You are on page 1of 2

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK ( MARKAH : 40%)
Secara individu, anda dikehendaki menyediakan penulisan akademik yang lengkap.
Anda boleh merujuk buku, kajian kes, kajian tindakan, penyelidikan, tesis, akhbar,
jurnal atau disertasi bagi mengukuhkan hujah-hujah dalam penulisan tersebut.
SOALAN PENULISAN AKADEMIK ( Jawab satu soalan sahaja )
I.

Kegagalan guru dalam pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan


kegagalan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Masalah ini akan mendorong murid untuk melakukan tindakan salah
laku yang akan mengakibatkan keciciran dalam pelajaran.
Berdasarkan
bagaimanakah

scenario
peranan

tersebut,
guru

bincangkan

bagi

dan

mewujudkan

huraikan

persekitaran

pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah dengan mengambil kira


aspek persekitaran fizikal, psikososial, peraturan dan prosedur bilik
darjah, dan rutin bilik darjah. Hujah-hujah hendaklah disokong dengan
contoh-contoh yang bernas dan munasabah.
II.

Guru yang berkesan adalah guru yang berjaya mengurus bilik darjah
dengan cemerlang. Justeru, pengetahuan guru tentang model-model
pengurusan disiplin bilik darjah amat penting dalam menangani tingkah
laku bermasalah yang sering terjadi sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Bincangkan bagaimanakah guru dapat mengaplikasikannya modelmodel tersebut untuk menangani tingkah laku bermasalah yang
berlaku di dalam bilik darjah. Hujah-hujah hendaklah disokong dengan
contoh-contoh yang bernas dan munasabah.

TUGASAN 2 : PENGURUSAN GRAFIK : PENGHASILAN PELAN PENGURUSAN


BILIK DARJAH ( MARKAH : 10% )
Anda dikehendaki menghasilkan satu pelan pengurusan bilik darjah yang kondusif.
Lakaran pelan yang dihasilkan perlu mengambil kira kemudahan dan keselesaan
sebuah bilik darjah, suasana harmoni dan kondusif, futuristik, mudah akses (TMK),
mudah diubah-suai mengikut keperluan semasa dan dapat mendorong murid

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU


mengikuti pelajaran dengan seronok. Penjelasan tentang pelan pengurusan bilik
darjah ini hendaklah dibuat bagi memberi kefahaman dan keterangan tentang pelan
tersebut. Bilangan perkataan bagi penjelasan tersebut adalah lebih kurang 300
patah perkataan. Pelan pengurusan bilik darjah yang dihasilkan perlu dibentangkan
dengan menggunakan power point atau media lain yang sesuai dan menarik.
Tugasan ini hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy.

You might also like