You are on page 1of 6

1

KAJIAN TENTANG PERANCANGAN PENGELUARAN, PERSEKITARAN


PERNIAGAAN DAN CAMPURAN PEMASARAN YANG DIGUNAKAN OLEH
PRODUK KICAP KIPAS UDANG DI MALAYSIA.

ABSTRAK
2

1.0 PENGENALAN

Menurut James A.F Stoner dan Charles Wankel dalam buku mereka ‘Management’
mentakrifkan bahawa perancangan sebagai satu garis panduan yang dirangka oleh pihak
atasan sesebuah organisasi bagi mencapai maksud asal penubuhannya. Pada masa yang
sama, perancangan membantu pihak pengurusan organisasi menentukan arah tujuan
organisasi, memutuskan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan mengenai – apa, bila
dan bagaimanakah pelan perancangan akan dilaksanakan dan siapa yang akan
melakukannya. Stoner dan Wankel juga melontarkan pandangan bahawa ’perancangan
tanpa pelaksanaan adalah satu perbuatan yang sia-sia.’ Menurut kamus dewan bahasa
edisi keempat pula, pengeluaran didefinisikan sebagai perbuatan atau hal mengeluarkan
(menghasilkan).

Syarikat Zara Food Industri mengeluarkan pelbagai produk yang mengikut cita rasa
masyarakat tempatan. Antaranya, kicap, sos tomato, sos cili dan jem kaya yang
menggunakan jenama utama Syarikat Zara Food iaitu cap kipas udang. Pengkaji memilih
kicap cap kipas udang sebagai produk kajian kerana produk ini telah banyak digunakan
oleh majoriti masyarakat tempatan dan mendapat sambutan hangat.

Sejarah kejayaan Syarikat Food Zara Indusri bermula 25 tahun yang lalu apabila
pengasasnya Datuk hj Lambak Mohamad memulakan perniagaan beliau dengan
menubuhkan Zara Food Industri dan mengeluarkan kicap secara kecil kecilandengan
menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenama kicapnya di sekitar kawasan Bandar
Johor Baharu. Kini, kicap kipas udang telah berkembang dan melangkau jauh ke Asia
Barat dan Negara-negara Asean. Jualan kicap kipas udang kini berjumlah RM6 juta
sebulan dan ini membuktikan bahawa Syarikat Zara Food telah berjaya mengembangkan
jenamanya di dalam dan luar Negara.

Pengkaji telah ditugaskan untuk melakukan kajian melalui tajuk yang diberi. Oleh itu,
pengkaji telah memilih syarikat Zara Food Industri yang mengeluarkan produk kicap
kipas udang sebagai skop kajian yang ingin dijalankan. Zara Food industri terlibat dalam
aktiviti pengeluaran kicap kipas udang secara besar-besaran di dalam dan luar Negara.
Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktivti pengeluaran yang dilakukan oleh
syarikat Zara Food Industri.

Pengkaji memilih produk berdasarkan tajuk yang diberi iaitu berkaitan proses dan
perancangan produk kicap kipas udang. Pengkaji juga ingin mengetahui factor yang
mempengaruhi persekitaran perniagaani serta elemen campuran pemasaran yang
digunakan ke atas produk kicap kipas udang yang dikeluarkan oleh Syarikat Zara Food
Industri.
3

Tujuan pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui adakah syarikat Zara
Food Industri menjalankan pengeluaran produk kicap kipas udang dengan betul dan
menepati spesifikasi yang ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


4
5
6

You might also like