You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT MODEL ASSURE

Guru

: Siti Hajar Binti Harun Nor Izzah Binti A. Karim Norshafinah Binti Mohd Yusoff

Tahun : Prasekolah (6 tahun ) Tunjang: Tunjang Kerohanian, ( Pendidikan Moral ) Tema Tajuk Masa : Diri Saya : Keluarga Saya : 60 minit

Analisis Pelajar 1. 2. 3. 4. 25 orang pelajar prasekolah 10 lelaki/ 15 perempuan 5-6 tahun Keadaan kanak-kanak dalam kelas: 1 orang kanak-kanak hiperaktif Pelajar yang sederhana Pelajar yang pasif Pelajar yang suka membuat penerokaan dan menggunakan benda maujud. 5. Kanak-kanak sudah boleh membaca. Kanak-kanak juga mempunyai pengalaman dalam pembelajaran. 6. Gaya Pembelajaran: Pembelajaran secara visual Pembelajaran secara kinestatik Pembelajaran secara penerokaan dan hands-on. Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak dapat: Murid dapat menanamkan sikap sayangkan keluarga terutamanya terhadap ibu dan bapa.

Pemilihan Kaedah, Media, Dan Bahan - Media : Video dan audio - Bahan : Lembaran kerja, warna - Kaedah : Berpusatkan murid dan kumpulan kecil Penggunaan Kaedah, Media Dan Bahan Murid-murid dipaparkan dengan video tentang kasih sayang ibu dan ayah serta pengorbanan mereka. Murid diagihkan kepada kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti main peranan sebagai sebuah keluarga. Murid dikehendaki mewarnakan gambar ibu dan ayah pada lembaran kerja yang diberikan.

Tindak Balas Pelajar Set induksi Guru menayangkan video tentang kasih sayang ayah dan ibu. Langkah 1: 1. Guru menceritakan tentang pengorbanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak. 2. Guru menanamkan sikap sayangkan ibu dan bapa dalam diri murid-murid seperti mendengar kata kedua ibu dan bapa. 3. Murid diingatkan supaya sentiasa hormat kepada ibu dan bapa serta ditunjukkan contohcontoh kepada kanak-kanak cara untuk menyayangi kedua ibu dan bapa, antaranya salam dan cium kedua ibu bapa sebelum pergi ke sekolah. Langkah 2: 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2. Setiap kumpulan perlu melakonkan peranan sebagai sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik. 3. Setiap kumpulan persembahkan aktiviti ini dihadapan kelas. Penutup: 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada kanak-kanak untuk mewarnakan gambar ibu bapa serta memilih jawapan yang tepat cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada kedua ibu

bapa. 2. Murid-murid dapat menyanyikan lagu Sayang Keluarga Saya bersama-sama guru.

Menilai dan Menyemak Semula Guru dapat menilai murid-murid melalui peranan yang dilakonkan oleh murid-murid. Melibatkan penglibatan aktif kanak-kanak melalui aktiviti main peranan yang dilakukan. Menanam sikap sayang kepada kedua ahli keluarga. Membentuk sikap bekerjasama, bertolak ansur dan sikap intrapersonal yang tinggi.

You might also like