You are on page 1of 15

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 1

YOUNG ROBOTICISTS CHALLENGE


SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENGENALAN

Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan


Negeri Johor (JPNJ) telah merancang pelaksanaan Karnival STEM Peringkat Negeri
Johor Tahun 2023 yang merupakan edisi ke-7.

Usaha melaksanakan pertandingan kokurikulum akademik STEM bertujuan


merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif
Pengukuhan Pendidikan STEM bersepadu, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan
mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan
masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran
bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan dalam Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 ini


berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta.
Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat
dan potensi mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar secara dalam
talian untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat
kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan dan mengoptimumkan minat serta bakat murid dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

2.2 Memperkukuh dan menyokong pengajaran dan pembelajaran bagi mata


pelajaran STEM dengan penglibatan murid secara aktif dan terbimbing

2.3 Menyediakan ruang dan platform kepada murid-murid yang berbilang kaum
untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan yang dijalankan secara
dalam talian

2.4 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam pembudayaan aktiviti dalam


bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 2
3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini dijalankan dalam dua peringkat iaitu :


3.1.1 Peringkat saringan secara penghantaran video melalui pautan
google drive.
3.1.2 Peringkat akhir adalah secara bersemuka.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori:

3.2.1 Sekolah rendah: Murid tahun 1 hingga 6

3.2.2 Sekolah menengah: Murid tingkatan 1 hingga 5

3.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang
(1) guru pembimbing.

3.4 Setiap sekolah bebas untuk menghantar seberapa banyak


penyertaan. Namun setiap penyertaan tidak dibenarkan sama sekali
untuk menggunakan robot yang sama.

3.5 Jika setiap sekolah menghantar penyertaan lebih dari satu (1), maka
pihak sekolah perlu menghantar gambar semua robot di dalam satu (1)
gambar kepada urusetia melalui google form pendaftaran.

3.6 Guru pembimbing perlu mendaftar peserta pada pautan yang


dipaparkan pada poster hebahan pertandingan.
3.7 Setelah mendaftar guru pembimbing perlu klik pada pautan Telegram
yang disertakan pada google form untuk mendapat maklumat-
maklumat berkaitan pertandingan.

3.8 Hanya dua (2) pasukan terbaik daripada kategori sekolah menengah
dan dua (2) pasukan terbaik daripada kategori sekolah rendah sahaja
yang akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan secara
bersemuka.

4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

4.1 Cabaran robot: Cable Car Robot.

4.2 Peserta perlu membina satu robot yang boleh bergerak pantas pada
satu besi hollow box yang diwarnakan dengan warna hitam dan putih
yang diletakkan di antara dua meja dengan ukuran yang telah
ditetapkan. Rujuk susunan landasan pertandingan dalam Lampiran 6A
dan 6B dan senarai peralatan yang digunakan dalam Lampiran 7

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 3


4.3 Robot perlu melaksanakan tugasan yang ditetapkan mengikut kategori
pertandingan seperti berikut (rujuk Lampiran 6A):

4.3.1 Kategori sekolah rendah


Robot akan bermula di titik B dan perlu bergerak mengambil bola
di titik A. Robot membawa bola ping pong tersebut untuk
dimasukkan ke dalam bekas di kawasan BC dan meneruskan
gerakan ke titik D.

4.3.2 Kategori sekolah menengah


Robot akan bermula di titik D bergerak ke titik A untuk
mengambil bola ping pong. Kemudian robot membawa bola ping
pong tersebut untuk dimasukkan ke dalam bekas di kawasan BC
dan meneruskan gerakan ke titik D.

4.4 Dimensi maksimum robot adalah 30 cm (panjang) x 30 cm (lebar) x


30 cm (tinggi) termasuk grabber dan apabila robot telah
dikembangkan atau expand juga tidak boleh melebihi dimensi
maksimum.

4.5 Jenis dan bilangan mikropengawal yang boleh digunakan untuk


robot adalah bebas.

4.6 Jenis dan bilangan sensor, motor dan komponen-komponen untuk


mereka bentuk robot juga adalah bebas mengikut kreativiti masing-
masing.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN (PERINGKAT SARINGAN)

5.1 Pasukan yang telah berdaftar perlu menyiapkan robot mengikut spesifikasi
yang telah diberikan.

5.2 Pasukan perlu menghantar video berterusan yang merangkumi video:

5.2.1 Pengenalan ahli kumpulan sahaja tanpa memaparkan identiti sekolah.


5.2.2 Dimensi robot dengan menunjukkan panjang, lebar, dan tinggi.
5.2.3 Dimensi landasan dari titik A ke titik D adalah 170 cm.
5.2.4 Video pergerakan robot secara berterusan bersama jam pemasa hingga
selesai tugas.

5.3 Video pergerakan robot perlulah dirakam secara berterusan bermula dari
perkara 4.3.1 hingga ke perkara 4.3.4 tanpa sebarang pengubahsuaian
kepada video asal. Jika didapati terdapat sebarang ubahsuai kepada video
atau video yang tidak berterusan akan dianggap terbatal penyertaannya.

5.4 Video yang dihantar perlulah jelas dengan menunjukkan rakaman


pergerakan robot dan jam pemasa yang ditunjukkan serentak di dalam
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 4
video yang sama.

5.5 Segala urusan menyediakan peralatan landasan adalah tanggungjawab


pihak peserta.

5.6 Video perlu dimuatnaik ke google drive guru pembimbing dan pautan google
drive tersebut perlulah dihantar kepada penganjur sebelum atau pada jam
11.59 malam 23 Julai 2023 (Ahad).

5.7 Senarai pendek kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir akan diumumkan
kemudian. Hanya 5 pasukan terbaik dari setiap kategori sekolah rendah
dan sekolah menengah akan dipilih oleh panel juri untuk ke peringkat akhir.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN (PERINGKAT AKHIR)

6.1 Pasukan membawa robot yang telah siap dipasang ke pertandingan.


6.2 Pertandingan akan di jalankan dalam dua (2) pusingan seperti Jadual 1
di bawah :

Pusingan 1 Tempoh masa


60 minit
Uji Lari
5
Pembentangan lisan dan sesi soal jawab
minit/kumpulan
Persediaan robot (pemasangan robot pada 10 minit
litar)
5 minit/
Pertandingan pusingan pertama pasukan

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 5


Pusingan 2 Tempoh masa
Uji lari 60 minit
5 minit/
Pertandingan pusingan kedua
pasukan
Tie breaker (jika ada)

JADUAL 1

6.3 Tiga (3) set landasan pertandingan akan disediakan oleh pihak
penganjur bagi setiap kategori untuk sesi uji lari. Setiap pasukan hanya
diperuntukkan 3 minit sahaja untuk membuat uji lari pada satu-satu masa.

6.4 Pasukan yang ingin membuat uji lari perlu beratur bersama dengan
robot. Sekiranya ahli pasukan beratur tanpa robot, pasukan lain boleh
memotong barisan pasukan tersebut.

6.5 Masa akan bermula apabila arahan ‘MULA’ dari juri di kawasan
permulaan robot. Jika pasukan secara tidak sengaja menggerakkan
robot sebelum arahan ‘MULA’ dari juri, pasukan tersebut perlu
memulakan robot semula di kawasan permulaan.

6.6 Masa akan dihentikan apabila bahagian hadapan badan robot sampai di
titik D (Rujuk Lampiran 1).

6.7 Tempoh masa maksimum untuk robot menyelesaikan cabaran adalah 5


minit.

6.8 Percubaan dan masa anda akan berakhir jika:

6.8.1 Masa cabaran (5 minit) telah tamat.

6.8.2 Pasukan memberitahu juri “STOP’.

6.9 Selepas masa bermula, jika robot tidak dapat berfungsi sebagaimana
yang diinginkan seperti:

6.9.1 Robot jatuh

6.9.2 Bola ping pong jatuh

6.9.3 Robot tidak bergerak

Pasukan boleh memulakan semula percubaan tetapi masa tetap


berjalan sehingga tempoh masa 5 minit berakhir.
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 6
7.0 PROSES PENILAIAN

7.1 Penjurian akan dihakimi oleh panel empat (4) juri iaitu dua (2) juri
bagi setiap kategori berdasarkan rubrik penskoran.

8.0 KRITERIA PENILAIAN


8.1 Penilaian markah terbahagi kepada dua (2) cabaran.

8.1.1 CABARAN A:Pembentangan lisan dan sesi soal jawab (20 Markah)

8.1.1.1Setiap pasukan diberi masa lima (5) minit untukmembuat


pembentangan tentang rekabentuk kejuruteraan robot,
komponen yang digunakan, konsep mekanikal yang terlibat
dan carta alir/pseudokod fungsi robot. Markah maksimum
untuk sesi ini adalah 10 Markah

8.1.1.2 Setiap pasukan perlu menjawab dua (2) soalan daripada


para juri . Markah maksimum untuk sesi ini adalah 10 markah

8.1.2 CABARAN B: Cabaran robot (80 Markah)

Robot akan mengumpul markah berdasarkan kejayaan tugasan


seperti dalam Jadual 2:

i. Robot dapat mengambil bola ping pong. 20 markah

Robot berjaya memasukkan bola ping


pongke dalam bekas sepenuhnya.
ii. Tiada markah diberi sekiranya bola ping pong 20 markah
dari luar melantun ke dalam bakul.

iii. Robot sampai ke titik akhir, D. 10 markah

iv. Kepantasan 30 markah


*Markah untuk kriteria ini hanya diberi kepada
pasukan yang berjaya melengkapkan tugasan
i,ii dan iii.

JADUAL 2

9.0 Markah tertinggi / terbaik pasukan dalam dua pusingan pertandingan akan diambil kira
dalam penentuan kedudukan.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 7


9.1 Kedudukan keseluruhan pasukan akan ditentukan berdasarkan markah
tertinggi (Markah Cabaran A + Markah Cabaran B). Jika wujud kesamaan
markah pada pasukan, maka berat robot akan menentukan kedudukan
pasukan tersebut (Robot yang ringan akan menduduki kedudukan
teratas berbanding robot yang berat).

9.2 Keseluruhan robot perlu bergerak menuju bola ping pong sebelum
mengambil bolaping pong tersebut. Jika robot mengambil bola ping pong
tanpa bergerak kehadapan, maka pasukan tersebut akan mendapat
pungutan markah ‘0” untuk pusingan tersebut.

9.3 Keseluruhan robot perlu berada di :

9.3.1 Kawasan AB semasa mengambil bola ping pong,


9.3.2 Kawasan BC semasa melepaskan bola ke dalam bakul, dan
9.3.3 Kawasan CD apabila menyentuh di titik D.

Jika wujud perlanggaran syarat di atas, maka pasukan tersebut akan diberi
markah sifar “0” untuk pusingan tersebut.

10.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi dan sijil pencapaian


Naib Johan : Trofi dan sijil pencapaian
Ketiga : Trofi dan sijil pencapaian
Keempat : Trofi dan sijil pencapaian
Kelima : Trofi dan sijil pencapaian

Kelayakan bagi sijil penyertaan :

Peringkat negeri : Markah melebihi 30 peratus


Peringkat daerah : Markah kurang daripada 30 peratus

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 8


LAMPIRAN 6A
SUSUNAN LANDASAN PERTANDINGAN

*Lakaran tidak mengikut skala

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 9


LAMPIRAN 6B

*Lakaran tidak mengikut skala

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 10


LAMPIRAN 7

SENARAI BAHAN UNTUK LANDASAN PERTANDINGAN

Bil Perkara Kuantiti Spesifikasi


1. Besi hollow box 1 Ukuran
1 inci lebar x 1 inci tinggi

Panjang
7 kaki / 2 meter

2. Penutup botol air 1 Menjadi tapak untuk diletakkan


bola ping pong

3. Bakul 1 Ukuran
Diameter 30cm

4. Bola ping pong 1

5. Cat / spray warna hitam dan 1


putih
6. Apit-G 2

7. Jam randik 1

8. Alas tapak 1 Apa-apa bahan yang sesuai


supaya jarak antara besi hollow
box dan bakul adalah 50 cm.
9. Kapas 1 Diletakkan di dalam bakul bagi
mengelakkan lantunan bola
ping pong

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 11


LAMPIRAN 2
BORANG RUMUSAN MARKAH UNTUK MASA DALAM PERTANDINGAN
YOUNG ROBOTICISTS CHALLENGE

BIL KOD PASUKAN MASA PUSINGAN MASA PUSINGAN MASA


KEDUDUKAN 1 2 TERBAIK
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 12


LAMPIRAN 3
BORANG MARKAH KEPANTASAN YOUNG ROBOTICISTS CHALLENGE
(30 MARKAH)

BIL KEDUDUKAN JUMLAH MARKAH KOD MASA


PASUKAN
1. 1 30
2. 2 29
3. 3 28
4. 4 27
5. 5 26
6. 6 25
7. 7 24
8. 8 23
9. 9 22
10. 10 21
11. 11 20
12. 12 19
13. 13 18
14. 14 17
15. 15 16
16. 16 15
17. 17 14
18. 18 13
19. 19 12
20. 20 11
21. 21 10
22. 22 9
23. 23 8
24. 24 7
25. 25 6
26. 26 5
27. 27 4
28. 28 3
29. 29 2
30. 30 1
31. 31 1
32. 32 1

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 13


LAMPIRAN 4
BORANG MARKAH KESELURUHAN KOD PASUKAN
CABARAN A i:SESI PEMBENTANGAN DAN SOAL JAWAB (10 MARKAH)
Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan MARKAH
10 8 6 4
Peserta menguasai konsep Peserta dapat menerangkan Peserta dapat menjelaskan Peserta tidak
mekanikal dan rekabentuk konsep mekanikal dan beberapa konsep mekanikal menguasai konsep
secara keseluruhan. rekabentuk tetapi tidak sahaja.Pembentangan tidak dan rekabentuk.
Pembentangan jelas dan menyeluruh. Pembentangan lancar, namun peserta Pembentangan projek
lancar. dilihat lancar. mencuba sehingga tamat dilihat terganggu/
pembentangan. tergagap-gagap.
CABARAN A ii : SESI SOAL JAWAB (10 MARKAH)
10 8 6 4
Respon peserta amat Respon peserta dilihat jelas Respon peserta menjawab Respon tergagap-gagap
cemerlang, proaktif serta tetapi kurang meyakinkan. secara asas. / tidak menjawab
bernas. soalan dengan tepat.

JUMLAH MARKAH CABARAN A = (Ai +Aii)


CABARAN B :CABARAN CABLE CAR ROBOT (80 MARKAH)
Bi. Robot dapat mengambil bola ping pong 20 MARKAH
Bii. Robot dapat memasukkan bola ping pong ke dalam bekas 20 MARKAH
Biii. Robot sampai ke titik akhir D 10 MARKAH

iv. Kepantasan 30 MARKAH


MASA JUMLAH MARKAH CABARAN B
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (MARKAH CABARAN A+ MARKAH CABARAN B)

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 14


BORANG BSKK 05

BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN


Saya (nama ibu/bapa/penjaga) .....................................................................................................
kepada (nama anak) ................................................................................................................................
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak .................................................................. dari sekolah
............................................................................................ Negeri ...........................................
untuk menyertai aktiviti Pertandingan : ...................................................................................................
sempena Karnival STEM Peringkat Negeri Johor Tahun 2023.

2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak
penganjur. Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-
peraturan dan arahan sepanjang program dijalankan.

3. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej
dan/atau suara dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada
rakaman video, pada filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk medium
elektronik atau cetak dan untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ......................................................


(Rumah) : ............................................... (Pejabat ) : ..............................................

Sekian, terima kasih.


Yang benar;

.................................................................
(Nama : ) Tarikh: ......................
(No. KP : .................................................. )

Pengesahan Pengetua / Guru Besar

.........................................................................
( Nama : )
Cop jawatan :

Cop Rasmi Sekolah


Tarikh :

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2023 I 13

You might also like