You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT IPOH

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 10


PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK TEKNOLOGI


BILANGAN 1 TAHUN 2022/2023

Tarikh : 18 Mac 2022


Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Kecil SK Convent, Ipoh

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Puan Rabbiatul Natrah binti Rosman Ketua Panitia &
Setiausaha
2. Puan Zailina binti Md. Nahar

Turut Hadir
1. Puan Sharifah Norlian binti Syed Adam PK Pentadbiran

Tidak Hadir (Bersebab) Tiada

Pengerusi Mesyuarat :
Puan Rabbiatul Natrah binti Rosman Ketua Panitia RBT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pn. Pengerusi mengucapkan mengucapkan selamat datang kepada guru-guru


yang hadir pada Mesyuarat Panitia RBT kali pertama bagi sesi persekolahan 2022.
1.2 Puan Sharifah Norlian berharap Panitia RBT bersemangat dalam melaksanakan
program dan aktiviti yang dirancang dengan sebaik mungkin. Beliau berharap guru
dapat mengaplikasi PdPc berteraskan PAK21 dan KBAT.

Tindakan: Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu

Dicadangkan oleh: Puan Zailina


Disokong oleh: Puan Rabbiatul Natrah
Tindakan: Makluman
3.0 Perkara Berbangkit : Tiada

4.0 DSKP dan Rancangan Pelajaran Tahunan

4.1 Setiap guru perlu menyimpan DSKP dan RPT subjek RBT sama ada dalam fail
ataupun folder komputer.
4.2 DSKP dan RPT perlulah mengikut semakan yang terkini terutamanya untuk
murid tahun 5 dan 6 KSSR semakan.
4.3 Penulisan RPH mengikut format yang betul menggunakan CIDS.
4.4 DSKP dan Rancangan Pelajaran Tahunan tahun 2022 disimpan di dalam folder
Google Drive RBT sebagai rujukan guru dan disediakan QR code untuk
kemudahan akses.

Tindakan: Makluman

5.0 Rekod Persediaan Mengajar Guru (CIDS)

5.1 Rancangan Pengajaran Harian dan Pembelajaran Harian perlu mempunyai


unsur KBAT dan PAK21. Penggunaan peta i-Think adalah digalakkan.

5.2 Guru-guru RBT bagi tahun 2022 :-

Kelas/Tahun Nama Guru


4 Creative Puan Zailina Bt Md Nahar
4 Innovative Puan Zailina Bt Md Nahar
4 Proactive Puan Zailina Bt Md Nahar
5 Creative Puan Rabbiatul Natrah Bt Rosman
5 Innovative Puan Rabbiatul Natrah Bt Rosman
6 Creative Puan Rabbiatul Natrah Bt Rosman
6 Innovative Puan Rabbiatul Natrah Bt Rosman

Tindakan: Panitia RBT

6.0 Pengajaran dan pembelajaran


6.1 Penggunaan buku untuk RBT penggunaan buku tulis setiap murid perlu
membunyai buku nota / latihan menggunakan buku panjang sekolah.

7.0 Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD)

7.1 Pentaksiran dilakukan mengikut topik dan hasil kerja yang dibuat oleh murid.
7.2 Pelaksanaan sepanjang tahun oleh semua guru mata pelajaran. Guru-guru
membuat penilaian PBD .Adalah diharapkan penilaian dijalankan dengan telus
semasa menilai murid-murid.Penilaian akhir akan dimasukkan ke dalam rekod
offline sebelum diserahkan kepada setiausaha PBD.

8.0 Professional Learning Community (PLC)

8.1 PLC yang pertama pada dicadangkan pada 10 April 2022.


8.2 Membincangkan RPT tahun semasa dan format penulisan RPH di dalam CIDS.

9.0 Pelaksanaan Program

9.1 Untuk Pantia RBT pameran projek RBT akan dijalankan pada bulan November
supaya dapat menghargai karya dan bakat murid mencipta projek yang kreatif.

10.0 Kewangan dan Perbelanjaan Panitia

10.1 Guru-guru yang ingin membuat pembelian bahan atau projek untuk PdPc
perlulah mengikut prosedur dan mengemaskini pengurusan stok dari semasa ke
semasa. Pembelian perlu melalui nota minta.

11.0 Hal-hal lain

Tiada

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................. .............................................
( Puan Rabbiatul Natrah bt Rosman ) ( Puan Sharifah Norlian bt Syed Adam )
Ketua Panitia RBT PK Pentadbiran
SK Convent Ipoh SK Convent Ipoh

You might also like