You are on page 1of 4

1

SEKOLAH KEBANGSAAN SATU SULTAN ALAM SHAH


JALAN BUKIT 11/2 46200 PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/2022

Tarikh : 16 Januari 2023


Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Harmoni SK Satu Sultan Alam Shah
Pengerusi : Zuhana Binti Mukrim (Ketua Panitia Sains)

Kehadiran :
1. Sarimah binti Atan Guru Besar
2. Rosnani Binti Mohamed Arus Pen. Kanan Pentadbiran
3. Zuhana Binti Mukrim Ketua Panitia Sains
4. Wan Ajrina Binti Wan Ahmad Setiausaha

1.0 Ucapan Alu-Aluan

1.1 Guru Besar mengalu-alukan selamat datang kepada semua guru dalam Mesyuarat
Panitia Sains Bil 3/22-23.
Makluman

1.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerja buat semua guru dalam bidang
akademik dan kurikulum. Beliau berharap semua guru dapat terus mengekalkan
momentum kerja yang cemerlang.
Makluman

1.3 Guru Besar memaklumkan Puan Noorin binti Zakaria, Sektor Pembelajaran telah
menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan di Petaling Perdana. Beliau turut
memaklumkan sehingga kini masih tiada pengganti. Guru Besar turut menyampaikan
salam ucapan terima kasih oleh Puan Noorin atas kerjasama yang telah diberikan
dalam menjayakan program dan memohon maaf atas segala keterlanjuran beliau
semasa berurusan sebelum ini.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Puan Zuhana Binti Mukrim mencadangkan Minit Mesyuarat Bil 2/2022 disahkan.

2.2 Pengesahan minit mesyuarat disokong sebulat suara.

3.0 Perkara Berbangkit

No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan


01 24 JANUARI 2014 00
2

Tiada

4.0 Perkara-perkara Baharu


4.1 Program Intervensi dan Peningkatan Akademik

4.2.1 Pengerusi memaklumkan berkaitan program intervensi dan peningkatan


akademik dan beliau meminta semua guru mengambil maklum berkaitan perkara ini.

PRO3P (Semua Pemimpin Pertengahan Sekolah)


- Analisis Data PBD
- Pemantapan 4P
- Pengurusan Program Peningkatan Guru dan Murid – 4 program

Pemacu (Program Pemerkasaan Guru MP)


- Sasaran : seorang guru setiap subjek teras (Guru Pakar)
- Guru menguasai dapat mewujudkan PDP terbeza
- Merungkai, merangkai DSKP berbeza
- Project Base Learning (PBL)

Tindakan : Semua Guru


Sains

4.2 PSO Panitia dan Perancangan Panitia 2022/2023

4.2.1 Pengerusi memaklumkan panitia perlu melengkapkan PSO panitia bagi sesi
2022/2023 dari Jadual 2 hingga 5 dan menghantar ke pejabat untuk semakan
sebelum atau pada 10 Februari dan menyemak semula aktiviti sama ada sesuai
untuk dikekalkan atau perlu diubah.
Makluman
4.2.2 Pengerusi meminta semua guru bekerjasama bagi menyiapkan fail untuk
dikemaskini dan lengkap dengan merujuk instrumen yang dibekalkan sebelum
ini pada 17 Februari 2023.
Makluman
4.2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pelaporan panitia hendaklah disediakan
dalam bentuk salinan keras atau cetakan dan secara digital juga perlu
dimuatnaik ke dalam site sekolah.
Makluman
4.3 Perbelanjaan PCG
4.3.1 Pengerusi memaklumkan laporan prestasi perbelanjaan sehingga 10 Januari
2022 seperti berikut :

Bil Jenis Pemberian Baki Selepas Tolak Tanggungan


Mata Pelajaran (RM)
A TERAS 1 : -
1 B.Inggeris 58.12
2 B.Melayu 59.61
3 Sains 96.64
4 Matematik 98.12
LAIN-LAIN
5 TMK 0.00
6 Pendidikan Islam 68.23
7 Pendidikan Moral 79.03
8 Sejarah – SPK 1/2021 125.10
No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan
01 24 JANUARI 2014 00
3

JUMLAH 584.85
B TERAS 2 : -
9 PJK 40.33
10 RBT 12.43
11 Pendidikan Seni Visual 51.98
12 Pendidikan Muzik 113.53
JUMLAH 218.27

C Mata Pelajaran Tambahan / B. Asing


13 Bahasa Arab 173.00
14 Kertas Ujian Dalaman – SPK 1/2021 1979.38
15 Kegiatan PI / Moral – SPK 1/2021 1507.03
Pendidikan Islam (80%) 1206.82
Pendidikan Islam (20%) 300.12
JUMLAH 3659.41

Bil Jenis Pemberian Baki Selepas Tolak Tanggungan


Bukan Mata Pelajaran (RM)
1 Pusat Sumber 839.55
2 Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K) 1162.45
3 LPBT 4908.09
4 Yuran Khas Sekolah – SPK 1/2021 2070.14
PSS 940.74
Pendidikan Seni 481.68
PJK 143.72
JUMLAH 10546.37

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (RENDAH)


MATA PELAJARAN Baki Selepas Tolak
1 TERAS 1 : - 3184.42
2 SEJARAH 120.00
3 TERAS 2 : - 385.65
4 Pusat Sumber 1011.90
5 Bimbingan dan Kaunseling 152.40
6 LPBT 6996.88

4.4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)


4.4.1 Pengerusi memaklumkan mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan
beliau memaklumkan ujian tersebut akan dijalankan pada 16 hingga 19 Januari
2023 bagi mata pelajaran teras. Manakala mata pelajaran elektif akan
dijalankan selepas Cuti Tahun Baru Cina.
Makluman
4.4.2 Pengerusi memaklumkan ada satu sistem pentaksiran yang dinamakan
sistem pengurusan pentaksiran bersepadu dan telah ditaklimatkan kepada guru
data dan juga penolong kanan pentadbiran. Beliau turut memaklumkan pihak
sekolah akan melantik beberapa pegawai yang akan menguruskan sistem ini
seperti guru besar, pentadbir, guru data, guru bimbingan dan kaunseling dan
penyelaras modul pentaksiran, guru penyelaras PBD, guru penyelaras PBL,
guru penyelaras pemulihan serta guru penyelaras SEGAK dan BMI
Makluman

No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan


01 24 JANUARI 2014 00
4

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Guru Besar meminta semua guru menghantar RPH yang telah disusun dari minggu 1
hingga 35 dan menghantarnya ke pejabat pada atau sebelum 17 Februari 2023 dan
beliau turut memaklumkan RPH online perlu disekalikan semua dan tidak perlu
mengikut
hari.

Tindakan : Makluman

6.0 Penangguhan Mesyuarat

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,
WAN AJRINA BINTI WAN AHMAD
Setiausaha Panitia Sains
SK Satu Sultan Alam Shah

No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan


01 24 JANUARI 2014 00

You might also like