You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1

ABSTRAK 2

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 3

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

4.0 KUMPULAN SASARAN 5

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6


LAMPIRAN (Data Mentah, Foto, Jadual dsbg)
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izinNya dapat
saya menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Pg Siti
Noorsiah bt Pg Abdullah selaku mentor kepada saya di sekolah. Beliau banyak memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Saya juga
ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Ustazah
Sarinah Sabli kerana banyak membantu melicinkan proses penghasilan Kajian Tindakan saya.
Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada suami yang tercinta Junaidi Bin
Bidin kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan kajian
tindakan. Tidak lupa juga untuk ahli keluarga saya yang tanpa jemu memberi galakan kepada
saya. Begitu juga kepada teman seperjuangan para guru SK Keronggu, Inanam banyak
memberikan sokongan moral kepada saya semasa menjalankan kajian tindakan dan menyiapkan
laporan kajian ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan kajian tindakan ini. Semoga jasa dan
budi baik kalian mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

1
Meningkatkan Peratusan Model Al-Quran j-QAF dengan ‘Pairing To
Compete 2022’

OLEH

SITI AZIMAH BINTI RUPILEN


SEKOLAH KEBANGSAAN KERONGGU
89359 INANAM KOTA KINABALU, SABAH

ABSTRAK

Berdasarkan refleksi kendiri guru, sikap dan tingkah laku 13 orang


murid Muslim Tahun 2 hingga 4 SK Keronggu menunjukkan mereka tidak
begitu berminat dengan aktiviti Tasmik. Berdasarkan peratusan keseluruhan
model Al-Quran dalam e-pelaporan j-QAF bagi tahun 2021 terdapat
penurunan iaitu Tahun 2020 59% menurun kepada 58% pada tahun 2021.
Murid akan dikira menguasai model Al-Quran sekiranya bacaan mereka
telah berada dalam Muka surat 1 Al-Quran. Punca masalah yang
dikenalpasti ialah mereka didapati tiada budaya tasmik di rumah dan hanya
bergantung pada guru di sekolah. Oleh kerana itu, mereka sering lupa nama
huruf dan bunyi huruf berbaris fathah. Keadaan Pandemik yang berlaku
sejak bulan Mac 2020 menyebabkan murid tidak dapat mengikuti tasmik
secara tuntas dengan masalah talian dan peranti. Maka fokus kajian ini
adalah untuk menangani masalah tersebut dengan menggunakan intervensi
kaedah ‘eHijaiyyah’ ust Mazli Zain, dengan gabung jalin kaedah ItQan
Qiraah, lalu dipantau di dalam Projek ‘Pairing To Compete 2022’. Data yang
digunakan adalah daripada Prestasi Tasmik Mac-Julai 2022 sebagai tinjauan
awal. Dapatan kajian ini adalah Rekod Tasmik Semasa murid yang
menunjukkan peningkatan muka surat menunjukkan murid telah berjaya
digerakkan secara tak langsung.

Kata Kunci: Model Al-Quran jQAF, Pandemik, Tasmik

2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Bermula Sesi 2022, saya melihat kembali peratusan Model Al-Quran dalam
epelaporan j-QAF Tahun 2021. Saya mendapati peratusan murid yang
menguasai Model Al-Quran hanya 58% berbanding 59% pada Tahun 2020.

Justeru hasil dialog prestasi dengan Guru Besar saya; Pn Pg Siti Noorsiah
bt Pg Abdullah tentang prestasi ini kami bersetuju untuk menjalankan
intervensi yang boleh membantu murid menguasai Model Al-Quran dengan
pantas.

Isu yang dikenalpasti ialah, masih ramai murid yang berada pada Tahap
Iqra. Murid hanya dikira menguasai Model Al-Quran sekiranya mereka
beralih daripada Iqra ke Al-Quran. Hal ini mungkin disebabkan oleh
pandemik 2020-2021 yang menyebabkan mereka tidak bermotivasi
membaca iqra di rumah dan akibat kekangan yang pelbagai antaranya tiada
yang boleh mengajar mereka membaca iqra di rumah dan GPI hanya boleh
bantu dari atas Talian. Ia menyukarkan murid yang datang dari keluarga
yang kurang berkemampuan dan bermasalah talian internet.

Perlaksanaan intervensi untuk mengatasi masalah ini hanya dapat


difokuskan pada bulan Julai 2022 kerana bermula sesi persekolahan 2022
banyak perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskan bagi membantu
murid mengadaptasi semula silibus yang telah tertinggal atau belum
dikuasai semasa sesi PDPR 2020-2021.

3
2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam kajian tindakan ini, saya mulakan dengan intervensi memperkenalkan


murid dengan huruf hijaiyyah berbaris fathah menggunakan kaedah e-
hijaiyyah ust Mazli Zain, Pengasas e-Hijaiyyah ‘Kaedah Terpantas Belajar
Membaca Al-Quran’. Kaedah e-Hijaiyyah sangat berkesan dengan
gabungan penggunaan gambar yang menarik dan lucu sehingga murid saya
begitu ingat bunyi huruf hijaiyyah berbaris fathah hanya dengan menyebut
nama gambar tersebut.

Selepas murid menguasai bunyi huruf berbaris fathah, saya


menggunakan teks ItQan Qiraah sebagai intervensi isu murid kurang fokus
semasa menggunakan iqra yang sedia ada. Akhirnya, saya mendorong
murid menghabiskan ItQan Qiraah tersebut dengan Projek ‘Pairing To
Compete 2022’ (PTC2022). Gabungan intervensi ini telah mendorong murid
untuk lebih bersemangat dan bersaing sesama mereka dan selamat
mencapai Tahap Al-Quran dalam masa yang agak singkat.

4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan bilangan murid iqra yang boleh membaca Al-Quran dalam masa yang singkat.

3.2 Objektif Khusus

● Meningkatkan penguasaan huruf berbaris fathah dalam kalangan murid iqra.

● Meningkatkan keupayaan murid mengaplikasi kemahiran membaca huruf berbaris fathah,


kasrah dan dhommah dengan penggunaan ItQan Qiraah.

● Membantu murid menguasai kemahiran bacaan Al-Quran secara bersaing dalam projek
‘Pairing To Compete 2022’ (PTC2022)

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 13 orang murid Muslim Tahun 2-4 yang terdiri daripada lima orang murid
lelaki dan lapan murid perempuan ( Tahun 2 seramai 6 orang, Tahun 3 seramai 2 orang dan
Tahun 4 seramai 5 orang)Pemilihan ini dibuat berdasarkan prestasi semasa tahap penguasaan
Iqra yang kurang memberangsangkan dan tingkah laku mereka yang tidak menunjukkan minat
pada aktiviti tasmik.

5
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH


Jadual 1: Kaedah Mengutip Data

Langkah Cara Penilaian Kumpul Tujuan


Dan an
Tarikh Sasara
n

Langkah 1 Meneliti Data 13 Untuk mengetahui


5 April Analisis orang data terkini prestasi
2022 ePelaporan jQAF murid Iqra Murid yang
2021;Fokus daripad terlibat
kepada Model Al- a tahun
Quran 2-4
sesi
Langkah 2 Meneliti/Mengana Mengenalpasti
2021
4 Julai lisis Data Tasmik masalah & membuat
2022 Mac- Julai 2022 Intervensi yang
selepas Intervensi timbul dalam Data
Aktiviti 1 Tasmik Mac-Julai
dan Aktiviti 1

6
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Cara Penilaian Kumpula Masalah yang telah


Dan Tarikh n dikenalpasti
Sasaran

Langkah 1 Meneliti Data Analisis 13 orang 13 orang Murid Tahun 2-4 sesi
5 April 2021 ePelaporan jQAF murid 2022 masih ramai di tahap Iqra
2021;Fokus kepada daripada iaitu;
Model Al-Quran tahun 2-4 Tahun 1 (83.33% bersamaan 5/6
sesi 2021 orang murid),
Tahun 2 (66.67% bersamaan 2/3
orang murid) dan
Tahun 3 (100% bersamaan 6/6
orang murid)

Langkah 2 Meneliti/Menganalisis Didapati:


4 Julai 2022 Data Tasmik Mac- Julai
2022 1. Terdapat beberapa murid
pindah dan diganti semula oleh
murid baharu iaitu:

- Tahun 2(1 Pindah, 2 Baharu),


Baki: 7

- Tahun 3(1 orang pindah, 1 Murid


Baharu) dan
Baki: 3

-Tahun 4 (1 orang pindah)


Baki: 5

7
2. Daripada 15 murid ini, 2 murid
telah menguasai Al-Quran.

3. Peningkatan Penguasaan Al-


Quran yang lambat iaitu
Tahun 2, Tahun 3 bertambah
seorang yang mencapai Al-Quran
pada bulan Julai.

Tahun 4 GPI yang mentasmik


kelas ini memaklumkan untuk
membuat kelas pemulihan kepada
Tahun 4 akibat murid tidak dapat
mengingat bunyi huruf berbaris
Atas pada bulan Mei-Julai 2022
dengan menggunakan ItQan
Qiraah.

8
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan murid sememangnya lemah dalam Kemahiran
membunyikan huruf hijaiyyah berbaris fathah sehingga melambatkan murid bergerak dari Iqra ke
Iqra. Ditambah lagi satu Iqra mempunyai lebih 20 muka surat menyebabkan murid lebih tidak
bermotivasi untuk menghabiskan Iqra semasa. Untuk mengatasi masalah ini, projek ‘Pairing To
Compete 2022’ telah dijalankan dengan mengimplementasi Kaedah e-Hijaiyyah dan ItQan Qiraah
sebagai sokongan. Selain itu, murid digalakkan untuk meminta tasmik daripada mana-mana
murid yang telah menguasai Al-Quran tanpa mengira tahun. Berikut adalah Langkah
perlaksanaan yang dibuat dalam projek ini:

a. Program/Projek: Pairing To Compete 2022 (PTC2022)

Cara perlaksanaan:

Sebelum projek dimulakan iaitu bermula bulan April 2022, murid didedahkan dengan kaedah e-
Hijaiyyah iaitu projek Inovasi Ust Mazli Zain untuk membantu murid benar-benar mengingati bunyi
huruf hijaiyyah berbaris fathah.

Seterusnya pada bulan Julai 2022, Murid didedahkan dengan penggunaan


ItQan Qiraah dengan galakkan daripada Unit Pendidikan Islam PPD KK dan
SPI JPN sendiri.

Projek PTC 2022 dimulakan pada 30 Ogos 2022 secara rasminya.

Pautan Dashboard dikongsikan kepada ibubapa untuk memudahkan murid melihat prestasi
masing-masing. PTC 2022 ini adalah satu bentuk paparan yang menyebabkan murid sentiasa
mengetahui tahap penguasaan terkini diri sendiri dan berupaya mendorong mereka untuk
meningkatkan prestasi diri agar sentiasa mengatasi ‘rival’ atau pasangan yang telah ditetapkan.

Ia memerlukan sedikit kemahiran teknikal ICT untuk memastikan dashboard itu dapat berfungsi
seperti yang dikehendaki.

9
b. Galakkan membaca ItQan Qiraah Kendiri di rumah/sekolah

Murid diminta mencari pentasmik yang boleh membaca Al-Quran untuk


membantu murid semasa membaca ItQan Qiraah.

Jadual 3: Langkah Projek ‘Pairing To Compete 2022’

Langkah 1 Membiasakan murid dengan Kaedah e-


Hijaiyyah
(Inovasi Ust Mazli Zain)

Murid dikehendaki menghafal suku kata pertama


gambar yang mewakili huruf hijaiyyah berbaris
fathah daripada huruf Alif- Ya.

Langkah 2 Seterusnya, Murid diberikan naskah iTQab


Qiraah (Intervensi SPI JPN) untuk mengaplikasi
bunyi huruf berbaris fathah yang telah dikuasai
pada Langkah 1.

Langkah 3 Guru memantau prestasi murid dengan


mewujudkan persaingan antara murid dan
pasangannya di dalam projek ‘Pairing To
Compete 2022’.

Murid diberikan pasangan daripada murid yang


hampir sama tahap penguasaannya dalam
kemahiran Al-Quran.

Di samping sentiasa menggalakkan murid


membaca ItQan Qiraah setiap masa terluang.

10
Langkah 4 Murid mengisi link yang disediakan selepas
membaca ItQan Qiraah agar prestasi mereka
terus dipantau dan direkodkan.

Langkah 5 Murid yang telah memasuki Al-Quran akan


diumumkan di dalam dashboard ‘Pairing To
Compete 2022’

c. Antara bahan yang digunakan di dalam kajian ini adalah:

Jadual 4: Bahan-bahan yang digunakan di dalam kajian

Aktiviti Bahan-bahan berkaitan Bahan lain

Langkah 1 Banner e-Hijaiyyah -

Langkah 2 Naskah ItQan Qiraah Perisian Excel untuk


rekod Prestasi
Tasmik

Langkah 3 Perisian Canva.com Perisian Excel untuk


rekod Prestasi
Antara Pasangan
Murid untuk
dipautkan kepada
Canva.com

11
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti Langkah 1

Sebelum menjalankan aktiviti 1 ini saya telah memaklumkan kepada murid yang terlibat bahawa
saya akan menggunakan kaedah eHijaiyyah sebagai alat bahan bantu mengajar semasa PDP
Tasmik. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa keterujaan dalam diri murid untuk
mempelajari huruf hijaiyyah dengan lebih menarik lagi.

Pemerhatian:

Tarikh: 16 April 2022-30 25 Ogos 2022


Tempat : Bilik PAI
Masa:10 minit setiap PDP PAI
Peristiwa

Murid menunjukkan wajah gembira setiap kali membaca banner yang terdapat
kaedah e-Hijaiyyah ini. Pada awalnya mereka juga tidak memahami kaedaah
ini, tetapi selepas tiga hari, mereka sudah boleh mengingati bunyi huruf yang
ada. Malah, ada yang boleh membimbing murid lemah yang lain.

Refleksi

Penggunaan Kaedah e-Hijaiyyah ini telah mempercepatkan murid untuk


mengingati bunyi huruf hijaiyyah berbaris atas dengan sangat pantas.

12
5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti Langkah 2 & 3
Apabila 70% murid telah menguasai e-Hijaiyyah ini, saya meneliti data tasmik pada bulan Julai
2022. Hasil dapatan saya, prestasi murid perlu dikekalkan momentum mereka dengan
menggunakan naskah ItQan Qiraah. Bermula 26 Ogos 2022 penggunaan naskah ItQan Qiraah
dilaksanakan. Begitu juga Projek ‘Pairing To Compete 2022’ dimulakan pada 30 Ogos 2022.

Pemerhatian

Tarikh: 26 Ogos 2022 – 20 Oktober 2022


Tempat; Bilik PAI
Masa: mengikut masa PAI yang ada pada tarikh di atas.

Peristiwa:
Murid murid berasa teruja untuk menghabiskan 18 muka surat. Walau
bagaimanapun, guru mendapati ada 3 orang murid yang lemah sehingga sukar
berpindah muka surat. Murid ini adalah murid-murid pemulihan. Guru perlu
membuat intervensi tambahan dan mengambil kira factor murid pemulihan
untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan.

Namun begitu, dengan gabungan projek ‘Pairing To Compete


2022’ (PTC2022) murid yang normal mampu melonjakkan diri
untuk memasuki Al-Quran dengan penguasaan yang berkualiti.

13
Refleksi
Berkaitan dengan murid pemulihan, saya telah membuat sedikit pencarian info di internet dan
menemui sebuah blog perkongsian daripada seorang guru di pautan:
https://www.cikguhijau.com/2012/03/siapakah-murid-pemulihan-khas.html tentang murid
pemulihan. Penulis blog ini, Cikgu Hijau atau juga dikenali sebagai Cikgu Haseni mula berkhidmat
sebagai guru di SK Bandar Baru Sri Damansara pada tahun 2010, Selangor selepas mengikuti
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Pengajian Pendidikan Pemulihan Khas (SR) pada
tahun 2009 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur untuk melayakkan saya memperoleh
Diploma Pendidikan.

Penulis berkongsi definisi Murid Pemulihan dan menyatakan kaedah pengajaran yang boleh
digunakan untuk membantu murid pemulihan menguasai kemahiran yang diajar. Saya berasa
lega kerana masalah murid pemulihan ini bukan satu masalah yang tiada penyelesaian. Namun,
perlukan usaha yang lebih daripada guru tersebut untuk menyelesaikannya.

PTC 2022 yang digerakkan seiring dengan penggunaan ItQan Qiraah melonjakkan lagi prestasi
murid yang normal. Saya sangat bersyukur, kemahiran menggunakan excel dan Canva.com telah
membantu saya untuk mempersembahkan prestasi murid dengan lebih mudah dan terus sampai
kepada murid juga ibubapa. Saya berasa yakin untuk melaksanakan projek ini selepas mengikuti
Kursus Kemahiran Excel (Microsoft Office Specialist – Excel Associate) secara atas talian.

14
5.5 REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Perbandingan Pencapaian Murid

Perbandingan Data e-Pelaporan jQaf Kutipan Oktober 2021 dan Data ‘Pairing To Compete’
2022

Carta 1: Data e-Pelaporan jQaf Kutipan Oktober 2021

Kutipan Data EPelaporan jQAF


Oktober Model Al-Quran Tahun 1-3
sesi 2021
100

80

60

40

20

0
IQRA AQ

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

15
Carta 2: Data Projek ‘Pairing To Compete 2022’ bertarikh 20 Oktober 2022

Data Projek ‘Pairing To Compete 2022’ bertarikh


20 Oktober 2022
120

100

80

60

40

20

0
IQRA AQ

Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4

Jadual 5: Analisa Kedua-dua Data (Data epelaporan jQaf Oktober 2021 & Data Projek ‘Pairing
To Compete 2022’ bertarikh 20 Oktober 2022)

Kelas Data epelaporan jQaf Data Projek ‘Pairing To


Oktober 2021 Compete 2022’
bertarikh 20 Oktober
2022

Tahun 2 Pada Oktober 2021, Data menunjukkan ada


murid Tahun 2 (Tahun 1 pengurangan peratus
2021), Tahun 3 (Tahun 2 Iqra kepada 67 % dan
2021) dan Tahun 4 peningkatan
(Tahun 3 2021) peratus Penguasaan Al-Quran
murid IQRA adalah sebanyak 33 %
100%. Jumlah murid Iqra
Tahun 3 Data menunjukkan ada
ini adalah 13/13 daripada
pengurangan peratus
sasaran kajian Tindakan.
Iqra kepada 0 % dan
peningkatan

16
Penguasaan Al-Quran
sebanyak 100%

Tahun 4 Data menunjukkan ada


pengurangan peratus
Iqra kepada 60 % dan
peningkatan
Penguasaan Al-Quran
sebanyak 40%

Melalui analisis diatas, saya mendapati daripada 67 % (4/6 orang murid) Iqra Tahun 2 ada 3
daripadanya merupakan murid pemulihan. Hal ini menyebabkan prestasi penguasaan Model Al-
Quran menjadi lambat.

Manakala, Tahun 3 mencapai 100 % kerana kedua-dua murid ini mempunyai kecerdasan yang
agak membanggakan dan cepat memahami kaedah bacaan dan tajwid yang terdapat di dalam
ItQan Qiraah.

Seterusnya, Tahun 4 hanya 40 % murid yang Berjaya memasuki Tahap Al-Quran kerana setelah
diminta justifikasi murid Iqra seramai 60% itu adalah murid yang bermasalah dengan kehadiran.
Oleh itu, hanya dua murid sahaja yang Berjaya menjalani projek PTC 2022 dengan baik.

5.5.2 Refleksi Proses Keseluruhan Pengajaran dan Pembelajaran

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menemui banyak perkara yang penting untuk saya
beri perhatian:

1. Perubahan diri Sendiri:


Walaupun mengajar di sekolah SKM, tidak menghalang saya untuk menambah kualiti PDP
terutama Tasmik dengan lebih baik dan memanfaatkan bilangan murid yang kurang daripada
sekolah besar yang mana selalu bermasalah isu ‘tidak sempat tasmik’ kerana bilangan guru
tidak seimbang dengan bilangan murid setiap kelas tasmik. Saya telah terbuka minda untuk
terus mengikuti Program Kajian Tindakan selepas pengalaman tahun lepas kerana melihat
banyak peluang yang boleh diambil dan seterusnya meningkatkan profesionalisme diri.

17
2. Sebagai guru, saya merasakan kajian tindakan ini mengajar saya erti untuk terus
berdedikasi dalam tugasan saya iaitu mengajar murid menggunakan apa sahaja cara yang
dibuktikan efektif melalui kajian-kajian Tindakan dan inovasi yang telah dibuat oleh rakan-rakan
guru di seluruh negara. Jika sebelum ini, saya jarang menghabiskan masa membaca kajian-
kajian tindakan guru lain, selepas melaksanakan kajian tindakan ini, saya menjadi ketagih untuk
menelaah seberapa banyak kajian tindakan berkaitan Pendidikan Islam Khususnya
memandangkan saya adalah guru pendidikan Islam.

2. Perubahan pada tingkah laku murid


Murid menjadi lebih bersemangat untuk menjalani kelas tasmik dan berebut untuk dapatkan
giliran. Hal ini membuatkan saya sebagai guru juga bersemangat untuk membantu murid
mencapai prestasi yang lebih baik setiap hari. Murid pemulihan juga menunjukkan minat yang
lebih baik daripada sebelum projek PTC 2022 dijalankan.

Walau bagaimanapun, murid pemulihan ini perlu diberikan perhatian dan ada intervensi yang
khusus untuk mereka. Penggunaan kaedah e-Hijaiyyah sangat memudahkan murid mengingati
semula bunyi huruf yang terdapat pada naskah ItQan Qiraah. Mereka tidak lagi berlengah-lengah
untuk menyebut huruf-huruf hijaiyyah.

Lebih menarik lagi, murid yang normal bersedia untuk membantu murid pemulihan menguasai
kemahiran menyebut huruf hijaiyyah juga dengan bantuan banner kaedah e-Hijaiyyah yang
dipamerkan di dalam kelas PAI.

Paparan luar talian prestasi murid diletakkan pada pintu bilik jQAF menyebabkan murid maklum
kedudukan prestasi masing-masing dan sentiasa meminta guru mengemaskini paparan tersebut
agar sama dengan rekod terkini murid.

18
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil kajian ini, masih terdapat banyak kekurangan untuk saya perbaiki terutama murid yang
bermasalah pembelajaran (murid pemulihan) dan murid yang ada masalah kehadiran. Saya akui
murid mempunyai kekangan masa yang ketara semasa di sekolah untuk meminta tasmik dengan
guru atau murid turus(Murid Al-Quran). Saya berharap paling kurang, murid saya berusaha untuk
membaca Al-Quran di sekolah dan di rumah bermula dengan ItQan Qiraah.

Oleh itu, saya akan menambahbaik kajian ini dengan mengambil kira murid pemulihan
dan murid yang bermasalah kehadiran pada masa akan datang dan mewujudkan jalinan dengan
Unit HEM dan Guru Pemulihan sebagai PLC yang menumpukan isu yang dinyatakan.

19
BIBLIOGRAFI
E-Buku

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008), Buku Manual Kajian
Tindakan - Edisi Ketiga, Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

Pautan:

Cikgu Haseni, Siapakah Murid Pemulihan Khas?


https://www.cikguhijau.com/2012/03/siapakah-murid-pemulihan-khas.html ,
diakses pada 8 September 2022

Bahan Bantu Pengajar

Mazli Zain, Kaedah Pantas Mengaji; eHijaiyyah. http://pantasmengaji.my/

20
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN

Banner eHijaiyyah dipamerkan di dalam kelas PAI

Pautan Video ItQan Qiraah :

https://www.canva.com/design/DAFQHbQLvGg/slY9S_wlFo0XkAHbOaGhrw/watch?utm_content=DAFQ
HbQLvGg&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=publishsharelink

21
LAMPIRAN 2: PAPARAN DASHBOARD ‘PAIRING TO COMPETE 2022’

22
LAMPIRAN 3: LINK INFO PROJEK ‘PAIRING TO COMPETE 2022’

Tempoh Masa: Bermula 30/8/2022 - 30 /10/2022.

Berikut adalah pautan Info Program.

1. Slide Info Program: https://bit.ly/3Rj2Y0u

2. Borang Kemaskini Muka Surat Bacaan A-Quran : https://forms.gle/MeEQcf9DpL4y1XKj6

3. Lihat Status Bilangan Muka Surat Anda dan RIVAL anda:


https://pairingtocompete2022.my.canva.site/#page-e

LAMPIRAN 4: PENGUMPULAN DATA DI DALAM GOOGLE SHEET

23
Paparan Kutipan Data daripada Google Form

LAMPIRAN 5: DATA ePELAPORAN jQAF OKTOBER 2021

24
Paparan Google Form yang digunakan untuk kutipan bil muka surat murid

25
26

You might also like