You are on page 1of 5

TEORI KOGNITIF

1. Pengertian
Teori pembelajaran kognitif merupakan penambahan pengetahuan dalam ingatan
jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Setiap
orang telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam dirinya dalam bentuk
struktur kognitif. Proses belajar menjadi mudah jika pengetahuan baru dapat
diadptasi dengan struktur kognitif yang telah dimiliki.
2. Pelaksanaan di dalam kelas
Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan
perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara
pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian masalah yang dihadapi.
Pelaksanaan teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran
murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran
kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi membantu
dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat
merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan
melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang
sedia ada. Misalnya, kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Dengan pengetahuan yang ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak
akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
Selain itu, pelaksanaan teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat
semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia
dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang
berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka
masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut
tahap atau pun tingkat umur mereka.
Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi
pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan
melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanakkanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula

tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang
mereka miliki ketika di prasekolah. Oleh sebab itu, pembelajaran kognitif yang lain
ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanakkanak.
Oleh yang demikian, isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini
demikian pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau
pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isiisi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di
prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada
pengetahuan asas tentang kemahiran 4M.
3. Kekuatan
- Dapat meningkatkan motivasi
- Dapat meningkatkan kemampuan murid untuk menyelesaikan masalah
- Dapat membantu guru untuk mengenal murid secara individu sehingga dapat
-

mengembangkan kemampuan murid


Dapat melihat tingkat perkembangan kognitif manusia mulai dari bayi hingga
dewasa sehingga memudahkan untuk memilih pelajaran yang tepat bagi anak di

usia tertentu
Dapat mempelajari bahan pembelajaran yang rumit untuk menyelesaikan dan
untuk mencipta idea baru

4. Kelemahan
1. Pada dasarnya teori kognitif menekankan kemampuan ingatan individu, sehingga
setiap individu dianggap mempunyai daya ingatan yang sama atau tidak berbeza.
2. Adakalanya tidak menekankan cara individu dalam mengeksplorasi/
mengembangkan serta cara-cara memperoleh pengetahuan kerana pada dasarnya
masing-masing mempunyai cara yang berbeza.
3. Jika hanya teori kognitif dipraktikkan tanpa pengamalan teori pembelajaran lain,
murid akan sukar dalam pengamalan kegiatan praktikal/hands-on.
4. Penerapan teori kognitif perlu diambil kira kemampuan murid untuk
mengembangkan pengetahuan yang diperolehinya.
5. Kritikan terhadap teori
(i)
Isu-isu Berkaitan Teori Piaget
Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang
Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkatperingkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan
perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama

berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan
teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan
struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan
kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh
Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak
melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus,
maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu,
mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set
operasi yang sama.
Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu
yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia
sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan
berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier
dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak
sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada
pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.Dari segi
metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam
kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu,
kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi
daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

(ii)

Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)

Piaget telah member sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi
penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun
ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa
kelemahan seperti berikut:

Ketidaksempurnaan
Piaget telah memberi kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif
kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan
tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirical, istilah-istilah
penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap perkembangan
kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak
menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam
keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah menyarankan
bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa,
penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman
mereka.
Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang criteria pada setiap tahap
tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepda tahap yang lain.
Piaget lebih Berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan
pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilakan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan
bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada
apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukan bahawa kanak-kanak
praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget.
Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan konsep
yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak
tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan
kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak
terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi
ternyata berjaya memberi jawapan yang betul.

Disediakan oleh :
1 Ainul Munirah binti Mohamad
2 - Azma binti Abdul Aziz
3 - Nur Hazimah binti Abdul Razak
4 Nurul Aina binti Zolkifle
5 Siti Nur Fasiha binti Hanafi

You might also like