You are on page 1of 3

KUMPULAN 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

SLOT :
NAMA TADIKA : Prasekolah Cemerlang
TARIKH : 29.8.2019
MASA : 40 minit (9.30 – 10.10 Pagi)
BIL. KANAK-KANAK : 25 Orang
MODUL : Bertema
TUNJANG : Komunikasi Bahasa Melayu
KESEPADUAN TUNJANG : Kreativiti dan Estetika
TEMA : Dunia Teknologi (Pekerjaan)
STANDARD KANDUNGAN : BM 1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons secara gerak laku dan lisan.
KE 1.1 Menyanyikan lagu daripada pelbagai repertoir
STANDARD PEMBELAJARAN : BM 1.2.5 Mendengar dan melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.
KE 1.1.3 Menyanyikan lagu mengikut melodi
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid sudah tahu irama lagu ‘Rasa Sayang’
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Murid dapat mendengar dan melafazkan 2 daripada 3 rangkap pantun dengan intonasi yang
betul.
KEMAHIRAN BERFIKIR : Menjana idea
BAHAN BANTU MENGAJAR : Carta pantun, muzik ‘Rasa Sayang’, komputer riba, pembesar suara
NILAI : Berdisiplin, patuh
KOSA KATA : Guru, ilmu, bangsa, negara, cemerlang
KUMPULAN 11

MASA/ LANGKAH ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI YANG DIRANCANG BBM


Set Induksi Nyanyian ‘Rasa Sayang’ 1. Murid berada dalam bentuk bulatan. Muzik
(5 minit) 2. Murid diminta untuk menyanyikan lagu ‘Rasa Komputer riba
Sayang’ dengan gerakan yang telah dipelajari Pembesar suara
pada sesi PdP yang lepas.
Langkah 1 Lafaz pantun empat kerat 1. Murid mendengar guru melafazkan pantun empat Carta pantun
(10 minit) kerat.
Harum mewangi bunga melati, 2. Murid menyebut pantun tersebut mengikut guru.
Kembang mekar di pinggir desa,
Guru mencurah ilmu bakti,
Tanpa jemu mendidik bangsa.

Bunga kebangsaan si bunga raya,


Cantik dipandang tanpa jemu,
Saya sayang guru saya,
Guru mendidik penuh ilmu.

Busana indah buat rupawan,


Beli di kedai di tepi kuala,
Guru kemas cantik menawan,
Senyum manis umpama gula.
KUMPULAN 11

Langkah 2 Melagukan pantun 1. Murid mendengar guru menyanyikan rangkap Carta pantun
(20 minit) pantun mengikut irama lagu ‘Rasa Sayang’. Muzik
2. Murid menyanyikan rangkap pantun mengikut Komputer riba
irama lagu ‘Rasa Sayang’. Pembesar suara
3. Aktiviti dilakukan secara berulang mengikut
kumpulan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Penutup Persembahan terbaik 1. Kumpulan murid yang menguasai dipilih untuk Muzik
(5 minit) membuat persembahan nyanyian pantun di Komputer riba
hadapan rakan kelas. Pembesar suara
2. Pujian diberi kepada semua murid yang telah
berusaha bersungguh-sungguh.

You might also like