You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan.

Yang berusaha Datin Cikgu Hajah Haliza binti Hussin, pengetua SMK Putrajaya Presint
18(1), Cikgu Norlailiyah binti Ali Hassan, PK Pentadbiran, Cikgu Norain binti Senin, PK
HEM, Cikgu Hj Zaid bin Ismail, PK Kokurikulum, Pn Zaimie binti Zainal Abidin, PK PPKI,
barisan ketua bidang, guru-guru dan murid-murid sekalian.

Pada tarikh 24/7/2019 iaitu pada hari Rabu telah diadakan ujian bertulis bagi melantik
pengawas percubaan sekolah tahun 2019. Seramai 96 orang calon daripada 112 orang calon
telah mendudukinya. Namun begitu, hanya 74 orang calon sahaja yang layak untuk
ditemuduga. Sesi temuduga telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 5/8/2019 dan
7/8/2019. Daripada sesi temuduga tersebut, seramai 61 orang calon telah terpilih untuk
menjadi pengawas percubaan sekolah pada tahun 2019.

Jadi pada hari ini, majlis watikah pelantikan pengawas percubaan sekolah diadakan. Majlis
dengan ini menjemput Datin Cikgu Hajah Haliza binti Hussin, pengetua SMK Putrajaya
Presint 18(1) dengan diiringi Puan Norain binti Seni, PK HEM untuk menyampaikan surat
pelantikan dan badge pengawas percubaan sekolah.
BACA SENARAI NAMA MURID
Saya bagi pihak badan pengawas sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang sesi lantikan pengawas percubaan
sekolah diadakan.

You might also like