You are on page 1of 1

Cadangan : Tak Perlu diadakan kokurikulum diluar sepanjang musim panas.

Pihak Sekolah, berpandukan surat hebahan yang di terima daripada PPD Kuantan, dengan merujuk surat
JPNP.SPMd.600-3/2/1 Jld.4 (27) bertarikh 8 Mei 2023. GARIS PANDUAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM
BAGI SEKOLAH NEGERI PAHANG.

1. Selaras dengan pengoperasian sekolah ketika seluruh negara sedang mendepani situasi cuaca panas
dan kering, aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan terus didokong
dalam memastikan proses pendidikan berlangsung dengan jayanya. Kegiatan kokurikulum adalah
sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996) dan akan dilaksanakan.

2. Aktiviti kokurikulum (perjumpaan) berdasarkan takwim kokurikulum sekolah akan dilaksanakan


mengikut jumlah masa yang telah ditetapkan oleh KPM dan kehadiran murid akan direkod untuk markah
kokurikulum. SOP pelaksanaan aktiviti kokurikulum cuaca panas 2023 dilaksanakan bagi memastikan
perjumpaan kokurikulum di sekolah terus berjalan dengan lancar dan terancang kerana proses ini amat
penting bagi pemarkahan PAJSK murid-murid.

2.1 SOP Pelaksanaan aktiviti kokurikulum semasa cuaca panas.

2.1.1 Dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan semua unit kokurikulum di kawasan tertutup
atau berbumbung sahaja.

2.1.2 Perjumpaan selama 1 jam (60 minit) secara bersemuka di tempat yang telah ditetapkan
(tidak melebihi 35 orang / 1 kelas).

2.1.3 Tugasan tambahan/ Pelaksanaan kendiri di rumah berasaskan tugasan/ projek arahan guru
dilaksanakan bagi melengkapi baki masa 1 jam (60 minit) untuk 2 jam perjumpaan
seminggu untuk sekolah rendah.

2.14. Murid menyerahkan tugasan/projek kepada guru penasihat unit sebagai eviden/ bahan
dokumentasi pelaporan unit.

2.1.5 Ketua Penasihat Unit melengkapkan Pelaporan (Online) sebagai Pelaporan Mingguan.

2.1.6 Pemantauan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan mengikut jadual pemantauan


yang disediakan.

3. Semua aktiviti di tempat terbuka melibatkan latihan merentas desa/ sukan tahunan/ latihan pasukan
sekolah (Sukan dan Permainan) ditangguhkan buat sementara waktu.

4. Pihak sekolah akan sentiasa memantau dan mematuhi tahap amaran cuaca panas yang dikeluarkan
oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim.

You might also like