You are on page 1of 11

SUSUNKATA KEJOHANAN OLAH RAGA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANPADUKA TUAN KALI KE – 39


TAHUN 2022

KETIBAAN Mengumumkan Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis,


TETAMU Yang berbahagia, Dr Mohd Syaiful Bin Mohd Aris, Pegawai Perubatan Dan Kesihatan,
KEHORMAT Pejabat Kesihatan Daerah Segamat diiringi oleh,
MAJLIS Cikgu James Paul Raj, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah
KebangsaanPaduka Tuan, serta para tetamu jemputan...

(TETAMU KEHORMAT DUDUK)

KATA-KATA *** (TUNGGU SEHINGGA KOMPANG BERHENTI)


ALUAN
PENGERUSI Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MAJLIS
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
Cikgu James Paul Raj,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan

Yang Berbahagia,
Dr Mohd Syaiful Bin Mohd Aris,
Pegawai Perubatan Dan Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat

Yang dihormati,
Cikgu Mohd Azaran Bin Bahari,
Yg. Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka
Tuan,

Yang dihormati,
Semua wakil-wakil ketua kampung dan ketua masyarakat setempat,

Yang dihormati,
Barisan pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, guru-guru, Ahli
Jawatankuasa PIBG SEKOLAH MENENGAH Kebangsaan Paduka Tuan, para ibu bapa,
para pelajar, hadirin dan hadirat sekalian.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, tuan-tuan, dan puan-puan ke


Kejohanan Olah Raga Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan kali ke 39 tahun
2022.
LINTAS Jauh mendaki ke Gunung Tahan,
HORMAT Indahnya alam Ciptaan Tuhan,
Lintas Hormat Tanda Pembukaan
Perbarisan Rumah Sukan Jadi Taruhan

Hadirin yang dihormati sekalian, sebagai tirai pembuka majlis pada pagi ini akan dimulakan
dengan perbarisan lintas hormat.

*** (Tunggu sehingga ketua perbarisan berada di selekoh)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Cikgu James Paul Raj untuk mengiringi Dr
Mohd Syaiful Bin Mohd Aris, untuk menerima tabik hormat daripada kontingen-kontingen
rumah sukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga pada tahun ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan….


KETUA Hadirin sekalian….
PERBARISAN
, PEMBACA Perbarisan lintas hormat pada pagi ini diketuai oleh ketua perbarisan, SAUDARA SYAH
IKRAR, JEHAN selaku Ketua Pelajar SEKOLAH MENENGAH Kebangsaan Paduka Tuan, diikuti
BENDERA pembaca ikrar kejohanan, SAUDARA JEPRI BIN SAPRI. Menyusul dibelakang adalah ahli-
KEJOHANAN ahli kadet remaja sekolah yang membawa bendera kejohanan Olahraga sekolah Menengah
Kebangsaan Paduka Tuan.

PANCARAGA Perbarisan lintas hormat ini didahului oleh Pasukan Pancaragam SEKOLAH MENENGAH
M Kebangsaan Paduka Tuan seramai 48 orang ahli, dipimpin oleh Drum Mejar Saudara
______________________________________.

Pasukan ini adalah dibawah bimbingan Cg. Quah Li Nee dan Cikgu Koh Yong Hong.

PENDIDIKAN Hadirin sekalian….


KHAS
Lintas hormat seterusnya adalah dari anak-anak istimewa SMK Paduka Tuan yang
Diketuai oleh ……………………………………………..
Pembawa bendara ………………………………………..,
Pembawa sepanduk …………………………………………
……………………………………………….. dan dianggotai seramai 30 orang kontigen,

RUMAH Perbarisan lintas hormat diteruskan lagi dengan kontingen-kontigen rumah sukan. Sebagai
SUKAN makluman hadirin, bertemakan Fauna, setiap rumah sukan akan diiringi maskod-maskod
comel yang dicipta khas untuk upacara pada hari ini.

Dengan hayunan bersemangat ahli-ahlinya, kontigen rumah sukan pertama yang melangkah
di hadapan sekarang adalah kontigen rumah sukan TOPAZ seramai 30 orang, kontingen ini
diketuai oleh saudara ……………………………………………………………...

Kontigen rumah sukan yang sedang melalui astaka sekarang ini adalah kontigen rumah
sukan ZAMRUD. Kontigen ini membawa seramai 30 orang ahli yang diketuai oleh saudara
……………………………………………………………………….

Seterusnya, adalah kontigen dari rumah sukan DELIMA seramai 30 orang ahli yang diketuai
oleh Saudara _______________________________________--.

Seterusnya adalah kontigen dari rumah sukan NILAM yang diketuai oleh
……………………………………………………………. Kontigen ini terdiri daripada 30 orang
ahli.
********* SELEPAS KONTIGEN NILAM LALU DEPAN ASTAKA*************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG BERBAHAGIA , kerana sudi
menerima tabik hormat daripada kontigen-kontigen sebentar tadi..

LAGU 2.. *** (Tunggu sehingga semua habis masuk dan muzik berhenti)
*** Arahan senang diri

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para hadirin berdiri tegak untuk bersama-
sama menyanyikan, Lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan….

LAGU BANGSA JOHOR….


LAGU NEGARAKU….
LAGU SEKOLAH……

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih… hadirin dipersilakan duduk..

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Memohon berkat yang maha esa.

Majlis diteruskan lagi, dengan menjemput Ustaz tengku Muhammad Aswandi Bin Tengku Lah
untuk membacakan doa sempena Kejohanan Olah Raga Sekolah Menengah Kebangsaan
Paduka Tuan Kali Ke 39 Tahun 2022. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

(Bunyi drum 1 Kali,pelajar angkat tangan doa)

*** BACAAN DOA….

(bunyi drum 1 Kali, pelajar turun tangan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz tengku Muhammad Aswandi Bin
Tengku Lah atas bacaan doa sebentar tadi.

UPACARA Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera Kejohanan oleh ahli-ahli Kadet
MENAIKKAN Remaja Sekolah. Diminta para hadirin berdiri.
BENDERA
*** (Tunggu sehingga bendera naik dan beat terakhir drum)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

IKRAR
KEJOHANAN Seterusnya, majlis dengan bangganya menjemput SAUDARA JEPRI BIN SAPRI untuk
mengetuai lafaz ikrar kejohanan Olah Raga Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan
Kali yang Ke 39 Tahun 2022. Dipersilakan ke hadapan….

*** Drum Beet juga

***(BILA SEMUA DAH DI DEPAN)

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu James Paul Raj untuk
menjemput dan mempersilakan Dr. Mohd Syaiful Bin Mohd Aris tampil ke hadapan astaka
untuk menerima lafaz ikrar.

Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

*********Drum Beet…. Angkat Tangan

(Pembaca ikrar akan lafaz ikrar)

*********Drum Beet…… Turun Tangan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia kerana sudi menerima
lafaz ikrar itu tadi.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pembaca ikrar kejohanan pada tahun ini iaitu
SAUDARA JEPRI BIN SAPRI dipilih berdasarkan pencapaian dan kejayaan yang telah
dicapai dalam bidang sukan acara memanah. Antara pencapaian yang amat membanggakan

pada tahun 2018, beliau telah mendapat pingat Emas bagi kategori L15 di peringkat MSSM.
Pada tahun 2019, beliau berjaya mewaikili negeri Johor dalam kejohanan MSSM Di Pulau
Pinang. Pada tahun 2020 dan 2021, beliau berjaya merangkul Naib Johan dan Johan bagi di
peringkat MSSJ. Seorang pelajar dan tokoh murid yang sangat berwibawa dan sentiasa
ringan tulang di sekolah. Pelajar kelahiran Medoi ini juga sangat disenangi para guru dan
rakan pelajar serta bercita-cita untuk menjadi seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling.

************ JEPRI KEMBALI KE TEMPAT ASAL


************ arahan SENANG DIRI.

Semua pelajar dipersilakan duduk.

UCAPAN
PEN. KANAN Emas tempawan buatmu puteri,
PENTADBIRA Busana indah buat rupawan;
N Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu James Paul Raj, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Kejohanan Olah Raga Sekolah
Menengah Kebangsaan Paduka Tuan kali ke 39 Tahun 2022.
Dengan segala Hormatnya Dipersilakan….

UCAPAN JAMES

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hj. Mohamad Aris Bin Mohamad Dol
atas ucapan yang disampaikan .

UCAPAN Tuan Berbudi Tidak Terperi,


PERASMI Hulurkan Madah Kata Perasmi,
Yang Berbahagia Kami Segani,
Kesduain Tuan Kami Hargai.

Pihak Majlis dengan bangganya mempersilakan Tetamu Kehormat Majlis Dr Mohd Syaiful
Bin Mohd Aris, Pegawai Perubatan Dan Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat
untuk menyampaikan ucapan seterusnya melangsungrasmikan Kejohanan Olah Raga
Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan kali yang ke 39 Tahun 2022.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

UCAPAN PERASMI

(Tunggu paluan kompang baru ucapkan terima kasih)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia,
diatas kesudian meluangkan masa untuk hadir seterusnya merasmikan majlis Kejohanan
Olah Raga Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan kali ke 39 tahun 2022.

Jalan lengkok redup berkalis


Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

PERSEMBAH Hadirin sekalian,


AN SILAT
Bagi memeriahkan lagi kejohanan kita pada tahun ini, pihak majlis dengan sukacitanya
menjemput Pasukan Seni Silat Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan untuk
membuat persembahan. Dipersilakan...

(SILAT BT PERSEMBAHAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pasukan Seni Silat....

Untuk makluman para hadirin, persembahan silat tadi diketuai oleh


saudara ............................................................... yang disertai oleh semua pelajar dari
pelbagai peringkat umur dibawah bimbingan Encik Doli Indra B. Surianto Pasukan Seni Silat
ini sangat aktif menyertai pertandingan di peringkat Daerah dan negeri mendapat johan
keseluruhan selama 4 tahun berturut-turut. Pada tahun ini juga, sekolah telah menghantar
wakil ke Pencak Silat Peringkat Negeri Johor. Persatuan Seni silat ini juga aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan termasuklah menerima undangan membuat persembahan di luar sekolah.

UPACARA Demikian tadi selesainya upacara Perasmian Kejohanan OLAH RAGA SEKOLAH
PERBARISAN MENENGAH KEBANGSAANPaduka Tuan. Dengan ini bermulalah Temasya Sukan Kali Ke
KELUAR 39 Tahun 2022.

Seterusnya, dipersilakan semua pelajar berdiri untuk upacara perbarisan keluar.

*** arahan baris sedia


**** kontigen keluar baris. Sampai habis kontigen keluar baris.

Diminta pegawai-pegawai Kejohanan yang bertugas turun ke padang dan bersedia


mengambil tempat masing-masing.

ACARA Hadirin sekalian,


LARIAN L14, Acara yang akan dimulakan sebentar lagi ialah acara 100 meter L14, L15 dan L18 akhir...
15, 18 Marilah kita sama-sama saksikan....
*ACARA LARIAN BERMULA

****Bila dah habis Acara....


Majlis dengan sukacitanya menjemput Cikgu James Paul Raj mengiringi Tetamu Kehormat
Majlis, Yang Berbahagia Dr Mohd Syaiful Bin Mohd Aris untuk mengalungkan pingat
kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pemenang bagi acara 100m P14,


Tempat ketiga dimenangi oleh: ……………………………
Naib Johan dimenangi oleh: …………………………………
Johan dimenangi oleh: ……………………………………

Pemenang bagi acara 100m P15,


Tempat ketiga dimenangi oleh: ………………………………
Naib Johan dimenangi oleh: …………………………………
Johan dimenangi oleh: ……………………………………

Pemenang bagi acara 100m P18,


Tempat ketiga dimenangi oleh:………………………………
Naib Johan dimenangi oleh: …………………………………
Johan dimenangi oleh: ……………………………………

Pemenang bagi acara 100m L14,


Tempat ketiga dimenangi oleh: ……………………………
Naib Johan dimenangi oleh: …………………………………
Johan dimenangi oleh: ……………………………………

Pemenang bagi acara 100m L15,


Tempat ketiga dimenangi oleh: ………………………………
Naib Johan dimenangi oleh: …………………………………
Johan dimenangi oleh: ……………………………………

Pemenang bagi acara 100m L18,


Tempat ketiga dimenangi oleh:………………………………
Naib Johan dimenangi oleh: …………………………………
Johan dimenangi oleh: ……………………………………

*******KIV
Acara Individu Pendidikan Khas
Acara 4x50m Pendidikan Khas
Acara 4x100m P14/P15/P18
Acara 4x400m L14/L15/L18

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr Mohd Syaiful Bin Mohd Aris kerana
sudi mengalungkan pingat kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada para
pemenang.

Seterusnya sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah atas kesudian YANG
BERBAHAGIA meluangkan sedikit waktu pada pagi ini, Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Cikgu James Paul Raj untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Dr Mohd Syaiful Bin Mohd Aris
Dengan segala hormatnya dipersilakan….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada James Paul Raj atas kesudian
menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

****Dengan itu, pihak majlis menjemput Cikgu James Paul Raj, mengiringi , Yang Berbahagia
dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan. Dipersilakan...

Majlis Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 39 Tahun 2022


Unit Pengakap Remaja dan Pancaragam, sila ambil tempat masing-masing. Ketua Kontigen rumah sukan sila
bawa ahli-ahli rumah sukan berkumpul di hadapan astaka. Kita akan mulakan majlis penutupan sebentar lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ......

Yang Berusaha Cikgu James Paul Raj, PK HEM SMK Paduka Tuan

Yang Dihormati,

Cikgu Mohd azaran Bin Bahari, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Paduka Tuan,

Yang dihormati,

Cikgu Norashikin Bin Aris, GPK KoKurikulum,


Cikgu Azizah Binti Roshah, GPK Petang,
Cikgu Hjh Kalsom Bin Yusof, GPK Pendidikan Khas

guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa serta para pelajar yang
dikasihi. Syukur Alhamdulilah kerana sampailah kita ke Majlis Penutupan Kejohanan
Padang dan Balapan Sekolah Men. Keb Paduka Tuan kali ke 39 Tahun 2022.

Bagi memulakan majlis Penutupan Kejohanan OLAH RAGA SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAANPaduka Tuan, pihak majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan_____________________________________, Penolong Kanan
_______________________________ SMK PadukaTuan untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya menutuprasmi Kejohanan Olah raga Sekolah Menengah Kebangsaan
Paduka Tuan kali ke 39 tahun 2022. Dengan hormatnya, dipersilakan...

UCAPAN PEN. KANAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu James Paul Raj atas kesudian
menutuprasmi kejohanan pada tahun ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan piala pusingan kepada para
pemenang.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, pihak majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ................................................................................................ ke hadapan
astaka untuk menyampaikan hadiah Pertandingan Perbarisan Rumah-Rumah sukan..
Dipersilakan..

Tempat ke-4 dimenangi oleh rumah ………………………………………….


Tempat ke 3 dimenangi oleh rumah …………………………………………..
Naib Johan dimenangi oleh rumah ……………………………………….
Johan pertandingan perbarisan rumah-rumah sukan dimenangi oleh
rumah………………………………………

Majis mengucapkan terima kasih kepada .............................................................................


kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada
para pemenang

Seterusnya, dengan segala hormatnya, majlis dengan ini, mempersilakan Cikgu James
Paul Raj tampil ke hadapan astaka untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang..
Dipersilakan.

Atlet terbaik bagi kategori P13 dimenangi oleh


……………………………………………………dari rumah……
Bagi kategori P15, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori P18, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………

Bagi kategori L13, atlet terbaik dimenangi oleh


………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori L15, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori L18, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………

Seterusnya adalah penyampaian piala pusingan bagi johan keseluruhan mengikut


kategori,
Bagi kategori P13 dimenangi oleh rumah……….
Bagi kategori P15, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori P18, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori L13, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori L15, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori L18, dimenangi oleh rumah………

Seterusnya adalah bagi kategori lelaki keseluruhan terbaik, johan jatuh kepada
rumah………...........
Manakala bagi kategori perempuan keseluruhan terbaik, johan jatuh kepada
rumah………….

Seterusnya, penyampaian piala pusingan dan piala iringan olahragawan dan


olahragawati..

Olahragawan bagi Kejohanan Padang dan Balapan SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAANPaduka Tuan kali ke 39 tahun 2022 jatuh
kepada……………………. .........................................Dari rumah…...................

Manakala, olahragawati bagi Kejohanan Padang dan Balapan SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAANPaduka Tuan kali ke 39 tahun 2022 jatuh
kepada……………………. .....................................Dari rumah…..............

Inilah saat-saat yang kita sama2 nantikan, keputusan keseluruhan kedudukan rumah2
sukan dlm Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah Menengah KebangsaanPaduka Tuan
kali ke 39 tahun 2022..
Tempat keempat keseluruhan rumah sukan dengan jumlah mata sebanyak
…………………. jatuh kepada rumah……....................................
Tempat ketiga keseluruhan rumah sukan dengan jumlah mata sebanyak
………………….jatuh kepada rumah …………...........................
Naib Johan Keseluruhan rumah sukan dimenangi oleh rumah………........dengan
mendapat …………………………………….
Johan Keseluruhan rumah sukan dengan mendapat mata sebanyak
…………………………..dimenangi oleh rumah…………………………………….

Majlis merakamkan terima kasih kepada Cikgu Hj. Mohamad Aris Bin Mohamad Dol atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada
rumah…………………... kepada yang tidak Berjaya pada tahun ini,teruskan usaha anda.
Sekali gagal tidak bermakna gagal selamanya..

Sekarang tibalah masanya untuk Upacara Menurunkan Bendera Kejohanan. Diminta para
hadirin berdiri.

Untuk itu majlis mempersilakan Cikgu Norashikin Bin Mohd Aris, mengiringi Cikgu James
Paul; Raj ke hadapan astaka untuk menerima bendera kejohanan.
Dipersilakan.

*** UPACARA MENERIMA BENDERA

Majlis merakamkan terima kasih.

Untuk mengakhiri majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan para hadirin dan para pelajar
berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir, pegawai-pegawai
kejohanan, para guru, para peserta, tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin dan
hadirat yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Kejohanan OLAH RAGA kali ke 39 tahun 2022 pada tahun ini. Di pihak kami pula, kami
ingin memohon maaf segala kesilapan, keterlanjuran kata sepanjang mengendalikan
majlis pada hari ini...

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi

Sekian, terima kasih. Dengan ini majlis bersurai....


Dipersilakan .........................................................tampil ke hadapan astaka untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang
Bagi acara 100m P13, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Seterusnya, Bagi acara 100m P 15, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Bagi acara 100m P 18, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ..................................................... atas kesudian
menyampaikan pingat sebentar tadi.

Dipersilakan pula .........................................................untuk tampil ke hadapan astaka bagi menyampaikan


hadiah kepada para pemenang.
Bagi acara 4x 100m L 13, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Seterusnya, Bagi acara 4x 400 L 15, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Bagi acara 4x 400 L18, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Bagi acara 4 x 100m Pend Khas,


Tempat ke 4 dimenangi oleh rumah ..................................
tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.................

Bagi acara sukaneka Pendidikan khas,


Tempat ke 4 dimenangi oleh rumah ..................................
tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.................

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ..................................................... atas kesudian
menyampaikan pingat sebentar tadi.

You might also like