You are on page 1of 2

Metodologi Kajian

Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Metodologi merupakan kaedah dalam mencapai sesuatu objektif di dalam sesebuah
penyelidikan. Penyelidikan merupakan langkah yang memastikan maklumat yang diperolehi
munasabah dan disokong oleh data-data yang bersifat kuantitatif ataupun kualitatif. Secara
ringkas, penyelidikan adalah satu bentuk disiplin yang sistematik yang memberi jawapan
kepada persoalan.
4.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat
dengan bertanyakan set soalan kepada 30 orang responden yang dipilih secara rawak tetapi
hanya dibataskan kepada Mahasiswa/I dan menemubual bual 5 orang di kawasan kajian yang
sama. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti ( ).

4.2 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan kajian
yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data
adalah seperti yang dinyatakan didalam jadual di bawah,
Kaedah Instrumen Kajian
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Temubual dan Rujukan Perpustakaan

Alat kajian yang digunakan untuk mengumpulkan data bagi menyiapkan kajian ini antaranya
adalah seperti berikut:
4.2.1 Soal Selidik
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, soal selidik bermaksud sejumlah soalan
yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan
orang untuk mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu. Soal selidik merupakan satu set
soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus
untuk mengumpul maklumat bagi tujuan menganalisis yang dapat menjawab persoalan
kajian. Pengkaji menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada 30 orang
responden yang dipilih secara rawak tetapi hanya dibataskan kepada Mahasiswa/I Universiti
Malaya sahaja. Borang ini merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan
bahagian C. Bahagian A mengenai demografi responden manakala bahagian B adalah
mengenai mengenalpasti ( ). Bahagian C pula berkaitan dengan
( ). Kaedah yang digunakan ini adalah bagi mencapai objektif
pertama dan kedua kajian ini. Soalan bahagian B dan soalan bahagian C dalam borang soal
selidik ini menggunakan skala Likert. Penggunaan skala Likert ini untuk membolehkan
pengkaji mengenalpasti ( ).
4.2.2 Temubual
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, temubual didefinisikan sebagai pertemuan
dengan seseorang untuk bersoal jawab. Ianya membolehkan maklumat data kajian dapat
dikumpulkan. Kaedah temubual dalam penyelidikan dilaksanakan secara atas talian dan
jawapan daripada informan akan direkodkan oleh pengkaji secara bertulis, rakaman atau
melalui tangkapan skrin. Kaedah ini dijalankan secara formal iaitu beberapa soalan dibina
dan diteliti, kemudian dikumpulkan dalam satu senarai soalan yang perlu dijawab oleh
informen. Dalam memastikan maklum balas yang diterima daripada informan mengikut
objektif kajian, maka soalan temubual diselaraskan berdasarkan objektif kajian. Soalan
temubual ini terdiri daripada 6 soalan mengenai (tajuk kajian).

You might also like