You are on page 1of 3

DISEDIAKAN OLEH: UNIT: P1 PDPP AMBILAN OKTOBER 2022

MUHAMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SUPIAN


MOHD ADAM HIDAYATULLAH BIN ZUKEFLE

Jawapan Soalan 1

Tujuan pelaporan:
Tujuan utama pelaporan adalah untuk memberikan maklumat tentang pencapaian dan
perkembangan murid yang melibatkan guru, murid, ibu bapa, pentadbiran sekolah serta
pejabat pelajaran dan kementerian pendidikan Malaysia. Pelaporan membantu guru dalam
memperolehi maklumat keseluruhan data pentaksiran untuk melakukan perancangan,
penyusunan dan keputusan berkaitan pemilihan kaedah dan strategi pengajaran yang
berkesan serta sesuai dengan tahap pengetahuan sedia ada murid.

Selain itu, matlamat pelaporan turut memberi gambaran dan motivasi kepada murid
terhadap tahan pencapaian, penguasaan dan kebolehan murid dalam memajukan diri. Malah
ibu bapa juga berperanan sebagai pendorong dan pebimbing murid di waktu luar sekolah
melalui pelaporan. Dalam konteks ini, pelaporan turut membantu pentadbiran sekolah dalam
melihat pencapaian secara keseluruhan dan merancang serta melaksanakan program yang
bersesuai dalam proses penambahbaikan pencapaian sekolah.

Kaedah Pelaporan:

Terdapat beberapa kaedah pelaporan yang boleh dilaksanakan bagi memperoleh data yang
lengkap. Antaranya ialah:

i. Peratus
Kaedah pelaporan melalui peratus dapat memberikan pencapaian dalam bentuk
nombor (peratusan). Nilai peratusan yang tinggi menunjukkan tahap penguasaan
murid yang baik manakala rendah sebaliknya. Penilaian ini dapat dilihat melalui nilai
peratusan yang diperoleh oleh murid.

ii. Lulus-Gagal
Skor mentah untuk kaedah ini ditetapkan oleh guru bagi menilai pencapaian yang
harus dikuasai oleh murid. Tahap pencapaian murid dibahagikan kepada dua bentuk
utama iaitu lulus/gagal atau memuaskan/ tidak memuaskan. Kaedah pelaporan ini
digunakan dalam ujian kecergasan, amali, kemahiran membaca dan lain-lain.

iii. Senarai Semak


DISEDIAKAN OLEH: UNIT: P1 PDPP AMBILAN OKTOBER 2022
MUHAMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SUPIAN
MOHD ADAM HIDAYATULLAH BIN ZUKEFLE

Kaedah senarai semak digunakan dalam ujian rujukan kriteria seperti ujian diagnosis,
kemahiran membaca, meliputi domain kognitif, psikomotor serta afektif. Fungsi kaedah
ini adalah untuk menunjukkan pencapaian murid mengikut kriteria, hasil pembelajaran,
kemahiran dan sebagainya yang telah ditetapkan sebagai standard pencapaian.
Semua kriteria telah ditentukan lebih awal dan diuji mengikut urutan penguasaan
murid.

iv. Gred
Kaedah pelaporan gred menjelaskan katergori pencapaian murid berdasarkan peratus
pencapaian dikuasai mereka. Antara gred yang digunakan adalah A, B, C, D, dan E.
Sebagai contoh, jika murid memperoleh peratus 80 maka gred yang layak diberikan
adalah A.

v. Perjumpaan Ibu Bapa


Pelaporan yang lengkap akan diberikan kepada ibu bapa dalam pertemuan bersama
mereka yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Tujuan utama perjumpaan bersama ibu
bapa adalah memberikan gambaran kepada mereka pencapaian anak mereka dalam
pelaporan akademik termasuk disiplin murid. Perbincangan guru bersama ibu bapa
berdasarkan laporan mampu melonjakkan semangat dan pretasi murid.

vi. Secara Dalam Talian


Kaedah pelaporan secara dalam talian memudahkan dan menjimatkan masa. Dalam
konteks ini, pelaporan dapat mudah diakses oleh pihak sekolah, guru, ibu bapa dan
murid sendiri bagi menilai penguasaan murid dalam kurikulum serta kokurikulum.
Antara dimensi pelaporan dalam talian adalah SAPS dan iTems.
DISEDIAKAN OLEH: UNIT: P1 PDPP AMBILAN OKTOBER 2022
MUHAMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SUPIAN
MOHD ADAM HIDAYATULLAH BIN ZUKEFLE

Jawapan Soalan 2
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini menjadi suatu keperluan dan
kepentingan dalam sistem pendidikan negara. Integrasi TMK dalam pengurusan dan
kepimpinan pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan institusi
pendidikan di samping meningkatkan kompetensi dan prestasi pengurus dan pemimpin
pendidikan. TMK merujuk kepada sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan,
manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Komunikasi ini
melihat kepada unsur-unsur keupayaan multimedia, inter-aktiviti dan keupayaan
perhubungan.

Penggunaan TMK dalam pengurusan pendidikan seorang guru dilihat mampu


memudahkan urusan penyimpanan maklumat diri murid secara softcopy Kemudian
maklumat tersebut dapat diproses dan ditafsirkan ke dalam bentuk graf, carta pai, carta bar,
senarai dan jadual-jadual statistik yang jelas bagi membantu pihak sekolah menganalisis
kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka merancang
program susulan yang sesuai bagi meningkatkan lagi prestasi akademik murid di sekolah.

Selain itu, TMK juga dapat membantu para guru melaporkan data kepada pihak
berkepentingan dengan pelbagai jenis sistem maklumat yang telah diwujudkan pada masa
kini. Misalnya, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang telah dibangunkan bagi
tujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah
di seluruh tanah air. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras, berdasarkan
skala gred kebangsaan. Maklumat yang telah disimpan bukan sahaja boleh diakses oleh
pihak sekolah malah juga boleh diakses oleh pihak yang berautoriti seperti PPD, JPN dan
KPM dengan tujuan menganalisa.

Akhir sekali, penggunaan TMK dalam pelaporan data telah meringankan beban guru
dari segi persiapan data dalam bentuk grafik dan mudah difahami menggunakan sistem
rekod data yang telah diwujudkan. Bahkan, ia dapat memberi panduan kepada pihak
pentadbiran sekolah membuat perancangan serta strategi yang berkesan bagi menaikkan
lagi potensi murid dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sebagai rumusan, dapat difahami bahawa pengimplementasian TMK dalam bidang


pendidikan khususnya mengurus dan melaporkan data rekod pelajar kepada pihak
berautoriti amat membantu dan memudahkan tugas guru malah menjadikan data tersebut
lebih sistematik dan teratur.

You might also like