You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK

KM 10, AYER MOLEK,


75460 MELAKA
TEL: 06-2680169 Faks: 06-2680170
MBA2010

MINIT CURAI
A. Butiran Laporan

1. Kepada
Puan Khairullaila binti Hj. Mukhtar

Guru Besar SK Ayer Molek

2. Daripada
Puan Nurfadhilah binti Gani

3. Salinan Kepada Fail Minit Curai

4. Rujukan -

5. Perkara/Aktiviti Taklimat Pelaksanaan Sub-Modul Kebenaran Keluar Pejabat dalam


Aplikasi HRMIS bagi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan Sekolah-sekolah Seliaan HRMIS Negeri
Melaka Tahun 2021

6. Tarikh dan masa 7 Oktober 2021 /Khamis/ 2.30 – 4.30 petang

7. Tempat
Aplikasi Google Meet - https://meet.google.com/vie-xgim-jux

8. Anjuran -

Penyampai Taklimat
9. Puan Khairullaila binti Hj. Mukhtar

Guru Besar SK Ayer Molek

10. Peserta
Semua guru dan AKP SK Ayer Molek
B. Butiran Laporan
Bil Perkara
.

1. Tujuan Taklimat

Menyampaikan taklimat tentang Pelaksanaan Sub-Modul Kebenaran Keluar Pejabat dalam


Aplikasi HRMIS bagi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
Sekolah-sekolah Seliaan HRMIS Negeri Melaka Tahun 2021.

2. Perbincangan

2.1 UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA GURU BESAR

2.1.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua pentadbir, guru-guru cemerlang,


guru-guru, dan semua AKP SK Ayer Molek.

2.1.2 Taklimat pada kali ini bertujuan untuk menjelaskan tentang Pelaksanaan
Kebenaran Keluar Pejabat yang perlu diisi melalui aplikasi HRMIS bagi JPN,
PPD dan sekolah-sekolah berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2021, yang
sebelum ini diisi secara manual.

2.1.3 Beliau meminta supaya semua guru dan AKP mengingat kembali ID dan
password bagi aplikasi HRMIS masing-masing supaya mudah untuk mengisi
borang kebenaran keluar pejabat secara dalam talian pada masa akan
datang.

2.2 TAKLIMAT

Puan Khairullaila binti Hj. Mukhtar, Guru Besar SK Ayer Molek.

2.2.1 Beliau menyatakan kepentingan dan sebab bagi penjawat awam perlu
mengisi Borang Kebenaran Keluar Pejabat. Antaranya adalah:

i. Merupakan peraturan bagi penjawat awam.


ii. Sangat penting sekiranya berlaku kemalangan / perkara yang
tidak diingini berlaku dalam tempoh penjawat awam di luar
pejabat supaya mendapaat manfaat (insurans).

2.2.2 Memaklumkan contoh situasi bagi penjawat awam yang perlu mengisi
Borang Kebenaran Keluar Pejabat :

i. Ingin keluar sebelum tamat waktu persekolahan untuk ke


taklimat di bawah jabatan.
ii. Keluar dari kawasan sekolah dalam tempoh kurang daripada 4
jam bagi AKP (tidak termasuk rehat tengah hari) dan kurang
daripada 3 jam bagi guru-guru.
iii. Temu janji di klinik / hospital.

2.2.3 Sebelum mengisi Borang Keluar Pejabat, guru atau AKP yang berkenaan
perlu memaklumkan kepada Guru Besar terlebih dahulu untuk mendapat
kelulusan secara lisan.

2.2.4 Kebenaran Keluar Pejabat tidak boleh digunakan sekiranya guru / AKP sakit.
(Perlu mendapat MC)
2.2.5 Kebenaran Keluar Pejabat hanya perlukan seorang pelulus isitu Guru Besar,
tiada penyokong seperti bagi borang CR / CRK.

2.2.6 Tarikh berkuatkuasa adalah pada 1 Oktober 2021.

2.2.7 Cara mengisi Borang Kebenaran Keluar Pejabat:

i. Buka HRMIS
ii. Pengurusan cuti
iii. Fungsi
iv. Kebenaran Keluar Pejabat
v. Permohonan Keluar Pejabat
vi. Isi Tarikh, click “Temujanji” sekiranya ada, jika tidak, click “lain-
lain” dan nyatakan tujuan
vii. Nyatakan tempoh keluar (masa keluar dan kembali ke pejabat)
viii. Muatnaik slip temujanji doktor pada ruang yang disediakan.
ix. Click nama Guru Besar sahaja untuk luluskan kebenaran keluar
pejabat.

2.2.8 Mohon semua guru dan AKP memuat turun aplikasi MyHRMIS Mobile di
telefon pintar masing-masing di platform Play Store atau App Store.

2.3 PERSOALAN DAN JAWAPAN

Puan Khairullaila binti Hj. Mukhtar, Guru Besar SK Ayer Molek.

2.3.1 Ustaz Razif bin Abd Latif

Sekiranya kecemasan, boleh atau tidak aplikasi HRMIS diisi kemudian?

- Boleh, tetapi perlu maklumkan kepada Guru Besar terlebih dahulu


untuk mendapatkan kebenaran secara lisan. Namun, guru / AKP
tersebut perlu mengisi borang dalam masa terdekat ataupun setelah
selesai urusan kecemasan tersebut.

2.3.2 Guru-guru yang bermasalah dalam nama pelulus bagi kebenaran pejabat

- akan dirujuk kepada CC Nor Aisyah

2.4 HAL-HAL LAIN

Puan Khairullaila binti Hj. Mukhtar, Guru Besar SK Ayer Molek.

2.4.1 Semua pentadbir sedang membuat pemantauan untuk memastikan kelas


dan bilik-bilik khas telah bersedia untuk pembukaan sekolah.

2.4.2 Pentadbir telah membuat penilaian tentang persediaan kelas dan bilik khas.
Terima kasih diucapkan kepada kelas dan bilik-bilik khas yang telah bersedia.

2.4.3 Bimbingan berterusan daripada PPD dan JPN masih diteruskan.

2.4.4 Semua guru perlu pastikan:

i. Kelas tiada habuk


ii. Susun meja dan kerusi
iii. Pastikan meja dan kerusi mencukupi
iv. Meja dan kerusi guru dalam keadaan baik
v. Kipas dan lampu kelas berfungsi
vi. Pengudaraan yang lancar (tiada bidai / langsir/ almari yang
menghalang pada tingkap)
vii. Pastikan koridor dan lantai dalam keadaan baik (tiada lubang)

2.4.5 Panitia Agama Islam diminta untuk mengemas Surau Sekolah, Turunkan
langsir dan skirting, mengemaskan ABM dalam surau.

2.4.6 Semua guru dan AKP diminta mengemaskini data peribadi.

2.4.7 E-operasi ditadbir oleh GB dan GPK 1.

2.4.8 HRMIS ditadbir oleh CC Puan Nor Aisyah

2.4.9 Sekiranya guru-guru ingin ke sekolah, diminta menulis nama semasa datang
dan balik.

2.4.10 Semua guru dan AKP diingatkan supaya tidak memuatnaik gambar yang tidak
mematuhi SOP di mana-mana media sosial.

2.4.11 Puan Paredah binti Yon – Semua guru/ guru kelas perlu mengingatkan murid-
murid, sekiranya terdapat murid yang dijangkiti virus Covid-19 ataupun
menjadi contact rapat kepada pesakit Covid-19, maklumkan kepada Guru
Kelas dan GPK HEM segera.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………………………… …………………………………………

(Puan Nurfadhilah binti Gani)

Guru Bertugas Minggu 33

7 Oktober 2021

You might also like