You are on page 1of 12

CABARAN

KADET BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA MELAKA


PERINGKAT KEBANGSAAN
2021
(PROGRAM SECARA DALAM TALIAN)
2021
ANJURAN BERSAMA:

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DAN
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

PENGELOLA:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
DAN
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI MELAKA

TARIKH
8 OKTOBER 2021 – 15 OKTOBER 2021

1
CABARAN KADET BOMBA 2021

1.0 Pendahuluan:

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang
untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara
terancang di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa.

Cabaran Kadet Bomba 2021 merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Negeri untuk ahli-ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia semasa dunia
menghadapi pandemik Coronavirus (COVID-19) untuk memberi peluang kepada murid
mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping membuat perkongsian
kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat
memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform
walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, kursus, dan
sebagainya tidak dilaksanakan.

2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai
murni dalam kalangan ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia.

2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari


daripada jurulatih dan guru;

2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat; dan

2
2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti pasukan
badan beruniform.

3.0 Pelaksanaan aktiviti

3.1 Cabaran Kadet Bomba 2021 dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu Peringkat
Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Pelaksanaan di peringkat negeri akan
diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Negeri manakala acara Peringkat Kebangsaan akan dikelolakan
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Negeri Melaka.

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:


a. Peringkat Negeri - 1 September hingga 30 September 2021
b. Peringkat Kebangsaan- 8 Oktober hingga 15 Oktober 2021

3.3 Semua acara yang dipertandingkan dilaksanakan acara individu. Pelaksanaan


aktiviti secara berkumpulan (bersemuka) tidak dibenarkan.

3.4 Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori berikut:


a. Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Lelaki
b. Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Perempuan

3.5 Acara yang dipertandingkan dalam Cabaran Kadet Bomba 2021 seperti di
lampiran 1.

3.6 Peserta dibenarkan mengambil bahagian hanya satu (1) daripada acara yang
dipertandingkan.

3.7 Peserta pertandingan dikehendaki berpakaian lengkap atau separa lengkap


sepanjang persembahan.

3
3.8 Penghantaran bahan pertandingan.

a. Pertandingan Peringkat Negeri


Peserta dikehendaki memuat naik bahan penyertaan ke Youtube dan
menghantar pautan (link) ke aplikasi google form yang disediakan oleh
JPN masing-masing sebelum atau pada 30 September 2021

b. Pertandingan Peringkat Kebangsaan


Peserta yang terpilih di peringkat negeri layak untuk dipertandingkan di
peringkat kebangsaan. Peserta yang terpilih tersebut akan menghantar
pautan (link) Youtube berkenaan melalui JPN masing-masing ke alamat
yang disediakan oleh JPN Melaka sebelum atau pada 15 Oktober 2021.

4.0 Aspek penilaian

4.1 Pertandingan Video Personel

Bil Item / Perkara Markah


a. Kandungan utama (Pengenalan diri,sejarah
penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat 60 markah
Malaysia, sejarah Kadet Bomba dan Penyelamat
sekolah, aktiviti di sekolah, penglibatan,
pencapaian dsb,penutup)
b. Audio visual 10 markah
c. Kreativiti 10 markah
d. Durasi (3 minit) 10 markah
e. Pakaian dan ketrampilan 10 markah
Jumlah 100 markah

4
4.2 Pertandingan Ikatan dan Simpulan
Bil Item / Perkara Markah
a Kandungan ( Pengenalan diri dan pengenalan
berkaitan tali 60 markah
2 jenis Ikatan ( penerangan – kegunaan ikatan,
tunjuk cara ikatan dengan jelas )
2 jenis simpulan ( penerangan – kegunaan ikatan,
tunjuk cara simpulan dengan jelas , kesimpulan dan
penutup)
b. Audio visual. 10 markah
c. Kreativiti 10 markah
d. Pakaian dan ketrampilan 10 markah
e. Durasi (4 minit) 10 markah
f. Video ketika mempamerkan ikatan dan simpulan
diedit atau disunting (tolak 20 markah
Jumlah 100 markah

4.3 Aspec Challenge


Bil Item / Perkara Markah
a. Kandungan (Pengenalan diri dan pengenalan Luka
dan Patah 60 markah
ATAU pengenalan Bantuan Pernafasan.
Tunjuk cara merawat luka dan patah ATAU
Tunjuk cara merawat bantuan pernafasan,
kesimpulan )
d. Audio visual 10 markah
e. Kreativiti 10 markah
f. Pakaian dan ketrampilan 10 markah
g. Durasi (4 minit) 10 markah
h. Video ketika menyelamat diedit atau disunting (tolak
20 markah)
Jumlah 100 markah

4.4 Cabaran Kawad Kaki


Bil Item / Perkara Markah
a. Persembahan Kawad Kaki ( Kawad statik dan 180 markah
kawad dinamik)
b. Audio visual 10 markah
c. Durasi - 6 minit 10 markah
d. Pakaian dan ketrampilan - (Pakaian nombor 4 ( 10 markah
operasi - tanpa eksesori)
Video diedit atau disunting (tolak 20 markah)
Jumlah 210 markah

5
4.5 Montaj Fire Drill
Bil Item / Perkara Markah
a. Pengenalan diri dan pengenalan ringkas Kadet 10 markah
Bomba dan Penyelamat
b. Isi (Penerangan tentang langkah ketika berlaku 50 markah
kebakaran di sekolah / di rumah ATAU
Penerangan langkah pencegahan kebakaran yang
di rumah)
c. Audio visual
d. Kreativiti 10 markah
e. Pakaian dan ketrampilan 10 markah
f. Durasi (3 minit) 10 markah
Jumlah 100 markah

4.6 Inovasi Kadet Bomba


Bil Item / Perkara Markah
a Pengenalan diri dan pengenalan inovasi yang akan 10 markah
dihasilkan
b. Isi (Penerangan dan tunjuk cara langkah-langkah 50 markah
menghasilkan bahan inovasi alat pemadam api
alternatif ATAU
Alat menyelamat di air menggunakan bahan
terbuang)
c. Audio visual 10 markah
d. Kreativiti 10 markah
e. Pakaian dan ketrampilan 10 markah
f. Durasi (4 minit) 10 markah
Jumlah 100 markah

5.0 Panel penilai.


Panel penilai akan dilantik oleh pihak JPN dan JBPM Negeri bagi pertandingan peringkat
negeri manakala panel penilai pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh pihak

6
KPM dan Ibu Pejabat JBPM. Keputusan para juri bagi semua acara dalam pertandingan
ini adalah MUKTAMAD.

6.0 Pemenang.
Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian (tempat pertama hingga kelima) peringkat negeri
akan disediakan oleh JPN masing-masing. Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian (tempat
pertama hingga kelima) Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan oleh pihak KPM dan Ibu
Pejabat JBPM.

7.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi


En. Mohd Haniff bin Omri
Penolong Pengarah,
Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Melaka
019-2665154

8.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli Kadet
Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk terus mempamerkan kebolehan dan
kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran pengawalan
aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan bagi menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan
murid dalam pertandingan ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi
ilmu dan kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping
berkongsi kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.

7
LAMPIRAN 1

CABARAN KADET BOMBA 2021

BIL ACARA SYARAT DAN PERATURAN


1. ACARA 1 1. Peserta dikehendaki membuat rakaman video berserta gambar berkaitan
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia seperti sejarah
penubuhan,organisasi kadet bomba dan penyelamat di sekolah, contoh
VIDEO PERSONEL KADET BOMBA
penglibatan peserta dalam aktiviti, pencapaian yang dicapai oleh peserta
sepanjang menjadi ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia,ilmu
kebombaan yang dipelajari dan sebagainya.
2. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 3 minit.
3. Peserta dikehendaki memakai uniform (lengkap atau separa lengkap).
4. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan).

2. ACARA 2 1. Peserta dikehendaki membuat rakaman video SATU daripada elemen


berikut:
i. Video atau power point langkah-langkah (fire drill) ketika berlaku
MONTAJ FIRE DRILL
kebakaran di sekolah atau di rumah.ATAU
ii. Video atau power point langkah-langkah keselamatan yang
diambil bagi mengelak berlaku kebakaran di rumah anda.
2. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 3 minit.
3. Peserta dikehendaki memakai uniform (lengkap atau separa lengkap).
4. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan).

8
3. ACARA 3 1. Peserta dikehendaki menunjuk cara, memberi penerangan secara lisan
dan menerangkan fungsi 4 jenis ikatan berikut:
i. Simpulan (Double fisherman Knot)
IKATAN DAN SIMPULAN ii. Simpulan (Reef Knot)
iii. Ikatan (Clove Hitch)
iv. Ikatan (Barrel Hitch)
v. Ikatan Menyelamat (Water Bowline)
2. Paparan video boleh diedit atau disunting KECUALI ketika sedang
menunjukcara sesuatu ikatan / simpulan.
3. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 4 minit.
4. Peserta dikehendaki memakai uniform (lengkap atau separa lengkap)
5. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan).

4. ACARA 4 1. Peserta dikehendaki memberi penerangan dan menunjuk cara SATU


daripada elemen berikut:
i. Luka terhiris di tapak tangan DAN patah di bahagian antara
ASPEC CHALLENGE pergelangan tangan dan siku. ATAU
ii. Bantuan pernafasan kaedah DRABC kepada mangsa pengsan
semasa kebakaran.
2. Peserta boleh menggunakan patung atau ahli keluarga sebagai mangsa.
3. Paparan video boleh diedit atau disunting KECUALI ketika sedang
menunjuk cara langkah-langkah menyelamat.
4. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 4 minit.
5. Peserta dikehendaki memakai uniform (lengkap atau separa lengkap).
6. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan).

9
5. ACARA 5 1. Peserta dikehendaki merakam video pergerakan kawad kaki dengan
amaran, perintah, perbuatan dan bilang mengikut urutan:
CABARAN KAWAD KAKI a. Rehatkan diri (Permulaan)
b. Senang diri
c. Baris sedia
d. Kanan lurus/ pandang depan
e. Bergerak ke kanan/kiri pusing
f. Baris akan menghadap ke belakang ke kanan/ke kiri pusing
g. Baris akan menghadap ke hadapan ke belakang pusing
h. Bergerak ke kanan pusing
i. Berjalan lalu
j. Hormat ke hadapan
k. Hormat ke kanan
l. Hormat selaku terima sijil
m. Tukar Langkah dalam masa berjalan
n. Bergerak ke kiri ke belakang pusing
o. Henti
p. Menghadap ke hadapan ke kanan pusing
q. Melapor keluar ( Melakukan perbuatan
hormat..Assalammulaikum….tuan, saya kadet…..Siapa nama…..
dari….. Sekolah / Negeri…telah selesai menjalani pertandingan
kawad kaki tuan, terima kasih tuan, perbuatan hormat.)
r. Keluar baris.
2. Peserta dikehendaki memberikan kata perintah dan menunjukkan
perbuatan kawad kaki tersebut dengan jelas.
3. Hukuman dan perbuatan kawad yang tidak mengikut urutan yang
ditetapkan, tiada pemarkahan bagi pergerakan tersebut.
4. Paparan video persembahan kawad kaki hendaklah secara berterusan
bermula dari pergerakan pertama hingga akhir tanpa sebarang suntingan
/ editan.
5. Durasi masa bagi keseluruhan persembahan kawad kaki tidak melebihi 6
minit.
6. Peserta dikehendaki memakai uniform (lengkap –pakaian nombor 4
operasi tanpa aksesori).
10
7. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan).
6. ACARA 6 1. Peserta dikehendaki menghasilkan inovasi 1daripada elemen berikut:
i. Alat menyelamat di air menggunakan bahan terbuang.ATAU
ii. Alat pemadan api alternatif di rumah.
INOVASI KADET BOMBA
2. Penghasilan bahan-bahan ini adalah secara teori sahaja dan peserta
tidak perlu membuat demontrasi di air atau membuat kebakaran.
3. Peserta dikehendaki memberi penerangan dan menunjuk cara
menghasilkan bahan-bahan tersebut.
4. Paparan video bagi elemen bantu mula boleh diedit atau disunting
mengikut kesesuaian paparan.
5. Durasi masa paparan persembahan tidak melebihi 4 minit.
6. Peserta dikehendaki memakai uniform (lengkap atau separa lengkap).
7. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan)

11
Lampiran
LAYOUT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Pebuatan kawad dari (A) sehingga (H)(R)

(J) (I)

(K)
(L)
(K)
(N)
(m)

(O) dan (P)

(Q)

12

You might also like