You are on page 1of 8

Mata Pelajaran: SAINS

Kelas: 1 Darulaman & 1 Malaysia

Tarikh: 30 Ogos 2021

Bilangan pelajar: 34/52 orang pelajar

Tema/Topik: 5.2 Tiga Keadaan Jirim

Masa: 1 jam 30 minit

Standard Pembelajaran: 5.2.6 Merumuskan jisim kekal tidak berubah semasa perubahan
fizik

5.2.7 Menjelaskan dengan contoh perubahan keadaan jirim


dalam kehidupan harian

Objektif Pembelajaran: 1. Pelajar boleh menerangkan jisim kekal tidak berubah semasa
perubahan fizik

2. Pelajar berupaya untuk menjelaskan dengan contoh perubahan


keadaan jirim dalam kehidupan harian

Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mengetahui bagaimana untuk membezakan kadar
resapan dalam tiga jirim dan mengaplikasikan teori kinetik
dalam perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan zarah-zarah
akibat daripada penyerapan dan pembebasan haba
Hasil pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar dapat:

A. Domain kognitif
I. Mengitlak jisim kekal tidak berubah semasa
perubahan fizik
II. Mengaplikasikan contoh perubahan keadaan jirim
dengan kehidupan harian

B. Domain afektif
I. Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti eksperimen
yang dijalankan
II. Memupuk nilai kerjasama dalam melaksanakan
tugasan semasa menjalankan aktiviti
III. Menunjukkan kemahiran berkomunikasi ketika
menyatakan pendapat/idea

C. Domain psikomotor
I. Menjalankan eksperimen untuk membuktikan jisim
kekal tidak berubah semasa perubahan fizikal seperti
perubahan keadaan jirim, melarut pepejal dan
pengembangan oleh haba

Konsep saintifik:

Apabila sesuatu bahan dipanaskan, suhu akan meningkat dan apabila sesuatu bahan
disejukkan, suhu akan menurun. Walau bagaimanapun, suhu tidak akan berubah ketika
mencapai takat beku, takat lebur dan takat didih semasa proses pembekuan, peleburan dan
pendidihan. Keadaan ini berlaku kerana tenaga kinetik zarah-zarah tidak bertambah; haba
diserap atau dibebaskan untuk memastikan daya tarikan antara zarah-zarah diatasi atau
dibentuk. Semasa perubahan fizikal ini berlaku, jisim juga kekal tidak berubah kerana kuantiti
zarah-zarah tidak berubah apabila dipanaskan atau disejukkan. Perubahan yang berlaku
hanyalah pada tenaga kinetik zarah-zarah tersebut.

Contoh perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian:

 Air daripada pakaian yang basah tersejat menjadi wap ke udara melalui proses
penyejatan
 Pembekuan membolehkan krim manis membeku menjadi aiskrim
 Ais kering digunakan oleh peniaga aiskrim untuk mengelakkan aiskrim daripada cair
 Ubat gegat yang menjadi semakin mengecil ialah contoh perubahan pepejal secara
langsung menjadi gas melalui proses pemejalwapan
 Embun terbentuk apabila wap air dalam udara terkondensasi menjadi titisan air

Strategi pembelajaran: Pembelajaran inkuiri

Bahan bantu mengajar: 1. Buku teks

2. Slide PowerPoint

3. Modul Kemahiran Proses Sains

4. Kahoot

Penilaian: (Diisi selepas P&P)

Refleksi: (Diisi selepas P&P)


Fasa Isi Kandungan Aktiviti Catatan
Guru Pelajar Kaedah/Nilai/ABM
Permulaan/ Menanyakan soalan -Guru menanyakan -Pelajar memberi respons Strategi/Teknik:
Mencungkil kepada pelajar apa pelajar tentang apa yang kepada guru dengan Soal jawab
Idea yang telah telah dipelajari dalam menyatakan apa yang
(10 minit) dipelajari dalam sesi kelas lalu telah dipelajari dalam sesi Nilai:
kelas yang lalu kelas yang lalu Berkomunikasi,
-Guru membuat kaitan kemahiran
Contoh soalan: dengan pengetahuan -Pelajar menjawab soalan menjawab soalan
Adakah pelajar sedia ada pelajar dengan guru berdasarkan
masih ingat tentang bertanya soalan pengetahuan mereka
apa yang kita telah
pelajari dalam -Guru menghubungkait
kelas sebelum ini? sesi pembelajaran
terdahulu dengan tajuk
yang akan dipelajari
pada hari ini
Menstruktur/ 5.2.6 Merumuskan -Guru menanyakan -Pelajar memberi respons Kaedah/Strategi:
Menstruktur jisim kekal tidak soalan kepada pelajar kepada soalan guru Soal jawab,
Semula berubah semasa berdasarkan pengetahuan berkomunikasi
(25 minit) perubahan fizik Contoh soalan: mereka
Apakah yang akan ABM:
5.2.7 Menjelaskan berlaku sekiranya -Pelajar mendengar Slide PowerPoint
dengan contoh pepejal membebaskan penjelasan guru dengan
perubahan keadaan haba dan menyerap teliti KBAT:
jirim dalam haba? Mengaplikasi
kehidupan seharian -Pelajar memberi respons
-Guru membuat kepada soalan guru
hubungkait konsep dengan menyatakan
antara pengetahuan pendapat mereka
sedia ada pelajar dengan mengapakah suhu bahan
pergerakan zarah-zarah menjadi panas apabila
dan tenaga dipanaskan

-Guru menjelaskan -Pelajar memberi fokus


mengikut teknik yang kepada penerangan guru
sama bagi penyejatan, dengan sepenuhnya
kondensasi, pembekuan
dan sublimasi

-Guru menanyakan
pelajar mengapakah
suhu bahan menjadi
panas apabila
dipanaskan

-Guru mengaitkan
situasi tersebut dengan
konsep jisim tidak akan
berubah ketika
perubahan fizikal

-Guru meminta pelajar


memberi contoh lain
bagi perubahan keadaan
jirim dalam kehidupan
harian
Aplikasi Menjalankan -Guru menjelaskan -Pelajar mendengar Kaedah:
Idea eksperimen untuk eksperimen yang kana penjelasan guru dengan Penerangan oleh
(35 minit) membuktikan jisim dijalankan untuk teliti tentang eksperimen guru, perbincangan
kekal tidak berubah menujukkan jisim kekal bersama pelajar,
semasa perubahan semasa perubahan fizik -Pelajar menjalankan sesi soal jawab
fizik eksperimen berdasarkan
ABM:
-Guru menayangkan arahan yang telah Buku teks, modul
video slaid tentang diberikan oleh guru Kemahiran Proses
eksperimen perubahan Sains
keadaan jirim, melarut -Pelajar membuat
pepejal dan pemerhatian daripada Nilai:
pengembangan oleh video yang ditayangkan Kerjasama,
haba oleh guru bertolak-ansur

-Guru menerangkan -Pelajar membincangkan PAK 21:


prosedur eksperimen pemerhatian tersebut dan Pembelajaran
secara terperinci dan menyatakannya kepada inkuiri (eksperimen)
meminta pelajar guru
menyatakan Penilaian:
pemerhatian mereka Kemahiran dalam
berdasarkan video yang membuat inferens
telah ditayangkan

-Guru meminta pelajar


mencatatkan
pemerhatian eksperimen
di dalam modul yang
telah disediakan
Refleksi/ Rumusan dan -Guru meminta pelajar -Pelajar menjawab kuiz Kaedah:
Penutup kesimpulan menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh guru Perbincangan, soal
(15 minit) melalui Kahoot jawab
-Pelajar memberi respons
-Guru menyoal dan kepada guru dengan
mendapatkan maklum memberikan refleksi pada
balas pelajar daripada sesi pembelajaran kali ini
rumusan yang
dihasilkan
-Guru membuat
rumusan keseluruhan
tajuk untuk peneguhan
aktiviti pada hari ini

REFLEKSI PENGAJARAN

PERKARA REFLEKSI
Masalah yang timbul Pelajar berasa kurang yakin apabila hendak menjelaskan pemerhatian eksperimen kerana
semasa proses PdPc penggunaan kota kasa bahasa Inggeris pelajar hanyalah pada tahap sederhana. Pelajar
lebih selesa untuk menjelaskan pemerhatian eskperimen mengikut kefahaman mereka
sendiri.
Punca masalah Guru menjalankan aktiviti di dalam kelas yang memerlukan pelajar berkomunikasi. Hal
tersebut ini disebabkan pelajar kurang berkeyakinan dengan jawapan atau tidak tahu cara
menggunakan ayat yang betul ketika hendak meluahkan sesuatu perkara. Selain itu,
beberapa pelajar berasa malu untuk berkomunikasi di dalam kelas.
Perkara baharu yang Saya mempelajari bagaimana sifat pelajar untuk lebih berdiam diri apabila mereka tidak
dipelajari daripada tahu tentang sesuatu soalan. Hal ini kerana mereka berasa malu sekiranya jawapan
pengalaman tersebut mereka tidak ada kena mengena dengan konsep Sains yang digunakan. Selain itu, saya
juga mendapati bahawa sesetengah pelajar sering menjawab soalan saya. Namun begitu,
ayat yang digunakan terutamanya dari konsep saintifik adalah pada aras sederhana
kerana pelajar sudah terbiasa belajar subjek Sains dalam bahasa Melayu ketika berada di
sekolah rendah. Pelajar terpaksa bertukar sepenuhnya kepada bahasa Inggeris apabila
mempelajari subjek Sains.
Kaitkan pengalaman Antara teori pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan pengalaman sesi
tersebut dengan teori pembelajaran saya adalah teori kognitif. Teori kognitif ini menekankan kepada proses
pembelajaran mental dan segala maklumat yang diterima akan diproses secara aktif untuk membentuk
informasi baru. Perkara ini boleh dilihat pada set induksi. Pada set induksi saya telah
melakukan aktiviti soal jawab iaitu menyoal pelajar mengenai isi pembelajaran yang
lepas dan cuba mencungkil idea pelajar terhadap isi pengajaran baharu. Di samping tiu,
saya juga menyoal mereka berdasarkan pendapat mereka mengenai pemerhatian yang
sepatutnya berlaku di dalam video eksperimen yang ditayangkan. Pelajar juga dapat
mengaitkan pemerhatian eksperimen dengan konsep saintifik perubahan fizikal kepada
haba.
Langkah Antara langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menangani masalah
penambahbaikan tersebut adalah dengan mengubah induksi pembelajaran supaya menjadi lebih menarik.
untuk menangani Induksi yang menarik mampu menarik perhatian pelajar sewaktu PdPc berlangsung
masalah tersebut kerana sifat ingin tahu pelajar terhadap topik tersebut sehingga tamat waktu PdPc. Pelajar
akan memberikan tumpuan yang lebih sekiranya set induksi yang berjaya menarik minat
mereka. Selain itu, saya juga hendaklah merancang aktiviti yang lebih interaktif fan
menarik agar pelajar berasa lebih bersemangat untuk masuk ke dalam kelas.

You might also like