You are on page 1of 54

Teknologi Bahan

KAYU
oleh

ABDUL SUKUR KAMSIR

Kayu
Penamaan Kayu
Penamaan Botani: tepat dan mengikut kaedah Botani
contoh: Balanocapus Heimii (kayu cengal)

Penamaan Vernakular: tidak tepat, menurut masyarakat setempat. Penamaan Dagangan: menurut ciri-ciri fizikal dan kejuruteraan yang sama / hampir sama.

Kayu
Pengelasan
Kayu keras dan kayu lampung atau kayu lembut (perbezaan botani)
sel trakeid bertugas sesalur utk aliran air/garam galian sel trakeid sebagai tisu penguat pokok. Bentuk daun seperti jarum. Buah berbentuk kon dan biji benih tidak berkulit.

Kekuatan kayu bergantung pada kandungan ketebalan dinding sel trakeid.


3

Kayu
Kayu Keras
Tugas penguat pokok dan sesalur oleh tisu berbeza. (sel salur dan gentian kayu/libriform) Daun lebar. Mengeluarkan biji benih berkulit. Di Malaysia terdapat lebih banyak kayu keras daripada kayu lembut.

Kayu
Kayu-kayu di Malaysia digolongkan kepada 3 kumpulan utama:
kayu keras berat (ketumpatan >880 kg/m3)
contoh: Cengal, Tembusu, Balau, Merbau dan Resak

kayu keras sederhana (ket. 720 - 880 kg/m3)


contoh: Kapor, Keledang dan Keruing.

kayu keras ringan (ketumpatan <720 kg/m3)


contoh: Nyatoh, Jelutong, Pulai dan Terap.

Kayu
Pengecaman Kayu
selain rupa fizikal: bentuk & warna (tidak konsistent) meneliti bentuk sel-sel di hujung kayu dgn. Mikroskop atau kanta pembesar 10 - 15 kali. Sel-sel diambil dgn pisau tajam supaya bentuk sel-sel tidak rosak. Sel-sel yang dicam: sel salur, trakeid, gelang tumbesaran.
6

Kayu
Ciri Dalaman
Gelang Tumbesaran: Perubahan musim mempengaruhi kadar tumbesaran pokok, menyebabkan terbentuk gelang tumbesaran. Gelang ini dapat menolong menentukan kualiti kayu e.g. bilangan gelang 4 -14 tiap 25mm --> kayu berkekuatan baik. 7

Kayu
Sel-Sel Kayu Keras & Kayu Lembut Lihat pada sel trakeid dan serat gentian dalam tugasnya menguatkan kayu dan menyalirkan air.
8

Kayu
Ira, tekstur dan Corak Kayu
Ira ialah arah gentian/serat kayu pada keratan kayu/papan berbanding paksi utama pokok. Tekstur ialah perbezaan relatif saiz gentian kayu pada keratan kayu/papan. Corak ialah rupa bentuk gentian kayu secara keseluruhan pada keratan kayu/papan. Terdapat 6 jenis ira: Ira lurus, ira serong, ira lintang, ira pusar, Ira kait-punca, ira gelombang.
9

Kayu
Jenis-jenis Ira kayu

10

Kayu
Ciri-Ciri Kejuruteraan
Kekuatan kayu: keupayaan kayu merintangi daya luaran yang bertindak ke atasnya atau menukar bentuk / dimensinya. Kekuatan bergantung pada arah daya bertindak dan sangat dipengaruhi oleh arah daya relatif dengan ira kayu. Kekuatan mampatan, tegangan, ricih, lenturan statik.
11

Kayu
Kekuatan tegangan
DAYA TEGANGAN

IRA KAYU

Arah Daya selari dengan ira kayu

DAYA TEGANGAN

ARAH IRA

Arah daya tegak terhadap arah ira kayu

12

Kayu
Kekuatan mampatan

DAYA MAMPATAN

Arah daya selari dan tegak terhadap arah ira

13

Kayu
Kekuatan Ricih
Keupayaan merintangi daya bertindak pada kedudukan sisi
Arah Ira Daya Ricih serong
Daya ricih selari

Daya ricih selari

Daya Ricih Serong Arah Ira Daya Ricih Tegak


Daya Ricih Gelek

Daya Ricih Gelek

14

Kayu
Kekuatan Lenturan Statik
keupayaan kayu merintangi daya pada arah berlawanan yang menyebabkan berlaku lenturan (wujud keadaan mampatan & tegangan) keadaan sebenar bagaimana kayu alami semasa pengunaannya

Kekerasan kayu: daya rintangan kayu terhadap suatu


bebola keluli keras piawai bergaris pusat 11.3mm yang ditekankan ke dalam kayu sehingga separuh terbenam.

Kekerasan ada hubungan rapat dgn kekuatan mampatan


15

Kayu
Faktor Mempengaruhi Kekuatan
Ketumpatan Kandungan Lembapan Kecacatan kayu: buku kayu, pecah/rekah atau berlubang Ira kayu Suhu Rawatan
16

Kayu

17

Kayu

Kecerunan ira kayu mempengaruhi kekuatan dinyatakan dalam sudut antara arah daya dengan arah ira atau ditulis 1:n

18

Kayu
Kelembapan Kayu
kayu hidup ~ 30% - 200% berat keringnya ialah air. Peratusan air ini bergantung pada saiz pokok dan spesisnya. Kandungan air mempengaruhi berat, kekuatan, kecutan, dan kecederungan diserang kulat dan serangga. Air dalam kayu berada dalam (a) dinding sel, (b) rongga sel dan ruang antara sel-sel kayu.
19

Kayu
Takat serat tepu (TST)
had kelembapan air dalam kayu dengan air dalam (a) tepu dan dalam (b) kering. Nilai TST ~ 24% - 30% bergantung pada saiz dinding sel (jenis kayu) kesan perubahan kandungan air ialah perubahan pada dimensi kayu. (pengecutan dan pengembangan)
20

Kayu
Menentukan Kandungan Lembapan Kaedah Pengeringan Ketuhar kayu dipotong kecil-kecil dan di timbang berat (m1) dan dikeringkan dalam ketuhar(dipanaskan dahulu pada 60oC) pada 105oC sehingga tidak berlaku pengurangan berat lagi. Kemudian timbang berat terakhir (m2).
% Air = m1 - m2 ------------- x 100 m2
21

Kayu
Kaedah Penyulingan
serpihan / habuk kayu seberat 50gm dimasukkan dalam kelalang bersama minyak ketumpatan rendah/ tidak larut dalam air. Air yang meruap di kondensasikan ke dalam Penerima bersenggat.

Jangka Kelembapan
Pelbagai jenama di pasaran.
22

Kayu
Kecacatan Kayu
ialah ketidaksempurnaan pada kayu menyebabkan kualiti kayu menurun. Dua Punca utama kecacatan: semulajadi agen-agen luaran seperti manusia, cendawan, serangga dll.

23

Kayu
Buku Kayu Gerigis Rekah hati Rongga

24

Kayu
Jenis Buku Kayu Buku Pinggir Buku Muka Buku Jidar Buku Rencung Buku Arris

25

Kayu
Gerigis
kerosakan pada sel-sel serat /gentian berpunca daripada hasil tunas yang tidak tumbuh / kerosakan kerana serangga ketika hayat pokok. Kerosakan ini boleh di permukaan atau bahagian dalam kayu.

26

Kayu
Rekah Hati: kerosakan sel serat/gentian ditengah pokok Rongga: kerosakan sel-sel pada arah ira / pengumpulan resin atau damar (jenis pokok tertentu)

27

Kayu
Kecacatan kerana Agen Luaran
Proses Pengeringan (kecacatan Pengeringan) Serangan Cendawan Pengorekan Serangga

28

Kayu
Kecacatan Pengeringan Rekah Pecah Melengkung/bebusur relangan piuh meleding kayu kulit keras kempis
29

Kayu
Serangan Cendawan
dikategorikan kepada dua jenis:
cendawan mereputkan kayu: sel-sel kayu di sekitar jangkitan dihurai dan diserap. Contoh: Serpula lacrymans cendawan yang hanya mewarnakan kayu: cendawan ini hanya menyerap makanan dalam sel-sel kayu. Tidak mereputkan kayu tetapi memburukkan rupa fizikal kayu. Keadaan teruk menurunkan kekuatan sehingga 30%. Contoh: Ceratocystis coerulescens

30

Kayu
Serangan Cendawan
memerlukan kelembapan sekurang-kurangnya 20% , suhu yang sesuai. Suhu 0 - 5oC menyebabkan perkembangan cendawan terhalang. Pereputan ini ~ Pereputan Lembab terdapat cendawan yang mereputkan kayu tanpa perlu lembapan tetapi perlu keadaan udara tidak beredar. ~ Pereputan Kering.

31

Kayu
Serangan Serangga
boleh berlaku pada ketika kayu masih hidup ketika dalam proses pengeringan atau telah kering dan dalam simpanan (jika tidak diawet) kecacatan dalam bentuk lubang-lubang bersaiz 5mm hingga 25mm - kediaman larva serangga yang memakan kayu berkenaan. Anai-anai, kumbang tanduk, kumbang perabot, kumbang powder post.
32

Kayu

Serangga Perosak Kayu

33

Kayu
Keberaliran Haba
Keberaliran haba yang rendah /buruk. Penebat haba yang baik. Kayu digunakan sebagai bahan penghalang rebakan kebakaran.

Keberaliran Elektrik
Boleh digunakan sebagai penebat elektrik seperti pelapis suis, soket lampu dsbnya. Tetapi sekarang telah diganti dengan bahan plastik /polimer kerana kayu dalam keadaan lembab bukan penebat elektik yang baik.

Sifat Akustik
mempunyai sifat akustik yang baik: mampu menyerap gelombang bunyi.
34

Kayu
Pengeringan Kayu
Tujuan:
mengelakkan daripada serangan cendawan mengelakkan pengeringan tidak sekata secara tidak terkawal - menyebabkan kecacatan seperti meleding, rekah V, melengkung dan sebagainya.

Kaedah Pengeringan:
Pengeringan Udara: menggunakan kaedah semulajadi dengan kayu disusun supaya ada aliran angin dan menerima bahang cahaya matahari menambah sejatan. Pengeringan Tanur: kaedah kebuk tertutup dengan suhu, kelembapan dan haba terkawal.

35

Kayu
Kelebihan kaedah Tanur 1. Pengeringan boleh dilakukan sepanjang tahun. 2. Pengeringan lebih cepat. 3. Mudah dikawal kesesuaian menurut jenis spesis kayu dan saiz tebal papan. 4. Kecacatan kerana pengeringan dapat dielakkan.
36

Kayu
Pengawetan / Rawatan Kayu
Tujuan:
mengelakkan kayu diserang serangga dan cendawan melambatkan rebakan api ketika kebakaran

Ciri-ciri bahan pengawet:


amat beracun terhadap kulat/cendawan/serangga perosak. Boleh kekal dalam kayu / tidak meruap/sejat keluar. Bahan yang mudah meresap /menembusi ke dalam sel kayu. Tidak toksik kepada manusia /haiwan. Mudah digunakan. Murah dan mudah didapati. Tidak merosakkan kayu dan mengkakis keluli. Menghambat kebakaran (untuk tujuan kedua)
37

Kayu
Jenis-jenis Bahan Pengawet
merupakan terbitan sebatian kuprum, natrium dan zink yang menggunakan bahan asas air, minyak dan gas.

Pengawet asas air


larut dalamair, tidak berbau dan mudah dikerjakan. Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.

Pengawet asas minyak


pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene. Kayu akan berbau minyak ini. Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.
38

Kayu
Proses Pengawetan Kayu
proses bahan pengawet dimasukkan ke dalam kayu. Ada dua kategori: (i) dilakukan di kilang dan (ii) di tapak. Antara kaedah pengawetan:
penyalutan /sapuan rawatan vakum berganda rendaman sejuk penyerapan tekanan proses sel kosong rendaman panas rendaman panas-sejuk
39

Kayu
Penyalutan / Sapuan
bahan pengawet disapu dengan brus ke permukaan kayu. dapat dilakukan di tapak / tempat pembinaan. kurang berkesan jika sekali sapu. Perlu dua atau lebih lapisan dan perlu diulang 2 -3 tahun sekali. tidak sesuai untuk kayu terdedah pada cuaca.

40

Kayu
Rendaman Sejuk
mencelup /merendam kayu ke dalam takungan berisi bahan pengawet bagi tempoh tertentu pada suhu biasa. sesuai dilakukan di tapak pembinaan. Tempoh rendaman ~ bahan pengawet meresap masuk ke dalam kayu. Berbeza bagi kayu berbeza.

41

Kayu
Rendaman Panas
sama seperti kaedah rendaman sejuk tetapi bahan pengawet dipanaskan terlebih dahulu kepada suhu 90oC. ini membantu menambah resapan bahan ke dalam kayu.

Rendaman sejuk-panas
kayu direndam pada suhu biasa kemudian bahan dan kayu dipanaskan bersama ke suhu 60oC - 90oC. Dibiarkan jam - 4 jam, dibiarkan sejuk. Pemanasan awal mengembangkan sel-sel dan mengeluarkan udara dalam sel-sel dan meningkatkan keupayaan kayu meresap bahan pengawet.
42

Kayu
Rawatan Vakum Berganda
digunakan bagi bahan pengawet berkelikatan rendah. sangat berkesan melindungi kayu. kayu dimasukkan ke dalam tangki tertutup dan udara dipam keluar. Membantu mengeluarkan udara dari dalam sel-sel kayu. ketika keadaan vakum, cecair pengawet dimasukkan dan akan meresap ke dalam sel-sel kayu. tekanan 1 atmosfera dikenakan untuk tempoh satu jam jika cecair susah meresap. setelah bahan pengawet dikeluarkan, vakum kali kedua dilakukan untuk membersih baki bahan pengawet di permukaan kayu. 43

Kayu
Penyerapan Tekanan
dipanggil proses Bethel. Cecair pengawet meresap masuk sehingga ke bahagian dalam kayu. kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup, divakumkan bagi mengeluarkan udara dari dalam sel. cecair pengawet panas tidak lebih dari 90oC disembur ke dalam silinder pada tekanan 0.7 MN/m2 hingga 1.4 MN/m2 selama 2 jam. Langkah ini membolehkan dinding sel diresapi bahan pengawet. Separa vakum dikenakan bagi membersihkan bahan pengawet berlebihan tetapi tidak mengeluarkan bahan dari dalam rongga dan dinding sel.
44

Kayu
Penyerapan Tekanan
bahan yang digunakan ialah krom-kuprum arsenat (chromated copperarsenate)

45

Kayu
Proses Sel-Kosong
dipanggil juga proses Rueping atau Proses Bethel yang diubahsuai supaya cecair pengawet hanya masuk ke dalam dinding sel sahaja, rongga sel tetap kosong. Sama seperti proses Bethel tetapi tekanan diberi pada 0.276 MN/m2 dan ketika tekanan ditambah cecair pengawet dimasukkan ke dalam silinder supaya cecair meresap masuk ke dalam sel kayu dan udara dalam rongga sel dimampatkan. Ini membantu cecair meresap terus ke dalam dinding sel. kemudian tekanan diturunkan dan ruang silinder dibuat separa vakum supaya cecair berlebihan dikeluarkan dari dalam rongga sel.

46

Kayu
Pengredan Kayu
berasaskan rupa fizikal / kecacatan dan digabungkan dengan penggunaan kayu. lain negara mempunyai sistem pengredan berbeza.

47

Kayu
Pengredan Kayu Lembut
berdasarkan rupa fizikal, kecacatan buku kayu dan semua kecacatan lain
Jadual Gred Kayu Lembut UK BS3819 Norway, Sweden, Finland & Canada Timur Russia Brazil British Columbia, Pantai Barat Amerika Utara No. 1 & 2 No.1 bersih No.2 bersih No. 3 bersih Dagangan Terpilih, Dagangan No.1 Dagangan No.2 No.3 Biasa I bersih I, II I,II,III, IV unsorted I, II, III unsorted III V IV VI

IV

48

Kayu
Pengredan Kayu Keras
yang digunakan dikebanyakan negara seperti kayu lembut berdasarkan jumlah kecacatan. di Malaysia kayu-kayu ini dikategorikan terlebih dahulu kepada dua berdasarkan kandungan lembapan.
kayu kering udara - <19% lembapan. kayu lembab - > 19% lembapan.

kemudian digredkan berdasarkan tegasan iaitu contoh kayu diuji berupaya menanggung beban dengan selamat pada kadar peratusan tegasan tertentu.
Gred Terpilih (Selected Grade) - tegasan minimum 80% tegasan asas. Gred Tertentu (Standard Grade) - tegasan min. 63 % tegasan asas. Gred Umum (Common Grade)- tegasan min. 50% tegasan asas.
49

Kayu
Kayu di Malaysia juga dikategorikan mengikut kumpulan kekuatan seperti berikut:
Jadual Kumpulan Kayu di Malaysia Kumpulan A Balau Balau Merah Bitis Cengal Giam Kekatong Kempas Keranji Mata Ulat Mempening Mertas Nyalas Penaga Kumpulan B Kapur Keledang Keruing Kulim Mengkuang Merawan Merbau Merpauh Minyak Berok Perupok Punah Rengas Resak Kumpulan C Bintangan Durian Gerutu Kedondong Kungkur Macang Medang Melantai Melunak Mempisang Meranti Bakau Meranti Merah Tua Meranti Merah Muda Meranti Putih Meranti Kuning Kumpulan D Damar Minyak Geronggang Jelutong Pulai Besenduk Terentang

50

Kayu
Gred Tegasan mengikut kumpulan kayu bagi kayu kering udara
Lenturan atau tegasan selari dengan ira (N/mm2) 25.20 20.00 15.86 12.41 19.86 15.86 12.41 9.65 14.48 11.38 8.96 7.24 9.65 7.58 5.51 4.82 Mampatan selari dengan ira (N/mm2) 22.27 17.58 13.79 11.14 16.06 12.75 10.00 7.93 11.03 8.62 6.89 5.51 8.27 6.55 5.17 4.14 Mampatan tegak kepada ira (N/mm2) 1.92 1.59 1.52 1.45 1.24 1.03 0.96 0.90 0.70 0.62 0.55 0.35 0.62 0.52 0.48 0.45 Modula kekenyalan purata minimum (KN/mm2) Kumpulan kekuatan Gred Ricih selari dengan ira (N/mm2) 3.24 2.28 1.79 1.45 2.14 1.52 1.17 0.90 1.65 1.03 0.76 0.62 1.38 0.96 0.76 0.62

Asas Terpilih Tertentu Umum Asas Terpilih Tertentu Umum Asas Terpilih Tertentu Umum Asas Terpilih Tertentu Umum

14.75 9.65 11.72 6.55

9.31 5.51

6.55 3.10

51

Kayu
Pengunaan Kejuruteraan bagi Kayu industri pembinaan
kekuda kasau bangunan, kerangka rumah kayu, dinding, rasuk, lantai, kerangka pintu dan tingkap, acuan kerja konkrit dan sokongan, kerangka pembinaan.

industri perkayuan
pembuatan papan lapis, komposit kayu-plastik, papan serpai /wafer.

Sistem pengangkutan
pengkalan bot /jeti, jambatan, bot, kapal, rel keretapi, dsbnya.
52

Kayu
Pengunaan Kejuruteraan bagi Kayu

Penggunaan kayu telah dirawat tahan terhadap cuaca 53

Sekian

You might also like