You are on page 1of 13

1.

0 RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK

HuJAWI TUBU 2.0 adalah inovasi untuk membantu murid-murid sekolah


rendah dalam mengenal pasti huruf-huruf jawi bersambung dan tidak bersambung.
Kebiasaannya murid-murid sekolah rendah menghadapi kegagalan membezakan di
antara huruf-huruf jawi yang boleh dan tidak boleh bersambung semasa membuat
penulisan jawi. Justeru, kumpulan kami telah mencipta HuJAWI TUBU 2.0 bagi
membantu murid-murid mempelajari fungsi setiap huruf jawi yang boleh bersambung
dan tidak boleh bersambung dengan mudah. Di samping itu, penggunaan HuJAWI
TUBU 2.0 dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran menulis jawi di kalangan
murid-murid. Guru-guru dan ibu bapa juga mendapat manfaat daripada inovasi
HuJAWI TUBU 2.0 kerana mereka dapat menggunakan inovasi ini di dalam kelas
serta bimbingan penulisan jawi di rumah.

Inovasi HuJAWI TUBU 2.0 telah mula diuji cuba di Sekolah Jenis
Kebangsaan (C) Chung Hua Maludam. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong
telah memperluaskan uji cuba inovasi Kumpulan TUBU ke 12 buah sekolah di
daerah Betong. Seramai 181 orang responden terlibat dalam uji cuba tersebut.
Responden diberikan Ujian Pra (Pre-Test) sebelum dan Ujian Pasca (Pre-Test)
selepas menggunakan HuJAWI TUBU 2.0. Secara keseluruhan, berlaku
peningkatan sebanyak 52.7% pencapaian murid setelah dibimbing menggunakan
HuJAWI TUBU 2.0.

1
2.0 LATAR BELAKANG KUMPULAN

TUBU adalah akronim kepada Tingkatkan Usaha Betong Unggul. Kumpulan


ini telah ditubuhkan pada 4 Mac 2019. Kumpulan TUBU mewakili Pejabat
Pendidikan Daerah Betong dalam Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam
Peringkat Wilayah Sarawak Tahun 2019.

2.1 LATAR BELAKANG AHLI KUMPULAN


STESEN
BIL NAMA JAWATAN & GRED TUGASAN
BERTUGAS

1. SYAHRUM BIN JAIS PENYELIA & DG44 (KUP) PEGAWAI PENYELARAS PPD BETONG

2. EMPARIE ANAK TOM FasiLINUS & DG44 (KUP) KETUA KUMPULAN PPD BETONG

3. CATHARINA ANAK STEPHEN PEGAWAI SISC+ & DG48 (KUP) AHLI PPD BETONG

4. ADI BIN SPAIEE GURU BESAR & DG42 AHLI SK BUNGIN

5. BOLKIAH BIN BRAHIM GURU BESAR / DG34 AHLI SK KALOK

SJK (C) CHUNG HUA


6. HAFIZUL BIN RASDI GURU / DG41 AHLI
MELUDAM

7. FIRDAUS BIN KASSIM GURU / DG41 AHLI SK ISU BANGAT

ABANG NURJAYADI BIN


8. PEMBANTU TADBIR / N22 (KUP) AHLI PPD BETONG
ABANG KHUSHAIRI

2
2.2 KOMITMEN AHLI

2.3 CARTA GANTT KUMPULAN TUBU

3
3.0 SIGNIFIKAN PROJEK

3.1 TAJUK INOVASI : HuJAWI TUBU 2.0

HuJAWI TUBU 2.0 adalah hasil inovasi kumpulan

TUBU setelah melalui beberapa fasa perjumpaan

dan Saringan Inovasi Penjawat Awam Peringkat

Wilayah Sarawak. Maka lahirlah nama inovasi

kumpulan TUBU yang bertajuk HuJAWI TUBU 2.0.

3.2 PERMASALAHAN
i. Murid gagal mengenal pasti penggunaan sifat huruf jawi yang
boleh bersambung dan tidak bersambung.
ii. Murid sukar mengingati sifat huruf dalam menulis jawi sama ada
ia boleh bersambung atau tidak.
iii. Murid sering melakukan kesilapan dalam menulis jawi
iv. Murid kurang berminat mempelajari tulisan jawi

3.3 ISU TERKINI MELIBATKAN JAWI

4
4.0 TINDAKAN PENYELESAIAN
4.1 DESIGN THINKING PROCESS
i. Empathise

Baru-baru ini, Jemaah menteri telah memutuskan untuk


memperkenalkan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di sekolah rendah pada tahun
2020. Pengenalan tulisan jawi hanya melibatkan 3 muka surat di
dalam buku teks. Keputusan jemaah menteri ini telah berkehendakan
murid-murid yang terlibat mempelajari tulisan jawi pada tahun depan.
Keadaan ini lebih rumit lagi bagi murid-murid yang bukan
berlatarbelakang agama Islam. HuJAWI TUBU 2.0 adalah
penyelesaian kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam
penulisan jawi.

ii. Define

Kumpulan TUBU mendapati murid di sekolah rendah menghadapi


masalah untuk mengenalpasti fungsi huruf jawi yang boleh
bersambung dan tidak bersambung. Murid juga sukar untuk
mengingati sifat huruf jawi sehinggakan mereka sering melakukan
kesilapan dalam menulis jawi serta kurang minat mempelajari tulisan
jawi. Keadaan ini telah mempengaruhi keputusan peperiksaan murid
dalam penulisan jawi.

iii. Ideate

HuJAWI TUBU 2.0 merupakan satu rekaan inovasi Bahan Bantu


Mengajar (BBM) untuk bidang Jawi dalam subjek Pendidikan Islam.
Dengan terciptanya inovasi baru BBM ini, ia dapat membantu murid-
murid untuk menguasai kemahiran menyambung huruf-huruf Jawi
dengan betul dan tepat. Selain itu, ia juga dapat membantu guru-guru

5
Pendidikan Islam sebagai pemudahcara dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

iv. Prototype
a) Jelas
 Mudah digunakan dan difahami oleh murid kerana huruf-
huruf jawi dibahagikan kepada tiga warna dan diterangkan
fungsi setiap warna
b) Kemas
 Dihasilkan dengan kemas dan menarik
c) Teratur
 Disusun dengan baik dan dibahagi mengikut warna agar
murid dapat menggunakannya dengan baik
d) Mudah digunakan
 Boleh digunakan oleh guru Pendidikan Islam, ibu bapa, guru
Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa)

4.1.1 HuJAWI TUBU 2.0 telah melalui beberapa perubahan


sehinggalah terhasilnya prototaip yang terkini yang bertajuk
HuJAWI TUBU 2.0.

(Prototaip terkini)

6
4.1.2 Warna menunjukkan fungsi huruf jawi yang digunakan dalam
inovasi HuJAWI TUBU 2.0. Iaitu sebagai petunjuk kepada
pengguna inovasi ini.

JENIS
HURAIAN HURUF WARNA
HURUF
Boleh bersambung dengan huruf
Huruf Mesra Hijau
sebelum dan selepasnya.
Huruf Boleh bersambung dengan huruf
Kuning
Sombong sebelumnya sahaja.
Tidak boleh bersambung dengan
Huruf Kedekut Merah
huruf sebelum dan selepasnya.

v. Test

HuJAWI TUBU 2.0 telah diuji cuba di 12 buah sekolah di daerah


Betong. Ujian Pra diberikan kepada murid sebelum dibimbing
menggunakan HuJAWI TUBU 2.0. Manakala Ujian Pasca diberikan
selepas murid dibimbing menggunakan HuJAWI TUBU 2.0.
Keputusan ujian menunjukkan peningkatan

4.2 PERAKUAN DARIPADA KETUA PPD BETONG

7
5.0 KEBERHASILAN PROJEK

HuJAWI TUBU2.0 telah berjaya memberikan impak besar terhadap


peningkatan kualiti penguasaan jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah
rendah di Bahagian Betong. Ia dibuktikan dengan hasil Ujian Pra dan Ujian
Pasca yang telah dijalankan di 12 buah sekolah bagi menguji kebolehan
pelajar sebelum dan selepas menggunakan roda HuJAWI. Data yang
diperolehi adalah sebagaimana berikut:

5.1 RUMUSAN RINGKAS KESELURUHAN DATA :


PERKARA JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN RESPONDEN 181 ORANG
JUMLAH SEKOLAH 12 BUAH
JUMLAH RESPONDEN YANG MENDAPAT MARKAH
109 ORANG
GAGAL SEMASA UJIAN PRA (0-39%)
JUMLAH RESPONDEN YANG MENDAPAT MARKAH
79 ORANG
LULUS SEMASA UJIAN PRA (40-100%)
JUMLAH RESPONDEN YANG MENDAPAT MARKAH
15 ORANG
GAGAL SELEPAS UJIAN PASCA (0-39%)
JUMLAH RESPONDEN YANG MANDAPAT MARKAH
166 ANG
LULUS SELEPAS UJIAN PASCA (40-100%)

8
5.2 PERATUS KESELURUHAN DATA :

PERATUS PERATUS PERATUS PERATUS PERATUS


JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH RESPONDEN
RESPONDEN RESPONDEN RESPONDEN RESPONDEN YANG
YANG YANG YANG YANG TERLIBAT
MENDAPAT MENDAPAT MENDAPAT MANDAPAT DALAM UJIAN
MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH PRA DAN
GAGAL LULUS GAGAL LULUS UJIAN PASCA
SEMASA SEMASA SELEPAS SELEPAS
UJIAN PRA UJIAN PRA UJIAN PASCA UJIAN PASCA
(0-39%) (40-100%) (0-39%) (40-100%)

60.12% 39.01% 8.28% 91.71% 100%

Keseluruhan data menunjukkan bahawa penggunaan HuJAWI TUBU 2.0


sangat berkesan dalam membantu murid untuk mengetahui sifat huruf yang
boleh dan tidak boleh bersambung dalam penulisan jawi. Ini dibuktikan oleh
jumlah data yang diperolehi daripada 181 responden yang melibatkan 12
buah sekolah di bawah PPD Betong. Keputusan menunjukkan bahawa
semasa Ujian Pra (Pre-Test) diberikan hanya 39.01% responden yang
LULUS manakala lebih separuh iaitu 60.12% responden GAGAL. Namun,
setelah dibimbing dengan menggunakan HuJAWI TUBU 2.0, peningkatan
markah dapat dilihat dalam Ujian Pasca (Post-Test) iaitu hanya 8.28%
responden GAGAL manakala majoriti yang lain iaitu sebanyak 91.71% adalah
LULUS. Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan ketara iaitu 52.7%
selepas menggunakan HuJAWI TUBU 2.0. Ini membuktikan bahawa
HuJAWI TUBU 2.0 benar-benar berkesan untuk dipraktikkan di semua
sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

9
6.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
6.1 KEBERKESANAN KEPADA MURID

Pembelajaran menggunakan HuJAWI TUBU 2.0 mampu :


a) Menarik minat murid untuk belajar kerana reka bentuk BBM ini
amat menarik yang membuatkan murid seolah-olah bermain sambil
belajar.
b) Membantu murid memahami pelajar kerana murid terus faham
dan tahu huruf-huruf yang boleh bersambung atau tidak dengan
merujuk HuJAWI TUBU 2.0.
c) Melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran kerana
dunia kanak-kanak adalah bermain dan penggunaan HuJAWI
TUBU 2.0 seolah-olah satu permainan. Ia menjadikan penggunaan
HuJAWI TUBU 2.0 sangat berkesan dalam meningkatkan
semangat aktif belajar di kalangan murid.
d) Meningkatkan prestasi murid kerana HuJAWI TUBU 2.0
membantu murid menyiapkan lembaran aktviti dan latihan dengan
tepat.

10
6.2 KEBERKESANAN KEPADA GURU

Inovasi ini telah membantu guru dalam Pembelajaran dan


Pemudahcaraan (PdPc) :
a) Memudahkan guru untuk mengajar kerana dengan adanya
Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini guru mudah memberi
penerangan dan berjaya menarik minat murid.
b) Menjimatkan masa guru mengajar kerana BBM ini membantu
murid secara praktikal dengan membuat latih tubi dan contoh yang
diberikan oleh guru diselesaikan terus dengan mencari cara
membuatnya menggunakan HuJAWI TUBU 2.0.
c) Meningkatkan keyakinan guru mengajar kerana mudah untuk
memberi penerangan kepada murid berasa seronok menggunakan
“HuJAWI” dan pembelajaran amat praktikal.

11
6.3 KEBERKESANAN KOS

HuJAWI TUBU 2.0 boleh dibina menggunakan bahan-bahan terpakai seperti


kertas A4 dan kotak. Di samping itu, murid-murid juga dapat membina inovasi
ini dengan dibimbing oleh guru. Oleh itu, sesiapa sahaja mampu
menghasilkannya dengan tujuan menyebar serta memperkasa penulisan jawi.
Kos penghasilan inovasi ini amat efektif jika prototaip dibuat menggunakan
polypropylene sheet. Saiz 12 x 12 inci adalah RM12, manakala 34 x 48 in
adalah RM150. Pendek kata, kos jika menggunakan polypropylene sheet
daripada RM12 hinggalah ke harga RM150.

Inovasi baru HuJAWI TUBU 2.0 mempunyai nilai komersial yang tinggi
dan terbukti berkesan dalam membantu guru Pendidikan Islam dan
memudahkan proses PdPc Pendidikan Islam. Ia juga merupakan cara terbaik
untuk murid-murid mengetahui serta memahami kaedah penyambungan
huruf-huruf Jawi dengan betul dan efektif. HuJAWI TUBU 2.0 ini juga bukan
sahaja dapat membantu murid yang bijak bahkan juga sesuai untuk murid
pemulihan Jawi dalam program j-QAF dan kelas KAFA.

12
7.0 PENUTUP

HuJAWI TUBU 2.0 diyakini mampu memberi impak besar dalam dalam pendidikan
jawi negara kita. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2020 mula
memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah. Selepas ini, HuJAWI TUBU 2.0 dikembangkan ke semua sekolah
di Bahagian Betong bahkan kumpulan kami akan berusaha untuk memperluaskan
penggunaannya di semua sekolah di negeri Sarawak dan seterusnya sekolah di
Malaysia jika diberikan ruang serta peluang khususnya oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

13

You might also like