You are on page 1of 4

SLOT 4

TAHUN
PENATARAN KIT DIDIK HIBUR LITERASI

ANJURAN:
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAAN DAN ESTETIKA

UNIT 13 : WARISAN BUDAYA KEKAL TERPELIHARA

Lakonan (Main Peranan)


SK. : 1.3 Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan
dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
SP : 1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca
dengansebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.
OBJ : Pada akhir PdP, murid dapat menceritakan sekurang-kurangnya satu
resipi dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang
sesuai.

AKTIVITI
• Murid memainkan peranan sebagai chef dalam program masakan "Ketuk-ketuk Kuali". Murid
memakai topi chef. (Rujuk Lampiran 3 – ms 52)
• Seorang murid dipilih sebagai ketua chef.
• Ketua Chef menyebut bahan-bahan untuk menyediakan kuih onde-onde.
• Murid membuat kuih onde-onde menggunakan plastisin berwarna hijau.
• Murid membilang onde-onde yang telah dibuat.
• Murid dibimbing untuk menceritakan bahan yang didengar dengan sebutan, intonasi dan
ekspresi yang sesuai secara bergilir-gilir. (Rujuk Lampiran 4 dan 5 – ms 53 dan 54)
TEMA 1 : KEKELUARGAAN

UNIT 1 : Saling Menyayangi

Permainan
SK: 1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam pelbagai
situasi.
SP: 1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam pelbagai
situasi.

AKTIVITI
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kemahiran.
• Murid memegang kotak misteri yang terdiri daripada kad nombor
• Sebaik sahaja muzik dimainkan, murid perlu memberikan kotak misteri kepada murid di
sebelah dan permainan diteruskan sehingga muzik berhenti.
• Apabila muzik berhenti, murid mengambil kad nombor (Rujuk Lampiran 1 dan 2 – ms 49
& 50) di dalam kotak misteri.
• Murid mendengar guru membacakan maklumat berdasarkan kad nombor. (Rujuk Lampiran
1 dan 2)
• Murid menyebut semula ujaran yang telah didengari.
TERIMA KASIH
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kementerian Pelajaran 62604,
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

03-88846972

azman.adnan@moe.gov.my
rahimah.adam@moe.gov.my

You might also like