You are on page 1of 19

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

KERTAS KERJA KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA 2012 (KKB12) INSTITUSI USRAH, UNIVERSITI MULTIMEDIA _____________________________________________________________________

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak tuan bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan bantuan kewangan bagi membolehkan Projek Karnival Keluarga Bahagia 2012 ini dijalankan dengan jayanya.

Kertas kerja ini juga mengandungi segala keperluan maklumat tentang Projek Karnival Keluarga Bahagia 2012 yang akan dijalankan di MMU Melaka. Ini bertujuan mengetengahkan dan memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk menimba pengalaman dan memperkembangkan idea dan tenaga dalam membentuk kepimpinan diri serta membiasakan diri dalam program-program pembangunan insaniah dari perspektif institusi kekeluargaan. Selain daripada institusi keluarga, kertas kerja ini akan memberi penekanan tentang peranan setiap individu dalam kalangan masyarakat ke arah pembentukan silaturrahim dan hubungan baik sesama insan yang juga menjadi objektif utama program ini.

Kertas kerja ini juga bertujuan sebagai alat pemasaran bagi menarik tajaan atau bantuan kewangan daripada sektor awam/kerajaan, sektor korporat/swasta atau orangperseorangan bagi perlaksanaan Projek Karnival Keluarga Bahagia 2012.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

2.0 PENGENALAN

2.1

INSTITUSI KEKELUARGAAN

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Di dalam Islam tanggungjawab kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki. Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting. Sebagai suami peranan asas ialah menyediakan keperluan seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Bukan itu sahaja, sebagai seorang ayah, beliau juga bertanggungjawab untuk memberi pendidikan akademik yang penting untuk

perkembangan minda dan pendidikan agama untuk kesejahteraan rohani dan fizikal. Bagi ibu pula tanggungjawab utamanya ialah memastikan kelancaran dalam sistem rumah tangga yang disulami perasaan kasih sayang dan hormat menghormati. Mungkin perkara ini bagi setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah terlalu arif dan tidak perlu untuk dibahaskan lagi.

Batu asas dalam pembentukkan sesebuah keluarga bahagia bukan hanya sekadar terletak pada nama rumah tangga sahaja. Tetapi ianya meliputi setiap ahli dalam rumah tangga itu dan apakah matlamat yang ingin dicapai melalui pembentukkan rumah tangga tersebut. Antara objektif utama berumah tangga adalah untuk melahirkan insan-insan pemangkin generasi rabbani yang dapat membangunkan ummah pada masa akan datang. Justeru, komitmen yang tinggi amat dituntut dari segi kefahaman yang menyeluruh sama ada dari aspek silaturrahim dan nilai persefahaman yang tinggi.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

2.2 2.2.1

KEJAYAAN LEPAS PROGRAM KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA 2006 (KKB06) Program Karnival Keluarga Bahagia 2006 dilaksanakan pada 29 Mac 2006

hingga 1 April 2006 bertempat di Padang Utama Universiti Multimedia, Melaka. Program KKB06 mempunyai seramai 14 orang ahli jawatankuasa induk dan sepasukan komiti semasa hari berlangungnya program dalam menyempurnakan misi KKB06. Pengajuran pertama KKB06 ini membawa tema Tradisional Mengeratkan Ukhwah. Program KKB06 merupakan anjuran dan pengelolaan sepenuhnya oleh Institusi Usrah, MMU Melaka dan melibatkan seluruh warga MMU Melaka termasuk staff, pelajar, dan penduduk sekitar. Pembukaan pra karnival telah dirasmikan oleh Exco Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Negeri Melaka. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Jualan Mega 7 biro dari Institusi Usrah, kelab-kelab lain di kampus dan peniaga di sekitar Bukir Beruang. Di samping itu juga, terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dirangka khas bagi memeriahkan lagi KKB06. Antara aktiviti sampingan adalah bengkel tulisan khat yang dikendalikan oleh tenaga pakar dan berpengalaman, pameran produk halal yang berkolaborasi dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan beberapa syarikat lain, serta beberapa siri permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, konda kondi, dan sepak raga. Perlawanan persahabatan bola sepak turut diadakan antara pelajar, staff, dan masyarakat sekitar yang bertujuan mengeratkan lagi tali silaturrahim di samping mengutamakan sukan sebagai gaya hidup sihat. Selain itu, satu slot forum perdana juga telah diadakan yang bertajuk Keluarga Bahagia Kini Hanya Tinggal Nama. Pada hari kemuncak KKB06, pelbagai acara menarik telah diadakan bertujuan memupuk semangat kekeluargaan. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, pertandingan gubahan bunga khusus untuk pasangan suami isteri, pertandingan menarik teh, sejadah kreatif, dan sukaneka untuk seisi keluarga.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

2.2.2

KARNIVAL KELURGA BAHAGIA 2007 (KKB07)

Program Karnival Keluarga Bahagia 2007 dilaksanakan pada 14 Mac 2007 hingga 17 Mac 2007 bertempat di CLC Concourse dan Main Hall Univerisit Multimedia, Melaka. Program KKB07 mempunyai seramai 14 orang ahli jawatankuasa induk dan sepasukan komiti semasa berlangsungnya program dalam menyempurnakan misi KKB07. Pengajuran KKB07 buat kali kedua ini membawa tema Seutuh Untaian Kasih yang berkonsepkan Ekspo Pertanian Dan Keusahawanan. Program KKB07 juga

merupakan anjuran dan pengelolaan sepenuhnya oleh Institusi Usrah, MMU Melaka dan melibatkan seluruh warga MMU Melaka termasuk staff, pelajar, dan penduduk sekitar. Program pra karnival telah diadakan pada 10, 11, 13 hingga 16 Mac 2007 yang telah dirasmikan oleh YB DatoAwaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembau, Negeri Sembilan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Talk Show Pertanian dan Perladangan, pameran, dan ekspo daripada beberapa badan kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pertanian Negeri, Institusi Bioteklnologi, Rumahku Syurgaku, dan NBM Sdn. Bhd. Di samping itu, beberap slot forum pertanian juga telah diselitkan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang selok-belok pertanian kepada golongan yang telah disasarkan. Antara pengisian forum ialah slot bersama Encik Mohamad Bin Azoddin yang merupakan Pengarah Cengai Indah Sdn. Bhd yang membawakan topik Pertanian & Perladangan. Slot forum yang kedua pula menampilkan Cik Nur Baizura Mohamad yang merupakan Pengurus NBM Indah Trading (Perunding Tanaman Matanaga) yang telah membawakan topik Bagaimana Ingin Menjadikan Graduan Siswazah sebagai Usahawan yang Berjaya. Slot forum yang ketiga pula telah

menampilkan Encik Khairi dari Bussines Malaysia.com yang membawakan topik Langkah-langkah Menjadi Usahawan yang Berjaya.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

2.3

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA 2012 (KKB12)

Setelah kejayaan 2 tahun berturut turut penganjuran program Karnival Keluarga Bahagia iaitu KKB06 dan KKB07, kini kami rasa terpanggil untuk kembali menghangatkan semula jalinan silaturrahim antara pelajar, staff MMU, dan penduduk sekitar kawasan Bukit Beruang, Melaka. Oleh itu, kami pelajar-pelajar dari Universiti Multimedia dibawah kelolaan Institusi Usrah, Universiti Multimedia dengan penuh rasa teruja dan terpanggil untuk membawakan semula tradisi kami di sini dengan memperkenalkan satu lagi program kesinambungan KKB yang lepas iaitu Karnival Keluarga Bahagia 2012 (KKB12) dengan bertemakan Menyingkap Tabir Bahagia. Tujuan utama program KKB12 pada kali ini adalah untuk memberi kesedaran tentang peranan setiap generasi dalam sesebuah institusi kekeluargaan untuk melahirkan ummah gemilang yakni generasi impian syurga. KKB12 juga berfokuskan kepada usaha melahirkan Muslim Versatile yang berkebolehan dalam semua bidang di samping mengeratkan silaturrahim yang telah lama terjalin antara pelajar, staff MMU, dan penduduk sekitar Bukit Beruang. Beberapa slot pengisian dan aktiviti kekeluargaan telah dirangka dan disusun atur selari dengan objektif program. KKB12 kini tampil semula dengan membawakan sedikit kelainan pada konsep dan gerak kerja program. Insya-Allah, KKB12 akan menampilkan slot-slot khas yang lebih tertumpu kepada ke arah melahirkan generasi ataupun ummah terbilang melalui institusi kekeluargaan itu sendiri. Justeru, konsep ini bertepatan dengan senario yang berlaku pada hari ini yang memandang institusi kekeluargaan dengan kaca mata dan skop penilaian yang lebih luas, merangkumi pelbagai aspek termasuklah rohani, emosi, intelek, dan jasmani. Daripada peranan pasangan suami isteri hinggalah kepada cahaya mata. Setiap individu dalam sesebuah keluarga itu menggalas tanggungjawab tersendiri ke arah melahirkan baiti jannati yakni rumahku syurgaku.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

3.0

KONSEP Konsep kekeluargaaan konsep utama program Karnival Keluarga Bahagia 2012 (KKB 12) ini adalah mewujudkan satu wadah buat seisi keluarga bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang karnival ini berlansung. Konsep ukhuwah membina jambatan ukhuwah di antara staff-staff Multimedia Universiti kampus Melaka walaupun berlainan jabatan bersama-sama pelajar Multimedia Universiti sendiri dan juga masyarakat luar yang tinggal di sekitar kawasan kampus Multimedia Universiti. Konsep pendidikan memberi pendedahan dari aspek pengurusan dan pengalaman serta ianya memberi impak yang positif kepada perkembangan minda mahasiswa/i Universiti Multimedia.Selain itu, program ini juga cuba memberi input dari aspek kefahaman islam dan hala tuju kepada salah satu golongan sasaran untuk program ini iaitu golongan belia dan pelajar-pelajar sekolah. Konsep Dakwah Sesuai dengan peranan Institusi Usrah sebagai sebuah persatuan Islam di bumi Universiti Multimedia yang membawa mesej tarbiyyah untuk disampaikan kepada segenap lapisan masyarakat di dalam Universiti Multimedia khususnya dan juga kepada masyarakat luar, kesemua program yang disusun jelas memperlihatkan keindahan institusi kekeluargaan Islam itu sendiri.

3.1

3.2

3.3

3.5

3.4

Sebagai generasi muda negara Malaysia, program ini jelas sekali memperlihatkan mahasiswa-mahasiswi Multimedia Universiti peka akan kepentingan aspek kekeluargaan yang menekankan akan hubungan kekeluargaan yang erat dalam membentuk masyarakat harmoni di dalam era globasasi ini.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

4.0

OBJEKTIF

4.1

Melahirkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang peranan setiap ahli keluarga untuk menjana sinergi dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dengan memberi pendedahan tentang keindahan institusi kekeluargaan dalam Islam dan menarik masyarakat untuk mengamalkan cara kekeluargaan Islam yang sebenarnya.

4.2

Mengeratkan silaturrahim antara warga Universiti Multimedia dan masyarakat setempat di sekitar kawasan Bukit Beruang melalui aktiviti-aktiviti sepanjang karnival berlangsung.

4.3

Melatih mahasiswa/i yang terlibat secara langusng sepanjang pelaksanaan program Karnival Keluarga Bahagia 2012 ini dari aspek pengurusan sebuah program dan mendedahkan kepada mereka tentang pengalaman berurusan dengan pelbagai pihak demi menjayakan program ini di samping melahirkan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat sekeliling.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

5.0

PENGANJUR

Anjuran Institusi Usrah (Kampus Melaka), Universiti Multimedia dengan kerjasama jawatankuasa induk KKB12. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 pelajar ijazah Sarjana Muda dari pelbagai bidang pengajian, 2 koordinator program yang terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda dari pelbagai bidang , dan 2 penasihat program yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai STAD.

6.0

TEMA

Menyingkap Tadbir Bahagia Tema ini dipilih kerana setelah sekian lama Institusi Usrah tidak menganjurkan program yang menjadi penantian ramai ini, program ini akan dianjurkan semula pada tahun hadapan dan pastinya lebih banyak aktiviti menarik akan dibawakan khas untuk warga Universiti Multimedia dan juga masyarakat luar sekitar kawasan kampus khasnya dan sekitar Melaka amnya.

7.0

PERLAKSANAAN

Tarikh Tempat

: 22 Mac 2012 hingga 25 Mac 2012. : Sekitar Universiti Multimedia Kampus Melaka.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

8.0

CADANGAN AKTIVITI Forum Perdana Sayang Sampai Syurga Membawa tema Sayang Sampai Syurga (3S), forum perdana ini mensasarkan golongan suami isteri dan ibu bapa sebagai kumpulan sasaran utama bagi program sempena malam pembukaan Karnival Keluarga Bahagia 2012 (KKB 12). Forum perdana ini akan mebawakan penceramah terkenal, Professor Dr. Muhaya, seorang penceramah bebas dan juga ahli psikologi kekeluargaan yang akan mengupas isu-isu kekeluargaan dari perspektif agama dan juga psikologi. Mempunyai beberapa slot sendiri di media elektronik seperti di IKIM.fm, beliau mampu menarik sejumlah hadirin untuk hadir ke forum perdana pada malam tersebut. Forum perdana ini akan menfokuskan kepada cara membina hubungan kekeluargaan yang harmoni dan bahagia dan seterusnya cara-cara untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan tersebut dalam usaha membina masyarakat rabbani yang menjadikan institusi kekeluargaan sebagai wadah melahirkan masyarakat yang sihat dan tidak terjebak dalam gejala sosial.

8.1

8.2

Bengkel Solat Bagi peringkat umur kanak-kanak dan remaja, bengkel ini akan menfokuskan kepada Kem Solat dimana aspek solat akan diberi penekanan kepada mereka dalam membina asas fardhu ain yang mampan dalam kalangan generasi muda. Sesuai dengan firman Allah swt. di dalam kitab suci Al-Quran, Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kemungkaran.. (Al-Ankabut:45). Bengkel solat akan mensasarkan seramai 80 orang pelajar sekolah yang akan didatangkan khas dari sekolah sekitar Bukit Beruang dan 20 orang anak staf serta masyarakat setempat. Bengkel solat yang bertemakan Muslim Bersahsiah akan dijalankan secara LDK supaya mesejnya lebih muda disampaikan kepada golongan sasaran.

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

8.3

Pertandingan Nasyid Jemputan Sejajar dengan tema pada kali ini, KKB12 kini muncul dengan sedikit kelainan dengan membawakan satu lagi aktiviti khas iaitu pertandingan nasyid jemputan. Pertandingan nasyid ini akan berfokus kepada sekolah - sekolah yang aktif dalam bidang nasyid. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk membuktikan

bahawa Islam itu indah dan mencakupi pelbagai aspek. Nasyid juga merupakan salah satu elemen Islam yang berbentuk hiburan yang tidak melampau di samping membawa mesej - mesej tarbiah untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Pertandingan nasyid kali ini juga akan membawakan tema kekeluargaan dan akan diiringi oleh persembahan marhaban daripada Kumpulan Yasin Wanita (KYW) kawasan Bukit Beruang. Hari Kemuncak Ekspo Kekeluargaan 1,2,3 Sayang Semuanya! Kemuncak ekspo kekeluargaan yang bertemakan 1,2,3 Sayang Semuanya! mensasarkan keseluruhan ahli keluarga daripada ibu bapa

8.4

hinggalah kepada anak-anak. Aktiviti menarik yang berupa sukaneka antara keluarga, kelas memasak, kelas dekorasi kek, kelas dekorasi bunga, kelas dekorasi hantaran, pertandingan mewarna, pertandingan bayi cerdik bayi comel, dan pelbagai lagi aktiviti telah disusun rapi bagi memastikan objektif utama program ini tercapai. Mengambil konsep Jom Heboh anjuran TV3, pada hari itu juga akan diadakan eskpo yang akan menjemput peniaga-peniaga luar bagi mempromosikan produk mereka. Bakal dihoskan oleh salah sebuah kumpulan nasyid terkenal tanah air, UNIC, ekspo kekeluargaan ini dijangka akan dapat menarik minat segenap warga Universiti Multimedia untuk bersama-sama hadir dan memeriahkan program ini.

10

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA: 22 MAC 2012 (KHAMIS) Program: Forum Perdana Sayang Sampai Syurga (3S)

7.45 malam : 8.00 malam :

Ketibaan para tetamu jemputan Ketibaan VIP dan div-div kehormat - Tuan Haji Zamzuri bin Abdul Majid - Professor Dr. Muhaya - Wardina Saffiyah - Ustaz Najib bin Khasim - Pengerusi Jawatankuasa Kampung kawasan Bukit Beruang

8.15 malam : 8.20 malam : 8.30 malam : 8.35 malam : 8.40 malam : 8.50 malam : 8.55 malam :

Kata alu-aluan oleh pengerusi majlis Bacaan ayat suci Al-Quranul Karim Bacaan doa Ucapan pengarah program Ucapan dan perasmian pembukaan oleh Tuan Haji Zamzuri Persembahan Montaj dan gimik perasmian Forum perdana bermula Ahli Panel : - Professor Dr. Muhaya - Wardina Safiyyah

10.45 malam : 10.55 malam : 11.05 malam : 11.15 malam : 11.45 malam : 12.00 malam :

Sesi soal jawab Persembahan video program sepanjang KKB12 Persembahan nasyid daripada SMKA Sultan Muhammad Majlis Bersurai (Jamuan ringan VIP) Mesyuarat komiti (post-moterm) Rehat

11

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

HARI KEDUA: 24 MAC 2012 (SABTU) Program: Bengkel Solat Muslim Bersahsiah

7.30 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 8.45 pagi 9:00 pagi 10.30 pagi 10.45 pagi

: : : : : : :

Ketibaan pelajar Pendaftaran peserta di khemah urusetia Taklimat peserta di khemah urusetia Bergerak ke lokasi bengkel Slot 1 bengkel Minum pagi Slot 2 bengkel Makan tengah hari dan solat zohor

12.30 t/hari :

HARI KEDUA: 24 MAC 2012 (SABTU) Program: Pertandingan Nasyid Jemputan

7.30 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 8.45 pagi 9.00 pagi 9.20 pagi

: : : : : :

Ketibaan pelajar Pendaftaran peserta di khemah urusetia Taklimat peserta di khemah urusetia Bergerak ke lokasi pertandingan Ucapan pembukaan pengrusi majlis dan syarat pertandingan Pertandingan nasyid bermula (6 sekolah) Penutup dan penyampaian hadiah Majlis bersurai

12.30 t/hari : 1.00 petang :

12

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

HARI KEDUA: 24 MAC 2012 (SABTU) Program: Hari Kemuncak Ekspo Kekeluargaan 1,2,3 Sayang Semuanya!

7.30 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 11.00 pagi

: : : :

Penyediaan booth Taklimat komiti dan vendors Demonstrasi dan pertandingan gubahan bunga Demonstrasi dan pertandingan dekorasi cup cake Solat zohor Pertandingan mewarna kanak - kanak Pertandingan memasak (suami dan isteri)

1.00 petang : 2.00 petang :

4.30 petang : 6.00 petang :

Perlawanan persahabatan (futsal dan bola jaring) Majlis bersurai

HARI KETIGA: 25 MAC 2012 (AHAD) Program: Hari Kemuncak Ekspo Kekeluargaan 1,2,3 Sayang Semuanya!

7.30 pagi 8.00 pagi

: :

Penyediaan booth Senamrobik - muslimin (president square) - muslimat (aeroart room)

9.00 pagi 10.00 pagi

: :

Eksplorasi Sukaneka - Pertandingan bayi comel - Pertandingan teh tarik

11.30 pagi

Majlis penutup Majlis bersurai

1.00 petang :

13

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

HARI KETIGA: 25 MAC 2012 (AHAD) Program: Majlis Perasmian Penutupan Karnival Keluarga Bahagia (KKB 12)

11.30 pagi 11.45 pagi

: :

Ketibaan para tetamu jemputan Ketibaan VIP dan div-div kehormat - Prof. Dato Dr Muhamad Rasat Bin Muhamad - Tuan Haji Zamzuri bin Abdul Majid - Ustaz Najib bin Khasim - Pengerusi Jawatankuasa Kampung kawasan Bukit Beruang

12.00 tgh/hari : 12.05 tgh/hari : 12.10 tgh/hari : 12.15 tgh/hari : 12.25 tgh/hari : 12.30 tgh/hari : 12.50 tgh/hari :

Kata alu-aluan oleh pengerusi majlis Bacaan doa Ucapan presiden Institusi Usrah Ucapan perasmian penutupan oleh Prof. Muhamad Rasat Persembahan Montaj program Karnival Keluarga Bahagia Majlis penyampaian hadiah Majlis Bersurai

14

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

10.0

LOKASI

10.1 10.2 10.3 10.4 10.5

Forum Perdana Bengkel Solat Pertandingan Nasyid Jemputan Ekspo Dua Hari Majlis penutup

: Exam Hall / President Square : Exam Hall : Main Hall / President Square : President Square / CLC Concourse : President Square / CLC Concourse

15

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

11.0

BELANJAWAN PERKARA JUMLAH UNIT HARGA PER UNIT JUMLAH

Forum Penceramah Bengkel Konsultan Kem Solat Karnival Tenaga pengajar demo-masakan Tenaga pengajar dekorasi kek Tenaga pengajar gubahan bunga Instructor senamrobik Makanan Peserta Komiti KKB 12 Makanan VIP/VVIP Bahan Bercetak Buku Program Alat Tulis T-Shirt T-shirt Korporat Suite 50 15 RM 20.00 RM 60.00 RM 1000.00 RM 900.00 RM 500.00 20 RM 8.00 RM 160.00 RM 100.00 160 100 15 RM 10.00 RM 10.00 RM 7.00 RM 1600.00 RM 1600.00 RM 105.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 1000.00 2 RM 2000.00 RM 4000.00

Booklet (4 minggu) Promosi dan Publisiti Banner Flyers Backdrops Tag Nama Komiti 3 100 RM 100.00 RM 2.00 6 RM 100.00

RM 600.00 RM 100.00 RM 300.00 RM 200.00

16

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

Bunting Cenderahati dan Hadiah Juri Hakim Sijil Peserta VVIP/VIP Hamper Lain-Lain Kanopi Meja dan kerusi Sound System Aktiviti-Aktiviti Kecemasan

50

RM 35.00

RM 1750.00

10 160 15

RM 10.00 RM 2.00 RM 20.00

RM 100.00 RM 320.00 RM 300.00 RM 700.00

15 20 1

RM 100.00 RM 50.00

RM 1500.00 RM 1000.00 RM 2000.00 RM 1000.00 RM 300.00

RM 2000.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 21535.00

17

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

12.0

JAWATANKUASA PENGANJUR

Penaung Penasihat 1 Penasihat 2 Koordinator Pengarah Timbalan Pengarah 1 Timbalan Pengarah 2 Setiausaha Bendahari

: Prof Dato Dr Muhamad Rasat bin Muhamad : Datuk Hajah Rabiyah Haji Ali : Puan Fauzianita Bt Mohd Yusoff : Mohd Rezal bin Mohd Daud : Mukamil bin Abdul Razak : Akbar Nursyahbani Putikeswara Al-Bustami : Zulaikha bt Sham : Nur Syaliana bt Mohd Soffian : Wan Nurul Amierah bt Che Abdul Ghani

EKSEKUTIF-EKSEKUTIF BIRO

Ketua Biro Pemasaran Ketua Biro Tajaan Ketua Biro Aktiviti Ketua Biro Teknikal Ketua Biro Hubungan Luar Ketua Biro Publisiti Ketua Biro Tugas- Tugas Khas

: Zabedah Ekawahyuny Bt Mahathir : Nur Syerina Izzati bt Mohamad Hisham : Nurul Farhanis binti Anuar : Abdul Halim Bin Abdul Kadir : Muhammad Firdaus Bin Abdul Razak : Abdurrahman bin Azhar : Nur Shaheeda bt Mohd Zaki

18

KARNIVAL KELUARGA BAHAGIA ************************************************************************

2012

13.0

PENUTUP

Jawatankuasa KKB12 berharap agar penerangan tentang program KKB12 ini dapat memberi gambaran kepada pihak tuan. Sekaligus, mendapat sumbangan dalam merealisasikan hasrat murni kami untuk perkembangan sahsiah diri di samping meningkatkan kualiti kemahiran sebagai mahasiswa/i Universiti Multimedia, Malaysia. Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan diharap dapat membantu dalam usaha memperbanyakkan ilmu pengetahuan serta pengalaman di kalangan pelajar Universiti Multimedia serta dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja berkaliber dan berketerampilan dalam mengendalikan sesuatu projek malah mempunyai sahsiah yang baik Disediakan Oleh:

MUKAMIL BIN ABDUL RAZAK Pengarah Karnival Keluarga Bahagia 2012 (KKB12) Institusi Usrah 2011/2012 Universiti Multimedia (Kampus Melaka)

Diluluskan oleh:

TUAN HAJI ZAMZURI BIN ABDUL MAJID Pengarah Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan Universiti Multimedia (Kampus Melaka)

19

You might also like