You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

MUSALLA IMAM AS-SYAFI’E @ SURAU AS-SOBIRIN


SMK PUTRAJAYA PRESINT 5 (1)
BIL. 3 / 2021

Tarikh : 9 September 2021 (Khamis)


Masa : 3.00-5.00 petang
Tempat : Dalam Talian (Google Meet)
Pengerusi : Pn. Thalsiah binti Mohd. Salleh (Pengetua)

Kehadiran:

1. Thalsiah binti Mohd Salleh


2. Che Marina binti Ibrahim
3. Roslan bin Hassan
4. Suziyah binti Selamat
5. Noraini binti Mohd Yusoff
6. Syed Omar bin Syed Abd Rahman
7. Nur Ainihayati binti Che Ajid
8. Mohamad Zawawi bin Ghazali
9. Mohd Malik Ridzuan bin Mhd Kasturi
10. Mohd. Nazli bin Ghazali
11. Norizan binti Mohd. Noh
12. Edilia Azyati binti Muhammad
13. Rohaya binti Ismail
14. Norizan binti Mohamad
15. Rosnaniah binti Daud

TIDAK HADIR (Bersebab):


1. Norliza binti Muda (Cuti Sakit)
2. Ainol Zuhaida binti Zainal Abidin (Urusn Keluarga)

1
Agenda:

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Surau
sesi 2020/2021 kerana sudi menghadirkan diri dalam mesyuarat Surau As-
Syafie kali ke-3 bagi tahun 2021.

1.2 Pengerusi dimaklumkan oleh Penyelaras bahawa Borang Penilian Kendiri


dalam bentuk Borang Google (Google Form) sebgai pengesahan peyertaan
Musalla Imam As-Syafie telah dihantar pada 10 Ogos 2021. Penilaian untuk
PERSISS bagi tahun 2021 pula akan bermula pada 15 September hingga 1
Oktober. Penilaian hanya dibuat melalui rakaman video. Pengerusi sekali lagi
menyatakan hasratnya untuk memastikan Musalla As-Syafie mendapat 5
Bintang seterusnya dinobatkan sebagai Musalla Terbaik di Peringkat Putrajaya
bagi Tahun 2021 dan akan mewakili Putrajaya ke peringkat Kebangsaan. Oleh
sebab itu, pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa memberikan
kerjasama kepada penyelaras untuk memastikan semua spek yang dinilai
dapat disediakan.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit Mesyuarat Surau As-Syafie Bilangan 2 bagi tahun 2021 telah
dicadangkan untuk disahkan oleh Mohamad Zawawi bin Ghazali dan disokong
oleh Mohd. Nazli bin Ghazali
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

Makluman

2
4.0 PERBINCANGAN ISU

4.1 Laporan AJK PERSISS 2021

4.1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK yang telah
menyiapkan tugasan dan kepada yang belum pengerusi sangat
berharap agar kerja-kerja itu dapat disiapkan mengikut masa yang
ditetapkan. Pengerusi faham akan kekangan dan masalah yang
dihadapi oleh AJK yang terllibat seperti AJK Keceriaan dan Kebersihan
memandangkan kita kekurangan tenaga akibat ketiadaan murid dan
pelajar di sekolah. Namun begitu, pengerusi amat yakin bahawa AJK
ini mampu melksanakan tugsan dengan baik dan dengan penilaian
melalui video, beban kerja membersihkan dan menceriakan musalla
akan menjadi lebih mudah.
Makluman

4.1.2 Pengerusi juga dimaklumkan oleh penyelaras bahawa laporan aktiviti


yang dilaksanakan sepanjang tahun 2021 hampir berjaya disiapkan.
Laporan ini akan disimpan dalam bentuk softcopy dan hardcopy
memandangkan penilaian akan dibuat melalui tayangan video sahaja.
Makluman

4.1.3 Pengerusi mengingatkan bendahari supaya bersedia dengan laporan


kewangan kerana urusan kewangan seringkali menjadi perhatian yang
penting dan perlu diberikan perhatian yang serius dalam apa-apa
sahaja rancangan pembangunan apatah lagi apabila melibatkan duit
sumbangan orang ramai.
Makluman

4.1.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa kerja-kerja rakaman akan


bermula pada minggu ini. Memandangkan negara masih dalam
suasana perintah kawalan pergerakan yang membataskan
pergerakan, maka tugasan ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh
penyelaras dan setiausaha. Pembikinan video akan menggunakan
perkhidmatan orang luar dengan sedikit saguhati manakala suara latar
akan menggunakan suara pelajar tingkatan 6 yang sudah dikenal pasti
bakatnya.
Makluman

3
5.0 Hal-hal Lain

5.1 Pendaftaran Surau di Bawah JAWI

5.1.1 Pengerusi merkamkan ucapan tahniah dan berbanyak-banyak terima


kasih kepada ustazah Noraini selaku penyelaras Musalla Imam As-
Syafie 2020/2021 kerana beliu telah berjaya mendaftarkan musalla
sebagai surau di bawah JAWI. Pendaftaran surau ini membolehkan
surau sekolah ini menerima peruntukan kewangan pada setiap tahun,
untuk membangunkan surau juga membiayai aktiviti-aktiviti surau.
Makluman

Pengerusi juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih ini


5.1.2 kepada Cikgu Nur Ainiayati, bendahari musalla yang telah bersama-
sama dengan ustazah Noraini kerana telah berjaya membuka akaun
bank untuk Surau As-Sobirin. Dengan adanya akaun khas ini, urusan
kewangan surau akan menjadi lebih mudah kerana semua dana dan
sumbangan khas untuk surau tidak akan bercampur dengan
peruntukan lain.
Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memberikan
perhatian semasa mesyuarat berlangsung. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada
penghujung bulan September 2021, iaitu selepas keputusan PERSISS diumumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 malam.

Disediakan oleh:

(ROSNANIAH DAUD)
Setiausaha Surau Imam As-Syafie,
SMK Putrajaya Presint 5(1)
Tarikh: 11 Ogos 2021

You might also like