You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS GAYA, KOTA


KINABALU,SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN
-KERJA KURSUS -
KURSUS: KESUSASTERAAN MELAYU
KOD KURSUS : BMMB3033

KANDUNGAN:
i. Bahagian A: Penulisan Akademik
ii. Bahagian B: Persembahan

Nama Guru Pelatih :NURIZZRATUL HUMAIRA BT ABD


RAZAK
No. Kad Matrik :P01200577
Kumpulan : PISMP BM SJKC
Ambilan : JUN 2021
Semester/Sesi : 3/FEB-JUN 2022
No. Telefon Bimbit :016-4876758
Alamat E-mel :450 – 27
nurizzratul@epembelajaran.edu.my
Nama Pensyarah Kursus :DR. RAHMAH BINTI ABDUL GHANI
Markah :

KRITERIA 25% 10% 25%


Penulisan Persembahan Kritikan Jumlah ( 60 %)
Akademik Sastera
Pemeriksa
1

Pemeriksa
2

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)


Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat
didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar: Humaira Tarikh: 21/4/2022

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas
daripada pensyarah)
PENGHARGAAN

Awal bismillah pembuka bicara, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana


limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya . Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, saya dengan rendah hati ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya yang mengajar subjek
BMMB3033 iaitu Dr. Rahmah binti Abdul Ghani. Maafkan kami diri yang hina ini
sepanjang tempoh kita bersua. Terima kasih Dr.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha. Saya
juga ingin menghadiahkan sekalung apresiasi kepada rakan-rakan saya yang telah
banyak membantu dalam perbincangan sehingga boleh mencetuskan idea saya
sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan.

Dalam proses pelaksanaan tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari. Hal ini
memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu lebih-lebih lagi kritikan sastera
yang mula bergiat di Malaysia dengan lebih sering. Apabila saya merujuk pelbagai
bahan untuk menghasilkan penulisan akademik yang baik, perkara ini dapat menambah
pengetahuan saya. Terima kasih kepada pensyarah kami kerana memberikan kami
tugasan ini kerana pada saya, tugasan ini membantu saya untuk mengetahui dengan
lebih mendalam tentang keindahan sastera.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT

1.0 Catatan tujuan dan batasan perbincangan…………….


……………………………………………………………….1

2.0 Perbincangan ringkas terhadap latar belakang


teori dan karya pilihan………………………………………......................................1

3.0 Aplikasi kritikan terhadap teks pilihan……………………………………………….2

4.0 Rumusan …………………………………………………………………………………..4


1.0 Catatan tujuan dan batasan perbincangan
Glosari Istilah Kesusasteraan (1998) mentakrifkan kritikan sebagai esei atau artikel
yang menjelaskan secara kritis tentang sesebuah hasil seni biasanya dengan tujuan untuk
menentukan sifat yang dimiliki dan menuntu mutunya mengikut suatu ukuran tertentu yang
telah ditetapkan atau sering digunakan. Kritikan sastera merupakan hasil pengalaman dan
pentafsiran pengkritik selepas memba ca dan menghayati sesebuah karya. Menerusi
pengetahuan dan ilmu, pengkritik berusaha untuk menghuraikan nilai karya. Berdasarkan
tugasan ke-3 subjek kesusasteraan Melayu (BMMB3033), satu kritikan terhadap karya novel
pilihan akan dihasilkan.

2.0 Perbincangan ringkas terhadap latar belakang teori dan karya pilihan

Berdasarkan novel yang dikaji, bertajuk ‘Meniti Jalur Pelangi’ karya Jais
Sahok yang diterbitkan pada tahun 2015, beberapa teori sastera telah diaplikasikan
dalam penulisan beliau. Karya ini mengetengahkan teori sastera Barat (psikologi)
dan sastera tempatan (pengkaedahan Melayu) melalui binaan cerita dalam novel
ini. Pengkaedahan Melayu merupakan teori kehidupan, kepercayaan dan
kebudayaan komuniti Melayu Islam. Hashim Awang mengasaskan teori ini
berdasarkan kehidupan asal dan warisan komuniti Melayu di Malaysia. Teori
Pengkaedahan Melayu banyak diaplikasikan dalam kritikan sastera kerana aspek
ekstrinsik dan intrinsik ditemui dalam isi tersurat dan tersirat. Manakala, teori barat
iaitu teori psikologi berpusat pada karya yang dibaca dengan melihat unsur-unsur
intrinsik sebagai isi utama. Pengkritik sastera menggunakan teori ini untuk membuat
pentafsiran lebih khusus daripada aspek watak, perwatakan serta tema karya.

2.2.1 Sinopsis karya pilihan

Kisah novel Meniti Jalur Pelangi bermula apabila seorang anak muda
bernama Jamil yang dibesarkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan,
cukuplah untuk makan dan minum. Bapa Jamil seorang penambang sampan di
Sungai Sarawak dan ibu Jamil merupakan seorang suri rumah. Jamil seorang anak
yang pintar telah diterima masuk ke sekolah asrama seusai usianya memasuki
tingkatan 1, dia adalah orang pertama dari Kampung Bako yang dapat menyambung
pengajaran di sekolah agama berasrama penuh, Matang. Penduduk Kampung Bako
bersikap iri dan kagum dengan keluarga Jamil kerana kemasukannya ke sekolah
yang disegani itu. Walaupun Jamil merasakan dirinya dipandang tinggi oleh orang
kampung, dia sentiasa merendah diri dengan merasakan bahawa dirinya ini
mempunyai tanggungjawab yang amat besar. Disebabkan itu, Jamil ini merupakan

1
seorang pemuda yang amat mementingkan akhlaknya di sekolah kerana dia
membawa nama ibu dan bapanya.

Ketika zaman remaja Jamil, dia berhadapan dengan persekitaran yang negatif
terutama rakan-rakannya mempengaruhinya supaya terjebak dalam penyalahgunaan
dadah. Jamil tidak inginkan dadah, namun rakannya yang sudah terlibat dengan aktiviti ini
mengikutnya ke sekolah dalam keadaan berkhayal sehingga menyebabkan masalah kepada
Jamil. Sehinggakan pengetua mengenakan tindakan disiplin ke atas dirinya kerana
dianggap membawa kawannya Jenal Jepon yang mabuk ke sekolah agama Jamil. Bagi
menebus nama baiknya yang sudah dicemari gara-gara kawannya, Jamil berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajaran dengan bantuan guru Cikgu Latip. Akhirnya Jamil
dapat menyambung pelajarannya sehingga ke menara gading dalam bidang perubatan.
Beberapa tahun berlalu, dia sudah menjadi seorang doktor yang bertugas di Hospital Serian,
Kuching. Novel ini kaya dengan nilai motivasi dan moral daripada pendidikan kurang
sempurna dan rakan sebaya.

3.0 Aplikasi kritikan terhadap teks pilihan

Kritikan teks yang dihasilkan terhadap novel Meniti Jalur Pelangi karya Jais
Sahok akan berfokuskan kepada kritikan teguran. Kritikan teguran yang dihasilkan
akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu keistimewaan dan kekurangan.

3.1 Keistimewaan karya

Keistimewaan pertama yang dirasakan amat menarik untuk dibicarakan adalah


tentang tema novel yang ingin dikemukakan oleh penulis, Jais Sahok. Tema
novel ini ialah perjuangan anak muda dalam mencapai impian walaupun menghadapi
pelbagai rintangan. Berlandaskan tema karya yang memerlukan pentafsiran yang
lebih khusus, teori sastera Barat digunakan dalam kritikan ini. Pada hakikatnya, tema
novel ini mencakupi aspek yang meluas oleh sebab watak utama yang dicipta oleh
penulis bersifat dinamik. Kreativiti penulis dalam meletakkan watak utama dalam
konflik hidup daripada pelbagai segi menyebabkan kisah ini berlainan daripada jalan
penceritaan biasa. Watak utama dalam novel ini mengalami konflik keluarga, rakan
sebaya, percintaan dan alam pekerjaan yang mana dalam norma penghasilan
sebuah novel, setiap watak akan mengalami satu konflik besar. Contoh konflik
remaja yang dihadapi oleh Jamil ketika dia dituduh disebabkan rakannya kerana
memasuki kawasan asrama pada waktu yang tidak dibenarkan adalah seperti
berikut:

2
“Jamil berasa kehabisan modal untuk mempertahankan diri tapi dia memang rela
bersumpah kalau sumpah itu jalan penyelesaian terakhir. “Sumpah cikgu, saya tak
buat”. Dia mengangkat muka sekali lagi untuk meninjau kemungkinan reaksi guru
yang menyoalnya itu. “ Itu kata awak. Awak ada tengok orang lain buat? Nak tuduh
orang bukannya mudah Jamil.”
(Jais Sahok, halaman 247)

Hal kedua yang menjadi nilai tambah dalam novel ini ialah petikan dialog, cerpen
dan sajak yang disertakan dalam penulisan. Petikan-petikan yang dimasukkan pada
bahagian penulisan telah membawa pembaca untuk menyelami teknik plot, latar dan watak
yang dipamerkan dalam novel Meniti Jalur Pelangi. Tambahan lagi, pembaca dapat
mengalami sendiri peristiwa yang dilalui oleh watak-watak dalam novel. Karya tulisan
sebegini jarang dijumpai di Malaysia kerana pada keadaan biasa, penulis hanya akan
memberitahu secara tidak langsung petikan karya yang dibaca dalam penulisan novel.
Berbeza dengan novel ini, Jais Sahok menulis sendiri satu per satu bait-bait dialog, cerpen
dan sajak dalam penulisan novel beliau seperti coretan petikan di bawah:

“Selepas solat Aidilfitri pagi itu mama menunggunya dengan


senyum panjang di muka pintu.
***
Afif menyambut pemberian mama dengan penuh rasa gembira.
Tahun depan dia berazam
sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan nanti.”

(Petikan cerpen daripada Novel Meniti Jalur Pelangi, Jais Sahok, halaman 384 – 402)

Oleh itu, jelaslah, jika matlamat beliau untuk memberikan satu perspektif baharu
bagi pembaca, beliau ternyata sudah berjaya membuktikan bahawa sifat karya
sastera itu hidup kerana boleh memberi kesan secara mendalam. Pada masa yang
sama, jelaslah bahawa Teori Pengkaedahan Melayu telah digunakan dalam karya
kerana pendekatan gunaan digunakan. Berdasarkan analisis yang dilakukan dalam
novel, penulis telah menyelitkan elemen sastera seperti cerpen dan sajak dalam
karya beliau.

3.2 Kekurangan karya

Beberapa kecampingan yang dapat dilihat dalam novel ini ialah plot yang tidak
tersusun. Plot pada kebiasaannya akan diceritakan daripada permulaan, perkembangan,
konflik dan akhir sekali, peleraian. Namun yang demikian, novel karya beliau didapati

3
mencampur adukkan susunan plot yang mana kisah ini dimulakan dengan konflik terlebih
dahulu berbanding permulaan. Sepatutnya, penulis perlu merangka satu jalan cerita yang
berperingkat mengikut susunan plot untuk memudahkan pembaca memahami karya.
Apabila penulisan plot dihasilkan sebegini, pembaca cenderung untuk keliru sewaktu proses
pembacaan dan penghayatan sastera. Sebagai contoh pada bab 1 bertajuk ‘Bingkisan’
menceritakan tentang watak utama yang kembali mengorak langkah ke tempat dia
membesar sebagai seorang remaja menggunakan teknik plot ‘imbas kembali’. Namun, pada
bab seterusnya, jalan penceritaan berubah apabila penulis memfokuskan konflik lain

Selepas itu, penulis juga telah menghasilkan satu karya yang memberikan tumpuan
kepada banyak watak menyebabkan pembaca tertanya-tanya sama ada bab yang dibaca
ini merupakan sudut pandangan Jamil atau, watak-watak lain seperti Sebi, Jamilah dan
Cikgu Latip. Berkemungkinan penulis ingin mempelbagaikan sudut pandangan daripada
pelbagai watak supaya pembaca dapat memahami personaliti dan cerita di sebalik watak
ciptaan penulis. Walaupun begitu, penulisan yang terhasil juga perlu menitikberatkan sudut
pemahaman pembaca kerana tidak semua pembaca boleh mengadaptasi perubahan sudut
pandangan secara drastik pada setiap bab yang ditulis. Misal yang dapat dipetik dari novel
adalah seperti berikut:

“Bayangkanlah hakikatnya, sejak aku mengenal erti kerjaya


di maya pada ini, inilah tempatnya yang kuinjak dan sejak itu, sudah lewat 20 tahun,
aku ditakdirkan mengepalai nakhoda kapal layarnya – membawa insan takwa merenangi
lautan hidup – gelora dan oleng ombaknya sentiasa membangkitkan nostalgiaku ke
alam rindu dan penantianku.”

(Perspektif watak Cikgu Latip pada bab ke-2 (Senario), halaman 29)

Sudut pandangan watak Cikgu Latip pada bab ke-2 diteruskan sehingga bab ke-5
bertajuk kebun bunga. Kemudian berlaku peralihan sudut pandangan daripada watak ayah
Jamil yang dapat dibuktikan dalam petikan berikut:

“Dirinya sendiri, tiga hari yang lalu,


baharu kembali dari Matang kerana menghantar anak sulungnya
ke sekolah agama. Anaknya orang Kampung Bako yang pertama
menjejakkan kaki di sekolah agama”

(Perspektif watak Jaya, bapa Jamil, pada bab ke-6 (Tambang), halaman 147-148)

4.0 Rumusan

4
Kesimpulannya, kegiatan kritikan sastera yang hanya bertalu secara kecil-
kecilan pada tahun 1960-an kini, sudah disebarkan kerana kritikan sastera dikatakan
memberikan manfaat kepada pengkarya untuk menambah baik hasil penulisan.
Selain itu, pembaca juga berpeluang untuk menyalurkan pendapat mereka terhadap
penulisan karya. Sebagai warga pendidik, aspek kritikan sastera ini merupakan satu
bahagian bahasa Melayu yang sebenarnya mampu membuka minda dan pandangan
kita tentang keindahan karya sastera negara yang perlu dilestarikan.

Rujukan

Abd Rahim Ismail & Khairuddin Mohamad. (2017). Kesusasteraan Melayu. Edisi 1. Sasbadi
Sdn.Bhd.
Ahmad Nabil Amir & Tasnim Abdul Rahman. (2020). Perkembangan pemikiran sastera
Islam di alam Melayu. International Islamic University Malaysia & Universiti Sultan Zainal
Abidin. 5(1): 155-168
Azhar Wahid & Abdul Ghani Abu. (2015). Membina kritikan sastera Melayu dalam jalur
pascamodenisme. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3(1),34-46.
Haliza Abdul Rahman. (2021). Literature Role in the Daily Malay Community in the novel
“Seorang Tua Di Kaki Gunung from the perspective theory of pengkaedahan Melayu”.
International Journal of Research in Business and Social Science. 11(15), 1-14.
Jais Sahok. (2015). Meniti Jalur Pelangi. Edisi 1. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norazimah Zakaria. (2015). Penghayatan nilai murni dalam pembangunan modal insan
melalui kesusasteraaan Melayu tradisional. Jurnal peradaban Melayu, Jilid 10, 25-32.
Safian Hussain. (1990). Glosari Istilah kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka

5
Lampiran

Lampiran 1

You might also like