You are on page 1of 2

SKS13SKK

PANDUAN PENJAJARAN KURIKULUM

📌 1. Penjajaran terpakai kepada semua model persekolahan. Cuma lebih ditekankan kepada
model 3 kerana ketidakcukupan masa.

📌 2. Penjajaran dibuat oleh BPK bagi menjelaskan kemahiran yang perlu diutamakan sahaja. Jika
cukup masa, tak jadi apa-apa masalah. Boleh ajar seperti biasa (sebelum ini).

📌 3. Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) bukan sukatan baharu, tetapi diambil dan disusun
semula daripada DSKP sedia ada. Bertujuan memudahkan rujukan guru sahaja.

📌 4. Penjajaran (kandungan asas, kandungan tambahan, dan kandungan pelengkap) dibuat bagi
rujukan untuk pembelajaran teradun. Jika masa pdpc mencukupi, tidak menjadi apa-apa masalah.
Boleh ajar semua kemahiran dan aspek secara bersemuka.

📌 5. DPK
- terbahagi kepada Kandungan Asas (KA), Kandungan Tambahan (KT), Kandungan Pelengkap
(KP)
- KA mesti diajar bersemuka. KT dan KP boleh diajar secara online (GC, what's app, telegram).
- KT dan KP boleh diajar bersemuka jika ada masa.
- Walau bagaimanapun, guru mesti utamakan/ habiskan KA dulu.

📌 6. Penyediaan RPT - Penjajaran Kurikulum berpandukan DPK

1. RPT tak perlu di cetak semula.


2. Ubah bahagian minggu sahaja. Jadikan minggu lepas sebagai minggu pertama.
3. Kandungan Tambahan boleh diberi dalam pelbagai bentuk spt gc, kerja rumah.
4. Guru perlu memastikan semua Kandungan Asas diajar dan dikuasai oleh murid.
5. Pdp dijalankan secara gabungjalin kemahiran dan teradun.
6. Pbd dijalnkan seperti biasa.Tiada perubahan.
7. Guru perlu rujuk DPK.
Note :
RPT x perlu salin balik ambik yg lama ubah minggu dan tarikh ikut sekolah ambik bape minggu.
Potong tarikh guna pen/pensel pon xpe. Yg penting cg faham

📌 7. RPH
- buat RPH seperti biasa. Tiada apa-apa perubahan.
- tak wajib tulis KT dan KA dalam RPH. Cuma digalakkan bagi memudahkan rujukan guru.
- pdpc fokus kepada KA dulu. Jika tak cukup masa bersemuka di sekolah, suruh murid sambung
buat tugasan di rumah. Guna semua platform online yang ada.

📌 8. Pelaksanaan tarikh dan minggu RPT mengikut Tahap 1 dan Tahap 2


Tahap 2 bermula minggu ke 1 – bertarikh 15/7/2020
Tahap 1 bermula minggu ke 2 – bertarikh 22/7/2020

You might also like