You are on page 1of 26

946/2 STPM

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 2
(1 Jam 45 Minit)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan yang

pertama akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak


SET 1

BAHAGIAN A [ 50 markah]

Jawab semua soalan

1 Huraikan tiga peranan pengurus dalam pembuatan keputusan. [6]

2 Jelaskan unsur perancangan strategik berikut:


(i) Visi [2]
(ii) Misi [2]
(iii) Objektif [2]

3. Terangkan jenis kepimpinan berikut:


(i) Transactional [2]
(ii) Transformational [2]

4 Terangkan dua jenis manual organisasi yang menjadi rujukan pekerja . [4]

5. Keupayaan merupakan salah satu elemen kontrak. Terangkan maksud keupayaan dan
syarat-syarat keupayaan untuk berkontrak. [4]

6. Jelaskan maksud media komunikasi berikut dan nyatakan dua kebaikan


menggunakan media berkenaan dalam perniagaan;
(i) Bersemuka [3]
( ii) Memorandum [3]

7 Terangkan dua kaedah mendengar secara berkesan. [6]

8 Berikan maksud e-pemasaran dan nyatakan tiga kebaikan kepada perniagaan [4]

9 Terangkan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional. [6]

10 Huraikan dua pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan.


[4]
Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

STRATEGI KAWALAN SYARIKAT AJINOMOTO(MALAYSIA ) BERHAD

11 Laporan Tahunan Syarikat Ajinomoto(Malaysia) Berhad bagi tahun 2017 telah


menyiarkan kenyataan tadbir urus korporat oleh Lembaga Pengarah Syarikat yang
menekankan kepentingan mengekalkan piawaian korporat yang tinggi didalam tadbir urus
syarikat dan komitmen syarikat untuk mengurus hal ehwal syarikat dengan ketelusan,
akauntabiliti dan integriti.

Tanggungjawab mengkaji kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman syarikat


telah diwakilkan kepada Jawatankuasa Audit yang diberi kuasa untuk mendapatkan jaminan
mengenai kecukupan dan integriti dalaman sistem kawalan. dalaman . Juru audit dalaman
melaporkan terus kepada jawatankuasa audit dalaman dan membentangkan rancangan audit
dalaman untuk semakan dan kelulusan untuk memastikan liputan yang mencukupi dan
tindakan pembetulan untuk menangani kelemahan kawalan telah dilaksanakan dengan
memuaskan. Pengurusan kanan akan terus memastikan tindakan sesuai diambil untuk
meningkatkan dan mengukuhkan persekitaran kawalan dalaman.

Struktur organisasi dan prosedur autorisasi merupakan persekitaran utama dalam


sistem kawalan dalam syarikat. Syarikat mengekalkan struktur organisasi formal dengan
pembahagian tanggungjawab dan akauntabiliti yang jelas dalam pengurusan kanan . Ia
menetapkan peranan dan tanggungjawab, had autoriti yang sesuai dan semakan semula
prosedur kelulusan untuk meningkatkan sistem kawalan dalaman pelbagai operasi syarikat

Syarikat juga telah mendokumenkan dasar dan prosedur yang telah dikaji dan
dikemaskini secara kerap untuk memastikan keberkesanannya terus menyokong aktiviti
perniagaan syarikat sepanjang masa apabila syarikat terus menerus berkembang . Dasar
Sumber Manusia Syarikat pula adalah garispanduan yang komprehensif dan ketat mengenai
pekerjaan, penilaian prestasi,latihan dan pengekalan pekerja untuk memastikan pekerja
syarikat terlatih dan dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran yang diperlukan dan
kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Syarikat sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti produk dan pada masa
yang sama mematuhi peraturan antarabangsa dan tempatan dalam pembuatan makanan.
Kawalan kualiti produk syarikat dilaksanakan menerusi pematuhan kepada prosedur yang
digariskan dalam ISO9001:2008 dan “Hazard Analisis dan Kawalan Kritikal Titik”(HACCP)
untuk menjamin kualiti dan kawalan yang tegas dipatuhi melalui kawalan audit kualiti
dalaman dan luaran yang kerap.
Sistem kawalan yang komprehensif dilakukan menerusi Bajet berkala dan tahunan.
Pelan perniagaan tahunan dan belanjawan diluluskan Lembaga Pengarah dan Syarikat induk.
Mesyuarat operasi dan pengurusan secara bulanan dijalankan di kalangan pengurusan kanan
untuk membincangkan dan mengkaji rancangan perniagaan, belanjawan, prestasi kewangan
dan operasi syarikat di mana prestasi sebenar dipantau dengan teliti untuk mengenalpasti dan
menangani perbezaan yang ketara.

Mesyuarat mingguan ketua jabatan juga diadakan untuk memantau pencapaian .


Penyata kewangan suku tahunan yang mengandungi keputusan kewangan utama dan
perbandingan dibentangkan kepada lembaga pengarah untuk semakan mereka. Mesyuarat
Pengurusan berkala juga diadakan di kalangan kakitangan pengurusan utama dan ketua
jabatan yang bertanggungjawab mengurus risiko untuk berkomunikasi dan membincangkan
isu dan risiko yang utama yang dihadapi perniagaan dan merancang pelaksanaan aktiviti
kawalan.

( Diubahsuai daripada Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia Berhad 2017 yang dicapai
menerusi www.ajinomoto.com.my pada 20 Februari 2019)

Berdasarkan kes di atas,

a) Jelaskan empat jenis kawalan yang dilaksanakan dalam pengurusan syarikat


Ajinomoto [16]
b) Terangkan alat kawalan yang digunakan oleh syarikat Ajinomoto [4]
c) Terangkan dua jenis komunikasi lisan yang digunakan oleh pihak pengurusan
syarikat Ajinomoto? [10]

Jawab satu soalan sahaja

12 Jelaskan lima langkah dalam proses pengorganisasian. [20]

13 Berikut ialah maklumat yang diperoleh dari syarikat Alas Kaki Berhad yang ingin
membuat keputusan bagi meningkatkan jualan syarikat .

Keuntungan yg dijangka Keuntungan yg dijangka dalam


Pilihan keputusan dalam keadaan ekonomi keadaan ekonomi meleset.
berkembang

Melancarkan RM 70.000 -RM20 000


promosi
Meningkatkan kualiti
dan kuantiti jurujual RM 80 000 -RM30 000
Tidak membuat apa-
apa RM 0 RM 0
Kebarangkalian 0.6 0.4
Kos melaksanakan keputusan untuk melancarkan promosi ialah RM6 000, manakala kos
meningkatkan kualiti dan kuantiti jurujual ialah RM10 000.

i) Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat Alas Kaki
Berhad.

ii) Hitung jumlah jangkaan kewangan bagi setiap pilihan keputusan.

iii) Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut. [ 20 ]

Percubaan STPM 2019-946/2


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
CADANGAN SKEMA JAWAPAN

1. Peranan pengurus dalam pembuatan keputusan ialah :

(i) Usahawan
-Pengurus sentiasa berusaha untuk meningkatkan pemiagaan dengan menjana,
memilih dan melaksanakan idea-idea baru secara kreatif, inovatif dan kritis

(ii) Perunding
- Mewakili jabatan untuk berunding dengan pihak luar seperti berunding
dengan kesatuan sekerja, pembekal

(iii) Pengagih sumber


-Pengurus menggunakan kebijaksanaan mereka mengagih sumber-sumber
organisasi seperti pekerja,wang dan bahan mentah secara cekap dan berkesan
mengikut keutamaan jabatan
.
(iv) Penyelesai masalah
-Pengurus bekerjasama dan membantu pekerja mencari jalan penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi oleh perniagaan

Mana-mana TIGA yang pertama


[1F+1H) =2mx 3 = 6 Markah]

2 Unsur perancangan strategik berikut:


(i) Visi [2]
- Merupakan matlamat yang diharapkan untuk dicapai oleh perniagaan pada masa
hadapan dalam jangka jangka panjang.
- Contoh yang berkaitan
(ii) Misi [2]
- Merujuk kepada tujuan atau sebab kenapa sesebuah organisasi perniagaan
ditubuhkan.
- Contoh yang berkaitan
(iii) Objektif [2]
- Merujuk kepada sasaran akhir yang perlu dicapai oleh organisasi dalam jangka masa
tertentu pada masa depan.
- Contoh yang berkaitan
[(1H =1M) + (1C =1M) =2x 3 = 6 Markah]
3. Terangkan jenis kepimpinan berikut:
(i) Transactional [2]
-Pemimpin transactional menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat
untuk mencapai matlamat organisasi.
-Menggunakan hukuman dan ganjaran untuk mempengaruhi pekerja menjalankan
tugas

(ii) Transformational [2]


- pemimpin ini akan membuat perubahan yang drastik kearah kebaikan dalam
sesebuah organisasi seperti perubahan terhadap visi ,misi organisasi dan perubahan
cara bertugas pekerja yang lebih cekap
-Pemimpin mampu memberi inspirasi dan dorongan kepada pengikut untuk
melakukan perubahan dan inovasi kearah kebaikan
[(2H =2M) @ (1C =1M) =2x 2 = 4 Markah]

4. Dua jenis manual organisasi yang menjadi rujukan pekerja ialah :


1.Fail Meja [F1=1]
-Merupakan dokumen rujukan bagi peringkat individu atau jawatan yang
mengandungi carta jabatan, objektif jabatan [H=1]

2.Manual Prosedur Kerja [F2=1]


-Merupakan dokumen rujukan utama untuk melakukan sesuatu tugas dalam jabatan
yang mengandungi prosedur-prosedur kerja yang terperinci untuk menyiapkan kerja
- Panduan kepada staf cara-cara melaksanakan sesuatu tugas dengan baik

3.Prosedur Kualiti [F3=1]


-dokumen untuk meningkatkan kualiti dalaman dan luaran organisasi untuk
memastikan rekod kualiti diwujudkan dan diselenggarakan [H=1]

Mana-mana DUA yang pertama


[1F+1H) =2mx 2 = 4 Markah]

5. Maksud keupayaan dan syarat-syarat keupayaan untuk berkontrak ialah :


- Keupayaan ialah kelayakan seseorang untuk membuat/memasuki perjanjian yang
boleh mengikat di sisi undang-undang [1]
- Syarat-syarat keupayaan :
i. Dewasa iaitu berumur 18 tahun dan ke atas [1]
ii. Berakal sempurna iaitu boleh berfikir secara waras/rasional [1]
iii. Tidak hilang keupayaan untuk berkontrak di sisi undang-undang seperti
muflis,menjadi banduan [1]
Maksud =1M+ Syarat lengkap =3M=4Markah

6 Maksud media komunikasi berikut dan nyatakan dua kebaikan menggunakan media
berkenaan :
i. Bersemuka
- Bermaksud penghantar dan penerima maklumat bertemu secara berhadapan untuk bertukar-
tukar maklumat[1]

- Kelebihan bersemuka ialah:


1.Penerima dapat mengetahui kejujuran penghantar [1]
2.Penerima lebih jelas tentang maklumat yang disampaikan kerana penghantar boleh
menggunakan bahasa badan/boleh bertanya [1]
3.Mendapat maklum balas dengan segera/cepat

ii. Memorandum

- Bermaksud satu bentuk kenyataan yang mengatakan unsure desakan, permintaan dan rayuan
daripada individu atau kumpulan terhadap pihak yang mempunyai kedudukan yang lebih
tinggi[1]
- kelebihan memorandum:
1.Boleh dijadikan bukti [1]
2.Maklumat sampai tepat kepada penerima yang sepatutnya [1]

[Maksud =1Mx2 =2M+ Kebaikan =2x2M=4Markah]=6M

7. Dua kaedah mendengar secara berkesan ialah :


1. mendengar secara empati dan objektif [1]
-Mendengar secara empati ialah pendengar akan cuba memahami dan menghayati perasaan
penghantar [1]
-Mendengar pendengar akan cuba menilai mesej yang disampaikan dengan adil tanpa berat
sebelah(objektif) [1]
-cth : mana- mana bersesuaian [1]

2.mendengar secara kritikal dan non-judgemental [1]


-pendengar mendengar secara kritis dan menganalisis mesej yang diterima (kritikal) [1]
-pendengar mendengar dengan berfikiran terbuka untuk memahami dan tidak membuat
sebarang penghakiman.(non-judgemental) [1]
-cth : mana- mana bersesuaian [1]

3.mendengar secara cetek dan mendalam [1]


- cetek - Pendengar akan memahami maksud mesej secara tersurat [1]
- mendalam - Pendengar akan memahami maksud mesej secara tersirat [1]
-cth; mana- mana bersesuaian [1]

[ 1F = 1m, 2H=2m@1C=1M mana-mana 2 yang pertama); (1F+2H@1C) X 2 = 6m]

8 Maksud e-pemasaran dan tiga kebaikan kepada perniagaan ialah :


- e-pemasaran ialah satu kaedah mengkomunikasikan, mempromosikan dan memasarkan
produk secara dalam talian [1]
- Kebaikan e-pemasaran ialah :
1) Memudahkan mengiklan produk baharu
2) Memudahkan untuk mereka bentuk laman web bertujuan mempromosikan produk
3) Memudahkan pelanggan menempah barangan secara atas talian
4) Memudahkan membuat pembayaran seperti penggunaan kad kredit dan kad debit untuk
bayaran
5) Memudahkan bagi pengguna membuat perbandingan harga

[Maksud =1M + Kebaikan =3x1M=3Markah(mana-mana 3 pertama]=4M

9. Tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional. (6)

1.mengenalpasti masalah [1]


-pengurus perlu kenalpasti masalah yang dihadapi oleh perniagaan seperti jualan turun,
keuntungan berkurangan [1]

2.mengutip data [1]


-pengurus harus mengutip maklumat berangka atau tidak berangka melalui soal selidik,
pemerhatian dan maklum balas pelanggan [1]

3.menganalis data [1]


- Meringkaskan data yang telah dikutip dengan membuat pengiraan menggunakan alat
statistik seperti purata, sisihan piawai ,pokok keputusan dan analisis tulang ikan [1]
[1F+1H) =2mx 3= 6 Markah]

10. Dua pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan. (4)

i. Ketersediaan maklumat / cara mendapatkan maklumat dan masa [ F= 1m ]


 Pembuatan keputusan akan lebih mudah /tepat jika maklumat boleh diperolehi
pada bila-bila masa yang diperlukan
 Keputusan lebih mudah jika maklumat disimpan secara sistematik/mudah
diperoleh.
 Contohnya, semua maklumat pembekal kedai runcit, semua maklumat
pembekal barang kedai seperti alamat, dan harga disimpan dalam pangkalan
data dan mudah diakses pada bila-bila masa dikehendaki memudahkan
keputusan memilih pembekal

ii. Maklumat yang lengkap / kuantiti maklumat [ F = 1m ]


 Maklumat yang lengkap dan sentiasa dikemaskini memudahkan proses
membuat keputusan
 Contohnya, maklumat pembekal perlu lengkap dengan alamat, jenis kualiti
bekalan, dan kuantiti yang boleh dibekalkan.

iii. Ketepatan maklumat [ F = 1m]


 Maklumat yang tepat dan menggambarkan keadaan sebenar boleh membantu
pengurus membuat keputusan yang tepat.
 Sumber maklumat yang sah dan boleh dipercayai penting bagi membuat
keputusan yang baik.
 Contohnya, ketepatan maklumat dan bilangan penduduk taman perumahan
yang terdiri daripada berpendapatan tinggi penting untuk menjual barang yang
berjenama.
Mana-mana 2 yang pertama[( 1F+1H@1C) X 2= 4m ]

11(Kajian Kes)

a) Empat jenis kawalan Syarikat Ajinomoto ialah :

FAKTA HURAIAN KAITAN KES


1) AUDIT - Melibatkan - Tanggungjawab mengkaji kecukupan dan
DALAMAN pemeriksaan rekod integriti sistem kawalan dalaman syarikat
[F1=1] kewangan dan sistem telah diwakilkan kepada Jawatankuasa
kawalan dalaman Audit yang diberi kuasa untuk mendapatkan
organisasi oleh juru jaminan mengenai kecukupan dan integriti
audit dalaman [H1=1] dalaman sistem kawalan [K1=2]
bagi memastikan - Juru audit dalaman melaporkan terus kepada
segala prosedur jawatankuasa audit dalaman dan
perakaunan dipatuhi. membentangkan rancangan audit dalaman
- Penilaian dijalankan untuk semakan dan kelulusan untuk
oleh kakitangan memastikan liputan yang mencukupi dan
organisasi itu sendiri tindakan pembetulan untuk menangani
[H2=1] kelemahan kawalan telah dilaksanakan
dengan memuaskan [K2=2]
2) PROSE - Tatacara atau langkah - Struktur organisasi dan prosedur autorisasi
DUR KERJA khusus yang perlu merupakan persekitaran utama dalam
[F2=1] diikuti oleh pengurus sistem kawalan dalam syarikat. [K1=2]
dan pekerja secara - Syarikat mengekalkan struktur organisasi
berurutan dalam formal dengan pembahagian tanggungjawab
melaksanakan aktiviti dan akauntabiliti yang jelas dalam
[H1=1] atau dasar pengurusan kanan . [K2=1]
yang ditetapkan bagi - Ia menetapkan peranan dan tanggungjawab,
membuat sesuatu had autoriti yang sesuai dan semakan
keputusan atau semula prosedur kelulusan untuk
tindakan.[H2=1] meningkatkan sistem kawalan dalaman
pelbagai operasi syarikat [K3=2]
3)DASAR - Garis panduan umum - Syarikat telah mendokumenkan dasar dan
ORGANISASI untuk membantu prosedur yang sentiasa dikaji dan
[F3=1] pengurus membuat dikemaskini secara kerap untuk memastikan
keputusan dan ia dapat dikekalkan keberkesanannya
mengambil tindakan [K1=2] dan terus menyokong aktiviti
yang sewajarnya. perniagaan syarikat sepanjang masa apabila
[H1=1] syarikat terus menerus berkembang [K2=2].
- Garis panduan ini - Dasar Sumber Manusia Syarikat adalah
digunakan oleh garispanduan yang komprehensif dan ketat
sekumpulan pekerja mengenai pekerjaan, penilaian
yang berada dalam prestasi,latihan dan pengekalan pekerja
sesebuah organisasi untuk memastikan pekerja syarikat terlatih
untuk melakukan dan dilengkapi dengan pengetahuan,
aktiviti organisasi kemahiran yang diperlukan dan kebolehan
secara sistematik agar untuk melaksanakan tanggungjawab dengan
matlamat organisasi berkesan.[K3=2]
dapat dicapai dengan
berkesan.[H2=1]
4)UNDANG- Peraturan-peraturan yang - Syarikat sentiasa berusaha untuk
UNDANG termaktub dibentuk dan mempertingkatkan kualiti produk dan pada
[F4=1] ditetapkan oleh sekumpulan masa yang sama mematuhi peraturan
masyarakat untuk mengawal antarabangsa dan tempatan dalam
kelakuan anggota masyarakat pembuatan makanan.
itu sendiri [H1=1]
5) Tatacara yang menggariskan - Kawalan kualiti produk syarikat
PERATURAN bagaimana sesuatu perkara dilaksanakan menerusi pematuhan kepada
[F5=1] harus dilaksanakan dengan prosedur yang digariskan dalam
baik dan betul [H1=1] ISO9001:2008 dan “Hazard Analisis dan
Kawalan Kritikal Titik”(HACCP) untuk
menjamin kualiti dan kawalan yang tegas
dipatuhi melalui kawalan audit kualiti
dalaman dan luaran yang kerap [K1=2]
[1F+1H+1K X 4 = 16 markah]
Mana- mana 4 fakta yang pertama

b)Terangkan alat kawalan yang digunakan oleh syarikat Ajinomoto.[4]

FAKTA HURAIAN KAITAN KES


1. Bajet/belanjawan - Rancangan terperinci - Sistem kawalan yang komprehensif
[F1=1] yang dinyatakan dilakukan menerusi Bajet berkala
dalam bentuk nilai dan tahunan.[K1=2]
kewangan , ramalan - Pelan perniagaan tahunan dan
jangkaan hasil, belanjawan diluluskan Lembaga
belanja dan Pengarah dan Syarikat induk.[K2=2]
perbelanjaan modal - Mesyuarat operasi dan pengurusan
[H=1] secara bulanan dijalankan di
kalangan pengurusan kanan untuk
membincangkan dan mengkaji
rancangan perniagaan, belanjawan,
prestasi kewangan dan operasi
syarikat di mana prestasi sebenar
dipantau dengan teliti untuk
mengenalpasti dan menangani
perbezaan yang ketara.[K3=2]
C) Terangkan dua jenis komunikasi lisan yang digunakan oleh pihak pengurusan syarikat
Ajinomoto? [10]

FAKTA KAITAN KES


1. MESYUARAT - Mesyuarat operasi dan pengurusan secara bulanan
[F1=2] dijalankan dalam kalangan pengurusan kanan untuk
membincangkan dan mengkaji rancangan perniagaan,
belanjawan, prestasi kewangan dan operasi syarikat di
mana prestasi sebenar dipantau dengan teliti untuk
mengenalpasti dan menangani perbezaan yang ketara
[K1=2]
- Mesyuarat mingguan ketua jabatan juga diadakan untuk
memantau pencapaian .[K2=2]
- Mesyuarat Pengurusan berkala juga diadakan di kalangan
kakitangan pengurusan utama dan ketua jabatan yang
bertanggungjawab mengurus risiko untuk berkomunikasi
dan membincangkan isu dan risiko yang utama yang
dihadapi perniagaan dan merancang pelaksanaan aktiviti
kawalan.[K3=2]

PEMBENTANGAN - Juru audit dalaman melaporkan terus kepada jawatankuasa audit


[F2=1] dalaman dan membentangkan rancangan audit dalaman untuk
semakan dan kelulusan untuk memastikan liputan yang
mencukupi dan tindakan pembetulan untuk menangani
kelemahan kawalan telah dilaksanakan dengan memuaskan.
[K1=2]
- Penyata kewangan suku tahunan yang mengandungi keputusan
kewangan utama dan perbandingan dibentangkan kepada
lembaga pengarah untuk semakan mereka. [K2=2]
1F+1K, maksimum 10 markah

Jawapan 12:

Lima langkah dalam proses pengorganisasian:

a. Penentuan objektif [F1=1m]


i. Mengenalpasti matlamat organisasi dan objektif setiap unit atau bahagian
dalam organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
ii. Matlamat dan objektif ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan
organisasi, bahagian atau unit untuk mencapai matlamat atau objektif
berkenaan.
iii. Mengenal pasti sumber yang perlu ada dan tugas yang dilaksanakan untuk
mencapai matlamat atau objektif berkenaan.
iv. Contohnya,

b. Pengenalpastian aktiviti [F2=1m]


i. Mengenalpasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam usaha
mencapai matlamat yang ditetapkan.
ii. Menyenaraikan dan membahagikan aktiviti kepada aktiviti utama dan
sampingan.
iii. Contohnya,

c. Pengelasan aktiviti [F3=1m]


i. Kerja menyusun tugas mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau
kriteria tertentu.
ii. Terdapat pelbagai aktiviti perlu dijalankan untuk mencapai objektif tertentu
dan pelbagai kemahiran perlu dimiliki pekerja untuk melaksanakan aktiviti
tersebut.
iii. Contohnya,

d. Pengelompokan aktiviti [F4=1m]


i. Proses mengumpulkan tugas-tugas yang berkaitan dalam kategori atau
kumpulan tertentu.
ii. Aktiviti yang sepadan dari segi fungsi akan dikelompokkan untuk membentuk
satu kumpulan kerja formal.
iii. Contohnya,

e. Pengagihan tugas, autoriti, dan tanggungjawab [F5=1m]


i. Pengurusan atasan akan mengagihkan tugas kepada ketua jabatan dan member
penerangan tentang sasaran yang perlu dicapai oleh setiap jabatan.
ii. Ketua setiap jabatan akan mengagihkan tugas kepada pekerja mereka
mengikut kemahiran yang dimiliki setiap pekerja.
iii. Contohnya,
iv. Pengagihan autoriti merupakan pemberian hak pembuatan keputusan kepada
pekerja yang menerima sesuatu tugas.
v. Tanggungjawab merupakan suatu kewajipan yang ditanggung oleh pekerja
dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan.

[mana-mana 5, F=1, 2H=2,C=1: 5 x 4 = 20m]

13 i ) Rajah pokok keputusan.


[ Rajah : 2m ]
0.6x 70 000= 42 000

promosi
0.4x20 000 = ( 8 000)

0.6 x 8 000 = 48 000

Meningkatkan
kualiti

0.4 x ( -30 000) = ( 12 000)

Tidak buat apa-apa

ii) Pilihan : melancarkan promosi

Keadaan ekonomi berkembang Keadaan ekonomi meleset

0.6 x RM70 000 = RM 42 000 0.4 x RM20 000 = RM 8 000

[ 4m ]

Jangkaan nilai kewangan = RM42 000 + (-RM8 000) = RM34 000

[ 2m ]

Pilihan : Meningkatkan kualiti dan kuantiti jurujual

Keadaan ekonomi berkembang Keadaan ekonomi meleset

0.6 x RM80 000= RM48 000 0.4 x -RM30 000 = -RM12


000

[ 4m ]

Jangkaan nilai kewangan = RM48 000 + (-RM12 000) = RM36 000

[ 2m ]

iii) Jangkaan nilai kewangan – kos melaksanakan keputusan.

1. Melaksanakan promosi = RM34 000 – RM6 000 = RM28 000

2. Tingkatkan kualiti = RM36 000 – RM10 000 = RM26 000 [ 4m ]

Oleh itu, pilih keputusan melaksanakan promosi kerana hasilnya RM28 000
berbanding RM26 000. [ 2m ]

SET 2
Bahagian A [50 markah]

1. Terangkan tiga jenis keperluan yang ingin dicapai oleh seseorang mengikut Teori
Motivasi McClelland [6]

2. Huraikan empat keperluan kemahiran teknikal kepada seorang Penyelia Pengeluaran


[4]

3. En. Iqbal ialah pemilik dan Pengurus Besar Senangin Trading yang mengusahakan
kolam ikan air tawar. Beliau seorang graduan dalam bidang akuakultur dan telah
menceburkan diri dalam bidang ini selama 15 tahun. Dua orang pengurusnya sering
mendapatkan nasihat berkaitan pengurusan daripada En. Iqbal dan sering menjadikan
beliau sebagai inspirasi. Syarikatnya menggaji 20 orang pekerja am. Jelaskan dua
jenis kuasa yang dimiliki En. Iqbal. [6]

4. Nyatakan empat kesan stres dalam kalangan pekerja kepada sesebuah organisasi [4]

5. Nyatakan lima elemen yang perlu ada dalam kontrak jualan. [5]

6. Huraikan tiga syarat pelepasan kontrak. [6]

7. Huraikan tiga prinsip berunding antara pengurus dengan pihak berkepentingan. [6]

8. Terangkan cara-cara seorang peniaga meluaskan peluang perniagaan melalui kaedah


berikut:

(i) e-dagang [2]

(ii) e-perolehan [2]

(iii) e-pemasaran [2]

9. Terangkan tiga teknik mendengar secara aktif [6]

10. Jelaskan teknik Delphi dan teknik Nominal dalam pembuatan keputusan. [6]

Bahagian B [ 50 markah ]
11. Tan Sri Azman Hashim : Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad

Tan Sri Azman Hashim merupakan nama yang cukup sinonim dengan salah sebuah
bank terkemuka di negara kita iaitu Ambank Berhad. Berstatus sebagai seorang jutawan,
beliau adalah salah seorang anak Melayu yang berjaya menempatkan diri dalam kalangna
senarai individu terkaya di Malaysia. Hakikatnya beliau adalah Ikon Perbankan di Malaysia
dan digelar juga Enterpreneur Banker. Di sektor perbankan beliau salah seorang peneraju
terkemuka perbankan yang mempunyai ciri sebagai pengurus bank professional dan ahli
perniagaan yang berani. Beliau amat dikenali dan disenangi oleh 6 juta pelanggan awam dan
pelanggan korporat yang berurusan dengan AmBank, 12 000 kakitangan dan puluhan ribu
ahli keluarga mereka.
Tan Sri azman merupakan usahawan Melayu dari zaman Pra Dasar Ekonomi Baru
yang paling berjaya. Beliau banyak menolong kerajaan dalam membentuk dasar dan strategi
perbankan terutama dalam membangunkan Malaysia sebagai hub Perbankan Islam. Beliau
juga berjaya membentuk pasukan pengurusan pelbagai kaum yang cemerlang yang
membolehkan Ambank berkembang pesat. Kerjasama dengan Patrick Low dan Datuk Malik
Merican juga banyak membantu beliau memperkasakan lagi Ambnk. Dengan gaya
pengurusan yang menggalakkan idea-idea yang inovatif dan suasana kerja yang dinamik
membolehkan Ambank mempelopori produk-produk baru dalam perbankan.
Mungkin ramai yang mengganggap,berkhidmat di sesebuah organisasi perbankan
bagaikan berada dalam presseur cooker dengan suasana kerja yang terlalu sibuk. Dengan
kebijaksanaan Tan Sri Azman sebagai pemimpin organisasi keadaan ini tidak
berlaku,sebaliknya para pekerja menghadapi suasana kerja yang menyeronokkan. Ini kerana
Tan Sri Azman bukanlah seorang authoritarian malah beliau tidak meninggikan suara dan
bersikap tidak suka menyalahkan pekerja,sikap menegur secara individu dan
berhemah,memaafkan pekerja serta menyuntik banyak aura positif melalui penganjuran
majlis ramah mesra,sukan dan aktiviti amal untuk keluarga kakitangan menjadikan beliau
amat dikagumi dan lebih rapat dengan pekerja.
Pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh Tan Sri Azman. Terkini,
beliau baru sahaja dianugerahkan Doktor kepimpinan Pengurusan oleh Universiti Teknologi
Malaysia pada 28 Oktober 2017 lalu atas sumbangan beliau dalam pertubuhan awam dan
sosial melalui pelbagai pertubuhan seperti Pengerusi Persatuan Perbankan Pelaburan
Malaysia (MIBA), Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Pengerusi
Perbadanan Produktiviti Nasional, Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System (MAS)
dan pertubuhan antarabangsa yang lain.
Antara faktor kekuatan beliau ialah berkeyakinan tinggi, tidak mudah mengalah,tidak
suka mengeluh,tidak suka membuang masa,bijak merebut peluang dan tidak takut dengan
cabaran menjadi resepi kejayaan Tan Sri Azman sehingga berjaya mengemudi kumpulan
Ambank Berhad antara kumpulan kewangan yang berjaya di Malaysia.

[Disesuaikan daripada www.ambankgroup.com. Dan Berita Harian 28 Oktober 2017]

Berdasarkan ke di atas :
a) Terangkan tiga peranan Tan Sri Azman Hashim sebagai antara perorangan menurut
teori Mintzberg di dalam Kumpulan Ambank Berhad [20]

b) Terangkan jenis kepimpinan dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Tan Sri
Azman Hashim di dalam kumpulan Ambank Berhad [10]

Jawab satu soalan sahaja


12. Dengan memberikan lima jenis kemahiran pengurusan, jelaskan bagaimana
kemahiran tersebut dapat diaplikasikan oleh pengurus pertengahan untuk
pengurusan di peringkat jabatan [ 20 ]

13. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan bagaimana Analisis Tulang
Ikan dapat membantu syarikat menyelesaikan masalah pengeluaran merosot [ 20 ]

Skema jawapan :
1. Tiga jenis keperluan yang ingin dicapai oleh seseorang mengikut Teori Motivasi
McClelland [6]

1. Keperluan kepada prestasi [F1=1]


- Merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu yang sukar untuk menyahut
cabaran dalam mencapai matlamat yang ditetapkan [H1=1]
- Individu yang mempunyai dorongan yang kuat untuk berjaya dan
melaksanakan kerja dengan cekap dan berkesan [H2=1]

2. Keperluan kepada pergabungan(perhubungan) [F2=1]


- Merupakan keinginan individu untuk kekal dan diterima dalam sesuatu
kumpulan [H1=1]
- Individu menjalinkan hubungan peribadi yang baik dan persahabatan yang
mesra, mengelak diri daripada berlakunya konflik [H2=1]

3. Keperluan kepada kuasa [F3=1]


- Merujuk kepada keinginan individu untuk mempengaruhi, mengawal dan
menguasai pihak lain dalam organisasi [H1=1]
- Individu akan berasa gembiran apabila dirinya mempunyai status dan diiktiraf
di dalam organisasi [H2=1]

2. Empat keperluan kemahiran teknikal kepada seorang Penyelia Pengeluaran [4]

1. Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian dan kerja rutin [1]
2. Menunjuk ajar dan memberi penerangan kepada para pekerja tentang penggunaan
teknologi/tatacara/prosedur kerja[1]
3. Mengenalpasti sebarang kerosakan peralatan [1]
4. Memantau pematuhan prosedur kerja yang merti dipatuhi oleh pekerja [1]
5. Bertanggungjawab secara langsung terhadap operasi rutin/harian kilang [1]
6. Menyelenggara/servis peralatan yang mengalami kerosakan [1]
7. Memastikan pekerja menjalankan tugas dengan menggunakan/mengaplikasikan
kaedah pengeluaran secara cekap dan berkesan [1]
8. Memastikan tiada penyelewengan berlaku sepanjang operasi pengeluaran[1]

3. Dua jenis kuasa yang dimiliki En. Iqbal : [6]

1. Kuasa sah [F1=1]


- Merujuk kepada kuasa yang dimiliki oleh seseorang pemimpin
melalui/disebabkan oleh jawatan yang dilantik dan diiktiraf secara formal oleh
sesebuah organisasi [H=1]
- En. Iqbal ialah Pengurus Besar Senangin Trading [C=1]

2. Kuasa kepakaran [F2=1]


- Merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya melalui
pengetahuan/kemahiran yang dimiliki dalam bidang tertentu [H=1]
- En. Iqbal seorang graduan dalam bidang akuakultur dan telah menceburkan
diri dalam bidang ini selama 15 tahun [C=1]

3. Kuasa rujukan [F3=1]


- Merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya melalui
ciri-ciri peribadi atau karisma yang ada padanya dan boleh dicontohi oleh para
pekerja [H=1
- Dua orang pengurusnya sering mendapatkan nasihat berkaitan pengurusan
daripada En. Iqbal dan sering menjadikan beliau sebagai inspirasi [C=1]

4. Empat kesan stres dalam kalangan pekerja kepada sesebuah organisasi [4]
1. Terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk perubatan,insurans kesihatan dan
program – program menangani stres [1]
2. Kadar lantik henti yang tinggi/meningkat kerana pekerja meletak jawatan
akibat tidak dapat menangani stres [1]
3. Peningkatan kadar keganasan/kemalangan di tempat kerja yang meningkatkan
kos/menjejaskan keharmonian situasi kerja [1]
4. Penurunan produktiviti akibat kemerosotan prestasi pekerja [1]
5. Peningkatan masalah disiplin kerja seperti ponteng/ketidakhadiran kerja [1]
6. Menjejaskan keharmonian hubungan antara pekerja dan majikan [1]
7. Menjejaskan imej/reputasi organisasi apabila kadar lantik henti yang
tinggi/kemerosotan produktiviti [1]

5. Nyatakan lima elemen yang perlu ada dalam kontrak jualan. [5m]

Lima elemen yang perlu ada dalam kontrak jualan adalah

i. Waranti
ii. Keterangan
iii. Bebas daripada kesulitan
iv. Boleh guna
v. Mutu

[ 1F = 1 m; 1m X 5 = 5m ]

6. Huraikan tiga syarat pelepasan kontrak. [6m]

Tiga syarat pelepasan kontrak adalah :

i. Dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak [ F=1m]


 Kedua-dua pihak yang berkontrak melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab
dan hak masing-masing mengikut syarat-syarat dalam kontrak, maka sesuatu
kontrak boleh dilepaskan. [H=1m]
ii. Dengan persetujuan semua pihak yang berkontrak [F=1m]
 Pihak-pihak yang berkontrak bersetuju melepaskan diri daripada kewajipan di
bawah kontrak iaitu melepaskan sebarang tanggungan yang telah diikat
sebelumnya. [H=1m]
iii. Dengan kemungkiran kontrak [F=1m]
 Apabila satu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang
telah dipersetujui, pihak yang satu lagi boleh melepaskan diri daripada
kontrak. [H=1m]
iv. Dengan kekecewaan kontrak [F=1m]
 Sesuatu kontrak yang sah pada mulanya dan boleh dilaksanakan dikatakan
mengecewakan apabila berlaku perkara-perkara di luar dugaan dan di luar
kawalan yang menjadikannya mustahil untuk dilaksanakan. [H=1m]
v. Dengan kuatkuasa undang-undang [F=1m]
 Sesuatu kontrak dilepaskan apabila tempoh pelaksanaan kontrak itu tamat.
[H=1m]
vi. Dengan tiada kemungkinan [F=1m]
 Kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan apabila berlaku salah satu daripada
keadaan yang berikut:
a.Kemusnahan perkara atau barang yang dikontrakkan
b. Kegagalan matlamat kontrak
c.Kematian atau ketidakupayaan seseorang
d. Timbulnya ketidaksahihan.[H=1m]

7. Tiga prinsip berunding antara pengurus dengan pihak berkepentingan ialah :

1. Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan [F1=1]


- Perunding mestilah memberi tumpuan kepada pokok permasalahan/isu/matlamat[H=1]
- elak merujuk kepada jawatan/pangkat/status

2. Asingkan manusia daripada masalah [F2=1]


- Perunding mestilah menumpukan kepada penyelesaian masalah dan elakkan beremosi

3. Jana pelbagai pilihan [F3=1]


- Perunding mesti menjana sebanyak mungkin alternatif penyelesaian yang munasabah
kepada masalah [H=1]

4. Guna kriteria yang objektif dan boleh diterima [F4=1]


- penyelesaian masalah berdasarkan kepada maklumat dan data yang sedia ada dan
elakkan membuat andaian, ramalan, dan persepsi [H1]

Mana-mana TIGA yang pertama


[1F +1H ) =3X2m = 6 Markah]

8.
i). e-dagang
- perniagaan secara dalam talian untuk membeli dan menjual barang atau perkhidmatan,
membuat tempahan dan pembayaran barang .
- satu perniagaan yang menggunakan peralatan teknologi komunikasi dan maklumat sebagai
medium untuk tujuan komunikasi dan transaksi
-
ii).e-perolehan
-Satu sistem dalam talian yang digunakan oleh pembekal untuk memasar barang dan
perkhidmatan mereka kepada kerajaan .
-Memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang
disediakan

iii).e-pemasaran
- Satu kaedah mengkomunikasikan, mempromosikan dan memasarkan produk secara dalam
talian
- Memudahkan pembeli membuat akses kepada produk dan membuat tempahan seperti
melalui Lazada,mudah,my

9. Terangkan tiga teknik mendengar secara aktif [6]

1. Mengulang maksud pembicara


- pendengar menyebut semula kta-kata pembicara berulang kali terutama fakta dan maklumat
penting
2. Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara
- pendengar perlu menghayati perasaan, emosi pembicara dan menunjukkan ia faham apa
yang disampai kan
3. Menanya soalan
- pendengar mengemukakan soalan terhadap perkara yang tidak difahami

10. Teknik Delphi


- Kaedah pembuatan keputusan yang kreatifdan memerlukan masa yang lama
- Ahli kumpulan akan menyumbangkan idea melalui beberapa pusingan
- Jenis keputusan yang dibuat ialah keputusan yang berisiko tinggi
- Ahli kumpulan tidak akan bersemuka dan identity kumpulan dirahsiakan

Teknik Nominal
-Digunakan untuk mendapat idea yang terhad
-Keputusan dibuat melalui persetujuan majority dalam masa yang singkat
-Ahli kumpulan akan bertukar idea dan ahli panel ditubuhkan bagi membuat keputusan
-Idea terbaik yang disumbangkan oleh ahli akan dipilih melalui proses pengundian
-Kaedah pengumpulan data yang melibatkan satu kumpulan berstruktur yang member
peluang kepada semua ahli member idea dan alternatif untuk menyelesaikan masalah yang
wujud

11.
a) Tiga peranan Tan Sri Azman Hashim sebagai antara perorangan menurut teori
Mintzberg di dalam Kumpulan Ambank Berhad :

1. Sebagai Tunggak [F1=1]


- sebagai orang terpenting/simbolik kepada organisasi [H=1]
- Kaitan kes :
o Tan Sri Azman Hashim merupakan nama yang cukup sinonim dengan
salah sebuah bank di negara kita iaitu Ambank [K1=1]
o Hakikat beliau adalah Ikon Perbankan di Malaysia dan digelar juga
Entrepreneur Banker[K2=1]
o Mengemudi Kumpulan Ambank Berhad yang menjadi antara
kumpulan perkhidmatan kewangan yang berjaya di Malaysia[K3=1]

2. Sebagai Pemimpin[F2=1]
- Bertindak sebagai ketua dalam organisasi iaitu mengarah, melatih dan
mempengaruhi pekerja[H=1]
- Kaitan kes :
o Di sektor perbankan beliau salah seorang peneraju terkemuka
perbankan yang mempunyai ciri sebagai pengurus bank professional
dan ahli perniagaan yang berani[K1=1]
o Beliau amat dikenali dan disenangi oleh 6 juta pelanggan awam dan
pelanggan korporat yang berurusan dengan Ambank,12 000 kakitangan
dan puluhan ribu ahli keluarga mereka[K2=1]
o Beliau juga berjaya membentuk pasukan pengurusan pelbagai kaum
yang cemerlang yang membolehkan Ambank berkembang
pesat[K3=1]
o Tan Sri Azman bukanlah seorang yang authoritarian[K4=1]
o Tan Sri Azman sebagai pemimpin organisasi,berjaya mewujudkan
suasana kerja yang menyeronokkan,dikagumi dan lebih mesra dengan
pekerja[K5=1]

3. Sebagai penghubung [F3=1]


- Menjalin hubungan dengan organisasi pihak luar[H=1]
- Kaitan kes :
- Sumbangan beliau dalam pertubuhan awam dan sosial melalui pertubuhan
seperti Pengerusi Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA)[K1=1]
- Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)[K2=1]
- Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional[K3=1]
- Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System (MAS) dan pertubuhan
antarabangsa yang lain[K4=1]
- Kerjasama dengan Patrick Low dan Datuk Malik Merican[K5=1]

b) Jenis kepimpinan dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Tan Sri Azman Hashim
dalam kumpulan Ambank Berhad
Jenis kepimpinan :
- Kepimpinan Karismatik [F1=1
o Kebolehan memimpin,mempengaruhi dan menjadi sumber inspirasi
kepada pekerja[H=1]
- Kaitan kes :
o Beliau tidak biasa meninggikan suara[K1=1]
o Bersikap tidak menyalahkan pekerja
o Sikap menegur secara individu dan berhemah
o Memaafkan pekerja
o Menyuntik banyak aura positif melalui penganjuran majlis ramah
tamah, sukan dan aktiviti amal untuk keluarga pekerja
o Menjadikan beliau amat dikagumi dan lebih mesra dengan pekerja

Gaya kepimpinan :
- Kepimpinan Demokratik[F2=1]
- Bekerjasama dengan pekerja dalam membuat keputusan [H=1]
- Kaitan kes :
o Menggalakkan idea-idea yang inovatif [K1=1]
o Mewujudkan suasana kerja yang dinamik [K2=1]
o Disenangi oleh 6 juta pelanggan awam dan pelanggan korporat yang
berurusan dengan Ambank [K3=1]
o Mewujudkan budaya kerja yang menyeronokkan [K4=1]

12. Kemahiran yang diperlukan oleh pengurus pertengahan :

i. Kemahiran kemanusiaan [F1=1]


 Sangat penting/sangat diperlukan [H1=1]
 Definisi [H2=1]
 Cth :
o Berhubung dengan pihak atasan, rakan sejawat dan pengurus
bawahan [C1=1]
o Bekerjasama dengan orang lain dlm jabatan yang sama
o Memahami tingkahlaku pekerja dan pihak berkepentingan
dalam jabatan
o Boleh mendorong dan memotivasikan pekerja supaya lebih
produktif

ii. Kemahiran teknikal [F2=1]


 Penting/diperlukan [H1=1]
 Definisi [H2=1]
 Cth :
o Menyelia dan melatih pekerja dengan memberi panduan dan
tunjuk ajar mengenai prosedur dan tatacara kerja yg betul
o Menilai prestasi subordinat berkenaan aspek kerja
o Mengawal pekerja bagi memastikan kerja dilakukan mengikut
prosedur yang ditetapkan
iii. Kemahiran pembuatan keputusan
 Penting/diperlukan
 Cth :
o Membuat keputusan berkaitan dengan pengagihan sumber
o Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat pada peringkat
jabatan
o Mengambil tindakan segera terhadap isu /permasalahan yang
berlaku pada peringkat jabatan
o Memberhentikan pekerja yang bermasalah
o Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil

iv. Kemahiran pengurusan masa


 Penting/diperlukan
 Cth :
o Merancang dan menyediakan jadual kerja pada peringkat
jabatan
o Memastikan/memantau projek/perancangan diperingkat
jabatan agar dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan

v. Kemahiran konseptual
 Penting/diperlukan
 Cth :
o Menyelesaikan masalah jangka panjang pada peringkat jabatan
o Memahami persekitaran dan kesan perubahannya kepada
aktiviti/matlamat jabatan
o Membuat perancangan strategik dan taktikal pada peringkat
jabatan

1F+2H+1C x 5 = 20/
1F+1H+2C x 5 = 20
13. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan bagaimana Analisis Tulang Ikan dapat
membantu syarikat menyelesaikan masalah pengeluaran merosot. [20]

Skema Jawapan :

MANUSIA MESIN
Tidak mencukupi

Kerap Rosak

Sikap
Usang
Tidak cekap

Pengeluaran
merosot
Lewat tiba
Lama

Manual Tidak berkualiti

KAEDAH
BAHAN MENTAH

Rajah Analisis Tulang Ikan

[Gambar rajah = 5 Markah]


[Kepala=1m, Punca besar + punca kecil= 1m
x 4]

Berdasarkan gambarajah tulang ikan di atas, syarikat boleh menyelesaikan masalah


pengeluaran merosot dengan mengambil langkah – langkah berikut :

1. Langkah 1 : Mengenalpasti masalah : [F1=1]


 Pernyataan masalah mesti dicatatkan pada bahagian kepala (sebelah kanan)
[H1=1]
 Ahli kumpulan mendapati bahawa syarikat sedang menghadapi masalah
pengeluaran yang merosot [H2=1]

2. Langkah 2 : Mengenalpasti punca/sebab utama : [F2=1]


 Ahli kumpulan perlu mengadakan sesi sumbangsaran bagi mengenalpasti
punca/sebab utama yang menyumbang kepada masalah [H1=1]
 Empat punca utama yang menyebabkan masalah pengeluaran merosot adalah
seperti :
i. Manusia
ii. Mesin
iii. Kaedah
iv. Bahan Mentah [H2=1]
3. Langkah 3 : Mengenalpasti punca/sebab kecil/sampingan bagi setiap punca/sebab
utama : [F3=1]
 Ahli kumpulan perlu berbincang untuk memperincikan lagi sebab sampingan
yang tersirat disebalik setiap punca/sebab utama [H1=1]
 Antaranya :
i. Pekerja : Tidak cekap, tidak mencukupi [H2=1]
ii. Mesin : Kerap rosak, tidak mencukupi dan sudah using [H3=1]
iii. Kaedah : Masih menggunakan kaedah lama dan manual [H4=1]
iv. Bahan Mentah : Lewat tiba dan tidak berkualiti [H5=1]

4. Langkah 4 : Mengenalpasti punca sebenar : [F4=1]


 Akhir sekali semua ahli kumpulan mesti mencapai kata sepakat mengenai
sebab sebenar yang menyumbang kepada masalah [H1=1]
 Cthnya : masalah ketidakcekapan pekerja dan mesin yang sering rosak [H2=1]

You might also like