You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BIL 1/2022

TARIKH / HARI: 18 Mac 2022 (Jumaat)


TEMPAT: Aplikasi Google Meet
MASA: 8.00 malam – 9.10 malam

KEHADIRAN: Rujuk Lampiran

1.0 UCAPAN KETUA BIDANG (En Tamin b Ongki)


1.1 Ketua bidang mengucapkan selamat dating kepada ketua panitia dan semua guru
RBT.
1.2 Ketua bidang membentangkan laporan hasil daripada pemantauan pihak JPN Sabah:
1.2.1 Bengkel RBT SMK Tebobon berkemungkinan besar akan dijadikan
sebagai bengkel penanda aras untuk sekolah-sekolah di daerah Kota
Kinabalu
1.2.2 Sekiranya terpilih SMK Tebobon mempunyai bilangan bengkel, guru dan
peralatan yang mencukupi, jika sebaliknya bengkel-bengkel tersebut
perlu melalui proses penambahbaikan.
1.3 Ketua bidang menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru-guru panitia RBT dan
berharap guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk sesi 2022/2023.
1.4 Ketua panitia mengalu-alukan kedatangan guru-guru baharu yang datang ke SMK
Tebobon.
1.5 Cadangan pengagihan tugas dan jadual penggubal soalan dipersetujui sebulat suara.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Ketua panitia menanyakan dengan semua GMp bahawa minit mesyuarat sebelum ini
sudah terlaksana semua perkara berbangkit
2.2 Minit mesyuarat Bil 3/2021 disahkan sebulat suara

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 PEREKODAN PBD


4.1 Perekodan PBD perlu dilaksanakan dengan sistematik dan difailkan untuk
memudahkan proses semakan dilakukan.
4.2 Keputusan PBD bagi tahun 2021 telah dihantar kepada pihak PPD Kota Kinabalu.
4.3 Setiap GMp perlu meyediakan fail PBD masing-masing untuk perlaksanaan
pemantauan
5.0 RPT DAN RPH
5.1 GMp diminta untuk mengajar mengikut RPT yang telah dibekalkan oleh guru
penyelaras masing-masing
5.2 RPH haruslah mempunyai format yang seragam, ada nama guru pada setiap helaian
RPH, kriteria kejayaan serta elemen KBAT
5.3 OPEM dan kriteria kejayaan perlu ditulis di pepenjuru atas sebelah kanan papan
putih di setiap sesi pdpc

6.0 VERIFIKASI BENGKEL


6.1 Hasil daripada lawatan 2 orang wakil dari JPN Sabah dan 2 orang wakil dari PPD
Kota Kinabalu ke bengkel-bengkel RBT di SMK Tebobon
6.1.1 Bengkel-bengkel RBT tersebut kosong dan tidak mempunyai identiti dan
dilihat seperti kelas
6.1.2 Proses penambahbaikan perlu dilakukan ke atas bengkel-bengkel supaya
mempunyai identiti tersendiri dan lebih bermaklumat
6.1.3 Setiap bengkel mesti mempunyai nama dan label masing-masing
6.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menjadikan bengkel lebih bermaklumat dan
dihias mengikut keperluan bengkel.

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Setiap pelajar akan dibekalkan dengan modul secara percuma semasa PdPc
dilaksanakan
7.2 Penyelaras bertindak untuk cetak dan riso modul untuk tingkatan masing-masing

8.0 PENUTUP
8.1 Ucapan penangguhan oleh ketua bidang RBT, En Tamin bin Ongki
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.10 malam

Disediakan oleh,

.............tt................

(Nurhazwani binti Mat Rus)


Setiausaha Panitia RBT
KEHADIRAN
1. En Tamin b Ongki
2. Pn Shirley Pletinus
3. Pn Jarni bt Ripudin
4. Pn Hasni bt Hj Ibrahim
5. Pn Nur Julianah bt Lamide
6. Pn Nur Ain bt Ngah
7. En Fazli b Sabrin
8. Pn Nurul Najwa bt Haji Bulat
9. Pn Siti Khairun Nadrah bt Madalie
10. Pn Nurhazwani bt Mat Rus
11. En Nurul Hisam bin Muhamad Arifin
12. Cik Siti Farah Wahida binti Ismail

You might also like