You are on page 1of 2

ILMU PENGETAHUAN BAHARU

Sepanjang seminggu saya menjalani aktiviti PBS di sekolah, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan baharu yang tidak ternilai harganya melalui pelbagai kaedah, contohnya melalui pemerhatian, senarai semak, dan temu bual.

PEMERHATIAN
Dengan menggunakan kaedah pemerhatian semasa menjalani PBS, saya telah memperoleh pelbagai maklumat yang amat berguna bagi membolehkan saya menyempurnakan laporan dan portfolio PBS saya. Sepanjang seminggu saya

menjalani aktiviti PBS dalam sekolah, saya banyak menggunakan kaedah ini untuk mengumpul maklumat yang diperlukan terutamanya sekolah itu sendiri dan mendapatkan maklumat sekolah pada setiap guru di sekolah itu.

Bagi memperoleh maklumat yang diperlukan, saya mesti memerhati dengan teliti. Secara keseluruhannya, saya telah belajar banyak tentang cara untuk

menjalankan pemerhatian agar dapat mendapatkan apa yang diperlukan dalam menulis laporan PBS.

SENARAI SEMAK
Senarai semak juga merupakan salah satu kaedah yang telah saya gunakan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan semasa menjalani aktiviti PBS di sekolah. Dengan berpandukan pada senarai semak yang telah direka, saya

berusaha mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan tersebut dengan menggunakan sebagainya. cara penggambilan gambar, temu bual, pemerhatian, dan

Selain itu, saya juga berusaha memperoleh maklumat-maklumat yang diperlukan daripada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru sekolah. Bagi

maklumat-maklumat tertentu, contohnya sejarah sekolah, carta organisasi sekolah, peranan pihak pengurusan dan guru sekolah, dan sebagainya, hanya sesetengah guru yang mempunyai maklumat-maklumat tersebut. Bagi mendapatkan maklumat-

maklumat ini, saya telah memberanikan diri untuk meminta maklumat berkenaan daripada pihak berkenaan seperti kerani sekolah, guru PK 1, guru PK HEM, guruguru, dan kakitangan sekolah yang lain.

TEMU BUAL
Saya juga telah banyak menjalankan temu bual dengan pihak pengurusan sekolah, guru-guru sekolah, dan murid-murid semasa menjalani PBS di sekolah bagi memperoleh maklumat yang diperlukan. Bagi memastikan temu bual saya berjalan dengan lancar, saya telah berbincang dengan rakan-rakan tentang jenis soalan yang sesuai untuk diajukan semasa temu bual.

Semasa sesi temu bual dijalankan, saya telah memperoleh dan menguasai teknik mendengar dan mendapatkan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk temu bual tersebut. Saya juga terpaksa memberanikan diri untuk menjalankan temu bual dengan guru-guru dan pihak pengurusan sekolah walaupun saya agak takut dan malu pada mulanya untuk melakukan sedemikian.

Selain itu, saya juga mempelajari tentang teknik-teknik mengajukan soalan secara bersopan kepada responden saya. Dengan kata lain, saya belajar tentang cara berkomunikasi yang betul dan bersopan dengan orang lain. Dengan

mengamalkan nilai-nilai murni semasa berkomunikasi dengan orang lain, mereka akan membantu kita mencapai matlamat dan tujuan dengan hati yang rela.

You might also like