You are on page 1of 9

FAKULTI PENDIDIKAN

NAMA KURSUS:
GGGE 5014: KAEDAH MENGAJAR

TUGASAN:
PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENSYARAH:
DR. MUHAMMAD SOFWAN BIN MAHMUD

DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 6, SET 5:


RAFFIZAH BINTI MOHD ISA (P123735)
NADZIRAH ASMIDAH BINTI ROSLAN (P123295)
NURUL FATIN NAJIHA BINTI NASARUDDIN (P123789)
ARISHA ARIHANA BINTI AZHARI (P123520)
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MINGGU 39
Tandakan (√) pada
TARIKH / HARI 16 DISEMBER 2022 / JUMAAT ruangan berkenaan.

MASA 9.00 AM - 10.00 AM STRATEGI PdP


Pembelajaran
TINGKATAN 1 CEMERLANG Berasaskan
Inkuiri
MATA PENDIDIKAN ISLAM Pembelajaran
PELAJARAN Berasaskan
TAJUK 4.0 FEKAH Masteri
Pembelajaran
STANDARD 4.4 ISTINJAK SUATU TUNTUTAN Berasaskan
KANDUNGAN Projek
STANDARD Murid boleh: Tgfu
PEMBELAJARAN 1. Menyatakan maksud, hukum, dalil nakli serta mengenal Pendekatan

pasti alat-alat beristinjak. Bersepadu
2. Menjelaskan kepentingan dan syarat-syarat sah beristinjak. Pembelajaran

3. Melakukan tunjuk cara beristinjak dengan alat-alat istinjak Kontekstual
secara betul. Kecerdasan

Pelbagai
AKTIVITI
Fasa Aktiviti Pelajar Catatan
Permulaan 1. Murid dan guru bersama-sama Nilai: Bersyukur
membaca doa belajar. Berdaya Tahan √
Kaedah: Soal Mahir
jawab Berkomunikasi √
Pemikir
Strategi P&P: Kerja

Berpusatkan Sepasukan
2. Guru menanyakan beberapa murid Bersifat Ingin
soalan kepada murid:
Tahu
i. Penting tak air dalam
Berprinsip
kehidupan seharian kita?
ii. Bagaimana cara anda hendak
membersihkan najis jika
KEMAHIRAN
ketiadaan air?
BERFIKIR
ARAS TINGGI
3. Guru mengaitkan soalan
(KBAT)
tersebut dengan tajuk yang akan
Mengaplikasi √
dipelajari.
Menganalisis
Menilai
Perkembangan 1. Murid berbincang dengan Nilai:
guru tentang pengertian istinjak. Bekerjasama, Mencipta
Tekun
2. Murid ditayangkan video
tentang istinjak dan cara-cara
beristinjak menggunakan Kaedah: Soal ELEMEN
air dan benda kesat. jawab, tunjuk MERENTASI
cara, KURIKULUM
perbincangan, (EMK)
gamifikasi Bahasa
Melayu
Strategi P&P: Kelestarian
Berpusatkan Alam Sekitar
murid, bahan dan Nilai Murni
tugasan Sains dan
Teknologi
BBM: LCD, Patriotrisme
komputer, video Teknologi
Youtube, alat-alat Maklumat
istinjak seperti √
dan
batu, tisu, daun Komunikasi
Di bawah merupakan pautan untuk kering, kulit kayu
mengakses video Youtube: dan air, anak
i. https://youtu.be/xt5kBvs0A6U patung, alat-alat
PENTAKSIRAN
ii. https://youtu.be/n- yang haram
NgVhuDnIk Prestasi
digunakan untuk Kemahiran
beristinjak seperti Senarai
3. Semua murid diminta untuk kertas yang
menyebutkan semula maksud dan Semak
mengandungi
dalil nakli istinjak seperti yang Rubrik
ayat Al-Quran,
telah disebutkan di dalam video Portfolio
roti dan tulang
serta murid bersoal jawab dengan Penilaian
ikan, lembaran √
guru tentang video yang telah Kendiri
kertas soalan,
ditayangkan. Kertas-pensil
kertas mahjung,
gamifikasi
4. Guru menunjukkan alat-alat pembelajaran
istinjak dan murid menyatakan satu
per satu nama peralatan istinjak
yang ditunjukkan.
5. Beberapa orang murid dipilih
secara rawak untuk menunjukkan
semula cara beristinjak dengan
betul menggunakan bahan-bahan
istinjak dan anak patung sebagai
model.

6. Guru membimbing dan


membetulkan kesilapan murid
semasa membuat tunjuk cara, jika
ada.

7. Murid diberikan nombor 1


sampai 6 dan diminta untuk
membentuk 6 kumpulan kecil
mengikut nombor yang telah
diberikan.

8. Guru mengedarkan satu


lembaran kertas yang
mengandungi satu soalan situasi
antaranya berkaitan hukum dan
syarat-syarat sah beristinjak.

Contoh soalan: Semasa di rumah,


tandas tiada air yang boleh
digunakan untuk beristinjak. Jadi,
Ahmad terpaksa menggunakan tisu
tandas. Apa yang Ahmad buat
adalah pertama guna tisu tandas
yang kering, kemudian guna tisu
yang dibasahkan dengan air.
Selepas itu barulah Ahmad
melakukan istinjak sebenar iaitu
menyapu 3 kali atau lebih guna tisu
kering hingga bersih. Adakah sah
istinjak yang Ahmad lakukan ini?

9. Murid diminta untuk berbincang


bersama ahli kumpulan dan
dikehendaki untuk menulis
jawapan pada kertas mahjung.

10. Setiap kumpulan diminta untuk


membentangkan kesemua hasil
jawapan yang telah dibincangkan
di hadapan kelas.

11. Kumpulan yang berjaya


menerangkan semua situasi dengan
betul diberi peneguhan dan sedikit
ganjaran daripada guru.

12. Semua murid diminta bersedia


untuk bermain gamifikasi
pembelajaran.

Di bawah merupakan pautan laman


web untuk mengakses gamifikasi
pembelajaran.
https://wordwall.net/ms/
resource/1328680/istinjak

Penutup 1. Beberapa orang murid diminta Nilai: Berterima


untuk merumuskan hasil kasih
pembelajaran pada hari ini.
Strategik
2. Rumusan murid dikembangkan P&P:Berpusatkan
atau diperbetulkan dengan murid
rumusan daripada guru.

3. Murid berterima kasih kepada


guru.
REFLEKSI 1. Pada akhir pembelajaran, 34 / 36 orang murid dapat menguasai objektif
pembelajaran dan diberi latihan pengukuhan.

2. 2 / 36 orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi


latihan pemulihan.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI/KAEDAH PDP

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang perlu disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi PdP di sekolah.
RPH ini dibina bertujuan sebagai panduan para guru untuk mengajar lebih sistematik dan penting
untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu
sebelum masuk ke dalam kelas. Kebiasaannya, RPH mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat
perancangan sebelum pengajaran, peringkat pelaksanaan pengajaran dan peringkat penilaian.
Terdapat dua perkara penting yang perlu dikenal pasti pada peringkat perancangan sebelum
mengajar iaitu isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan objektif
pembelajaran. Seterusnya, cara mengajar dirancang berdasarkan objektif pembelajaran. Akhir
sekali, guru perlu membuat penilaian sama ada dalam bentuk formatif atau sumatif untuk menilai
tahap kefahaman murid terhadap pengajaran yang telah disampaikan oleh guru. Antara perkara
penting dalam penulisan RPH ialah hari, tarikh, mata pelajaran, kelas, masa, tajuk, objektif,
aktiviti dan refleksi. Bagi tugasan ini, RPH yang dihasilkan adalah berpandukan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Standard kandungan yang dipilih adalah di bawah
bidang pembelajaran Fekah iaitu Beristinjak Suatu Tuntutan. Standard pembelajaran pula adalah
di akhir PdP, murid boleh menyatakan maksud, hukum, dalil nakli serta mengenal pasti alat-alat
istinjak. Selain itu, murid seharusnya berupaya untuk menjelaskan kepentingan dan syarat-syarat
sah istinjak serta dapat melakukan tunjuk cara beristinjak dengan alat-alat istinjak secara betul.

Dalam merangka RPH ini, beberapa strategi telah dipilih untuk digunakan iaitu strategi
pengajaran berpusatkan murid. Strategi ini memberi tumpuan kepada perkembangan
pembelajaran murid dan memberi peluang kepada murid untuk meneroka ilmu baru, manakala
guru pula berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing. Selain itu, RPH ini juga menggunakan
strategi pengajaran berasaskan bahan. Dalam strategi ini, bahan pelajaran memainkan peranan
yang penting dalam menyampaikan proses PdP. Bagi topik ini, bahan bantu mengajar yang
digunakan adalah video Youtube, lembaran kertas soalan, kertas mahjung, anak patung, alat-alat
istinjak seperti batu, tisu, daun kering, kayu dan air serta gamifikasi pembelajaran. Penggunaan
alat bantu mengajar ini dapat membantu murid memahami konsep dengan lebih jelas
terutamanya konsep yang abstrak kerana ia menggunakan pelbagai deria seperti deria
pendengaran, penglihatan dan sentuh. Strategi yang seterusnya ialah strategi berasaskan tugasan
iaitu guru melibatkan murid dalam aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari seperti aktiviti tunjuk cara beristinjak menggunakan
alat-alat istinjak dan anak patung sebagai model.

Pada permulaan sesi pengajaran, guru memberikan set induksi menggunakan kaedah
soal jawab yang dapat menarik minat murid untuk memulakan sesi pembelajaran seperti guru
mengemukakan beberapa soalan yang boleh menguji pengetahuan sedia ada murid. Aktiviti ini
berkait rapat dengan teori pembelajaran Konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean
Piaget. Menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia
ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman tersebut dengan pembelajaran yang bakal diajar.
Oleh itu, set induksi ini memudahkan guru untuk melakukan pemindahan pembelajaran dan
menentukan pendekatan yang akan digunakan dalam proses PdP. Selain itu, semasa sesi
pembelajaran berlangsung juga, guru menggunakan kaedah soal jawab selepas menayangkan
video mengenai istinjak dan cara-cara beristinjak menggunakan alat-alat istinjak seperti air dan
benda kesat. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan beberapa soalan ringkas
berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki untuk memberi tindak balas yang
sewajarnya. Kaedah ini dipilih untuk mendapatkan jawapan, memastikan sama ada mereka
memahami pengajaran yang disampaikan dan menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif,
logik dan kritis. Dalam konteks ini, kemahiran guru untuk mempelbagaikan teknik soalan juga
boleh membantu proses PdP dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Di samping itu, RPH ini menggunakan kaedah tunjuk cara atau demonstrasi. Sebelum
mula demonstrasi, guru menyediakan semua bahan untuk aktiviti demonstrasi seperti alat-alat
istinjak iaitu air, batu, kulit kayu dan daun kering, alat-alat yang haram digunakan untuk
beristinjak seperti tulang ikan, kertas yang mengandungi ayat Al-Quran dan roti serta anak
patung sebagai model. Selepas itu, guru menayangkan video Youtube tentang istinjak dan cara-
cara beristinjak terlebih dahulu supaya murid faham dan dapat mencontohinya tanpa melakukan
kesilapan. Kaedah tunjuk cara ini dipilih kerana kaedah ini melibatkan penglihatan, pendengaran
dan sentuhan, di mana ia memberi peluang kepada murid untuk memahami konsep dengan lebih
terperinci, jelas dan berkesan. Kaedah ini meningkatkan ingatan murid terhadap langkah-langkah
pelaksanaan sesuatu perkara kerana dalam kaedah tunjuk cara, murid perlu memberikan idea
secara verbal. Kaedah tunjuk cara ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid kerana apabila
murid menguasai sepenuhnya pembelajaran tersebut, murid akan mempunyai keyakinan untuk
melakukan aktiviti ini semula tanpa perasaan ragu-ragu. Oleh itu, kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara tunjuk cara ini sangat berkesan kerana dapat menarik minat dan tumpuan
murid serta mejadikan topik pembelajaran menarik dan tidak membosankan.

Tambahan lagi, RPH ini menggunakan kaedah pengajaran perbincangan. Kaedah


perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid. Kaedah ini dipilih
kerana ia berupaya mengubah situasi pembelajaran yang pasif kepada pembelajaran yang aktif.
Aktiviti secara berkumpulan ini juga dirancang supaya murid dapat berinteraksi antara satu sama
lain sewaktu aktiviti perbincangan dijalankan. Kaedah ini juga digunakan untuk meningkatkan
kefahaman murid terhadap topik, merangsang penglibatan murid serta membantu murid
menguasai kemahiran komunikasi. Dalam kaedah perbincangan, murid boleh menggunakan dua
teknik iaitu teknik Putaran Giliran atau teknik Meja Bulat. Dalam teknik Putaran Giliran, setiap
ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran
giliran mereka. Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli kumpulan peluang untuk
mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara
diplomasi. Teknik Meja Bulat pula ialah ahli kumpulan boleh berkongsi maklumat secara
bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Aktiviti berkongsi maklumat ini boleh
dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu
jawapan yang terbaik. Kaedah ini juga bertepatan dengan teori perkembangan emosi-fizikal oleh
Sigmund Freud iaitu pada peringkat umur 12 hingga 19 tahun, individu itu mula bersosial
dengan rakan sebaya dan suka melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

RPH ini juga menggunakan Teori Behaviourisme iaitu mementingkan rangsangan


dengan gerak balas dan peneguhan. Dalam hal ini, guru memberi ganjaran kepada kumpulan
yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul supaya ia dapat meningkatkan lagi motivasi
ekstrinsik dalam diri murid. Akhir sekali, RPH ini menggunakan kaedah gamifikasi iaitu
pendekatan yang menggunakan kaedah permainan dalam aktiviti PdP. Kaedah ini dipilih kerana
aktiviti ini akan menjadikan proses PdP lebih menarik, interaktif dan mengasyikkan. Pendekatan
ini pernah disarankan oleh bekas Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Dato’ Seri Idris Jusoh dalam
ucapan Tahun Baharu 2016 yang meletakkan tuntutan pendekatan kepada pendidikan fleksibel
ditingkatkan melalui inovasi yang dikenali sebagai gamifikasi. Gamifikasi merupakan suatu
aktiviti pembelajaran berasaskan permainan yang mengambil tempat dalam proses PdP selari
dengan kemajuan pendidikan abad ke 21 kini. Pendidikan berteraskan gamifikasi dapat
meningkatkan serta mendorong penyertaan murid dalam pembelajaran dengan menjadikan
aktiviti pembelajaran sebagai suatu permainan. Justeru, murid juga dapat meningkatkan motivasi
kendiri serta lebih mudah memahami pembelajaran yang mengintegrasikan pendekatan
gamifikasi. Gamifikasi juga sedikit sebanyak memudahkan guru untuk menilai dan
memerhatikan perkembangan prestasi murid. Malah turut dapat mencungkil bakat serta
kemahiran murid dalam menangani permasalahan pembelajaran melalui gamifikasi. Daripada
penggunaan kaedah gamifikasi, murid akan diberi peluang untuk melihat proses pembelajaran
bukan hanya terhenti di medium gamifikasi sahaja sekiranya berlaku kekalahan, bahkan menjadi
suatu peluang untuk mereka teruskan semangat bagi memahami sesuatu konsep pembelajaran itu
dengan baik dan mencapai kejayaan. Dari sudut kognitif, gamifikasi mampu memberikan
pengalaman pembelajaran kepada murid untuk melalui proses penguasaaan serta melibatkan
mereka dalam aktiviti yang sukar dan memerlukan pemikiran kritis mereka dicungkil.

Kesimpulannya, bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025, pelaksanaan pelbagai strategi dan kaedah dalam pembelajaran menjadi suatu
tuntutan yang amat digalakkan dalam proses PdP di dalam kelas. Tuntutan ini adalah untuk
memastikan penyampaian sesuatu input pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
dan jelas sampai ke pengetahuan murid. Sekiranya kaedah-kaedah ini dapat dilaksanakan dengan
lebih teliti, strategi PdP yang lebih bermakna akan dapat dipertingkatkan terutamanya dalam
peningkatan program pendidikan negara. Objektif pembelajaran para guru juga dapat dicapai
dengan melahirkan keberhasilan belajar dalam kalangan murid yang lebih meluas.

You might also like