DTM 302 (1)

You might also like

You are on page 1of 8

TUGASAN INDIVIDU

Kajian Kes

NAMA : NURSYAMIM BINTI ABD LATIF


NO. MATRIK : DPAKC 2201 003
KOHORT :C
KOD KURSUS : DTM 302
KURSUS : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH : PN. NURHAZIRAH BINTI GHAZLAN

/10 Conceptualisation

/10 Integration

/10 Creation

/30 TOTAL

*Tarikh serahan 10.02.2023

1
KAJIAN KES

Gambar Responden (Kanak-kanak)

NAMA : NUR MELISSA BINTI HAFIZUDDIN

TARIKH LAHIR : 21 JULY 2018

UMUR : 5 TAHUN
NO 926, JALAN TERATAI 11, TAMAN MARIDA
ALAMAT : 70450 SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN

NAMA BAPA : HAFIZUDDIN BIN MUHAMMAD

UMUR BAPA : 33TAHUN

PEKERJAAN BAPA :
-
NAMA IBU : NURFASHA BINTI MANSUR
UMUR IBU : 32 TAHUN
PEKERJAAN IBU : -

2
Isi Kandungan:

Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan
4

2.0 Perkembangan Kanak-kanak


5

3.0 Kesimpulan
6

4.0 Cadangan Penambahbaikan


7

Lampiran (Gambar Aktiviti Kanak-kanak)


8

3
1.0 Pengenalan

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran


koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya, ialah seperti berjalan, berlari,
memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga
merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Perubahan-
perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.
Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu,
misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika
kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada
kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi
keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan
mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.

Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan
dan pembesaran kanak-kanak. Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada
empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses
ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot,
dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari. Setiap perkembangan fizikal adalah
berkaitan antara satu sama lain iaitu daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan
dengan perkembangan otak seorang manusia itu. Perkembangan fizikal ini juga mempunyai
tahap-tahap perkembangan tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang
kanak-kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dari dilahirkan lagi.
Melalui perkembangan fizikal ini juga banyak yang dapat dihuraikan tentang proses tumbesaran
dan pertumbuhan kanak-kanak dan kita juga dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak
mengikut peningkatan dan tahap umur mereka.

4
2.0 Tunjang/Perkembangan: PERKEMBANGAN FIZIKAL : MEMEGANG CHOPSTICK

No. Milestone Catatan Tarikh

(Penanda Aras Perkembangan)

1. Memegang chosptick dengan Melissa mencuba untuk 17 JANUARI


2023
menggunakan kedua-dua tangan. memegang chopstick dengan

kedua-dua belah tangan. Guru

memberi tunjuk ajar kepada

dia agar memegang chopstick

dengan menggunakan satu

tangan dan tiga jari sahaja.

2. Mengepit bola bulu. Guru membantu Melissa untuk 23 JANUARI


2023
memegang chopstick dengan

betul dalam membuat aktiviti

mengepit bola bulu.

3. Mengepit menggunakan span basuh Melissa menunjukkan 31 JANUARI


pinggan. 2023
perkembangan yang baik
dalam memegang chopstik
kerana dia berjaya dalam
meletakkan span basuh
pinggan ke tempat yang telah
disediakan oleh guru.

5
3.0 Kesimpulan

Minggu Pertama ( 17 JANUARI 2023 )


Melissa menunjukkan kesukaran dalam memegang chopstick.Pada awalnya, Melissa memegang
chopstick dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Dia sukar untuk menggengam batang
chopstik tersebut dengan betul kerana mempunyai masalah kemahiran motor halus. Guru
membantu Melissa dengan menunjuk ajar dalam memegang batang chopstick yang betul tetapi
Melissa tidak berjaya dan memegang chopstik dengan kedua-dua belah tangan. Guru memberi
kata-kata semangat dan menyuruh Melissa agar membuat banyak latihan dalam melibatkan
kemahiran motor halus .

Minggu Kedua ( 23 JANUARI 2023 )


Dalam membantu Melissa untuk memegang batang chopstik dengan betul, guru telah memberi
Melissa latihan dalam menguatkan kemahiran motor halus seperti mengoyak kertas,
menggunting, dan menggumpal kertas lalu memasukkan ke dalam botol. Hari demi hari, Melissa
menunjukkan perkembangan yang sangat baik dalam menguatkan otot-otot tangan . Melissa
berasa yakin terhadap dirinya, kerana berjaya membuat latihan yang telah diberi oleh guru.
Dengan membuat latihan tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu Melissa dalam menguatkan
kemahiran motor halus.

Minggu Ketiga ( 31 JANUARI 2023 )


Pada minggu ketiga, guru dapat melihat perubahan pada Melissa dalam memegang chostick
dengan betul. Melissa menunjukkan pergerakan yang betul dalam memegang chopstik. Melissa
berjaya menunjukkan perubahan dalam kemahiran motor halusnya. Dia boleh memegang
chopstik dengan sendiri tanpa bantuan daripada guru. Walaupun masih tidak sempurna, tetapi
Melissa tetap menunjukkan perubahan dan tetap berusaha untuk memperbaikinya.

Kesimpulan kesuluruhan.
Secara keseluruhannya, guru dapati bahawa Melissa seorang murid yang cepat belajar. Melissa
menunjukkan usaha yang baik dalam memperbaiki memegang chopstik dengan betul. Dari
minggu ke minggu, guru dapati bahawa Melissa menunjukkan perubahan dalam menggerakkan
chopstik dengan menggunakan satu tangan secara perlahan.

6
4.0 Cadangan Penambahbaikan

a. Aktiviti menguatkan otot tangan.


Di dalam proses ini, bagi menguatkan otot tangan kanak-kanak untuk menggengam sesuatu
dengan baik, kanak-kanak perlu melakukan aktiviti yang melibatkan otot-otot kecil mereka
seperti membuka penutup botol, memicit ubat gigi ke atas berus gigi dan lain-lain lagi.
Dengan membuat aktiviti-aktiviti tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak
dalam merangsang otot-otot di bahagian tangan dan jari. Jika otot-otot ini lemah dan tidak
kuat, sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepada kanak-kanak dalam menggengam
sesuatu barang.

b. Mengasah kemahiran motor.

Antara aktiviti yang boleh mengasah kemahiran motor anak antaranya adalah, memasukkan
manik ke tali gelang. Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kemahiran koordinasi mata
dan tangan kanak-kanak dan ia membolehkan kanak-kanak memegang chopstik dengan
betul.

c. Koordinasi Dua Hala

Koordinasi dua hala bermaksud keupayaan dalam mengawal kedua-dua belah badan pada
masa yang sama, contohnya menggenggam chopstik dengan menggunakan satu tangan,
dan satu tangan lagi memegang bekas. Cara ini membantu kedua-dua bahagian otak kanak-
kanak berkomunikasi dengan efektif.

7
Lampiran

You might also like