You are on page 1of 4

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR

Inventori Personaliti Eysenck Junior atau JEPI telah diperkenalkan Hans Jurgan Eysenck.
Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun
1947 melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang
askar yang neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama ialah faktor Neurostima (N) dan
faktor Ekstrovert (E).

Neurostisme / Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi
12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12
mewakili keadaan yang stabil. Begitu juga keadaannya dengan kontinum bipolar untuk
Ekstroversi / Introversi yang mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan yang
ekstrovert dan skor kurang daripada 12 termasuk dalam keadaan yang introvert.

Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang


dikenalpasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley
Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu
dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah
beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang
mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality Inventory (MPI) telah
dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI
kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality Questionnaire
(EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat dan
akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory.
Pentadbiran Inventori Personaliti JEPI

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan
ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian
ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti
kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu
diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil JEPI

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan
hati-hati. Untuk itu, anda memerlukan borang jawapan dan stensil pemarkatan.

Pentafsiran Profil JEPI

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.
Penafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti
dalam Rajah berikut;

Muram Mudah Tersinggung


Cemas Gelisah
Bimbang Agresif
Tidak Fleksibel atau Rigid Ghairah
Pendiam Mudah Berubah
Tidak Peramah Impulsif
Pesimis Optimistik
Tenang Aktif

Kuadran I Kuadran II

MELANKOLIK KOLERIK

Kuadran III Kuadran IV


PHLEGMATIK SANGUINE
Pasif Peramah
Berhati-hati Gemar Bercakap
Bertimbang Rasa Responsif
Tenang Bebas
Terkawal Kepimpinan
Jujur Bersemangat
Boleh Diharapkan Selesa
Tenteram Ekstrovert

Panduan Pentafsiran Inventori Personaliti Eysenck Junior JEPI


Nota : Istilah-Istilah Melankolik, Kolerik, Phlegmatik, dan Sanquine telah dikemukakan
oleh Hippocrates.
Sanquine - Blood (darah)
Phlegmatik - Phlegm (Kahak)
Kolerik - Bile (Hempedu)
Melankolik - Black Bile (Hempedu Hitam)
** Kuadran terbaik ialah SANQUINE.
Personaliti Melankolik – Kuadran I

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri


utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku,
pendiam, tidak peramah, pesimis dan nampak tenang.

Personaliti Kolerik – Kuadran II

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri


utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif,
ghairah, mudah berubah, impulsif, optimistik dan aktif.

Personaliti Phlegmatik – Kuadran III

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang,
terkawal, jujur, boleh diharapkan dan tenteram.

Personaliti Sanguine – Kuadran IV


Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas,
kepimpinan, bersemangat, dan selesa.

You might also like