You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja

tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa

sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan

di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu

rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana

perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di

namakan pelaziman klasik (Sapora Sipon, 2011).

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka

murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala

tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat

bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan

gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman

klasik.

Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang

dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik

dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa.

1
2.0 LATARBELAKANG TOKOH

Terdapat dua orang tokoh yang mempunyai kaitan yang rapat dalam teori pelaziman klasik

ini. Tokoh tersebut ialah Ivan Pavlov (1849-1963) dan J.B Watson (1878-1958). Ivan Pavlov

merupakan pengasas bagi teori ini manakala, J.B Watson merupakan individu yang

menggunakan teori ini dalam menjalankan eksperimen beliau.

Ivan Pavlov (1849-1963) merupakan orang pertama yang memperkenalkan fenomena

pelaziman klasik. Beliau ialah seorang ahli fisiologi dan ahli fizik. Pada tahun 1879, beliau

telah mendapat gelaran doktor falsafah. Beliau telah dianugerahkan nobel bagi kategori

fisiologi dalam bidang psikologi kepada konsep pelaziman klasik yang menjadi rujukan

pengkaji sehingga masa kini.

Tercetusnya idea bagi teori pelaziman klasik ini adalah apabila Ivan Pavlov memerhati

bagaimana seekor anjing memberi tindakbalas terhadap serbuk daging/ makanan yang diberi

kepada anjing itu dengan sesuatu bunyi. Ivan Pavlov mengaitkan proses ini dengan peranan

air liur dan proses penghadaman anjing itu. Oleh itu, Ivan Pavlov terus membuat kajian dan

eksperimen tentang perkaitan antara anjing, makanan dan bunyi.

J.B Watson (1878-1958) merupakan major dalam bidang psikologi dan minor dalam

falsafah dan neurologi. Beliau mendapat ijazah kedoktoran. Watson telah menerbitkan artikel

‘psychology as the behaviorist view it’. Pada awal pengkajian beliau adalah kajian mengenai

mental. Kajian beliau banyak dipengaruhi oleh teori pelaziman klasik Pavlov. Beliau juga

merupakan orang pertama yang mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah

laku manusia (Sapora Sipon, 2011).


2
Eksperimen Watson yang mempunyai kait rapat dengan teori pelaziman klasik ini

adalah eksperimen ‘Little Albert’ dan tikus putih. Eksperimen ini menunnjukkan bahawa

perasaan takut atau fobia boleh timbul melalui pengalaman yang pernah dialami seseorang.

Perkara ini seperti pengalaman pahit yang memberi kesan yang mendalam terhadap

seseorang sehingga menimbulkan rasa takut atau fobia terhadap sesuatu.

3.0 PROSES-PROSES ASAS DALAM PELAZIMAN KLASIK

3.1 Penghapusan

Kaedah penghapusan ada kaitan yang kuat dengan prinsip kelaziman klasik. Perasaan takut atau

fobia yang dirasakan oleh seseorang klien itu kemungkinan datang daripada pendedahan suatu

kejadian yang dahsyat dalam pengalamannya. Dalam pelaziman klasik, rangsangan bentuk

negatif yang berlaku selari dengan perasaan takut yang memang sudah wujud dalam diri klien

akan menjadi peneguhan tingkahlaku terlazim. Seterusnya, apabila klien berhadapan dengan

keadaan lain yang mempunyai ciri serupa, rangsangan terlazim itu boleh menghasilkan atau

menjelmakan perasaan takut, tegang & fobia (Mohd Makzan Musa, 2015.)

Contohnya, seseorang individu menaiki kereta, tindakan ini merupakan rangsangan yang

neutral kerana menaiki kereta hanya satu cara untuk sampai ke satu destinasi. Tetapi, apabila satu

perjalanan itu boleh mendatangkan rasa cemas dan menjejas perasaan individu yang

mendatangkan rangsangan baru yang dinamakan rangsangan tak terlazim. Dalam contoh ini,
3
kereta akan tidak mengalami sebarang kemalangan jika pemandunya memandu dengan berhati-

hati dan mematuhi peraturan jalanraya. Namun, bagi individu yang mempunyai perasaan dan

pengalaman lampau, gandingan rangsangan baru ini yang tidak dijangkakan akan menghasilkan

perasaan kecemasan. Gandingan ini telah menukar keadaan menjadi rangsangan yang terlazim.

Individu tersebut akan sentiasa mengalami fobia apabila berhadapan dengan keadaan yang

serupa. Ketakutan ini akan menghalang individu tersebut menaiki kereta atau kenderaan yang

serupa dengan kereta.

3.2 Diskriminasi

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu

sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing didapati anjing

tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi

selain dari loceng, Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu

masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada loceng yang asal,

anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisma berkenaan

dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakandan memilih

untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organism berkebolehan untuk bergerak

balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain (Rozmi Ismail, 2011)

Contohnya, kanak-kanak yang selalu berlari-lari ke pintu bila mendengar bunyi kereta,

walaupun bunyi kereta jiran sebelah. Dia menyangka ibunya yang pulang tetapi lama kelamaan

anak tersebut akan dapat membezakan antara bunyi kereta ibunya dengan bunyi kereta yang lain.

4
Dia hanya berlari-lari ke pintu apabila betul-betul mendengar bunyi kereta ibunya. Jadi dalam hal

ini diskriminasi rangsangan telah berlaku. Kajian-kajian menunjukkan bahawa jika keserupaan

rangsangan yang baharu dengan terlazim yang asal adalah sedikit maka lebih tinggi diskriminasi

rangsangan.

Rajah 1.0

Rajah 1.0 menerangkan tentang tindak balas anjing terhadap bunyi loceng dan makanan dalam

situasi sebelum, semasa dan selepas pelaziman. Pada akhir eksperimen, anjing itu didapati

memberi rangsangan atau tindak balas terhadap bunyi loceng dengan mengeluarkan air liurnya.

3.3 Penguasaan

5
Penguasaan adalah bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru

berlaku dengan cara berperingkat-peringkat. Dengan lebih kerap organisma itu mencuba, jadi

semakin kukuh penguasaan berkenaan ke atas dirinya sendiri.

Dalam teori pelaziman klasik ini penguasaan memberikan pembelajaran yang baik dalam

sesuatu organisma untuk menjalani satu proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar

dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan tingkah laku yang kekal. Dalam

pendekatan tokoh-tokoh seperti Pavlov dan Watson berpendapat bahawa penguasaan ini adalah

satu tingkah laku yang diperhatikan, dikawal dan diramal. (Othman Mohamed,2013). Hal ini

demikian kerana dalam penguasaan sesuatu perkara pembelajaran semula perlu dipraktikkan

kerana pembelajaran itu hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu

rangsangan yang diberi.

Teori pelaziman klasik ini adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang dipelopori

oleh Ivan Pavlov (1849-1936) yang mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan

pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan juga

menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang

berbeza. Dalam melakukan cara yang diinginkan beliau sedar bahawa anjing itu akan

mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik

antara air liur dengan aktiviti perut. Ivan Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat

mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal bagi pelaziman klasik adalah melibatkan

pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.

6
Dalam eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov, beliau telah menggunakan prinsip

penguasaan iaitu penguasaan anjing untuk bergerak balas dalam sesuatu perkara secara

berperingkat-peringkat. Eksperimen yang dilakukan Pavlov telah membunyikan loceng terlebih

dahulu sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan

sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian, Pavlov memberikan makanan kepada

anjing itu dan menghasilkan gerak balas rembesan air liur. Makanan tersebut sebagai rangsangan

tidak terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara automatik. Rembesan

air liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada

pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan perembesan.

Bunyi loceng yang dibunyikan itu hanya satu rangsangan neutral kerana ianya tidak

menghasilkan sebarang gerak balas.

Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu

sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya, anjing itu mengeluarkan air liur sebaik

mendengar bunyi loceng walaupun belum lagi menerima makanan. Dengan itu, bunyi loceng

disebut rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan rembesan. Gerak balas terhadap bunyi

disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan.

Dengan itu, setiap rangsangan yang diterima akan menimbulkan suatu gerak balas. Kaitan yang

dilakukan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan malalui latihan seterusnya

pengesuaan sesuatu benda secara berperingkat-peringkat (Mahmood & Nazar Mohamed, 2014).

KAJIAN PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV

7
Bunyi loceng
(rangsangan Tiada gerak balas
terlazim)

Rajah 2.0 Situasi 1 : Sebelum pelaziman

Situasi 1 menerangkan tentang situasi sebelum berlakunya pelaziman. Apabila loceng

dibunyikan (rangsangan terlazim), tiada gerak balas terhadap sesuatu. Sebagai contoh, anjing

yang tidak dilatih tidak akan bertindak balas apabila seseorang membunyikan loceng.

Loceng
(rangsangan
terlazim)

Makanan
(rangsangan
tak terlazim)

Air liur
(gerak
balas
terlazim)

Rajah 3.0 Situasi 2 : Semasa Pelaziman

8
Seterusnya, situasi 2 pula menerangkan tentang situasi semasa berlakunya pelaziman. Apabila

loceng dibunyikan(rangsangan terlazim) dan makanan juga disediakan (rangsangan tak terlazim),

Maka, akan berlakunya tindak balas terhadap sesuatu. Sebagai contoh, anjing yang dilatih akan

bertindak balas dengan mengeluarkan air liurnya apabila seseorang membunyikan loceng

sekaligus menyediakan makanan.

Bunyi loceng
(Rangsangan terlazim)
Tindakbalas
Air liur
(gerak balas terlazim)

Rajah 4.0 Situasi 3: Selepas pelaziman

Akhir sekali,Situasi 3 menerangkan tentang situasi semasa berlakunya selepas

pelaziman. Apabila loceng dibunyikan (rangsangan terlazim) akan berlakunya tindak balas

terhadap sesuatu. Contohnya, anjing yang sudah dilatih dengan bunyi loceng apabila seseorang

ingin memberikannya makanan, maka air liur anjing akan bertindak balas setiap kali seseorang

membunyikan loceng walaupun seseorang itu tidak mempunyai makanan.

3.4 Pemulihan Spontan

9
Adalah kewujudan semua tindak balas yang telah dihapuskan selepas suatu jangka masa rehat.

Namun begitu tindak balas tersebut adalah lemah berbanding dengan peringkat perolehan. Kalau

dalam contoh eksperimen Pavlov, air liur yang dikeluarkan oleh anjing adalah sedikit atau

berkurangan. Ini menunjukkan bahawa penghapusan hanya menekan tindak balas terlazim dan

tidak melenyapkannya semua sekali (Ruhaya Hussin, 2011).

Pemulihan spontan dapat menolong menjelaskan mengapa sukar untuk mengatasi

penagihan dadah. Contohnya, penagih kokain yang dianggap telah bebas dadah mungkin akan

mengalami desakan untuk mengambil semula apabila berhadapan dengan rangsangan yang

berhubung rapat dengan dadah tersebut seperti serbuk putih.

3.5 Generalisasi (pelaziman emosi)

Generalisasi ialah berkebolehan sesuatu rangsangan yang seakan sama dengan rangsangan

terlazim untuk menghasilkan gerak balas yang terlazim. Organisma yang dihasilkan semasa

menjalani proses pembelajaran akan dipengaruhi untuk memberi gerak balas yang sama atau

seakan-akan sama dengan rangsangan yang seakan sama dengan rangsangan terlazim. Sebagai

contoh air liur anjing sesuatu organisma yang terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan

tak terlazim juga akan menghasilkan gerak balas terlazim walaupun rangsangan itu berlainan

atau hampir sama iaitu nada loceng yang berlainan. Dengan kata lain organisma dapat membuat

generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas

(Othman Mohamed, 2013).

10
Selain itu, sebagai contoh lain yang dialami oleh sekeliling kita ialah tentang tekanan

hidup dan perasaan marah. Kita sebagai manusia biasa sentiasa menghadapi tekanan dengan

sekeliling kita dan ia akan menimbulkan perasaan marah. Apabila masalah yang tidak dapat

dielakkan akan menimbulkan reaksi marah di sesuatu tempat dan tidak mengawalnya, maka

perasaan marah akan timbul di mana-mana tempat seperti tempat awam atau rumah sendiri jika

dia menghadapi tekananan walaupun tekanan yang berbeza. Perasaan marah itu adalah satu

perasaan atau tingkahlaku terlazim dalam diri seseorang tersebut.

Walaubagaimanapun, rangsangan-rangsangan lain boleh menimbulkan gerak balas

terlazim mungkin tidak dapat menghasilkan gerak balas yang sama instensitinya jika

dibandingkan dengan rangsangan terlazim yang asal. Kekuatan gerak balas terlazim bergantung

kepada kesamaan rangsangan dengan rangsangan terlazim yang asal (Rozmi Ismail, 2011).

4.0 MENGAPLIKASIKAN PRINSIP PELAZIMAN TERHADAP TINGKAH LAKU

MANUSIA

Walaupun eksperimen awal pelaziman dijalankan dengan haiwan, namun prinsip

pelaziman klasik didapati dapat menerangkan banyak aspek tingkah laku manusia. Contohnya,

kita merasa lapar kerana ternampak papan tanda restoran semasa memandu di lebuhraya. Ini

adalah kerana restoran dikaitkan dengan makanan yang terdapat di dalamnya (rangsangan tidak

terlazim) memyebabkan papan tanda restoran menjadi rangsangan terlazim yang menghasilkan

respons atau tindak balas terlazim iaitu rasa lapar (Rozmi Ismail, 2011).

11
Tindak balas emosi juga dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Contohnya, ramai

daripada kita yang takut kepada tikus, labah-labah dan haiwan-haiwan lain sedangkan haiwan-

haiwan tersebut tidaklah berbahaya hal ini kerana berlakunya pelaziman klasik iaitu mungkin ada

di antara kita pernah mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan berkaitan dengan

haiwan-haiwan tersebut. Oleh itu timbul perasaan takut untuk mendekati haiwan tersbut. Perkara

ini berkait rapat dengan eksperimen yang dijalankan oleh Watson terhadap “Little Albert” dan

tikus putih (Rozmi Ismail, 2011).

Rangsangan Gerak balas

Tikus putih Tidak takut

Bunyi kuat (semula jadi) Takut (semula jadi)

Binatang bulu putih cuba uji Takut

Bunyi yang kuat ulang beberapa kali

Binatang bulu putih Takut (gerakbalas terlazim)


(rangsangan yang terlazim)

Rajah 5.0 : Pelaziman Emosi Watson

12
5.0 PERANAN PELAZIMAN KLASIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Dalam kehidupan sehari-hari, kita cuba mengaitkan rangsangan yang neutral dengan perkara-

perkara tertentu. Misalnya, bunga kita kaitkan dengan romantik, bau minyak wangi

menyebabkan kita merasa seronok kerana dikaitkan dengan kekasih, dan seumpamanya.

Tegasnya, rangsangan neutral dikaitkan dengan orang, objek, lokasi, situasi, atau malahan

perkataan tertentu, dan membentuk suatu kuasa untuk membentuk perasaaan yang sama seperti

rangsangan yang asal. Berikut merupakan contoh-contoh lain.

 Apabila merasa gerun terhadap cabutan gigi yang sakit, kita juga merasa gerun

apabila melihat bilik menunggu di klinik, kerusi dentis, jarum, malahan bangunan

klinik gigi.

 Di kalangan penagih dadah yang telah sembuh, biasanya mereka mengulang

kembali tingkah laku penagih dadah apabila adanya tanda saran-tanda saran di

persekitaran yang dikaitkan dengan sebab pengambilan dadah sebelumnya.

 Ahli-ahli perniagaan yang menjamu pelanggannya di kedai makan mewah

mungkin berharap dapat melihat hati pelanggan terhadap barangan mereka, sama

seperti tertariknya pelanggan dengan keadaan tempat makan dan makanan mewah

tersebut (Nazir Mohamed, 2014).

13
6.0 PANDANGAN SEMASA MENGENAI PELAZIMAN KLASIK

Mulai tahun 1960-an, prinsip-prinsip asas pelaziman klasik asal yang dikemukakan oleh Pavlov

mula diteliti semula, dan beberapa kajian terperinci telah dilakukan. Sebahagian daripada

hasilnya menunjukkan bahawa pelaziman klasik sebenarnya lebih kompleks daripada apa yang

pernah dicadangkan sebelum ini. Antaranya ialah peranan kognitif dan predeposisi (sifat semula

jadi) biologi adalah penting dalam pelaziman klasik.

1. Peranan kognitif. Mengikut pendekatan kognitif, unsur yang kritikal dalam

pelaziman klasik bukanlah gandingan/kaitan yang berulang-ulang antara

rangsangan terlazim dengan rangsangan tak lazim, tetapi adalah sama ada

rangsangan terlazim (sebelumnya merupakan rangsangan neutral) menyediakan

maklumat yang membolehkan subjek/organisma meramalkan kejadian/

kewujudan rangsangan tak lazim. Maksudnya, selepas rangsangan neutral

diberikan, adalah subjek boleh meramalkan wujud atau tidak selepas itu

rangsangan tak lazim. Sekiranya subjek meramalkan bahawa rangsangan tak

terlazim mengikuti rangsangan terlazim, maka tingkah laku (tindakbalas terlazim)

akan terjadi. Ini berbeza dengan pandangan asal Pavlov yang menyatakan bahawa

sebarang rangsangan neutral boleh menjadi rangsangan terlazim

(Pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelaziman-klasik).

14
2. Predeposisi. Dalam kajian seterusnya oleh tokoh-tokoh lain, mencadangkan

bahawa manusia dan haiwan lain sentiasa bersedia untuk mengaitkan hanya

rangsangan tertentu dengan konsekuen tertentu. Salah satu kesediaan ini adalah

kecenderungan untuk membentuk aversi rasa- pengelakan dan/ atau kebencian

terhadap makanan yang dikaitkan dengan ketidakselesaan atau menjijikkan.

Maksudnya, manusia secara semulajadinya telah membentuk hubungan atau

perkaitan tersebut. Contohnya, manusia akan merasa mual apabila merasa sesuatu

makanan yang menjijikkan, rasa akan muntah apabila melihat benda yang

menjijikkan (Pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelaziman-

klasik).

15
7.0 KESIMPULAN

Huraian yang dikemukakan dalam kajian ini, menyebabkan kepada kita bahawa teori pelaziman

klasik boleh diterapkan dalam pelbagai program pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Walaubagaimanapun, bentuk pengajaran yang berteraskan pelaziman klasik adalah terlalu focus

kepada anjing, makanan dan bunyi loceng tersebut. Bentuk rangsangan dan gerak balas telah

ditentukan oleh loceng, bunyi tersebut dan makanan secara terperinci dengan anjingtersebut telah

memberi tindak balas dengan mengeluarkan air liurnya. Kaedah ini telah menyebabkan anjing

tersebut peka dengan kehadiran bunyi dan makanan tersebut sekiranya berhampiran.

16

You might also like