggan akan terdesak untuk membeli barangan yang ditawarkan walaupun
barangan tersebut tidak tersenarai dalam keperluan mereka.

Objektif pertama bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti contoh iklan
yang menggunakan kaedah peyakinan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk
mengkaji pengaruh dan kesan retorik peyakinan dalam contoh iklan yang telah dipilih.

1.1 Rumusan Kajian Lepas

Antara kajian lepas tentang retorik iklan adalah seperti “Bahasa Pengiklanan
Perdagangan dan Kajian Bahasa Retorik” yang dikemukakan oleh Asmah Omar
(1984), Arifin et al. (1992), “Penggunaan Bahasa dalam Iklan Berita dan Papan
Iklan”, Yayah B. Lumintaintang (1992), “Laras Bahasa Iklan” dan Herawati (1994),
“Gaya Bahasa Iklan Kosmetik dalam Media Massa Cetak”.

Kajian retorik iklan tersebut mempunyai matlamat tertentu dan cukup


menarik untuk dikaji secara pragmatik. Pragmatik merujuk kepada penerokaan empat
fenomena dan salah satunya adalah implikasi percakapan. Daripada sumber kajian
lepas tersebut, didapati bahawa konsep implikatur adalah perkembangan teori
bagaimana cara untuk menggunakan bahasa yang memerlukan satu set andaian yang
membimbing aktiviti perbualan sebagai perbuatan bercakap. Berdasarkan latar
belakang isu-isu yang dikaji oleh pengkaji lepas tersebut, bahan penyelidikan mereka
merangkumi bentuk dan jenis implikasi terhadap cara penggunaan bahasa serta bentuk
penyampaian bahasa dalam iklan yang dapat dilihat dari pujukan bahasa. Pujukan
merupakan salah satu bentuk komunikasi manusia untuk mempengaruhi orang lain
dengan mengubah kepercayaan seseorang, nilai, atau sikap orang lain. Sesuatu iklan
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

harus memenuhi beberapa kriteria iaitu menggunakan pilihan kata atau ayat yang
tepat, menarik, sopan, dan logik akal. Ungkapan atau ujaran yang digunakan adalah
bertujuan untuk memikat pelanggan kerana kebiasaanya manusia akan mempercayai
ungkapan yang menarik yang keluar dari mulut penjual. Justeru, bahasa untuk iklan
haruslah disusun secara singkat dan mudah difahami oleh pengguna.

Di samping itu, Asmah Haji Omar telah memperkenalkan 20 jenis kaedah


retorik iaitu kaedah pernyataan, kaedah perkaitan konsep, kaedah perisytiharan,
kaedah umpan, kaedah pemesraan, kaedah kenal pasti, kaedah peyakinan, kaedah
perbandingan, kaedah doa, kaedah ulasan, kaedah pertanyaan, kaedah peringatan,
kaedah suruhan, kaedah silaan atau pelawaan, kaedah gesaan, kaedah larangan,
kaedah kealatan, kaedah nasihat, kaedah ajakan dan kaedah latar. Bagi melakukan
kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah peyakinan untuk mengkaji kesan dan
pengaruh retorik tersebut dalam iklan yang dipilih.

2.0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian bermaksud satu kaedah yang digunakan untuk


mengumpul, menyusun dan menganalisi data yang telah didapati untuk menghasilkan
dapatan kajian. Bagi menjalankan kajian ini, kaedah kualitatif, iaitu kaedah
menganalisis imej atau teks telah digunakan. Kajian ini telah menggunakan iklan atau
data yang dicari melalui media elektronik untuk mengkaji pengaruh dan kesan kaedah
retorik bahasa iklan yang dipilih iaitu kaedah peyakinan. Dapatan kajian ini telah
disusun dan dipersembahkan dalam bentuk gambar dan penulisan.
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

3.0 Dapatan Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, terdapat sepuluh iklan telah dipilih dan
digunakan untuk mengenal pasti pengaruh serta kesan kaedah retorik iklan yang
digunakan. Contoh iklan yang dipilih adalah seperti ditunjukkan di bawah:

3.1 Contoh Iklan Pertama

Gambar 1: Contoh Iklan Pertama Bagi Kaedah Peyakinan

Iklan di gambar 1 menggunakan kaedah peyakinan kerana ia mempunyai


ayat “Kami selalu memberikan solusi terbaik untuk anda” yang akan menyakinkan
pihak sasaran atau pelanggan terhadap perkhidmatan yang akan diberikan itu dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Bagi menarik pengguna,
perkataan dalam ayat tersebut dipaparkan dengan lebih besar dan menggunakn fon
yang lebih tebal berbanding dengan perkataan lain dalam iklan tersebut. Melalui ayat
tersebut, ia juga dapat meningkat keyakinan pengguna terhadap servis yang diberikan
dan juga memberikan jaminan kepada pengguna mereka. Oleh itu, pihak sasaran akan
lebih cenderung untuk memilih perkhidmatan yang disediakan seperti ditunjukkan
dalam iklan tersebut.

Bahagian tajuk “Sartika’s Service” iaitu bahagian yang ditulis dengan huruf
besar dan diletakkan pada bahagian paling atas telah menunjukkan nama kedai yang
menyediakan perkhidmatan ini. Tajuk tersebut dipaparkan dengan paling besar dan
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

menggunakan jenis fon yang berlainan supaya pengguna dapat ingat nama kedai
mereka dengan lebih mudah. Di tepi tajuk, terdapat juga satu logo “S” bagi kedai
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan pengguna tidak suka
mengingati nama kedai kerana mereka rasa nama tersebut terlalu panjang dan tidak
mudah untuk menyebut. Justeru, logo S tersebut dapat memudahkan pengguna untuk
mengingati kedai mereka.

Selain itu, bahagian penjelasan yang dikemukakan dengan huruf kecil


merujuk kepada bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh kedai tersebut iaitu
penghawa dingin, sistem peti sejuk dan cooling unit industries. Bahagian penjelasan
ini membolehkan pihak sasaran lebih memahami bentuk perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak pengeluar. Bahagian kesimpulan iaitu “Kami selalu
memberikan solusi terbaik untuk anda” berfungsi sebagai penutup iklan yang dapat
memberi keyakinan kepada pihak sasaran untuk memilih perkhidmatan ini.

Kesannya, melalui iklan ini, pengeluar dapat meyebarkan maklumat atau


informasi tentang servis terkini mereka dalam pasaran kepada pengguna. Iklan yang
menarik ini pasti akan mempengaruhi pengguna untuk membeli dan mendapatkan
perkhidmatan yang ditawarkan. Melalui iklan ini, pengguna juga dapat membuat
perbandingan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan antara satu syarikat dengan
syarikat yang lain dari aspek harga, kualiti dan jaminan yang diberi.
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

3.2 Contoh Iklan Kedua

Gambar 2: Contoh Iklan Kedua Bagi Kaedah Peyakinan

Berdasarkan gambar 2, ayat “Pengedar Dan Penjual LPG Petronas Yang


Sah” telah menunjukkan terdapat retorik peyakinan yang digunakan dalam bahasa
iklan ini kerana ayat ini telah memberitahu pengguna bahawa barang yang dijual ialah
halal, tidak haram dan tidak melanggar peraturan supaya pengguna tidak perlu
bimbang dan dapat menggunakan barang dengan selamat. “Fast Gas Service” iaitu
bahagian tajuk dalam iklan ini telah menunjukkan jenis perkhidmatan yang telah
disediakan oleh Petronas.

Selain itu, bahagian penjelasan dalam iklan ini dipaparkan dengan jenis
perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan penghantaran ke rumah
pengguna bagi memudahkan pengguna dan kaedah menghubung pihak pemberi
perkhidmatan melalui applikasi Whatsapp atau telefon bimbit supaya pengguna dapat
menghubung mereka apabila mereka memerlukan perkhidmatan ini. Lokasi yang
membekalkan perkhidmatan ini juga dinyatakan dalam iklan untuk memudahkan
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

pelanggan mencari lokasi mereka dengan lebih tepat. Di samping itu, didapati bahawa
ayat “Pengedar Dan Penjual LPG Petronas Yang Sah” merupakan bahagian
kesimpulan bagi iklan ini yang dapat meningkat keyakinan pengguna untuk memilih
perkhidmatan ini berbanding dengan perkhidmatan lain.

Kesannya, pengguna akan menjadi lebih jelas mengenai servis yang


disediakan oleh pengeluar seperti yang dipaparkan dalam iklan tersebut. Maklumat
yang lengkap dan jelas dalam iklan ini juga dapat menjawab semua jenis bentuk
soalan yang mungkin ditanya oleh pengguna. Iklan ini juga menggunakan latar
belakang yang berwarna-warni dan gambar-gambar yang berkaitan dengan servis
mereka untuk menarik mata pengguna. Dengan ini, pengguna akan cenderung lebih
minat untuk melihat iklan tersebut dan secara langsung mereka akan mengetahui apa
jenis bentuk servis yang disedikan oleh syarikat tersebut.
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

3.3 Contoh Iklan Ketiga

Gambar 3: Contoh Iklan Ketiga Bagi Kaedah Peyakinan

Berdasarkan gambar di atas, kita boleh mengetahui bahawa iklan tersebut


mengandungi unsur retorik peyakinan. Hal ini dikatakan demikian kerana iklan
tersebut menggunakan ayat “WE HELP TO FIX ALL PROBLEM!” dan ini
menunjukkan bahawa mereka sangat yakin untuk membaiki semula atau mengatasi
semua masalah dalam bidang perkomputeran. Melalui gambar tersebut, kita juga
dapat mengetahui bahawa perkataan “COMPUTER REPAIR SEPCIALIST”
merupakan bahagian tajuk bagi iklan ini. Bahagian ini biasanya ditulis dengan huruf
besar dan diletakkan pada bahagian atau ataupun pada bahagian tengah iklan supaya
lebih mudah untuk menarik perhatian dari pengguna. Dengan kata yang lain, bahagian
ini merupakan bahagian yang paling penting dalam sesebuah iklan untuk mencolok
mata pengguna.

Selain itu, iklan ini juga mengandungi bahagian penjelasan yang


dikemukakan dengan menggunakan huruf kecil. Misalnya, perkataan seperti “Broken
Laptop Screen” dan “Hard Disk Recovery” yang dipaparkan dalam iklan di atas
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

dapat merujuk kepada jenis servis yang diberikan oleh kedai komputer tersebut.
Tempat kedai dan nama kedai juga dipaparkan dalam iklan supaya pengguna lebih
mudah untuk mencari lokasinya. Secara ringkasnya, penjelasan tersebut merupakan
bahagian yang menyampaikan mesej daripada pengeluar kepada bakal pengguna. Hal
ini dikatakan demikian kerana melalui bahagian ini, bakal pengguna dapat menilai
sesuatu barang atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh pelanggan tersebut berkualiti
atau tidak berkualiti untuk membayar bagi menikmatinya. Bagi bahagian penutup,
iklan ini menggunakan cogan kata yang ringkas, iaitu “WE HELP TO FIX ALL
PROBLEM!” supaya pengguna lebih mudah untuk mengingatinya.

Kesannya, iklan ini dapat mencolok mata pengguna kerana bahasa yang
digunakan mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengguna. Penggunaan warna
yang ceria dan kemas dalam iklan ini terutamanya warna kuning yang hanya
digunakan bagi bahagian cogan kata juga dapat menyorot perkataan “WE HELP TO
FIX ALL PROBLEM”. Dengan ini, ia dapat berjaya menarik perhatian pengguna
untuk menikmati perkhidmatan seperti yang dituliskan dalam iklan tersebut.
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

3.4 Contoh Iklan Keempat

Gambar 4: Contoh Iklan Keempat Bagi Kaedah Peyakinan

Berdasarkan contoh iklan keempat di atas, slogan kata “Layanan Cepat –


Mudah – Profesional” telah menunjukkan bahawa iklan ini mempunyai unsur kaedah
penyakinan. Bagi menarik perhatian pengguna dengan lebih berjaya dan berkesan,
slogan kata tersebut dipaparkan dengan menggunakan warna yang berbeza daripada
warna perkataan yang lain, iaitu warna merah. Hal ini dikatakan demikian kerana
warna merah tergolong sebagai warna yang mencolok dan warna cerah untuk menjadi
petunjuk terhadap sesuatu iklan. Selain itu, slogan kata yang berwarna merah ini juga
dianggap sebagai bahagian penutup bagi iklan tersebut kerana ia memenuhi ciri
ringkas dan mudah difahami.

Melalui bahagian penjelasan, pengguna dapat memahami apa bentuk servis


yang diberikan oleh pengeluar yang bernama “ALYA SERVICE ELEKTRONIK”
yang juga merupakan tajuk bagi iklan penyakinan ini. Melalui penjelasan iklan
tersebut, pengguna dapat mengetahui kedai tersebut melayani segala servis bagi
television, LED, mesin cuci, kulkas, DVD, speaker, komputer, jaringan, instalasi
listrik dan sebagainya. Selain itu, bagi menarik perhatian pengguna, gambar-gambar
elektronik yang berkaitan juga dipaparkan dalam iklan. Cara menghubungi juga
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

dipaparkan dalam iklan tersbeut supaya pengguna boleh menghubungi pengeluar


untuk mengetahui maklumat tentang servis lain dengan lebih lanjut.

Secara umumnya, iklan ini dapat mempengaruhi minat pengguna untuk


membeli barangan dari pengeluar kedai tersebut. Ia juga dapat memberikan keyakinan
kepada pengguna bahawa mereka sentiasa diutamakan dengan diberikan servis yang
baik dan cepat kepada pelanggan mereka.
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

3.5 Contoh Iklan Kelima

Gambar 5: Contoh Iklan Kelima Bagi Kaedah Peyakinan

Berdasarkan contoh iklan kelima di atas, kita dapat melihat bahawa iklan ini
adalah mengenai “Carousell Protection” kerana perkataan ini ditulis pada bahagian
paling atas iklan tersebut dan bersaiz besar serta mempunyai fon yang tebal. Selain
itu, slogan kata “Terima barangan anda seperti diiklankan, atau dapatkan duit anda
semula!” telah menunjukkan bahawa iklan ini mempunyai unsur kaedah peyakinan.
Bagi menarik perhatian pengguna dengan lebih berkesan, slogan kata tersebut
dipaparkan dengan menggunakan fon yang lebih tebal dan saiz perkataan yang lebih
besar daripada saiz perkataan yang lain di dalam iklan tersebut. Dengan menggunakan
kaedah ini, pengguna akan lebih cenderung melihat kepada slogan tersebut terlebih
dahulu dan mereka secara tidak langsung akan membaca kata-kata di bawah slogan
tersebut iaitu “Pembayaran selamat”, “Perlindungan 100%” dan “Sokongan
pelanggan:Live chat dan emel”. Kata-kata tersebut juga akan lebih meyakinkan
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

pengguna untuk menggunakan servis yang diiklankan kerana memberi jaminan yang
baik kepada para pengguna.

Di bahagian penjelasan iklan ini pula, pengguna dapat memahami tentang


bentuk servis yang diberikan oleh pengeluar iklan ini kerana terdapat penjelasan
tentang apa itu “Carousell Protection” dan memberikan kesannya terhadap pengguna.
Pengeluar juga menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai jaminan-jaminan yang
sedia ada agar pengguna akan lebih yakin untuk menggunakan servis itu. Di samping
itu, terdapat juga beberapa animasi berwarna yang dipaparkan dalam iklan ini yang
menunjukkan kreativiti pengeluar agar tidak membosankan bagi pengguna untuk
membacanya kerana kebanyakan pengguna lebih suka melihat objek yang berwarna.

Secara keseluruhannya, iklan ini pasti dapat menarik perhatian pengguna


kerana ianya amat menarik dan lengkap dengan maklumat yang mengenai servis yang
diiklankan serta memberi penjelasan lebih lanjut mengenai jaminan yang sedia ada
apabila pengguna menggunakan servis tersebut.
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

3.6 Contoh Iklan Keenam

Gambar 6: Contoh Iklan Keenam Bagi Kaedah Peyakinan

Iklan keenam di atas adalah tentang “ANNONA VITAMIN C KAPSUL


500MG”. Nama produk ini dapat dikesan dengan mudah kerana ianya ditulis dengan
huruf besar dan fon yang tebal serta warna yang lain daripada warna tulisan yang
terdapat dalam iklan ini iaitu warna hitam. Di bawah nama produk ini pula terdapat
beberapa penjelasan mengenai sifat vitamin c tersebut dan masa yang sesuai untuk
mengambilnya.

Selain itu, iklan ini mempunyai unsur peyakinan kerana terdapat beberapa
ayat yang memberi jaminan kepada pelanggan bahawa produk ini merupakan produk
yang amat bagus. Ayat-ayat seperti “DILULUSKAN OLEH KKM NO
PENDAFTARAN MAL16035001NC”, “PENGIKTIRAFAN HALAL JAKIM”,
“MENGIKUTI DOS FARMASI YANG SELAMAT 500MG” dan “KILANG
BERSTATUS GMP DAN DIIKTIRAF KKM” dapat memberi keyakinan kepada
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

pelanggan untuk membeli produk ini kerana penjual mempaparkan nombor


pendaftaran KKM bagi produk tersebut dalam bentuk tulisan dan memberi jaminan
bahawa produk yang diiklankan itu selamat digunakan dengan berlatar belakangkan
warna hitam agar mudah dilihat oleh siapa pun yang membaca iklan tersebut.
Tambahan pula, terdapat juga simbol halal pada bahagian bawah iklan tersebut
disertai dengan nombor pelaksanaan Malaysian Standard bagi farmaseutikal halal
produk tersebut. Ini akan membuat pelanggan tidak teragak-agak untuk membeli
produk tersebut kerana telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bukan itu sahaja, tajuk iklan ini pula adalah “TINGKATKAN SISTEM
KETAHANAN BADAN ANDA”. Tajuk ini juga menarik minat pengguna kerana ianya
memberi peringatan kepada pelanggan untuk menjaga kesihatan badan mereka
dengan membeli produk yang diiklankan untuk meningkatkan sistem ketahanan
mereka.Tajuk ini ditulis dengan semua huruf besar agar dapat mencolok mata
pembaca iklan. Rupa produk serta harganya iaitu “RM59/60 KAPSUL” juga
dipaparkan bagi memberi maklumat lengkap kepada pengguna agar mereka tidak
tertanya-tanya apakah bentuk produk itu dan berapa harganya jika mereka ingin
membelinya. Jenama produk itu juga dipaparkan dalam iklan dengan jelas pada
bahagian paling atas iklan iaitu “ANNONA”. Dengan ini, pelanggan dapat mencari
maklumat lebih lanjut mengenai produk tersebut dengan hanya mencari nama produk
tersebut di media sosial seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan media sosial yang lain.

Kesannya, pelanggan yang membaca iklan tersebut tidak perlu berfikir


berulang kali sama ada untuk membeli produk tersebut atau tidak kerana semua
pertanyaan yang berkemungkinan bermain di minda mereka telah terjawab oleh fakta
dan maklumat yang terdapat di dalam iklan tersebut mengenai produk itu.
Tugasan 2 PBL 1113 Variasi Bahasa Semester 1 20202021

3.7 Contoh Iklan Ketujuh


3.8 Contoh Iklan Kelapan
3.9 Contoh Iklan Kesembilan
3.10 Contoh Iklan Kesepuluh

4.0 Kesimpulan

Rujukan

You might also like