You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR


DI DESA MAKMUR
SUNGAI MERAB LUAR
MUKIM DENGKIL DAERAH SEPANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Makmur


d/a No 49, Persiaran Makmur,
Desa Makmur, Sungai Merab Luar,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
KANDUNGAN HALAMAN

Mukadimah
3
Objektif
4
Rasional
4
Ahli jawatankuasa pembinaan surau Al-Makmur
5
Fasa-fasa pembinaan
6-7
Cadangan pembinaan surau Al-Makmur
8-9
Kos pembinaan
10
Pelan tapak surau Al-Makmur
lampiran
Pelan bangunan surau Al-Makmur
lampiran
Kelulusan dari pihak berkuasa
lampiran
Penutup
11

2
MUKADIMAH

Desa Makmur merupakan sebuah taman perumahan baru yang terletak di


Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor. Jumlah keseluruhan unit premis bangunan ialah
sebanyak 70 buah rumah kediaman. Jumlah penduduk yang telah menetap di taman ini
dianggarkan seramai 350 orang yang keseluruhannya beragama Islam.

Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk
kegunaan para penduduk. Buat masa sekarang, penduduk menggunakan sebuah
rumah yang disewa di alamat No 7, Persiaran Makmur, Desa Makmur, Sg Merab Luar,
43000 – Kajang, Selangor untuk tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan yang
lain.

Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada
semua penduduk, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud
mewujudkan sebuah surau di dalam taman perumahan ini.

Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah


seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat
kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di taman
ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah
mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk /membina akhlak yang baik.

Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan
komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-
Makmur untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat
lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan.

Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak
Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Makmur berharap kepada sumbangan pihak-pihak
yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi
tercapainya cita-cita seluruh penduduk di perumahan Desa Makmur ini.

3
OBJEKTIF

“Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah penduduk Desa Makmur
serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa
selaras dengan tuntutan Islam”

RASIONAL

1. Ketiadaan surau di dalam kawasan perumahan Desa Makmur termasuk desa


berdekatan contohnya Desa Firdaus.
2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau dan telah mendapat
kelulusan pelan dari Majlis Perbandaran Sepang (salinan pelan dikepilkan).
3. Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang
sesuai, baik dan selesa.
4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih
teratur
5. Kedudukan masjid berdekatan iaitu Masjid Sungai Merab ialah 3 kilometer
daripada Desa Makmur dan dipisahkan dengan dua (2) jalan besar di mana atas
faktor-faktor keselamatan boleh menimbulkan kesukaran dan kebimbangan
terhadap jemaah kanak-kanak dan golongan wanita untuk menyertai sebarang
aktiviti keagamaan.
6. Desa Makmur ialah sebuah taman perumahan baru dalam suasana desa.
7. Premis surau sementara adalah sebuah rumah teres yang disewa dengan
bayaran RM750.00 sebulan dan bersaiz kecil.
8. Mempunyai modal awal sebanyak RM 45,000.00 khusus untuk pembinaan surau
sebagai janji dari pemegang amanah tuan tanah.

4
AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN
SURAU AL-MAKMUR DESA MAKMUR

PENASIHAT
EN KAMARUDDIN B DAUD

PENGERUSI
EN AHMAD B HAJI MAHMUD

TIMBALAN PENGERUSI
EN MOHD FAUZI B MAT ZIN

SETIAUSAHA
DR HASHIM B HIZAM

PENOLONG SETIAUSAHA
EN MUHAMMAD ARIF B SANIRAN

BENDAHARI
EN AHMAD SAIFUDIN B CHE OTHMAN

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA


PENTADBIRAN PEMERIKSA KIRA-KIRA KONTRAKTOR/PEMBINAAN/ ARAH QIBLAT
EN MOHAMAD B ISMAIL EN MOHAMAD B ISMAIL EN MOHD FAUZI B MAT ZIN
EN AHMAD SAIFUDIN B CHE OTHMAN EN ROSLAN B MOHAMMAD EN MOHD SUKOR B HUSIN
DR NIK MOHD ASRI B NIK LONG
EN MOHAMED RAZMAN B YAHYA
EN MUHAMMAD ANUAR B GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA


DERMA/SUMBANGAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI
EN YAAKOB B MOHAMAD EN MUHAMMAD ARIF B SANIRAN
USTAZ AMIR FAZLIM B YUSUFF USTAZ HASNAN B KASAN
EN ZAMRI B YAAKOB USTAZ AHMAD KAMEL B MOHAMED
EN OTHMAN B TALIB

5
FASA PEMBINAAN

Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau Al-
Makmur iaitu:

FASA 1

Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa


seperti:

1. Pengurusan gazet tanah dan tapak surau dari Majlis Perbandaraan Sepang dan
kelulusan
2. Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan
Negeri Selangor dan kelulusan
3. Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon
derma dari Jabatan Agama Islam Selangor dan kelulusan
4. Pengurusan memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
dan kelulusan
5. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau Al-Makmur
6. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan

FASA 2

1. Pengurusan memohon derma dari penduduk Desa Makmur


2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Dana
Wakaf dan Baitumal Selangor
3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat
4. Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan
5. Pengurusan Resit dan senarai derma
6. Pengurusan rekod dan pengauditan

6
FASA 3

1. Pembinaan Surau Al-Makmur


2. Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat

FASA 4

1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Al-Makmur


2. Pengurusan perasmian Surau Al-Makmur

7
CADANGAN PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR

SPESIFIKASI SURAU AL-MAKMUR

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN


1 Kapasiti jemaah 350 orang jemaah
2 Jenis bangunan Bangunan satu tingkat
3 Keluasan 2500 kaki persegi ( 50 X 50 ) kaki
bangunan
4 Keluasan dewan 1200 kaki persegi ( 30 X 40 ) kaki
solat
5 Struktur Konkrit tetulang
6 Binaan bangunan Batu bata berplaster ( reinforce )
7 Kemasan dinding Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )
8 Concrete tile and Metal deck ( Kerangka bumbung jenis
Bumbung
kayu/besi )
9 Siling 2 X 4 asbestos
10 Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih
11 Pintu Pintu gelungsur aluminium
12 Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih
13 a.dewan solat – karpet
b. teres koridor – jubin seramik
c. bilik imam – karpet
Kemasan lantai d. bilik bilal – karpet
e. bilik siak – karpet
f. stor barangan – karpet
g. teres keliling – lepaan simen
14 a. tangki simpanan air
b. tandas lelaki – 2 unit
Bilik air/Wudhu’ c. tandas perempuan – 2 unit
d. tempat wudhu’ lelaki – 10 unit
e. tempat wudhu’ perempuan – 5 unit

8
BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN
15 Single phase – 60 Amphere ( punca utama )
a. punca lampu – double fluorescent with reflector
Pendawaian letrik b. punca kipas – kipas siling dan dinding
c. punca kuasa 13A – domestik
d. punca kuasa 15A – penyaman udara
16 a. longkang –
i. 6 inci dalam
ii.8 inci lebar
iii.bentuk U
b. salur air
i. UPVC gutter
c. pagar
Lain-lain i. keliling kawasan pelan tapak
kelengkapan d. pintu pagar
i. pintu utama
ii.2 pintu kecil
e. halaman surau
i. memindah dan membina semula gelanggang sepak takraw
ii. memindah dan memasang semula peralatan permainan
taman kanak-kanak
iii. menurap semua kawasan halaman surau dengan batu tar

9
KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan pembinaan Surau Al-Makmur ialah:

RM250,000.00

( Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )

SUMBANGAN

Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:

SURAU AL-MAKMUR DESA MAKMUR

PELAN TAPAK SURAU AL-MAKMUR

Seperti lampiran yang disertakan

PELAN BANGUNAN SURAU AL-MAKMUR

Seperti lampiran yang disertakan

KELULUSAN-KELULUSAN DARI PIHAK BERKUASA

Seperti lampiran yang disertakan

10
PENUTUP

Pembinaan Surau Al-Makmur ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan


oleh semua penduduk di desa ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan
yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat
dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.

Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian


para penduduk. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati
berusaha agar pembinaan Surau Al-Makmur ini dapat disegerakan demi kesejahteraan
penduduk.

Pihak jawatankuasa pembinaan Surau Al-Makmur mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat
kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Sekian.

Disediakan oleh:

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR


No 49, Persiaran Makmur,
Desa Makmur, Sungai Merab Luar,
43000 – KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

BIL NAMA JAWATAN TELEFON TANDA TANGAN


1 EN AHMAD B HAJI MAHMUD PENGERUSI 019-2772561
2 EN MOHD FAUZI B MAT ZIN TIMB. PENGERUSI 013-3722738
3 DR HASHIM B HIZAM SETIAUSAHA 012-3002167

11

You might also like