You are on page 1of 17

BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

1.0 Pengenalan

Zaman Kesultanan
Zaman Kesultanan Tulisan Jawi di Batu
Melayu Melaka dan
Melayu Pasai Bersurat Terengganu
Johor

Rajah 1 : Perkembangan Sejarah Tulisan Jawi.

Kawasan Nusantara termasuk negara kita menjadikan tulisan Jawi sebagai wahana yang
sangat penting dalam sistem komunikasi pada ketika dahulu. Tulisan Jawi sangat sinonim
dengan orang Melayu. Sebagai contoh, tulisan Jawi menjadi medium bahasa rasmi dalam
semua aspek kehidupan orang Melayu sama ada dari aspek ekonomi, social dan politik. Selain
itu, orang luar yang ingin berdagang dan menjalankan urusan rasmi di Nusantara perlu
menguasai tulisan Jawi. Keadaan ini menyebabkan daerah Nusantara digelar sebagai Tanah
Jawi dan orang Melayu dipanggil sebagai orang jawi atau al-jawah oleh orang Arab sehingga
hari ini.

1
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

2.0 Definisi dan Konsep Tulisan Jawi

Asal-usul nama Jawi mempunyai pelbagai pendapat daripada sumber yang berbeza. Nama
Jawi berasal daripada kata nama bahasa Arab, iaitu “al-jawah” seperti yang terdapat dalam
catatan Ibn Batutah pada pertengahan abad ke 14 Masihi.

Menurut Hamdan (1992), sistem tulisan Jawi merupakan suatu proses adaptasi yang
diubahsuai daripada sistem tulisan Arab. Huruf Arab asas untuk menulis mushaf kitab suci al-
Quran yang berjumlah 30 huruf, telah dijadikan sebagai panduan utama dalam sistem ejaan
Jawi. Oleh yang demikian, tulisan Jawi merupaka sistem tulisan yang diaplikasikan oleh orang
Melayu beracuankan sistem bahasa Arab.

Di Indonesia, tulisan Jawi dikenali sebagai “ tulisan Arab-Melayu ”. menurut Rolvink


(1975), bahasa Melayu yang menggunakan huruf-huruf Arab dikenal sebagai “ bahasa jawi ”
atau “ bahasa Sumatera ” mula digunakan di Nusantara pada abad ke-14.

Terdapat beberapa bukti tulisan Jawi digunakan di Nusantara. Antaranya, Batu Bersurat
berbahasa Melayu menggunakan sistem tulisan Jawi, ditemui di beberapa tempat di Nusantara.
Di Brunei, batu nisan yang menggunakan tulisan Jawi ditemui pada 1048 Masihi. Di Acheh pula,
bukti yang sama ditemui pada tahun 1602 Masihi. Di negara kita pula, wang syiling yang
bertulisan Jawi telah ditemui di Kelantan pada tahun 1303 Masihi. Manakala, Batu Bersurat
Terengganuyang dipercayai di tulis sekitar abad ke-13, menjadi bukti yang paling penting
penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan orang Meayu.

2
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

3.0 Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Islam Samudera-Pasai

Pada zaman kegemilangan empayar kerajaan Melayu, sejarah sistem ejaan Jawi yang pertama
kali digunakan di Nusantara telah ditemui iaitu sekitar abad ke-12. Kesultanan Melayu Islam
Samudera Pasai ( juga dikenali sebagai Pasai, Samudera juga disebut sebagai Samudera
Darussalam ) merupakan kerajaan Melayu Islam yang pertama di Nusantara yang terletak di
utara pantai Aceh. Raja pertamanya bergelar Malik al-Salleh telah mangkat pada tahun 696
Hijrah atau 1297 Masihi. Nama sebenar beliau ialah Sultan Silu. Setelah memeluk agama Islam
beliau telah menukarkan namanya menjadi Malik al-Salleh.

Kerajaan Melayu Samudera-Pasai telah menjadi pusat perdagangan yang masyhur.


Pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China, India dan Eropah telah singgah ke negeri ini
untuk berdagang. Pasai dinyatakan di dalam buku Rihlah ilal-Masyriq ( Pengembaraan ke Timur
) oleh Abu Abdullah Ibn Battuta ( 1304 M – 1368 M ), seorang musafir Maghribi yang singgah di
Pasai pada tahun 1345 M.

Dalam karya Ibn Battuta, beliau menulis bahawa Sultan Malikul Zahir dari negara
Samatrah ( Samudera Pasai ) menyambutnya dengan sangat ramah. Menurut beliau lagi,
penduduk tempatan adalah bermazhab Syafie. Selain itu, Pasai juga menjadi pusat penyebarab
agama Islam dan tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Islam.
Malah, para ulama Pasai banyak menterjemahkan kitab-kitab agama dari bahasa Arab ke
bahasa Melayu.

Sistem ejaan Jawi pada zaman Kesultanan Melayu Islam Samudera-Pasai digunakan
untuk mengeja bahasa Melayu seluruhnya mematuhi hukum-hukum ejaan bahasa Arab. Dalam
sistem tulisan Arab atau dikenal sebagai sistem i’rab, semua abjadnya yang berhuruf konsonan
dan tidak mempunyai huruf vokal.

3
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

e.
untuk tanda vokal a dan vokal Baris bawah ( kasrah ) untuk
Tanda baris atas ( fatha ) tanda vokal i dan e.

Lambang sistem
pervokalan
sebarang pervokalan.
Baris depan ( dzammah ) merujuk kepada tanpa
untuk tanda vokal u dan vokal Baris mati ( jazm / sukun )
u.

Jadual 2 : Lambang sistem pervokalan.

Menurut Shellabear, orang Melayu menerima sistem tulisa Jawi secara langsung
daripada orang Arab dan orang Arablah yang mula-mula menggunakan tulisan Arab untuk
menulis tulisan Melayu yang seterusnya terkenal dengan tulisan Jawi. Sistem ejaan Jawi pada
zaman ini masih lagi menggunakan tanda baris ( termasuklah tanda tasydid ) sebagaimana
yang digunakan dalam bahasa Arab.

Gambar 1 : Kerajaan Melayu Islam Samudera-Pasai

4
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Bukti penggunaan bahasa Arab yang menjadi asas kepada sistem ejaan Jawi ini telah
ditemui pada Makam Sultan Malik al-Salleh yang bertarikh 1297. Makam Sultan Malik al-Salleh
masih boleh didapati di Desa Beuringin, Kecamatan Samudera, Aceh Utara.

Gambar 2 : Gambar batu nisan Makam Sultan Malik al-Salleh

4.0 Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor

5
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Pada akhir abad ke-14 M Kesultanan Melayu Islam merupakan pusat pemerintahan dan
pentadbiran tersohor. Seorang anak raja Palembang yang bernama Parameswara telah
menegakkan Melaka. Baginda kemudiannya memeluk agama Islam dan namanya ditukar
menjadi Sultan Iskandar Syah lebih kurang pada tahun 1409 M. Kerajaan Melayu Islam Melaka
dan Kerajaan Samudera Pasai berhubung erat melalui perkahwinan antara Sultan Melaka
dengan Puteri Sultan Pasai. Sekitar abad ke-15 hinggan abad ke-17, Kerajaan Melayu Islam
Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terpenting di Kepulauan Melayu.

Kedudukan Melaka yang strategik menjadikan Melaka telah menjadi sebuah pangkalan
luar yang penting bagi kapal-kapal. Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri
Hang Li Po dengan bertujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Hal ini bertujuan
mengeratkan hubungan diplomatik negara China dengan Melaka.

Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, iaitu
Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud
Shah pada tahun 1528 di mana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau,
wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu
Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah
Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bunggara, Kota Baru, Kampar dan
Siak di Sumatera.

6
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Gambar 3 : Kawasan jajahan takluk kerajaan kesultanan Melayu Melaka

Tulisan Jawi muncul di Nusantara bersama dengan kedatangan agama Islam. Menurut
kajian yang dibuat oleh pakar-pakar bahasa, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor
telah mengalami proses ejaan Jawi yang lebih baku. Malah, beberapa abjad yang menjadi teras
kepada sistem penulisan Jawi, lebih seragam. Hal ini terbukti melalui catatan tulisan Jawi yang
tertera pada manuskrip yang ditemui sekitar abad ke-15 hingga abad ke-17.

Salah satu manuskrip yang ditulis pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang
terkenal adalah Hikayat Bayan Budiman. Manuskrip ini dipercayai ditulis sekitar 1600 M,
berdasarkan naskhah tertua yang tersimpan di Perpustakaan Bodlein, Oxford. Naskhah Hikayat
Bayan Budiman yang mempunyai 14 halaman sahaja tanpa bahagian pendahuluan dan
penyudahnya. Menurut R.O Winstedt, sistem ejaan Jawi yang terkandung dalam manuskrip ini
menunjukkan keantikannya.

7
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Gambar 4 : Manuskrip Hikayat Bayan Budiman yang ditulis dalam tulisan Jawi

Sistem tulisan Jawi yang terdapat dalam naskhah ini mempunyai beberapa ciri tertentu,
antaranya :

i. Tanda baris tidak digunakan.

ii. Tidak wujud tanda tasydid.

iii. Abjad (alif) kadang-kadang menduduki tempat (ha) dan abjad (shin) menduduki tempat
(sin) yang lebih mirip kepada ejaan asal bahasa Sanskrit.

iv. Banyak terdapat ejaan lama.

v. Abjad vokal tidak digunakan pada posisi akhir kata.

vi. Bunyi vokal pepet kadang-kadang dilambangkan oleh (alif) tetapi selalunya oleh (wau).

vii. Abjad (wau) mungkin digunakan untuk bunyi pepet, tidak digunakan pada posisi bukan
akhir kata.

viii. Pemvokalan secara abjad vokal berdasarkan suara dan tekanan yang lebih pada akhir
suku kata.

5.0 Tulisan Jawi di Batu Bersurat Terengganu

8
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Perkembangan sejarah sistem ejaan Jawi tidak lengkap jika tidak membincangkan sistem
tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu. Batu Bersurat Terengganu yang
dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan Batu Bersurat yang
mempunyai ukiran paling tua dan tulisan Jawi pertama di Malaysia. Ini membuktikan bahawa
Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1303 Masihi.

Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat ( Sungai
Tara ), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887. Menurut sidang
mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada
tanggal 13 Julai 2009, Batu Bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini disenaraikan sebagai
barang purba yang bernilai tinggi dan sesuai mendapat pengiktirafan daripada Warisan Dunia
UNESCO.

Perkembangan sejarah sistem ejaan Jawi yang dianggap menyamai sistem bahasa
Melayu sepenuhnya didapati pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikhg 702 H / 1303 M.
Mengikut Hashim Musa ( 2003 ), sehingga kini pengkaji bersepakat mengatakan bahawa
inskripsi atau Batu Bersurat Terengganu adalah tulisan bahasa Melayu yang mula-mula sekali
dijumpai tertulis dalam skrip Arab yang diadaptasikan sebagai skrip Jawi.

Gambar 5 : Sistem Tulisan Jawi di Batu Bersurat Terengganu

Berdasarkan kajian yang dibuat pakar-pakar bahasa, sistem tulisan Jawi yang terdapat
di Batu Bersurat Terengganu terdiri daripada bentuk, iaitu :

9
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Pemvokalan
sistem abjad

Penambahan 5
konsonan
baharu

Rajah 2 : Bentuk sistem tulisan Jawi yang terdapat di Batu Bersurat Terengganu.

Jadual 1 : Tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu 1303 M

‫ليكي لليكي‬ ‫بک‬ ‫ايكاما‬ ‫مرديكا‬


‫همبا‬ ‫دوا‬ ‫راي‬ ‫بربوت‬

Sumber : Pada Isi Dalam Buku Cenderamata Konvensyen Tulisan Jawi 1984

Bentuk pemvokalan sistem baris ( sistem i’rab Bentuk pemvokalan sistem abjad
) merupakan lanjutan daripada pengaruh merupakan proses adaptasi daripada
sistem ejaan Jawi zaman Kesultanan Islam pemvokalan sistem baris ( sistem I’rab )
Samudera-Pasai masih lagi kekal pada Batu untuk disesuaikan dengan ejaan bahasa
Bersurat Terengganu kerana semasa batu Melayu. Dalam pemvokalan sistem abjad,
bersurat ini ditulis ( dipahat ), pengaruh sistem huruf alif, wau dan ya sebagai tanda vokal
bahasa induknya, iaitu Bahasa Arab, masih digunakan bagi menggantikan tanda madd
lagi menebal. Beberapa perkataan yang dalam bahasa Arab yang melambangkan
menggunakan pemvokalan sistem baris kepanjangan suara dalam bunyi vokal.
( sistem i’rab ) yang terdapat pada Batu Selain tu, abjad alif, wau dan ya juga telah
Bersurat Terengganu. berfungsi sebagai tanda separuh vokal dan
10 diftong.
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Sistem ejaan Jawi pada Batu Bersurat


Terengganu juga memasukkan lima abjad
baru dengan menanbahkan tanda titik kepada
bentuk abjad Arab yang sedia ada, iaitu
( cha ), ( nga ), ( pa ), ( ga ), dan ( nya ).
Namun dalam inskripsi batu itu, titik-titik bagi
abjad itu kecuali ( nya ) tidak ditandakan.
Kemungkinan yang lain adalah tanda tersebut
sudah terhakis.

6.0 Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

11
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Kemerosotan tulisan Jawi mula terjadi selepas Akta Bahasa Kebangsaan diwartakan pada
tahun 1963 dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi negara Malaysia ialah tulisan Rumi.
Keputusan ini memberi impak besar terhadap penggunaan tulisan Jawi sama ada dalam
institusi pendidikan, urusan pentadbiran kerajaan, media penerbitan dan sebagainya. Walaupun
sudah ada beberapa penyelarasan sistem ejaan Jawi yang dilaksanakan oleh organisasi dan
orang perseorangan untuk mempertahankan tulisan Jawi, namun sistem ejaan tersebut masih
mempunyai kelemahan dan memerlukan satu pedoman yang lebih efektif untuk memenuhi
keperluan perkembangan tatabahasa di dalam Bahasa Melayu.

Menyedari akan kelemahan dan kekeliruan sistem ejaan Jawi sedia ada, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Jawatankuasa Ejaan Jawi (JKEJ) mengambil inisiatif bagi
mengkaji dan meneliti sistem ejaan Jawi Za’aba. Sistem ejaan Jawi Za’aba dijadikan sebagai
landasan untuk membentuk dan menyusun sistem ejaan Jawi baru. Proses penyempurnaan ini
mengambil kira lima perkara penting iaitu mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan
yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang
longgar. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
mengadakan beberapa bengkel pada setiap minggu selama setahun.

Rentetan dari bengkel tersebut pada April 1984, Jawatankuasa tulisan Jawi DBP telah
membentangkan hasilnya dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi yang diadakan di
negeri Terengganu. Hasilnya pada tahun 1986 sebuah buku berjudul “Pedoman Ejaan Jawi
Yang Disempurnakan” telah diterbitkan.

Manakala pada tahun 1988 DBP sekali lagi menerbitkan sebuah buku bertajuk “Daftar
Ejaan Rumi-Jawi” yang berasaskan “Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan”. Walau
bagaimanapun buku ini mempunyai 400 kesilapan ejaan berikutan kesuntukan masa untuk
melancarkannya dan kini ia telah mengalami beberapa penambahbaikan dari semasa ke
semasa. Oleh itu, bagi membincangkan sistem ejaan “Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan”.

Selaras dengan perkembangan dan pertambahan perkataan dalam Bahasa Melayu,


tulisan Jawi juga mengalami beberapa penambahan huruf untuk disesuaikan dengan
perkataan-perkataan baru yang bertambah. Di sepanjang pembacaan, penelitian dan
penyertaan penulis di dalam bengkel-bengkel tulisan Jawi, dapatlah dikenalpasti wujudnya 37
huruf terkini di dalam tulisan Jawi.

12
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dilihat dapat memenuhi keperluan ejaan
Rumi masa kini terutama apabila berlakunya penyerapan perkataan Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Melayu. Contohnya bagi huruf ya tidak bertitik, ia digunakan untuk mengeja perkataan-
perkataan yang berakhir dengan “isme” seperti intelektualisme, vandalisme dan sebagainya.
Perkataan akronim juga mengalami perkembangan yang dikategorikan kepada tiga aspek
seperti mana contoh di bawah. Bagi perkataan akronim dalam Bahasa Melayu hendaklah ditulis
dengan huruf tunggal Jawi dan akronim bagi perkataan Inggeris hendaklah dieja huruf-huruf
Rumi tersebut serta akronim yang dilafaz mestilah dieja mengikut tulisan ejaan Rumi.

Seterusnya bagi membincangkan penggunaan huruf-huruf tertentu yang sering


menimbulkan kekeliruan, Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan telah menetapkan hukum-
hukum ejaan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kedua-dua huruf ta
mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu ta maftuhah digunakan untuk mengeja perkataan
dalam Bahasa Melayu dan ta marbutah pula digunakan untuk mengeja perkataan dalam
Bahasa Arab. Begitu juga huruf ha simpul mewakili ejaan perkataan Melayu dan sebaliknya.
Manakala perbezaan huruf kaf mewakili ejaan dalam Bahasa Inggeris dan huruf qaf mewakili
ejaan bagi perkataan dalam Bahasa Melayu. Sistem ejaan Jawi Yang Disempurnakan dilihat
lebih sistematik berbanding sistem ejaan sebelum ini.

6.1 Peminggiran Tulisan Jawi

Pada tahun 1956 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Baharu telah
mengambil keputusan " ... sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu
dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya". Seterusnya
Jawatankuasa Ejaan telah ditubuhkan oleh kerajaan " ... untuk menimbangkan ketetapan yang
dibuat oleh Kongres berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa
Indonesia dan mendatangkan syor-syor bagi satu Ejaan Kebangsaan Rumi yang tetap".

Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia. Pada tahun 1963
berdasarkan keputusan Kongres dan juga Jawatankuasa Ejaan itu maka Parlimen Malaysia
telah meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang memutuskan tulisan Rumi digunakan
sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu mengetepikan tulisan Jawi kecuali dalam pendidikan
agama Islam. Dengan demikian tulisan Jawi tidak lagi digunakan dalam semua mata pelajaran
termasuk mata pelajaran bahasa Melayu kecuali Pendidikan Islam. Seterusnya beberapa
majalah dan akhbar yang diterbitkan dalam tulisan Jawi misalnya Majalah Dian, Majalah
Mastika, Utusan Qiblat, dan lain-lain telah menukarkan sistemmejaan Jawi kepada ejaan Rumi,

13
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

kecuali Utusan Melayu/Utusan Zaman yang meneruskan penerbitannya walaupun menanggung


kerugian kerana pasaran yang mengecut akibat berkurangnya mereka yang celik Jawi, setelah
bertahun-tahun pengajaran tulisan Jawi diabaikan di sekolah.

14
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

7.0 Pandangan Kendiri

Sistem tulisan dalam masyarakat Melayu telah lama wujud, iaitu bermula dari wujudnya konteks
hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat antarabangsa. Penemuan batu bersurat
zaman Sriwijaya seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M.), Kota Kapur (686 M.) dan Talang
Tuwo (684 M.) yang ditulis pada abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno jelas
menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu pada ketika itu sudah mempunyai sistem
tulisan yang tersendiri.

Apabila masyarakat Malaysia mula menggunakan bahasa Melayu tulisan Rumi secara
rasmi pada tahun 1963, maka secara tidak langsung tulisan Jawi mula dipinggirkan. Namun
begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam
menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi.

Selain itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-
pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Sebagai contoh, Kamus
Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini menunujukkan bahawa
kerajaan begitu jitu berusaha bagi memartabatkan tulisan jawi. Pendek kata, semua pihak
dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu
pengetahuan.

Tulisan jawi tidak lagi dominan di hati umat Melayu di Malaysia namun ianya amat
diperlukan untuk menunjukkan ciri-ciri Melayu yang asal. Kepupusan tulisan Jawi sebagai
pengantar intelektual dan tradisi keilmuan masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat
besar dalam proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa
itu di negara ini. Oleh itu, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan
perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu
di serata nusantara.

Secara keseluruhannya, tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling
mudah, ringkas, dan tepat. Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari
huruf-huruf Arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah orang
Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, tulisan Jawi
juga merupakan sumber rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam
berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam tulisan Jawi atau
bahasa Arab.

15
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

8.0 Rumusan

Tulisan Jawi telah wujud di Tanah Melayu bermula dari abad kesepuluh Masihi lagi. Tulisan Jawi
telah mula dikembangkan peranannya. Tulisan Jawi bukan lagi sekadar alat yang digunakan
untuk mencatat undang-undang, namun tulisan jawi juga sebagai alat penting dalam urusan
pentadbiran istana dan adat istiadat Raja Melayu.

Sistem pendidikan awal negara kita adalah bermula dengan penggunaan tulisan Jawi.
Institusi pendidikan formal dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan Jawi
dalam sistem ejaan mereka. Penyusunan semula kurikulum dan program pelajaran yang
berteraskan perkembangan semasa yang lebih ke arah sekular seolah-olah ingin menngantikan
tulisan rumi sebagai tulisan utama dalam sistem pendidikan. Buku-buku atau teks-teks yang
menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran yang ditulis dalam tulisan jawi ditukar menjadi
buku-buku teks dicetak dalam tulisan rumi. Hal ini adalah untuk mencapai matlamat serta
objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ingin memperkukuhkan perpaduan antara kaum.

Kelemahan murid Muslim dalam membaca dan menulis jawi di peringkat sekolah rendah
dan menengah yang dikesan sejak tahun 1980an itu berterusan sehingga ke tahun-tahun
1990an. Oleh yang demikian, pengenalan Program j-QAF diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Program j-QAF dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi iaitu Model Pemulihan Jawi
yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan terhadap murid yang tercicir dalam Jawi.

Tulisan Jawi merupakan khazanah intelektual, jati diri budaya, wacana pemikiran dan
kesusasteraan, serta estetika bahasa yang penting kepada pembinaan kekuatan bangsa
Melayu. Tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung
perjuangan kemelayuan dan keislaman. Tulisan itu bukan sahaja mempunyai kekuatan dari
segi jati diri kebangsaannya, malah kekuatan simbolisme terhadap perkembangan budaya dan
bahasa Melayu. Tulisan Jawi, dari segi sejarah penakatan dan perjuangan Melayu, telah
memberikan sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan dan kemajuan bangsa
Melayu. Pendidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan kepada orang Melayu,
khususnya generasi tua dahulu, melalui tulisan Jawi. Pendek kata, kita sebagai generasi muda
perlu memartabatkan tulisan jawi sebelum tulisan tersebut mula pupus dan dipinggirkan.

16
BMM 1044 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

9.0 Rujukan

Abdul Hayie Abdul Syukur. 2009. Tulisan Jawi Sebagai Media Persuratan Melayu dan Islam.
Dicapai pada 19 Februari 2017. Dalam http://mybabah.blogspot.com/2009/11/artikel-
khas-tulisan-jawi-dan-anda.html

Ahmad Farid Abdul Jalal, Yaakob Isa. 2005. Tulisan Jawi : Sejarah Seni dan Warisan. Pekan:
Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail & Mastura Mihamed Berawi. (2014). Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan. Perak: E-Evergreen Sdn.
Bhd.

Mansor Fadzil Dr. Prof Madya, Prinsip Teknologi Pengajaran, 2003, Shah Alam:

Malindo Printers Sdn. Bhd.

Mohamad Sofee Razak. (2010). Kegemilangan tulisan Jawi perlu dikembalikan. Artikel daripada
Berita Harian bertarikh 02 Januari 2010.

Mohd. Alwee Yusoff. (2010). Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat
Islam di Malaysia. Diakses pada 19 Februari 2017.
http://generasipendidik2u.blogspot.my/2011/02/perkembangan-tulisan-jawi-di-tanah.html

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hshim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2014).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Spot Print Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

17

You might also like