You are on page 1of 9

PERANAN GURU MATA MATAPELAJARAN SEJARAH DALAM PENERAPAN EKNS DI

SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Organisasi kurikulum mata pelajaran Sejarah terdiri daripada kesepaduan tiga komponen iaitu
pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah (KPS) serta elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik (EKNS). EKNS mula ditekankan dalam KSSR dan KSSM sebagai nilai tambah dalam
pembentukan kurikulum Sejarah. Sehubungan dengan itu, penulisan ini akan membincangkan
peranan guru mata pelajaran Sejarah dalam penerapan EKNS di sekolah, cabaran-cabaran
yang dihadapi dalam menerapkan EKNS dan cadangan bagi mengatasi cabaran-cabaran
yang timbul agar penerapan EKNS dapat direalisasikan dengan efektif dalam PdP mata
pelajaran Sejarah.

2.0 KSSR DAN PENERAPAN EKNS

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di


sekolah rendah bermula pada tahun 2014 di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Transformasi pendidikan ini adalah signifikan dalam konteks menjadikan mata
pelajaran Sejarah sebagai mendukung cita-cita murni bagi melahirkan generasi cemerlang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1 Penerapan EKNS dalam mata pelajaran
Sejarah memberi penekanan kepada aspek amalan dan penghayatan dalam kalangan murid
bagi membentuk dan melahirkan bangsa Malaysia yang mengetahui hak, tanggungjawab serta
peranannya sebagai warganegara.2 Antara tujuh dimensi kewarganegaraan yang ditekankan
dalam mata pelajaran Sejarah adalah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan
kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, tanggungjawab warganegara dan keterikatan
emosi kepada negara.3 Oleh yang demikian, guru mempunyai tanggungjawab merealisasikan
penerapan EKNS secara bersepadu dan terancang bagi mendukung aspirasi kerajaan untuk
melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan.

1
Zunaida Zakaria et.al. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Mata Pelajaran Sejarah: Perlaksanaan
dan Cabaran. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, November 5-7, 2015. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
2
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Penerapan dan penghayatan EKNS dalam mata pelajaran Sejarah
adalah signifikan bagi membentuk modal insan yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.
3
Ibid.

1
3.0 PERANAN GURU MATA PELAJARAN SEJARAH DALAM PENERAPAN EKNS

Peranan guru mata pelajaran Sejarah adalah mempraktiskan penerapan EKNS secara
berterusan di sekolah. Penerapan EKNS perlu dilaksanakan secara berterusan dan berstruktur
terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sejarah.
Sehubungan dengan itu, guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
tersusun dan terperinci yang mengandungi Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik (EKNS).4
Guru hendaklah mengajar kandungan mata pelajaran Sejarah berpandukan standard
pembelajaran dan disepadukan dengan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik semasa
melaksanakan PdP.5 Sebagai contoh, berdasarkan Tajuk 10: Negara Malaysia, guru dapat
menerapkan EKNS dalam mata pelajaran Sejarah melalui penghayatan prinsip-prinsip Rukun
Negara (Rujuk Lampiran pada Rajah 1). Guru akan membantu murid memahami kepentingan
Rukun Negara dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian
bagi membentuk perasaan cinta pada negara. Guru mata pelajaran Sejarah juga perlu bijak
mengintegrasikan dimensi kewarganegaraan dalam pelajaran. Dimensi kewarganegaraan
yang boleh diintegrasikan berdasarkan tajuk pelajaran ini adalah keterikatan emosi kepada
negara.6

Guru juga seharusnya membuat rujukan sebelum mengajar. Hal ini adalah penting bagi
memastikan isi pelajaran adalah bertepatan dan terkini. Misalnya, dalam Tajuk 12: Pencapaian
dan Kebanggaan Negara, guru dapat mengaitkan kejayaan atlet negara dalam usaha
mengharumkan nama Malaysia di persada dunia (Rujuk Lampiran pada Rajah 2). Sebagai
contoh, kejayaan atlet terjun negara iatu Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee yang meraih
tiket ke Sukan Olimpik 2020 selepas berjaya meraih pingat Perak pada Kejohanan Terjun
Dunia di Korea Selatan.7 Dimensi kewarganegaraan yang boleh diterapkan oleh guru adalah
perkongsian nilai.8 Keberkesanan mata pelajaran Sejarah bergantung kepada perancangan

4
Wong Mee Leng et.al. (2017). Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. EKNS perlu dirancangkan dalam Rancangan
Pengajaran Harian bersama dengan standard kandungan dan standard pembelajaran. EKNS tidak boleh diajar
berasingan iaitu tanpa sempadan dengan standard kandungan dan standard pembelajaran
5
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6.
6
Dimensi yang ketujuh ini mendorong murid untuk mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan
berusaha mempertahankan tanah air.
7
Utusan Online. Hakimi. 16 Julai. Kejayaan Atlet Perlu Jadi Inspirasi. Dicapai pada 4 Oktober 2019
https://www.utusan.com.my/sukan/kejayaan-atlet-terjun-perlu-jadi-inspirasi-1.937845.
8
Melalui dimensi kewarganegaraan ini, guru dapat menjelaskan penglibatan pelbagai kaum dalam bidang sukan
membolehkan rakyat Malaysia untuk bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain.

2
dan kualiti guru Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 9 Guru
mata pelajaran Sejarah yang baik seharusnya menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari
segi kualiti diri, sosial dan profesional di hadapan murid. Oleh yang demikian, guru seharusnya
menguasai pengetahuan, pedagogi dan isi kandungan mata pelajaran Sejarah. Hal ini adalah
signifikan agar penyampaian isi pelajaran kepada murid adalah tepat, jelas dan mencapai
objektif pembelajaran. Penentuan dan pemilihan kaedah pengajaran juga adalah sangat
penting kerana guru perlu berperanan untuk memastikan murid benar-benar memahami dan
mempraktikkan EKNS yang diterapkan. Guru perlu mendidik murid menghayati mata pelajaran
Sejarah dan bukan sekadar bagi memenuhi prasyarat lulus peperiksaan semata-mata.
Kelonggaran dan kerapuhan metodologi pengajaran guru akan memberi impak terhadap
pemahaman dan penghayatan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini akan
melumpuhkan matlamat guru bagi merealisasikan penerapan EKNS di sekolah.

Guru merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan berperanan membentuk kesedaran generasi muda mengenai
10
tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara. Proses sosialisasi dalam
membentuk perpaduan kaum di sekolah boleh diterangkan menerusi 3 cara, iaitu imitasi,
arahan dan motivasi.11 Dalam konteks ini, guru sebagai suri teladan kepada murid di sekolah
harus menunjukkan proses pembelajaran dengan imitasi yang memiliki sifat positif. Guru perlu
sentiasa menampilkan diri dengan tingkah laku yang positif terutamanya bersemangat tinggi
dalam penerapan EKNS tidak kira di dalam mahupun di luar bilik darjah. Segala tingkah laku
yang dilakukan oleh guru berupaya mempengaruhi sikap dan pembelajaran murid. 12
Sendainya seseorang guru memaparkan perlakuan positif di hadapan muridnya, nilai murni
baik yang ditunjukkan oleh guru di sekolah mudah diterapkan dalam jiwa murid dan sebaliknya.
Oleh itu, guru sebagai agen sosialisasi perlu sentiasa menampilkan diri dengan tingkah laku
yang baik dalam usaha menerapkan EKNS di sekolah.

9
Anuar et.al (2009). Tahap Keupayaan Guru Sejarah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid di Sekolah
Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia,32 (1):53-66.
10
Yong Hie Hie et.al. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum.
Akademika 88(2), 95-108.
11
Rush, M. & Althoff, P. (1971). An Introduction to Political Sociology. London: Nelson. Mekanisme imitasi
merupakan proses interaksi sosial seseorang atau sekelompok manusia meniru atau mengikuti perilaku orang lain
di persekitarannya. Imitasi merupakan mekanisme yang jelas dan penting pada zaman kanak-kanak.
12
Mariscal, D.C., Corredor, G.A. & Cabezas, M.F. (2014). Future Teachers’ Attitudes Towards Cultural Diversity,
Minorities and Gender Violence. Procedia Social and Behavioral Sciences 132: 497-503. Guru dapat menanamkan
nilai sosial dalam diri murid seperti demokrasi, persamaan, toleransi, kefahaman budaya, hormat-menghormati
dan kerjasama antara satu kaum dengan kaum yang lain.

3
Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk mengekspresikan pendirian
dan pandangan dalam pelbagai bentuk atau aktiviti semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran kewarganegaraan seperti menyatakan pendirian dan
membuktikan hasrat sebagai rakyat yang ingin mempertahankan negaranya daripada dikuasai
oleh kuasa asing akan dapat ditanamkan di dalam diri murid.13 Melalui cara ini, murid dapat
memahami kepentingan mata pelajaran Sejarah dan membentuk individu yang menghargai
sejarah bangsa dan negara. Murid akan dapat memahami bahawa sejarah itu amat berkaitan
dengan kehidupan serta dapat dijadikan panduan untuk menentukan arah masa depan. 14
Justeru itu, guru dapat menerapkan EKNS berdasarkan peristiwa-peristiwa Sejarah yang
dapat dijadikan sebagai teladan kepada murid agar kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang.15

Guru dapat menerapkan EKNS secara efektif dan berterusan sekiranya guru mengambil
inisiatif untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan guru panitia mata pelajaran Sejarah
dalam merancang pelbagai program di sekolah. Perkongsian pengetahuan dan kemahiran
bersama guru panitia mata pelajaran Sejarah membolehkan penerapan EKNS tidak hanya
diterapkan di dalam bilik darjah sahaja. Melalui program-program yang direncanakan seperti
Program Bulan Kemerdekaan, guru dapat merencanakan aktiviti perkongsian peristiwa
Sejarah bersama warga sekolah. Misalnya, tayangan filem yang berlatarkan patriotisme
seperti filem Leftenan Adnan. Tayangan filem seperti ini membolehkan murid berfikir dan
memahami sejarah serta perjuangan yang berkaitan dalam mempertahankan maruah bangsa,
negara dan agama. 16 Dengan ini, murid bukan sahaja dapat mengetahui kuasa luar yang
menjajah negara kita (dimensi kewarganegaraan perkongsian sejarah) malahan dapat
mengajar murid erti bersyukur atas nikmat kemerdekaan.

13
Norrizan Binti Seman. (2003). Perkembangan Pendidikan Sejarah di Semenanjung Malaysia (1874 hingga 2002).
Tesis Sarjana Muda, Universiti Malaya.
14
Murid dapat melihat sejarah masa lampau sebagai landasan dalam membina bangsa dan negara pada masa akan
datang.
15
Ibid.
16
Nor Hafidah Ibrahim, Melor Fauzita Md. Yusoff & Rohaya Md. Ali. (2018). Leftenan Adnan: Manifestasi
Penggunaan Retorik dalam Filem. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah 2 (1), 578-585.

4
4.0 CABARAN

Cabaran yang dihadapi oleh guru mata pelajaran Sejarah dalam mempraktiskan
penerapan EKNS secara efektif dan berterusan di sekolah adalah disebabkan oleh faktor masa.
Peruntukan masa selama 30 minit bagi satu sesi pengajaran mata pelajaran Sejarah adalah
tidak mencukupi untuk guru melaksanakan penerapan EKNS dengan baik.17 Terdapat kajian
yang turut menyatakan bahawa kekangan masa PdP mata pelajaran Sejarah menyebabkan
EKNS hanya dapat dilaksanakan pada aras pengetahuan sahaja.18 Namun demikian, guru
tidak seharusnya menjadikan faktor masa sebagai alasan untuk tidak menerapkan EKNS
secara bersepadu kerana elemen ini wajib diterapkan dalam PdP sebagaimana ianya
termaktub dalam kurikulum mata pelajaran Sejarah. Terdapat juga guru mata pelajaran
Sejarah yang kurang mahir dalam mengintegrasikan EKNS kerana tidak menguasai
pengetahuan isi kandungan mata pelajaran Sejarah. Keadaan menjadi semakin serius apabila
terdapat guru bukan opsyen Sejarah atau tidak berpengalaman mengajar mata pelajaran
Sejarah.19 Hal ini menyebabkan guru kurang mahir dalam membuat hubungkait fakta-fakta
Sejarah bersama EKNS. Kajian turut mendapati ramai guru mata pelajaran Sejarah
20
menggunakan kaedah syarahan dan strategi berpusatkan guru. Guru lebih selesa
menyampaikan isi pelajaran melalui kaedah kuliah kerana mendapati kaedah berkenaan
memudahkan mereka menyampaikan isi pelajaran.21 Terdapat juga guru yang mengabaikan
penerapan EKNS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Fenomena ini adalah sesuatu
yang signifikan untuk dikaji kerana penerapan EKNS tidak wajar dipandang ringan oleh guru
mata pelajaran Sejarah.

5.0 CADANGAN

Guru perlu memperuntukkan masa secara optimum dan membuat perancangan rapi untuk
menerapkan EKNS secara berkesan. Dalam konteks ini guru perlu bijak dalam menentukan,

17
Wawancara bersama Puan Azwin Ahmad pada 20 Mac 2019.
18
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan Guru Sejarah Dan
Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia,32 (1):53-66.
19
Ahmad Rafaai Ayudin. (2010). Penilaian Keberkesanan Pengajaran Sejarah Terhadap Pencapaian Matlamat
Pembelajaran,Kesediaan Belajar, Kefahaman Konsep Dan Pemikiran Sejarah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi.
20
Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam
pembelajaran Sejarah, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20: 21-41, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
21
Wawancara bersama Puan Roslina Abdul Hamid pada 13 Ogos 2019.

5
memilih dan mengadun bahan pengajaran berkenaan serta memilih strategi pengajaran yang
22
mampu memaksimumkan proses pembelajaran. Guru perlu sentiasa kreatif dalam
menghasilkan pelbagai pedagogi pengajaran mereka. Misalnya, pendekatan pembelajaran
abad ke-21 boleh diterapkan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Guru boleh
mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif dalam PdP mata pelajaran Sejarah. Kaedah
ini memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan kecil dan secara tidak langsung
penerapan EKNS dapat direalisasikan apabila berlaku perkongsian nilai antara murid yang
mempunyai latar belakang yang berbeza. Bahagian Pendidikan Guru selaku peneraju utama
dalam pembangunan pendidikan serta peningkatan profesionalisme keguruan pula
bertanggungjawab untuk menyediakan satu program induksi yang komprehensif dan
bersepadu untuk membimbing dan melatih guru mata pelajaran Sejarah secara berterusan.23
Guru panitia juga boleh mengadakan program pementoran bagi membimbing guru-guru mata
pelajaran Sejarah. Hubungan kolaboratif antara guru berpengalaman dan guru novis adalah
signifikan dalam memastikan kualiti pengajaran dapat ditambah baik. Guru mata pelajaran
Sejarah seharusnya diberikan pendedahan yang menyeluruh tentang kaedah penerapan
EKNS di sekolah. Seterusnya, guru panitia mata pelajaran Sejarah berperanan dalam
melakukan pemantauan terhadap pengajaran guru bagi memastikan guru benar-benar
komited dalam melaksanakan penerapan EKNS secara berterusan.

Bagi melahirkan guru-guru sejarah yang berkualiti, guru perlu didedahkan dengan pelbagai
kursus pedagogi yang berkaitan dengan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang ‘up to
date’ bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.24 Dalam
konteks ini, guru perlu memiliki kreativiti yang tinggi dalam menggalakkan pemahaman dan
penghayatan murid terhadap EKNS. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam
bilik darjah dan tidak terikat kepada kaedah kuliah semata-mata dalam dalam menyampaikan
isi pelajaran. Kompetensi guru dalam menggabungkan isi pelajaran dan EKNS adalah penting

22
Abdul Razak Ahmad & Mohd. Mahzan Awang. (2017). Pengetahuan Guru Sejarah Dalam Pelaksanaan Kurikulum
Sejarah Sekolah Rendah. Seminar Serantau. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor.
153-161.
23
Lisa Yip Shukye. (2014). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah
dalam Kalangan Murid-murid. Jurnal Penyelidikan Kent. 13(1), 37-49.
24
Abdul Razak Ahmad & Mohd. Mahzan Awang. (2017). Pengetahuan Guru Sejarah Dalam Pelaksanaan Kurikulum
Sejarah Sekolah Rendah. Seminar Serantau. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor.
153-161.

6
bagi meningkatkan minat dan motivasi murid dalam memahami kepentingan mata pelajaran
Sejarah.

6.0 PENUTUP

Guru mata pelajaran Sejarah perlu menerapkan EKNS secara berterusan tidak kira di
dalam ataupun di luar bilik darjah. Guru perlu mengupayakan pengetahuan, kemahiran dan
profesionalisme diri dalam usaha merealisasikan penerapan EKNS secara efektif dan
berterusan. Bagi menjayakan hal ini, guru bertanggungjawab mengaplikasikan pendekatan
dan strategi yang relevan agar penyampaian guru adalah tepat, jelas dan mencapai objektif
pembelajaran. Guru perlu menghayati dan melaksanakan kurikulum yang dirangka oleh pihak
kerajaan bagi membentuk modal insan yang mempunyai kesedaran terhadap peristiwa
sejarah di samping bagi mengukuhkan nilai kewarganegaraan. Usaha guru perlu disusuli
dengan bantuan daripada guru panitia dan juga sokongan daripada pihak pentadbir sekolah
bagi memastikan penerapan EKNS dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

7
RUJUKAN

LAPORAN RASMI
Kementerian Pendidikan Malaysia, ‘Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),’ Kuala
Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia, ‘Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6,’.

BUKU
Rush, M. & Althoff, P,’ An Introduction to Political Sociology’, London: Nelson, 1971.
Wong Mee Leng, Wong Doh Gee & Lawrence Law, ‘Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah’, 2017.

WAWANCARA
Wawancara bersama Puan Roslina Binti Abdul Hamid pada 13 Ogos 2019 di rumah kediaman
beliau yang terletak di Jalan Penaga Indah 12, Taman Penaga, 13110 Penaga, Pulau Pinang.
Wawancara bersama Puan Azwin binti Ahmad pada 20 Mac 2019 di Sekolah Kebangsaan
Pasir Gebu, 13110 Penaga, Pulau Pinang.

SEMINAR DAN PROSIDING


Abdul Razak Ahmad & Mohd. Mahzan Awang, ’Pengetahuan Guru Sejarah Dalam
Pelaksanaan
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah,’ Seminar Serantau, 2017 di Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Zunaida Zakaria, Abdul Razaq Ahmad, Mohd. Mahzan Awang, ‘Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Mata Pelajaran Sejarah: Perlaksanaan dan Cabaran,’ Proceeding: 7th
International Seminar on Regional Education, 5-7 November 2015 di Universiti Kebangsaan
Malaysia.

SUMBER INTERNET
Hakimi Ismail. Utusan Malaysia, ‘Kejayaan Atlet Perlu Jadi Inspirasi,’ Utusan Online. Diakses
pada 4 Oktober 2019. https://www.utusan.com.my/sukan/kejayaan-atlet-terjun-perlu-jadi-
inspirasi-1.937845.

8
JURNAL
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah, ‘Tahap Keupayaan Guru
Sejarah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Berprestasi Rendah’, Jurnal
Pendidikan Malaysia 32, no.1 (2009): 53-66.
Lisa Yip Shukye, ‘Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran
Pemikiran Sejarah dalam Kalangan Murid-murid’, Jurnal Penyelidikan Kent 13, no.1 (2014):
37-49.
Mariscal, D.C., Corredor, G.A. & Cabezas, M.F, ‘Future Teachers’ Attitudes Towards Cultural
Diversity, Minorities and Gender Violence’, Procedia Social and Behavioral Sciences 132, no.1
(2014): 497-503.
Nor Hafidah Ibrahim, Melor Fauzita Md. Yusoff & Rohaya Md. Ali, ‘Leftenan Adnan: Manifestasi
Penggunaan Retorik dalam Filem’, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah 2, no. 1 (2018): 578-
585.
Subadrah Nair & Malar Muthiah, ‘Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
dalam pembelajaran Sejarah’, Jurnal Pendidik dan Pendidikan 20, no.1 (2005): 21-41.
Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Smasu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Dud Awang & Adlina Ab
Halim, ‘Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum’,
Akademika 88, no 2 (2018): 95-108.

TESIS
Ahmad Rafaai Ayudin, ‘Penilaian Keberkesanan Pengajaran Sejarah Terhadap Pencapaian
Matlamat Pembelajaran,Kesediaan Belajar, Kefahaman Konsep Dan Pemikiran Sejarah’,
Tesis Doktor Falsafah, (2010), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norrizan Binti Seman,’ Perkembangan Pendidikan Sejarah di Semenanjung Malaysia (1874
hingga 2002)’, Tesis Sarjana Muda, (2003), Universiti Malaya.

You might also like